Home Novel Cinta Sabar Denganku
Sabar Denganku
Zulaikha Rizal
13/9/2021 00:01:31
52,893
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 20

Zaarif membuka pintu rumahnya. Kedengaran bunyi pancuran air dari bilik mandi. Dengan segera, Zaarif menutup pintu rumahnya dengan perlahan. Di tangannya di membawa dua bungkus plastik. Dia segera berulang alik dari bilik tidur mereka ke luar rumah. kadang-kadang dia menjenguk ke arah bilik air. Mana tahu tiba-tiba isterinya bakal muncul. Dengan maa yang ada, dia menyegerakan tugasanya. 

Kedengaran bunyi air terhenti. Zaarif segera mengemas semula bilik tidur yang agak bersepah dan menuju ke luar rumah. pada mulanya, dia terlupa untuk mengunci pintu dan dengan segera dia membuka pintu semula. Zaarif mengunci pintu dari dalam dan terus keluar. 

Di saat itu, Ain keluar dari bilik air dan terus menuju ke dalam bilik. Memang menjadi kebiasannya untuk mandi malam sejak dahulu lagi. Langkah Ain terpaku pada muka pintu bilik tidur mereka.

“Kenapa Aku rasa macam ada orang sentuh katil?” soal Ain sendiri. Dia mulai memerhati sekeliling rumah. Tiada sesiapa.

“Perasaan saja kot” Ain menutup pintu biliknya.

Zaarif di luar, masih sedang menghitung masa. Dia perlu menegtuk pintu pada waktu yang telah diberitahu olehnya kepada Ain. Jika tidak mungkin isterinya akan mengesyaki sesuatu. Keluar satu keluhan berat dari Zaarif.

‘Ini kalau ada orang merompak ni, mungkin dia tak sedar agaknya. Nauzubillahiminzalik’ Zaarif menggeleng kepalanya perlahan.

‘Apa kau ni, Zaarif’ Zaarif memarahi dirinya. Zaarif melihat pergelangan tangannya. Dia mulai berdiri dan membetulkan bajunya. Dia menuju ke arah pintu rumah dan mengetuk perlahan sambil memberi salam. Dia cuba membuat lagak seperti dia tidak pernah memasuki rumah itu sebelumnya.

“Sekejap” kedengaran Ain menguatkan suaranya dari dalam. Tanpa sedar, Zaarif tersenyum sendirian. 

‘Apalah yang dia tengah buat’ fikir Zaarif sendiri. Pintu rumah mereka dibuka dari dalam. Kelihatan Ain hanya mengenakan singlet dan seluar legging. Rambut Ain dibalut dengan tuala memandangkan dia baru sahaja selesai membersihkan diri.

Selama hampir seminggu Zaarif bergelar suami kepada Ain Nursyafiqah, dia mulai biasa dengan gaya pemakaian isterinya. Namun, pada malam ini dia terasa ada perbezaan pada pakaian isterinya.

Zaarif menarik tangan Ain selepas dia menutup pintu tanpa menguncinya. Zaarif menernung wajah Ain. Ain yang hairan dengan tindakan suaminya hanya terdiam.

“Kenapa sayang pakai singlet Hubby? Lusa Hubby nak pergi kerja, Hubby nak pakai apa sayang?” soal Zaarif hairan. Padanlah dia terasa kenal benar dengan singlet itu.

“Mana ada, ni Ain punyalah. Hubby punya ada dekat dalam almari tu ha” Ain menafikan kata-kata Zaarif. Baru sahaja Ain ingin berjalan menuju ke arah dapur dengan niat ingin menyediakan minuman buat suaminya, bahagian belakang baju Ain ditarik lembut oleh Zaarif. 

Biarpun tarikan lelaki itu hanya perlahan namun ia mampu membuatkan Ain terdorong ke belakang. Zaarif memegang bahagian bawah singlet dan menaikkannya sedikit.

“Ada nama Hubby kat bawah singlet ni. Z.A.A.R.I.F. Zaarif” Ain tersengih. 

“Alah, pinjamlah. Hubby bukannya ada sehelai saja, ada banyak kan?” Zaarif mengaku kalah.

“Yelah. Sayang, siap pakai baju lengan panjang. Hubby nak ajak Sayang keluar sekejap” tutur Zaarif.

“Hubby, Ain malaslah nak keluar. Hubby pergi seorang, boleh?” pinta Ain. 

“Sayang, boleh lah. Kalini saja” Ain akur.

“Dengan syarat, Hubby kena telefon Ibu dulu. Tanya khabar Ibu” Zaarif menabik. Dia segera mencapai telefon dari dalam poket baju melayu dan menelefon Puan Dahlia.



Sebaik sahaja Ain keluar dari dalam bilik berserta dengan tudung sarung, matanya ditutup oleh Zaarif dengan kedua belah tangan lelaki itu. di saat itu, barulah Ain sedar betapa besarnya tangan Zaarif.

“Ee besarnya tangan Hubby” ujar Ain sambil mereka berdua berjalan ke luar rumah.

