Home Novel Cinta Designer Abang Cengeh?
Bab 16

PUKUL sepuluh malam Ainul Mardhiah sudah mengunci rumah dan menutup segala macam suis lampu. Dia masuk ke dalam bilik lalu berbaring di atas tilam. Dia cuba mengatup mata namun perut yang menyanyi semenjak tadi tak mampu melenakannya.

“Kalau aku tahu dia nak bawa aku ke sini, aku penuhkan kereta dia dengan stok makanan sebulan.” Rungut Ainul Mardhiah. Dia memegang perutnya yang berbunyi semenjak tadi.

“Babah, Ain lapar!” Rungut Ain lantas menekup mukanya dengan bantal. Dia cuba juga hendak tidur namun deringan telefon bimbitnya menyanyi-nyanyi pula.

“Hello.”

“Bukak pintu, aku nak masuk.”

“Tuan Muda Syed Badi, saya dah tidur ni. Esok pagi sajalah, ya?” Tolak Ainul Mardhiah, cepat mencari alasan. Takkan malam-malam buta begini pun, dia hendak masuk juga?

“Aku kata bukak, bukaklah! Jangan sampai aku guna kunci spare.”

“Jangan! Okay, saya bukak! Bagi saya lima minit, saya bersiap dulu.” Jawab Ainul Mardhiah, bingkas bangun lalu menukar pakaiannya. Selesai berpakaian lengkap, dia membuka semua lampu, biar rumah itu terang benderang. Dia bersegera melangkah ke pintu utama, memulas tombol pintu perlahan-lahan. Syed Badiuzzaman tercegat berdiri di depan pintu.

“Kau dah makan ke belum?” Tanya lelaki itu di sebalik jeriji besi. Ainul Mardhiah hanya menggeleng. Syed Badiuzzaman mengangkat bungkusan makanan, buat Ainul Mardhiah tersenyum.

“Sampai bila aku kena duduk di luar?”

“Saya bukak pintu ni untuk ambil makanan aje boleh?”

“Kau nak ambil makanan aje? Aku?” Sakatnya dengan muka serius. Ainul Mardhiah menggeleng.

“Makanan sahaja. Terima kasih, Tuan Muda Syed Badi. Terima kasih sudi ingat ada orang kelaparan kat sini. Assalammualaikum.” Ainul Mardhiah mengambil bungkusan makanan itu dari tangan Syed Badiuzzaman namun terasa bungkusan plastik itu tidak dilepaskan.

“Kau tak takut ke tidur seorang diri?”

“Saya tak takut. Allah ada.”

Syed Badiuzzaman senyum nakal lagi. Saja dia menyakat, seronok pula melihat Ainul Mardhiah kalut begitu. Dia ingat aku jahat sangat agaknya?

“Esok, aku datang untuk bawa kau beli barang. Aku tak suka tunggu orang. Pukul sepuluh kau mesti siap.”

“Okay! Assalammualaikum.”

Ainul Mardhiah mengangkat ibu jarinya. Dia menarik sekali lagi bungkusan itu lalu cepat mengunci jeriji besi.

Syed Badiuzzaman menggeleng melihat wanita itu cemas mengunci pintu. Yakin yang rumah itu telah dikunci rapi, dia kembali ke keretanya.



Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.