Kedengaran bunyi alunan muzik yang sungguh indah dan bernada romantik. Suasana restoran yang amat mendamaikan serta sesiapa sahaja yang mengunjungi restoran itu. kedengaran juga bunyi air terjun mini yang teletak di hadapan restoran itu.
Mereka berdua berjalan beriringan. Hanya mereka berdua. Sang suami segak berpakaian kemas dengan kemeja-T dan seluar jean. Sang isteri segak berpakaian dress yang sungguh sesuai bagi seorang muslimah.
Dengan tangan yang disilangkan pada sang suami, mereka berdua suami isteri berjalan beriringan. Melalui karpet merah yang telah elok dibentangkan. Dengan langkah yang berhati-hati mereka berdua menuju ke arah tempat duduk yang telah disediakan buat mereka berdua.
Mereka berdua duduk secara bertentangan. Sang suami menarik sedikit kerusi bagi memudahkan isterinya untuk duduk. Sang suami terus menuju ke arah tempat duduknya setelah memastikan isterinya selesa dengan kedudukannya.
Di sekeliling mereka, kelihatan ramai juga pasangan suami isteri dan pasangan kekasih yang turut meraikan hari-hari bahagia mereka pada malam itu sama seperti meraka suami isteri. Mereka berdua membuat pesanan makanan terlebih dahulu sebelum mereka berdua memulakan kata-kata.
“Cantik isteri saya harini” tutur sang suami dengan penuh kasih sayang. Sang isteri tersenyum malu.
“Suami saya pun apa kurangnya” sang suami mencapai tangan sang isteri. Mereka berdua saling menggenggam tangan dengan penuh kehangatan.
“Habib minta maaf, murah sajalah restoran ni” tutur sang suami lembut. Buat pertama kali, lelaki itu membahasakan dirinya sebagai ‘Habib’.
“Mana ada, Habib. Ini saja dah cukup bermakna” sang isteri turut membiasakan dirinya dengan gelaran yang dimulakan oleh suaminya.
“Habib ada benda nak cakap dengan sayang” tutur lelaki itu. wanita itu hanya menanti kata-kata suaminya.
“Habib nak minta maaf sebab selama ni Habib selalu abaikan sayang, Habib jarang nak ambil kisah pasal sayang. Apa sayang buat, apa sayang makan, kadang Habib tak pernah ambil tahu. Entah macam mana isteri Habib boleh bertahan dengan Habib sampailah sekarang kita dah ada seorang anak”
“Habib, walau macam mana layanan Habib terhadap sayang, Habib masih pedulikan kami anak beranak. Sayang tak salahkan sesiapa, sayang pun tak salahkan keadaan. Itu dah memang menjadi ketentuannya”
“Selama ni, Habib selalu lebihkan Fiqah berbanding segalanya. Apa dia buat, dia nak pergi mana, balik jam berapa semua Habib ambil tahu tapi bukan pada sayang. Habib tak mampu nak curahkan kasih sayang yang sama terhadap sayang sewaktu kehadiran Fiqah dalam keluarga kita. Walaupun sayang tahu, sayang akan duduk serumah dengan adik ipar sayang, sayang masih teruskan untuk berkahwin dengan Habib sampai harini”
“Habib, bukan salah Fiqah. Sayang faham, selama ni Habib dengan Fiqah hidup tanpa kasih sayang orang tua yang sempurna sepanjang membesar. Sayang mengaku sayang pernah cemburu dengan kehadiran Fiqah tapi, sayang masih ingat waktu sayang tengah mengandungkan Fina, Fiqah yang ada dengan Sayang dulu memandangkan Habib kerja. Fiqah juga banyak bayarkan bil kita. Mengingatkan semua kebaikan Fiqah, sayang boleh terima perlahan-lahan”
“Sebelum Habib lupa, untuk pengetahuan sayang insha-Allah dalam masa tiga bulan lagi kita akan dapat rumah baru. Rumah kalini Habib ambil yang dekat dengan Mak Long dengan Mak. Senang sikit kalau kita nak ke mana-mana. Kerja pun Habib dah dapat yang baru tapi rumah teres sajalah”
“Ya Allah, betul ke Habib? Alhamdulillah, Habib. Rumah teres pun dah cukup bermakna untuk sayang dah. Cukup bermakna kalau kita ada rumah sendiri. Habib tak perlulah rasa serba kekurangan”
“Terima kasih sayang” Syafiq mencium lembut tangan isterinya.
“Terima kasih juga kepada Habib” mereka berdua berbalas pandangan serta senyuman. Tiba-tiba Raida teringat sesuatu.
“Habib, sekejap eh” genggaman tangan dilepaskan. Raida mencari sesuatu di dalam beg tangan miliknya. Sebuah kotak kecil yang diikat dengan reben dikelurakan lalu diletakkan di atas meja.
“Memandangkan Habib amat manis pada hari ni, Sayang nak bagi hadiah untuk Habib” kotak kecil itu perlahan-lahan diserahkan kepada Syafiq. Syafiq yang agak teruja hanya memandang wajah isterinya dengan pandangan yang teruja.
