“WAH, hebat anak saudara uncle. Uncle tak sangka Elman dapat bekerjsama dengan Pacific Holdings’”
Kelat riak muka Elman melihat bapa saudaranya, Dato’ Hisyam berada di bilik
pejabatnya. Dia cuba mengaris senyuman nipis.
Dato’
Hisyam merangkul tubuhnya dan menepuk-nepuk bahu anak saudaranya itu. Bangga
dengan hasil usaha Elman kerana berjaya menyelamatkan Mentari Construction dari
jatuh bankrup.
“Bila
uncle pulang dari holiday?”
“Kelmarin.
Auntie kamu sampai tak menang tangan
bershoppingdi paris. Kamu tahulah auntie kamu tu, mana pakai barang-barang
branddari tempatan.”
Elman
hanya tersenyum. Masa syarikat tengah susah langsung tidak tunjuk muka. Bila
dia membuat panggilan telefon tidak berbalas. Itu baru saudara sendiri. Belum
lagi teman-teman rapat yang bergelak tawa bersama pabila menangis sendirian.
Saat itu baru dia tahu yang mana kawan, yang mana saudara.
“Uncle apa khabar?” Sekadar berbasa-basi.
“Baik.
Uncle cukup terkejut bila mendapat
tahu Mentari Construction bekerjsama dengan syarikat gergasi seperti Pacific
Holdings. Uncle sendiri tidak
mendapat kepercayaan dari Pacific Holdings dengan mudah.” Ingin juga dia tahu
cerita di sebaliknya.
“Rezeki
Mentari Holdings uncle. Selama ini
pun Mentari Holdings tidak pernah mengecewakan pihak pemaju. Mentari Holdings
tidak akan jatuh jika tiada orang dalam yang mengkhianati.” Kata-kata Elman
seakan ada maksud yang tersirat.
“Hahahaha…
biasalah Elman. Di mana-mana pun ada orang iri hati dalam dunia perniagaan ni.
Yang lemah akan menjadi mangsa pada yang kuat.”
“Soal
lemah atau kuat tak penting pada saya. Kejujuran uncle. Kejujuran itu yang utama. Kita meniaga ni mencari rezeki
yang halal untuk family.”
“Kamu
semakin matang Elman. Kamu sudah seperti arwah papa kamu. Bagus-bagus!” Sekali
lagi bahu Elman ditepuk.
“Apa
tujuan uncle ke Mentari Holdings?”
“Kamu
marah pada uncle? Uncle bukan tidak mahu membantu kamu. Uncle mahu kamu rasa susah dan senang
dalam business ni. Dari situ kamu
akan dapat belajar dan menimba pengalaman. Jangan terlalu bergantung pada orang
lain.”
“Oh,
macam itu rupanya.” Elman menjongketkan kening. Dia bukan lagi budak kecil yang
boleh dibohongi. Orang seperti Dato’ Hisyam ini harus diambil langkah
berjaga-jaga. Kata orang gunting dalam lipatan.
“Kebetulan
uncle ada di sini, kita lunch bersama sambil berbual-bual.”
“Elok
sangatlah tu. Ada banyak perkara uncle
ingin tanya kamu tentang Pacific Holdings.”
Elman
tidak mungkin akan membiarkan Dato’ Hisyam mengambil kesempatan ke atas Mentari
Construction. Sikap Dato’ Hisyam jauh berbeza dari arwah papanya. Dato’ Hisyam
lebih agresif dan tamak. Lelaki itu sanggup menggunakan taktik kotor untuk
keuntungan berlipat kali ganda.
MATANYA tidak salah pandang. Itu Eleanor
dan Aleeza. Siapa pula lelaki cina yang bersama mereka itu? Weir mengecilkan
bola matanya.
“Weir…”
Suara lunak manja di talian merimaskan Weir tetapi dia masih melayan dengan
ramah mesranya. Weir sedang brebual di telefon bimbitnya bersama Susana.
