Home Novel Cinta Sabar Denganku
Sabar Denganku
Zulaikha Rizal
13/9/2021 00:01:31
52,665
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

Puan Dahlia meletakkan beg tangannya di sofa sambil melabuhkan punggungnya. Dia mencapai alat kawalan jauh lalu membuka siaran yang dipilih. Sengaja dia berehat sebentar di ruang tamu untuk menyejukkan badannya. Sedang asyik dia melayan program tv, Zaarif keluar dari biliknya.

Lelaki itu baru sahaja selesai membersihkan diri serta menunaikan waktu solat. Zaarif melangkah menghampiri ibunya.

“Ibu?” panggil Zaarif perlahan. Puan Dahlia segera menoleh memandang wajah anak tunggalnya.

“Ya?” Puan Dahlia menumpukan perhatiannya kepada Zaarif.

“Ibu dah solat?” soal Zaarif perlahan. Puan Dahlia memandang ke arah jam dinding lalu menepuk bahu.

“Allahuakbar, Ibu tak sedar. Tak apalah, Ibu solat dulu ya?” Puan Dahlia mencapai beg tangannya dan segera menuju ke arah bilik tidur. Zaarif hanya memandang setiap langkah ibunya sehinggalah wanita itu menghilang daripada pandangannya.

Zaarif ingin sekali bertanya kepada ibunya mengenai Ain namun, kewajipan sebagai seorang anak itu perlu diutamakan dan lebih penting. Tak apalah, malam nanti boleh sahaja dia bertanyakan hal itu kepda ibunya. Zaarif mengangguk perlahan kepalanya kemudian turut menonton program tv yang dipasang oleh ibunya.

Waktu malam menjelma, sejak petang tadi sudah banyak kali Zaarif cuba mencari masa untuk menanyakan hal itu kepada ibunya tetapi ternyata, masa sungguh mencemburuinya. Zaarif memindahkan lauk yang berada di dalam kuali, ke dalam mangkuk untuk menghidangkan makan malam. Lauk telah pun dimasak oleh ibunya dan bermakna sekarang ialah gilirannya untuk menghidangkan makanan. Zaarif menyusun setiap makanan yang dihidangkan dengan baik supaya tampak lebih kemas. Zaarif turut meletakkan nasi ke dalam pinggan buat Puan Dahlia serta dirinya sendiri.

Puan Dahlia keluar dari biliknya dan segera menghampiri meja makan. Zaarif kelihatan telah pun melabuhkan punggungnya di kerusi terlebih dahulu. Zaarif tersenyum memandang ibunya. Puan Dahlia menarik kerusi perlahan lalu turut mengambil tempat. Zaarif mencapai senduk lalu meletakkan lauk ke dalam pinggan ibunya.

“Cukup, Ibu?” soal Zaarif perlahan. Puan Dahlia memandang zaarif sambil tersenyum.

“Cukup, terima kasih” Zaarif membalas senyuman ibunya.

“Baca doa, Ibu” Zaarif menadah tangannya dan diikuti dengan Puan Dahlia. Seperti biasa, Zaarif akan mengetuai bacaan doa memandangkan dialah seorang ketua di dalam rumah itu. Mereka dua beranak meraup wajah masing-masing lalu meikmati hidanagan makan malam mereka.

Sedang Puan Dahlia menyuap makanannya, Zaarif memandang perlahan wajah Puan Dahlia. Dia mulai menyoal dirinya sendiri sama ada ingin bertanya atau tidak. Jika dia menanyakan hal itu, pasti Puan Dahlia akan menganggap dirinya seperti tidak menyabar namun, jika dia tidak bertanyakan hal itu, dia akan berfikir. Zaarif buntu.

“Arif kalau nak tanya apa-apa dekat Ibu tu, tanya sahajalah” sejak tadi Puan Dahlia sudah dapat meneka apa yang ada di dalam hati anaknya. Sengaja dia berdiam dan hanya menunggu kata-kata itu daripada mulut anaknya sendiri.

Zaarif mengangkat kepala memandang wajah ibunya. Makanan yang telah habis dijamah, diletakkan ketepi. Dia menarik nafas perlahan.

“Macam mana keadaan waktu Ibu jumpa Ain?” soal Zaarif perlahan.

“Zaarif yakin nak berkahwin dengan seorang perempuan yang tak solehah?” persoalan Zaarif dibalas pula dengan soalan Puan Dahlia. Zaarif mengangguk tanda faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh ibunya.

“Ibu, Arif dah minta pendapat semua orang. Lagipun seorang lelaki kan dianjurkan untuk berkahwin dengan seorang perempuan yang boleh dikatakan fasiq dengan tujuan untuk tarbiah. Ibu janganlah kata yang dia tak solehah, Ibu. Mungkin belum sampai hidayah dia dan siapalah kita Ibu, untuk menilai dia. Arif yakin dengan keputusan Arif” Puan Dahlia mengangguk perlahan kepalanya lalu tersenyum.

“Kalau Arif kata begitu, tak apalah. Ibu terima dia macam mana Arif boleh terima dia” Zaarif tersenyum perlahan. Dia meraup wajahnya perlahan.

“Alhamdulillah. Macam mana keadaan Ain tadi, Ibu?” soal Zaarif ingin tahu.

“Tadi, Ain gemuruh sangat jumpa Ibu sampai dia muntah dekat restoran tu” Zaarif terasa hairan dan dalam masa yang sama dia juga merasakan bahawa perkara itu agak lucu.

‘Pelik betul awak ni, Ain’ bisik Zaarif sendiri.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zulaikha Rizal