Home Novel Cinta Sabar Denganku
Sabar Denganku
Zulaikha Rizal
13/9/2021 00:01:31
64,496
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

Puan Wafa menutup lampu di ruang tamu memandangkan waktu malam telah pun menjengah. Dengan perasaan sayu, Puan Wafa menuju ke arah bilik yang menempatkan Ain sebelum ini. Puan wafa bergerak perlahan ke arah almari dan mengambil sebuah kotak yang agak besar. Dikeluarkan kotak itu lalu Puan Wafa mulai duduk bersila di hadapan kotak itu. 

Sebuah album gambar yang besar dikeluarkan. Dalam kegelapan, Puan Wafa menyelak perlahan setiap helaian album yang dipenuhi dengan gambar keluarga adik bongsunya. Puan Wafa hanya diterangi oleh lampu jalan yang menembusi ke dalam bilik itu.

Mata Puan Wafa terpaku pada satu gambar yang membuatkan air matanya perlahan-lahan mengalir dari kelopak matanya. Kelihatan gambar Puan Wardah, Encik Ain Nursyazwan, Ain dan Syafiq dalam situasi yang amat mesra. Biarpun gambar itu tidak mampu mengambarkan apa yang sedang dirasai, namun ianya dapat dirasai oleh Puan Wafa.

Situasi yang penuh girang, penuh gelak tawa dan wajah mereka tidak pernah lokek dengan senyuman bahagia. Pandangan Puan Wafa tertumpu pada wajah Ain. Dalam gambar itu, Ain masih lagi dalam usia kanak-kanak. Ain mengenakan baju kurung yang ditempah disertakan dengan tudung sarung yang agak labuh, sedondon dengan ibunya. 

Puan Wafa menumpukan pula pandangannya pada wajah Puan Wardah, mengalir lagi air mata Puan Wafa. Rindu. Rindu yang tidak mampu dia gambarkan dan tiada pengubatnya. Manakan mungkin dia dapat melihat wajah adiknya yang tersenyum, tertawa serta mendakap tubuhnya.

Hubungan Puan Wafa dan Puan Wardah amat akrab. Merekalah sahabat baik kepada keduanya dan juga kakak dan adik.

Puan Wafa masih ingat, kali terakhir dia menatap wajah adiknya. Wajah itu pucat, tiada senyuman malah matanya tertutup rapat. Kelihatan luka di sana sini. Terbayang pula wajah Ain yang muram. Tiada air mata membasahi wajah anak kecil itu. 

Along rindukan adik. Puan Wafa memeluk album itu.

Untuk pengetahuan adik, doa Along dah makbul. Fiqah sekarang tak ubah macam ibu dia dulu. Adik, tenanglah adik dengan Syazwan di sana. Anak-anak adik, mereka dah berada pada tangan yang sepatutnya.

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zulaikha Rizal