“CONGRATULATIONS
El…” Ucap Dato’ Bakri. Bunyi macam orang kecewa sangat.
Eleanor
memalit senyuman di hujung bibir. Tak sangka orang tua gatal itu menghadiri
majlis resepsi perkahwinannya . Mungkin Weir yang sengaja menjemput.
Wanita
di sebelah Dato’ Bakri itu bukan Datin Ruhaya. Barnagkali isteri kedua Dato’
Bakri atau sudah ada yang ketiga.
“Thanks Dato’.”
“Dato’
Bakri. Datang juga. Ingatkan tak sudi hadir.” Weir menyapa. Jari-jemarinya
sudah melingkari pinggang Eleanor. Eleanor cukup rapat di sisi. Weir sengaja
berbuat begitu. Biar Dato’ Bakri cemburu.
“Of course I akan datang. Lagipun El ni
bekas staf I dulu.”
Wanita
anggun di sebelah mencebik. Jelas sekali dia tidak senang dengan kata-kata
Dato’ Bakri.
“Ouch,
saya terlupa wife saya pernah bekerja
di bawah dato’. But nowdia akan
bekerja di abwah saya sebagai housewife
full time.” Weir senyum lebar.
Weir
mengerling wanita anggun di sisi Dato’ Bakri. tidak lepas wanita itu mengepit
lengan lelaki itu.
“Kenalkan
my second wife, Salina.”
Yang
kedua ingatkan yang ketiga tadi. Cantik. Kenapa Dato’ Bakri masih mahu mencari
yang lain lagi. Datin Ruhaya isteri pertama Dato’ Bakri juga masih bergaya
orangnya.
“Ingat
yang ketiga tadi dato’.” Weir ketawa.
Salina
mengertap bibir. Dikerling Dato’ Bakri. Lelaki itu berlagak bersahaja. Tidak
endah dengan kerlingan tajamnya.
“Jemputlah
menjamu selera dato’ masakan hanya berdiri di sini.” Pelawa Eleanor.
Sebaik
Dato’ Bakri dan isterinya beredar, Eleanor melepaskan diri dari pautan
jari-jemari Weir. Sesak nafas dikepit oleh Weir begitu.
Weir
mencengkam pergelangan tangan Eleanor. Dia menarik isterinya itu mengikut
langkahnya.
“Nak
ke mana?” Riak muka Eleanor berubah.
“Ikut
saja.”
Weir
mengajak Eleanor masuk ke bilik yang telah dikhaskan buat mereka. Dia menutup
pintu rapat dan menguncinya.
Eleanor
menyilangkan tangan melihat gelagat Weir. Weir tersenyum memandangnya. Weir
menarik Eleanor agar duduk bersama di atas katil.
“Saya
tidak pandai bermadah-madah dan maybe
bukan jenis lelaki yang romantik. Saya tahu awak marah, awak bengang sebab
terpaksa berkahwin dengan saya. Saya tahu saya bukan pilihan hati awak. Saya
tahu awak kata saya bermuslihat dalam diam. Tapi jujur saya katakan saya tdak
berniat jahat pada family awak
mahupun abang awak. He’s really good brother.
I’m proud about him.”
Weir
masih tidak melepaskan genggaman pada jari-jemari halus Eleanor.
“El…
I really-really love you. Terima saya
seadanya. Insya-Allah saya akan bahagiakan awak.” Jari kasar itu mula menyentuh
wajah Eleanor yang mula membahang.
Suara
Eleanor seakan tersangkak. Tidak mampu untuk berkata apa-apa. Matanya menatap
wajah Weir. Bicara halus Weir menusuk ke lubuk hati Eleanor.
Bibir
merah Weir mengucup pula jari-jemari Eleanor.
“Saya
sanggup tunggu hingga awak menerima cinta saya sepenuhnya.”
Setitis
mutiara milik Eleanor tumpah pada pipinya.
HONDA
Fit (Jazz)berwarna kuning itu dipandang berkali-kali.
Eleanor berkeras mahu membawa kereta itu bersama. Biarpun lima biji Ferrari dibelikan oleh Weir dan diletakkan
depan matanya, dia tetap memilih kereta kesayangannya itu.
Panjang
senyum Weir melihat gelagat Eleanor. Dalam marah ada manjanya. Alih-alih dia
terpaksa mengalah juga. Honda Fit (Jazz)
itu diangkut sekali. Eleanor puas hati.
Barang-barang
milik Eleanor telah selamat sampai mendarat di vila milik Weir. Eleanor rasa
janggal berada di vila itu. Pakaian dipunggah masuk ke bilik Weir. Eleanor
hanya duduk melihat. Dia tidak berkutik.
“Encik
Weir… kenapa sampai tak beritahu Kak Nona?”
Kecoh
suara Kak Nona. Dia melemparkan senyuman buat Eleanor. Sempat dia bersalaman dengan
Eleanor. Masih manis pengantin baru itu.
“Maaf
Kak Nona. Saya malas nak menyusahkan Kak Nona.”
“Apa
susahnya pula. Kak Nona boleh bantu apa
yang patut. Macam tak biasa pula.”
“Lepas
ini Kak Nona tak perlu kemas vila ni untuk saya. Memasak pun tak payah dah.”