“Tak apalah, tangan ni juga yang sayang rindu nanti” seloroh Zaarif. Zaarif memberhentikan langkah mereka. Ain dapat merasakan mereka berdua belum lagi keluar dari kawasan rumah mereka. Hanya berada di depan pagar.

“Sayang, sedia. Satu, dua, tiga” Zaarif melepaskan tangannya. Ain turut membuka matanya. Ain tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Mulutnya ternganga sedikit dek kerana terkejut.

“Tutup mulut, sayang. Nanti masuk lalat” Ain memandang Zaarif lalu mecubit perut lelaki itu.

“Ee, Hubby tak sangka pula Hubby kahwin dengan adik beradik ketam” tawa mereka berdua pecah. 

Di hadapan mata Ain kini, sebuah kereta Myvi yang telah diubah suai dengan baik. But kereta itu dibuka. Di dalamnya Ain terlihat satu selimut yang tebal dibentangkan, kelihatan juga ada dua bantal yang diletakkan. Sebuah meja kecil yang dipenuhi dengan makanan dan air turut kelihatan. Kereta itu dihiasi dengan fairy light.

“Macam mana, sayang?” Zaarif perlahan-lahan melutut di hadapan isterinya seperti gaya melamar.

“Sudikah Ain Nursyafiqah dating dengan Ahmad Zaarif pada malam ini?” soal Zaarif sambil menghulurkan tangan kanannya dan setangkai bunga ros berwarna putih. Ain tersenyum manis.

Tangan kiri memegang tangan kanan Zaarif manakala tanagn kanannya mencapai bunga ros. Zaarif mulai berdiri dan memandang tepat ke arah mata Ain dengan pandangan yang redup. Dalam kegelapan yang diterangi fairy light dan lampu jalan, Zaarif masih mampu melihat wajah Ain yang tersenyum manis.

“Jom” ajak Zaarif. Ain mengangguk. Mereka masuk ke dalam kereta dan menyandar sambil Zaarif meletakkan sebuah meja kecil di hadapan mereka.

“Okey sayang hari ini Cef Zaarif ada sediakan mi segera, goreng. Ayam goreng seringgit dan air teh o ais limau. Harini tak ada keropok, coklat dan air soda ya, sayang” Zaarif mengusap lembut ubun-ubun isterinya.

“Semua ni Hubby masak?” soal Ain.

“Tak lah, kan Hubby kata Hubby sediakan. Yang masaknya orang kedai tu” mereka berdua tertawa dek kerana kata-kata Zaarif.

“Tapi tadi Hubby kata kat Ain, Hubby dah makan dengan kawan” Ain terfikir mengenai hal itu.

“Sayang, manakan mungkin nak makan dengan kawan kalau fikiran Hubby kat rumah” Ain mencubit peha Zaarif.

“Mengada” Ain mulai terfikir sesuatu.

“Hubby” panggil Ain. Zaarif yang sedang menghadap skrin komputer riba hanya memandang Ain sekilas.

“Kenapa setangkai bunga ros warna putih?” soal Ain ingin tahu. Zaarif yang sedang menghadap skrin, terus memandang wajah isterinya lalu memeluk bahu Ain.

“Setangkai bermakna cinta pandang pertama. Warna putih melambangkan kesucian, sama macam kita nikah hari tu” jawab Zaarif. Mata mereka berdua bertentangan buat seketika. Zaarfi tersenyum. 

Ain tersenyum apabila mendengar kata-kata Zaarif. Manis, ditambah pula dengan kelembutan pada suara garau lelaki itu. Cinta pandang pertama. Adakah Zaarif cintakan aku? 

“Hubby, boleh Hubby cerita dekat Ain pasal arwah Abi?” soal Ain berhati-hati. Dia bimbang jika soalan itu bakal mengganggu perasaan Zaarif. Tambahan pula, mereka berdua sedang menikmati masa bersama. 

Zaarif memandang ke arah mata Ain dengan pandangan yang redup. Lama. Lelaki itu menerbitkan senyuman pada bibirnya.

“Boleh, mestilah boleh” Zaarif mengeratkan pelukan.

“Arwah Abi seorang yang tegas, penyayang, setiap kata-katanya jarang tak berisi dan seorang yang Hubby boleh katakan alim”

“Sayang nak tahu tak? Waktu Hubby kecil, Hubby tak ada kawan perempuan. Semuanya lelaki disebabkan arwah Abi tak bagi. Katanya, tak elok bergaul dengan seorang perempuan yang tak ada pertalian darah dengan kita. Sampai macam tu tegasnya arwah Abi dalam mendidik Hubby. Bila pertama kali Hubby masuk tadika, Hubby jadi malu dengan perempuan tapi lama-lama Hubby pandai jaga batas disebabkan arwah Abi mula didik Hubby untuk bergaul dengan perempuan tapi ada batasnya” Ain memandang wajah Zaarif dengan penuh minat.