Syafiq mulai mencuba untuk merungkaikan ikatan reben itu namun, entah bagaimana jarinya pula yang terikat sekali. Raida trgelak kecil. Syafiq pula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Raida menarik perlahan kotak itu. dirungkaikan perlahan-lahan ikatan reben itu berserta dengan jari suaminya. Diserahkan semula kotak itu kepada Syafiq.
Syafiq dengan teruja mulai membuka kotak itu perlahan-lahan. Riak wajah lelaki itu terus berubah. Berubah menjadi keliru.
“Sayang nak bagi Habib kertas ya?” soal Syafiq lembut. Apa yang dilihat Syafiq, di dalam kotak itu dipenuhi dengan shredded paper yang berwarna-warni. Raida tergelak.
“Tengok lah dalam lagi” Syafiq terus memasukkan tangannya. Dia dapat merasakan ada satu objek yang agak keras. Syafiq mulai memegang dan mengeluarkannya. Dia mulai memerhati objek itu. wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Raida hanya menanti dengan penuh sabar.
“Betul, sayang?” soal Syafiq. Lelaki itu menginginkan kepastian. Raida mengangguk sambil tersenyum. Syafiq mulai menguntumkan senyuman.
“Alhamdulillah” Syafiq berkali-kali meraup wajahnya.
“Fina akan jadi kakak?” soal Syafiq lagi. Raida mengangguk. Tangannya menutup mulutnya kerana terlalu teruja.
“Alhamdulillah” Syafiq tersenyum teruja lagi.
“habib nak peluk sayang tapi, tengah ramai orang. Tunggu balik nanti eh, kita sambut dengan Fina sekali” Raida mengangguk dengan penuh senyuman di wajahnya.
Tidak sampai beberapa saat kemudian, makanan yang dipesan oleh mereka berdua mulai dihidangkan di atas meja. Dengan penuh kegembiraan yang dikhabarkan oleh isterinya, Syafiq makan dengan amat berselera.
Fina kini berada di rumah ibu mentuanya memandangkan keududkan rumah mereka dengan kedua ibu bapa Raida tidaklah terlalu jauh. Kedua orang tua Raaida juga amity menyukai jika Syafiq dan Raida meminta mereka untuk menjaga Fina memandangkan Fina seorang yang amat mesra serta mudah untuk dijaga. Berita ini akan dia kongsikan kepada semua yang tersayang. Syafiq tersenyum lagi.
Panggilan telefon dimatikan. Ain mulai tersenyum. Dia duduk di muka pintu utama rumah sambil memandang ke arah jalan yang lenggang, sepi. Memandangkan waktu ini, ramai orang pastinya sedang lena dibuai mimpi.
“Buat apa seorang kat sini?” soal Zaarif. Lelaki itu terus mengambil tempat di sisi isterinya. Ain memandang wajah Zaarif sekilas. Dia kemudiannya memandang semula ke arah jalan.
“Abang telefon tadi” jawab Ain lembut. Zaarif mengambil peluang untuk emnatap wajah isterinya. Manis sungguh wajah ini.
“Kenapa Syafiq telefon?” soal Zaarif. Sengaja dia ingin bertanya dan bermaha dengan wanita di sebelahnya. Ain menoleh memandang Zaarif.
“Lah, ustaz. Tak boleh ke kalau Abang nak telefon?” soal Ain lembut sambil tersenyum. Mata mereka berdua bertentangan.
“Sayang, Hubby tanya saja. Bukannya ada niat lain pun” tangan kanannya mulai memeluk bahu Ain. Ain terus menyandarkan kepalanya pada lelaki itu.
“Abang beritahu tadi, Kak Raida mengandung, dah 2 bulan dah” ujar Ain.
“Alhamdulillah, ada rezeki mereka ya. Nanti mesti si anaknya comel, macam Fina”
“Betul, kalini juga Abang dah kena bagi sepenuh perhatian dekat Akak”
“Sayang, mengandung atau tak seorang isteri tu masih perlu diberi perhatian oleh seorang suami. Tujuan perkahwinan bukanlah kerana inginkan anak semata-mata tapi untuk kita menyempurnakan sebahagian iman” Zaarif mencuit hidung Ain biarpun hidung isterinya tidaklah mancung.
“Faham”
“Dah, jom tidur. Esok Hubby dah kena mula kerja” Zaarif mulai menegakkan badannya dan mulai berdiri perlahan-lahan diikuti dengan Ain.
“Jom”
Puan Wafa turut menerima khabar berita yang sungguh menggembirakan. Dia tersenyum gembira. Tidak sia-sia doanya selama ini terhadap kedua orang anak saudaranya. Tidak sangka kini dia bakal mempunyai dua orang cucu!
Puan Wafa mulai teringat sewaktu dia memberitahu adiknya bahawa dia sedang mengandung, betapa gembiranya Puan Wardah ketika itu. Kedua ibu bapanya tururt merasakan kegembiraan itu.
Dikala Puan Wardah pula mengandungkan Syafiq, banyak perkara yang ingin dipelajari oleh adiknya mengenai kandungan. Pemakanannya turut dijaga dengan baik sehingga melahirkan zuriat yang sungguh sihat dalaman dan luarannya. Sehingga kini, zuriatnya masih berada dalam keadaan yang baik.
‘Adik, kita berdua dah nak ada cucu’