“I
akan cuba. Tapi apa kata husband you
nanti, Sue”
“Takper.
It’s okay. Tahu-tahulah I kelentong
dia.” Tawa kecil Susana kedengaran.
“Nakal
you ni.”
“Husband I tu bukannya pedulikan I. Dia
asyik sibuk dengan urusan bisnes dia. Lagi-lagi bila syarikat dia dapat
bekerjasama dengan you. You’re the best
Weir. Menyesal I dulu.”
Menyesal
tiada gunanya Susana. Kau yang mempermainkan cinta aku dulu. Sekarang kau akan
dapat pembalasannya.
“Really you menyesal?”
“Really dear. I bukannya nak kahwin sangat
dengan Elman. Mummy I yang paksa I. I
tak mahulah jadi anak derhaka.”
Kau
fikir aku akan percayakan kata-kata kau, Susana. Tak semudah itu akan temakan
dengan kata-kata. Kau dengan mummy
kau sama saja.
“I
sudah lupakan cerita lama. Janji you bahagia.”
“I
tak bahagia.”
Tak
bahagia? Alasan yang tidak logik pada Weir. Dia akan terus bermain dengan
Susana. Dia ingin lihat sejauh mana perempuan itu berlakon.
“Kasihan
pada you. Husband you memang tidak
pandai menghargai you.”
“Thanks Weir. You sudi dengar luahan hati
I.”
“Walau
kita tiada jodoh, I sudi menjadi kawan you. Klien I sudah sampai, lain kali
kita berbual lagi. Bye…”
“Bye-bye…”
Cukup
manja Susana. Dia tidak sedar agaknya yang dia isteri orang. Weir sengaja
berbohong pada Susana. Bukan kliennya yang sampai tetapi dia sedang
memerhatikan gelagat Eleanor yang tidak jauh dari meja makannya itu. Adik ipar
Susana itu yang lebih mencuit perhatiannya.Ada baiknya dia pergi bertegur sapa
dengan gadis itu. Weir bangun dan mengaturkan langkah penuh gaya menghampiri Eleanor
dan dua teman semejanya itu.
“Assalamualaikum…
Rancak berbual?”
“Waalaikumusalam.”
Eleanor mengangkat wajahnya. Tawanya terus mati sebaik melihat wajah Weir yang
sedang tersengih itu.
Jumpa
mamat ini lagi.
“Tak
suka jumpa saya?”
“Eh,
taklah suka sangat dapat jumpa awak lagi.”
Dalam
lagi Eleanor mengutuk sakan.
“Hi,
I’m Cheng. You rakan El juga?”
“Hi…
maybe yes or no. You kena tanya yang
tuan empunya badan.”
Cheng
mengalihkan lirikan matanya pada wajah Eleanor.
“Kawan
gitu-gitu je. Dia ni uncleAleeza.”
“Kawan
gitu-gitu?”
“Lebih
kurang macam kejap kawan, kejap tak kawan.” Weir duduk tanpa dijemput di
sebelah Cheng.
“I
tak tahu pula, ada kejap kawan, kejap tak kawan ni. Nama you?”
“Weir
Zafril.”
Mereka
berjabat tangan.
“Aleeza…
uncleyou begitu muda dan handsome.”
“Itulah,
nasib baik my uncle kalau tidak sudah
lama I mengorat jadikan boyfriend I.”
Aleeza berseloroh.
Cheng
perasan lirikan mata Weir tidak lari dari menatap raut wajah milik Eleanor.
Dari mata turun ke hati. Cheng boleh mengagak Weir sukakan Eleanor.
“Kalau
begitu, you adalah peluang El.”
Tersedak
Eleanor yang sednag menghirup kuah mihun sup itu. Kelam-kabut dia minumannya.
“Me?” Dia menghalakan jari telunjuk ke
arah dirinya.
“Yes, youlah.”