“Amboi,
nak merasa air tangan isterilah ni.” Kak Nona senyum mengenen.
“Kak
Nona juga yang suruh saya kahwin cepat-cepat. Ada orang jaga makan, minum dan pakai
saya.” Weir mengerling Eleanor dengan ekor mata. Eleanor buat tidak endah.
“El…
kalau perlukan pertolongan kak Nona, El
cakap aja pada Kak Nona. Kak Nona boleh bantu El.” Kak Nona memengan kedua-dua
belah tangan Eleanor. Wanita itu cukup mesra. Eleanor menyenanginya dari
pertemuan pertama mereka lagi.
“Betul
tu. Awak belajar memasak tom yam dengan Kak Nona. Saya suka tom yam campur. Tak
boleh miss dalam hidangan”
“Weir promo Kak Nona
nampak.”
“Kak Nona tukang masak terbaik
dan guru masakkan yang terbaik juga.”
Weir ketawa.
Eleanor buat muka. Weir
fikir dia tidak pandai memasak ke? jangan cabar. Wanita ala moden macam dia
masih tahu ke dapur. Setakat tom yam tu kacang
aja.
Tanpa dipinta Kak Nona
menyediakan minum petang. Eleanor sudah mengesat peluh
di dahi. Sakit juga pinggangnya
mengangkat kotak-kotak tersebut. Ada saja barang yang diangkut.
Weir
bersandar pada sofa dengan penuh muka keletihan. Entah
barang apalah yang diangkut oleh isterinya hingga berkotak-kotak. Takkan satu
bilik dia pulun angkut barang-barangnya. Weir tidak masuk sekali membantu
Eleanor mengemas barang-barang di sana. Isterinya yang menegah keras. Katanya ada
barang yang patut dilihat oleh Weir.
“Minum
dulu Weir. Kak Nona ada sediakan ubi kayu goreng sekali ni. Panggil El sekali.”
Weir
malas-malas mahu bangun. Dia nak ke tingkat atas menuju ke bilik tidur mereka.
isterinya sedang berkemas di dalam.
Weir
memulas tombol pintu.
“El…
mari turun minum sekali.”
“Arghhh!”
Eleanor menjerit kuat. Segera dia menolak tubuh sasa Weir agar keluar dari
bilik itu.
Muka
Eleanor merah padam. Malu tak terkata. Weir pasti sudah melihat tadi. Dia
menggigir hujung kuku. Barang-barangnya perlu segera dikemaskan.
Weir
garu kepala. Apa yang tidak kena isterinya itu?
“El…”
“Lima
minit lagi El turun.” Suara Eleanor dari dalam.
Weir
jungkit bahu.
ELEANOR buka peti ais. Peti ais Weir
penuh dengan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan bahan-bahan mentah. Weir ada
beritahu Kak Nona sentiasa ke pasar untuk menambah stok di dalam peti ais jika
ada yang terkurang. Barang-barang dapur juga
semuanya sudah lengkap. Weir cakap lagi dia tidak pandai memasak. Setakat masak
nasi dan goreng telur tu biasalah.
Eleanor
menyarungkan apron pada tubuhnya. Segala rencah untuk memasak tom yam telah
tersedia atas meja. Sekali sekala mempraktikkan kemahiran memasak yang
dipelajari dari Mak Pah apa salahnya. Weir nak rasa sangat air tangan dia kan.
Bunyi
lesung batu di dapur mengejutkan Weir. Biar betul isterinya itu. Bunyi macam
orang mahu melepaskan geram pula. Ingin juga dia mengintai Eleanor di dapur
tetapi dipadamkan niatknya itu. Risau kalau-kalau Eleanor terhiris tangan
sendiri? Entahkan pandai, entahkan tidak isterinya itu memengang pisau. Tidak
pula dengar Eleanor menjerit.
Setengah
jam kemudian, Eleanor tegak berdiri hadapannya dengan senduk bulut di tangan.
Terukir senyuman di bibir isterinya itu. Comel pula melihat isterinya berapron
begitu dengan rambutnya disanggul rapi. Muka yang kemerah-merahan.
“Dah
siap ke tom yam saya?” Soal Weir serius.
“Saya
nak awak rasa.”
“Betul
ni.”
“Awak
bagi markah.”
Weir
membuntuti langkah Eleanor.
Baunya
saja sudah cukup buat perut Weir untuk diisi. Tapi jangan percya juga pada bau.
rasanya itu yang penting. Eleanor mencenduk kuah tom yam ke dalam mangkuk
kecil.
Weir
menggeleng.
“Kata
nak rasa?”
“Saya
nak awak suapkan.”
“Mengadalah
awak ni.”
“El…”
“Okay-okay.”
Eleanor
menyuakan sudu ke mulut Weir.
“Emmm…”
“Macam
mana?”
Muka
suaminya itu berkerut-kerut semacam. Tak sedap ke? Rasanya sudah cukup dia
berikan segala rencah dalam tom yam tersebut.
“100
markah untuk awak.”
Eleanor
menghela nafas kecil. Senyumannya kian lebar.
“Jangan
pandang saya sebelah mata tau.” Ujarnya.
“So, tunggu apa lagi. Perut saya sudah
lapar.” Weir mengenyitkan mata.