“Wow, hebatnya. Kalau Ain dulu, Ain selalu ikut Ibu dengan Ayah pergi kelas agama. Sejak daripada tu, Ain pun terikut sekali walaupun kadang-kadang Ain tak faham” Zaarif mengusap lembut ubun-ubun isterinya.

“Samalah dengan Hubby tapi dulu arwah Abi selalu bagi ceramah jadi, Hubby banyak pergi dengar ceramah berbanding kelas agama” sedang suasana di antara mereka berdua jeda buat seketika, Zaarif teringat sesuatu lalu memandang wajah Ain.

“Sayang nak dengar satu cerita?” soal Zaarif. Ain memandang wajah suaminya. Ain mengangguk laju dengan penuh minat. Zaarif tersenyum. Terasa dihargai apabila melihat Ain memberi reaksi yang amat menyejukkan hatinya.

“Ada suatu hari, seorang lelaki tengah duduk dekat atas kawasan bukit. Seorang diri. Dekat atas kawasan bukit tu, kitab oleh nampak semua dekat bandar tu dan disebabkan itulah lelaki tu pilih untuk duduk dekat situ sambil baca buku. Tiba-tiba, hati lelaki ni tergerak untuk pandang ke arah jalan. Mata lelaki ni terpaku pada seorang wanita yang sedang menolong seorang mak cik melintas jalan. Mulia sungguh rasanya perbuatan wanita tu. Lelaki tu tutup buku dan ikut langkah wanita tu. Akhirnya lelaki tu tersedar dan terus pergi surau”

“Sejak kejadian tu, lelaki tu mimpi wanita tu. Lelaki tu mula minta petunjuk pada Allah, minta pendapat dan akhirnya buat keputusan untuk berkahwin”

“Hubby tak rasa Hubby terburu-buru” Zaarif memandang ke arah atas seperti sedang berfikir.

“Hubby rasa juga macam tu, tapi ada seseorang yang menjadi guru Hubby pesan dekat Hubby. Jangan mengubah fitrah kepada fitnah. Jadi, apa salahnya teruskan” Ain mengangguk tanda faham. Ain cuba menghadam kata-kata suaminya. Sungguh mendalam kata-kata guru Zaarif. Itu apa yang dirasakan olehnya.

“Hubby, Ain nak tanya lagi satu soalan boleh?” soal Ain lagi. Zaarif hanya mengangguk sambil tersenyum.

“Nanti Hubby kan dah mula kerja, boleh tak Ain nak kerja juga?” Dahi Zaarif berkerut mendengar kata-kata Ain.

“Sayang nak kerja? Kenapa?” soal Zaarif lembut. Banyak yang ingin dipersoalkan kepada Ain namun, dia cuba mengawalnya.

“Ain bukannya apa, Ain bosanlah nanti kalau Hubby pergi kerja. Lagipun, Ain boleh buat kerja dekat komputer Hubby saja. Tak payah keluar pun, boleh?” baru sahaja Zaarif ingin bersuara, Ain terlebih dahulu memotong kata-kata Zaarif.

“Bukannya apa yang Hubby bagi dekat Ain tak cukup sampai Ain nak kena kerja, bukan sebab tu. Cuma, Ain memang suka buat kerja Ain. Boleh kan, Hubby” Ain seolah-olah tahu sahaja apa yang ada di minda Zaarif. Zaarif diam. Sedang berfikir dengan sebaiknya.

“Boleh, dengan satu syarat” Ain hanya menanti dengan penuh sabar.

“Kalau sayang nak keluar, kena beritahu Hubby dulu. Boleh?” Ain tersenyum. Lantas tubuh Zaarif dipeluk dengan sungguh erat. 

“Terima kasih, Hubby. Ain janji dengan Hubby” Zaarif tersenyum. Membalas lembut pelukan isterinya. Zaarif mula meleraikan pelukan.

“Jadi Puan Ain Nursyafiqah, kita pun akan menonton satu filem” 

“Filem apa?” soal Ain ingin tahu.

“Soalan yang baik, sayang. Hari ni kita akan tonton filem Upin Ipin yang mula-mula punya”

“Lamanya filem yang Hubby ambil” Zaarif yang sedang mencari filem itu menoleh ke arah Ain sekilas.

“Tak apalah, Sayang. Walaupun lama tapi cerita dia masih seronok untuk ditonton. Comel apa kembar dua orang tu”

“Hubby ni, macam budak-budak lah”

“Sayang nak tengok ke tak ni, sayang. Banyak betul bebelnya” Zaarif bercekak pinggang. Ain tersengih.

“Maaflah. Okey, boleh juga” Zaarif mulai membuka filem itu pada skrin laptop miliknya dan mulai bersandar. Dengan spontan, Ain menyandarkan dirinya pada Zaarif. Zaarif memeluk bahu Ain dengan penuh kasih sayang. Ain terasa sungguh selesa dan mereka berdua mulai menikmati kehidupan mereka dengan kewujudan kasih sayang.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zulaikha Rizal