“Not my taste.” Depan-depan dia
menyatakan Weir bukan lelaki idamannya.
“Too bad.” Cheng menepuk-nepuk bahu Weir.
“Lelaki
macam mana yang menjadi taste awak?”
Weir menyoal sambil menyilangkan tnagan ke tubuh.
“Taste saya? saya suka yang perut boroi,
berkumis, rambut kerinting bukan yang berkulit agak gelap dan rambut acak-acak.
Handsome bukan taste saya.”
“Eh,
aku tak tahu pulak kau suka lelaki boroi.” Aleeza berbisik ke telingan Eleanor.
“Aku
tipu ajelah. Yang kau percaya, kenapa?”
“Ops!”
Tangan
Aleeza menekup mulutnya. Dia perasan kelibat Dato’ Bakri bersama Yuhana. Eleanor
juga perasan Dato’ Bakri bersama Yuhana. Bukan main lagi romantiknya. Siap
memeluk pinggang ramping Yuhana. Dia buat tidak endah dengan jelingan Dato’
Bakri.
“Boss
you memang banyak skandal El.” Cheng menggelengkan kepala perlahan.
“Itu
bukan urusan I.”
“Mujur
saja tiada skandar dengan awak.” Weir mencelah.
“Saya
tak berminat skandar dengan lelaki dah berusia.”
“Ouch,
Saya rasa boss awak tu ada ciri-ciri
lelaki idaman awak kan? Boroi dan berkumis.”
Terjegil
biji mata Eleanor.
“Saya
tak kacau husbandorang. Saya cari
lelaki bujang. B.u.j.a.n.g.”
“Saya
memang ada peluanglah. Hahaha…” Weir mengusap-sap dagunya.
“APA hubungan you dengan Cheng?” Dato’
Bakri menyoalnya keras. Jelas api cemburu dilihat pada mata Dato’ Bakri.
“Just friend.” Jawab Eleanor. Malas dia
mahu melayan kerenah Dato’ Bakri yang tidak tentu arah itu.
“Bukan
main rapat you dengan dia?”
“Itu
urusan I. Kalau Dato’ tiada apa-apa urusan pasal kerja dengan I, I nak buat
kerja I.” Eleanor bangun. Dato’ Bakri menahan laluan.
“And Weir Zafril pula?”
“Kenalan
saja.”
“You
jangan main-mainkan I, El.”
“I
sudah muak dengan soalan-soalan mengarut Dato’. I bebas nak berkawan dengan
siapa. Dato’ tiada hak untuk mengahlangnya.”
“Please El... I betul-betul cintakan you.
I dengan Yuhana tiada apa-apa hubungan. Just
suka-suka.”
Sudah
berkepit ke hulur hilir, boleh kata suka-suka saja. Apa jenis manusialah Dato’
Bakri ni.
“Urusan
Dato dan Yuhana bukan masalah I. Dato’… I sudah katakan I tak boleh terima
Dato!”
“Apa
kurangnya I.”
“Itu
bukan masalahnya Dato’. Please…
jangan paksa I.”
“El..”
Dato’ Bakri cuba memengang kedua-dua belah bahu Eleanor tetapi pantas Eleanor
mengundur ke belakang. Eleanoh mengacukan pen di tnagannya.
“Dato’
dekat, I tikam Dato’ dengan pen ni.. Atau I jerit agar semua staf tahu perangai
Dato’ yang sebenar.” Ugut Eleanor.
Dato’
Bakri membuka laluan. Laju Eleanor melangkah keluar dari bilik Dato’ Bakri. Dia
menarik nafas panjang. Dia sudah tidak dapat bersabar dengan sikap Dato’ Bakri.
Beg tangnanya terus disandarkan pada bahu. Eleanor tahu tindakannya itu tidak
wajar. Hati sedangnya sakit. Teguran dari teman-teman sekerjanya tidak dilayan.