SUSANA membuka matanya perahan-lahan.
Dia berada di bilik hotel. Weir kelihatan sedang bercakap-cakap dengan pekerja
hotel terbabit. Dia memenjam semula matanya sebaik Weir merapati.
Susana
berpura-pura sedarkan diri sambil memandang sekeliling. Kononnya tidak tahu di
mana dia berada.
“You
okay?”
Susana
memenggang kepalanya.
“Kepala
I pening sikit.”
“You
rehat sekejap. I dah booking bilik ni
untuk you.”
“You
temankan I.” Susana merenggek manja.
Tidak
manis dia berduaan dengan Susana. Susana itu isteri sudah berstatus seorang
isteri. Weir tidak sedap hati.
“I
keluar sekejap ambilkan you air.”
Susana
tersenyum. Dia sedang cuba untuk memerangkap Weir. Kalau mereka kena tnagkap
khalwat sudah tentu Weir akan bernikah dengan dia dan memutuskan pertunangan
dengan Eleanor. Elman juga akan menceraikan dia.
Pintu
bilik itu dikuak perlahan. Seorang gadis melangkah masuk membawa segelas jus. Barnagkali
salah seorang pekerja hote di situ.
“Dik..
sekejap.” Susana menahan gadis itu dari beredar.
Dia
menutup pintu bilik tersebut.
“Ada
apa-apa lagi yang saya boleh bantu puan?”
“Emm..
lelaki yang bantu I tadi ke mana?”
“Oh,
dia ada di bawah. Sebentar lagi dia datang jenguk puan semula.”
Susana
menarik nafas lega. Weir masih belum beredar. Susana mengambil tas tangannya.
Dia mengeluarkan sejumlah kepada gadis terbabit.
“Ini
upah untuk you.”
Dahi
gadis itu berkerut.
“Untuk
apa ni puan.”
Susana
berbisik pada telinga gadis itu. Gadis itu mengertap bibir sambil menrenung
wang yang masih berada di tangan Susana.
“Tapi
puan…”
“Jangan
takut… you buat saja apa yang I suruh. Tak susah kan.”
Bibir
Susana memngukir senyuman.
“Baiklah…”
Gadis itu termakan juga dengan pujukan Susana.
“Ingatkan,
pastikan tiada sesiapa yang tahu.” Susana mengingatkan gadis itu.
Gadis
mengangguk.
WEIR menurunkan telefon bimbit dari
telinga sebaik melihat kelibat Eleanor. Gadis itu masih bermasam muka
dengannya.
“Cepatnya
awak sampai.”
“Kalau
saya lambat mesti awak tu dah bermesra-mesra dengan kakak ipar saya kan?”
Dikerlingnya Weir tajam.
“Kalau
saya nak ambil kesempatan tak perlu saya call
awak ke sini dengan segera.” Ingin saja ditarik bibir Eleanor. Ada saja
kata-kata tak baik keluar dari bibir itu.
Eleanor
mencebik.
“So, kenapa awak jumpa kakak ipar saya tu
sampai kat hotel.”
“Boleh
tak jangan jeling macam tu? gerun saya.”
“Mata
saya. Suka hati sayalah nak jeling-jeling awak. Soalan saya tadi belum
terjawab.”
“Hal
personal. Tiada yang serius.”
“Really?”
Eleanor
membulatkan bola matanya.
“Hahaha…
awak masih ragui saya.”
“Of, course!”
“Kita
naik ke atas tengok kakak ipar awak.”
“Ouch,
bukan tengok ex-girlfriendawak ke?”
“El…”
Eleanor
tertawa kecil. Seronok dapat menyakit hati Weir. Biar lelaki itu meluat dengan
tingkahnya. Bila dah meluat lelaki itu sendiri akan memutuskan pertunangan
mereka.
Eleanor
mengekori langkah Weir masuk ke dalam perut lif. Rambut yang sebelum ini terurai
melepasi bahu sudah ditocangkan ekor kuda. Eleanor mengesat peluh dingin yang
masih bersisa di dahi dengan lengan kemeja lengan panjangnya.
“Sapu
tangan.” Weir menghulurkan sapu tangannya kepada Eleanor.
Eleanor
menarik muka. Berlagak. Tersenyum Weir.
“Awak
buat apa pun, saya tetap takkan pututskan pertunangan kita. Saya tetap akan
menikahi awak.” Weir keluar dari perut lif sebaik pintu lif terbuka.
Tercegat
seketika Eleanor Lelaki itu seakan boleh membaca apa yang terkandung dalam
fikirannya pula. Laju langkah diaturkan mengekori Weir menuju bilik yang menempatkan
kakak iparnya itu.
Weir
memulas tombol pintu. Susana sudah memasang angan. Rancangannya akan berjalan
dengan lancar. Namun, senyuman Susana mati sebaik melihat Eleanor berada di
belakang Weir.
Punah
segala rancangan yang diatur. Susana merengus kecil. Panas hatinya melihat muka
Eleanor.
“I
dah sihat!” Dia menyandang tas tangannya lalu meluru keluar.
Weir
dan Eleanor terpinga-pinga. Mereka saling berpandangan seketika sebelum turut
melangkah keluar dari bilik tersebut.