Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
114,199
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 16

Sudah dua jam berlalu, kak Mas di hospital menunggu Lees yang masih berada di bilik rawatan, dia tidak tahu apa terjadi pada Lees sekarang hatinya berdebar dan risau. Dia berdoa agar Lees tidak apa-apa, semenjak dia mengenali Lees tidak pernah Lees bersikap sedemikian Lees sentiasa ceria dan senyum selalu, tapi kenapa dia jadi begini. Tiba-tiba pintu bilik rawatan dibuka dua orang nurse keluar menolak katil Lees terbaring di atasnya dengan tangannya disuntik jarum dilihatnya sebotal air tersangkut di tiang katil. Mereka menolak katil Lees terus ke wad, kak Mas hanya mengekorinya. Apabila sampai sahaja mereka di dalam wad sebelum dua orang nurse meninggalkannya, Kak Mas bertanya kepada nurse apa yang berlaku pada Lees.

“Excuse me, what happen to my friend?” tanya kak Mas.

“Don’t worry she ok please take care of her”. Jawab salah seorang daripada nurse tadi lalu meninggalkan mereka.

Kak Mas menghampiri Lees yang sedang terbaring di atas katil kesian dia melihat keadaan Lees yang begitu lesu tidak bermaya di kelopok matanya masih ada air mata. Lees memandang kak Mas yang datang padanya terus menangis kak Mas memeluk Lees bagi meredakannya.

“Lees apa sebenarnya berlaku ni Lees sakit apa?” tanya kak Mas dengan risau. Lees tidak menjawab hanya tangisan didengari oleh kak Mas. Kak Mas terus berdiam, tidak berani lagi untuk bertanya pada Lees. Dia nekad untuk berjumpa doktor bertanya pasal Lees. Tiba-tiba Lees bersuara.

“Kak Mas tolong ya jangan bagitahu siapa-siapa pasal Lees” Kata Lees merayu.

“Kalau Mira atau Aisyah telefon tanya macam mana? Apa kak Mas nak bagitahu?’ tanya Kak Mas dengan risau.

“Kak Mas jawab saja kita pergi holiday, kalau dia tanya di mana jawab saja, adalah kami ok”. Lees membalas pertanyaan kak Mas dengan teresak-esak.

“Lees tunggu sekejap ya?” kata Kak Mas.

“Nak pergi mana?’ tanya Lees.

“Nak pergi ke kaunter sekejap ambil i/c Lees” jawab kak Mas.

“Kak Mas tolong, jangan tinggalkan Lees”. Pinta Lees dengan sedih. Sayu hati kak Mas mendengarnya.

“Tidak lah kak Mas tidak akan tinggalkan Lees”. Dia keluar meninggalkan Lees keseorangan.

Aisyah melihat jam di dinding 10.00malam kak Mas dan Lees belum lagi pulang. Sekembalinya dia dari makan petang tadi dilihatnya kak Mas dan Lees sudah tidak ada. Tidak tahu ke mana mereka pergi, dia mula risau.

“Mira mana Lees dan Kak Mas pergi, sudah pukul sepuluh malam belum balik lagi?” tanya Aisyah sambil memandang Imira yang sedang sibuk dengan handphonenya.

“Manalah aku tahu” Jawab Imira.

“Cuba kau telefon mereka”. Aisyah menyuruh Mira menghubungi mereka. Imira menghubungi Lees tapi taliannya ditutup, dia mencuba telefon Kak Mas, talian disambung “Hello” kak mas menjawab panggilan dari Imira.

“Hello Kak Mas. Kak Mas di mana kenapa tidak balik lagi?”.Tanya Imira.

“Imira, Kak Mas dan Lees tidak balik malam ini mungkin dua tiga hari lagi”. Jawab kak Mas.

“Kak Mas dan Lees pegi mana?” Imira bertanya lagi.

“Kak Mas dan Lees datang melancong”. Jawab kak Mas terpaksa menipu.

“Melancong ke mana?” Imira bertanya dia agak terkejut.

“Adalah” jawab kak Mas bersahaja. Dia mengakhiri perbualan.

Kak Mas masuk semula ke wad Lees setelah selesai bercakap dengan Imira. Di lihatnya Lees masih lagi tidur belum sedar. Tadi Lees diberi suntikan ubat penenang. Kak Mas sesekali mengusap rambut Lees kesian dia melihat keadaan Lees.

Dia mengingati apa yang diberitahu oleh doktor tadi bahawa Lees mengalami tekanan perasaan. Tapi dia tidak tahu kenapa dan siapa yang membuatkan Lees jadi begini. Doktor ada bagitahu yang Lees bertaruh nyawa, perasaannya dia tidak boleh menerima hakikat apa yang berlaku. Doktor ada juga bertanya bagaimana keadaan keluarga Lees tapi aku tidak boleh jawab sebab Lees tidak banyak menceritakan tentang keluarganya yang aku tahu Lees tinggal dengan datuknya di Kota Bharu. Adakah Lees putus cinta juga aku tidak boleh jawab sebabnya aku tidak pernah dengar atau tengok Lees bercinta sebelum ini. Lees seorang yang ceria dan dia baik sangat. Itu pun doktor kata mujurlah Lees dihantar agak awal jika tidak mungkin dia hilang kawalan dan bertindak diluar dugaan. Kak Mas merenung ke arah Lees yang masih tidur wajah cantiknya pucat tidak berseri.

“Kesian kau Lees, kalau betul lah Lees putus cinta lelaki manalah yang amat bodoh boleh tinggal dan putuskan hubungan dengan Lees. Tidak pernah aku tengok Lees bercinta dengan siapa-siapa di sini, mungkin dia setia pada kekasihnya”. Fikir Kak Mas tentang Lees.

Malam itu Kak Mas menjaga Lees dia tidak sanggup tinggal Lees berkeadaan begini. Kak Mas tertidur di kerusi panjang yang ada di situ.

Kak Mas terjaga apabila terdengar tangisan Lees dia cepat-cepat bangun menuju ke katil. Dia terus pegang tangan Lees serta mengusap dahi Lees.

“Lees janganlah menangis, Kak Mas ada di sini, jangan begini Lees”. pujuk kak Mas dengan penuh kasih sayang. Tangisan Lees semakin kuat, dia terus meredakan keadaan Lees.

“Lees ingat Allah Lees jangan macam in Lees kena kuat”. Kak Mas memujuk lagi dengan menyuruh Lees mengucap dua kalimah syahadah. Lees mengucapnya dan menarik nafas panjang. Kak Mas melihat wajah Lees sedikit tenang selepas mengucapnya. Kak Mas melihat jam ditangannya pukul tiga pagi.

“Lees makan sikit dari tadi Lees tidak makan doktor pesan suruh Lees makan”. Kata kak Mas. Lees hanya menggelengkan kepalanya.

“Jangan begini, Lees makanlah sikit nanti bertambah sakit. Tadi kak Mas ada beli roti”. Pujuk kak Mas dengan mesra.

“Lees tidak lapar” . Jawab Lees dengan lemah.

“Lees boleh kak Mas tanya sikit?” tanya Kak Mas. Lees Mengangguk.

“Lees ada masalah dengan keluarga ke?” Kak Mas bertanya mengorek rahsia. Lees menggeleng.

“Jadi Lees putus cinta tanya kak Mas lagi. Lees memandang kak Mas dia merenung jauh ke mata kak Mas terbayang wajah Iskandar bersama kenangan serta ucapan cinta Iskandar kepada Imira muncul dalam fikirannya. Dia perlahan-lahan memejam mata hatinya sekali lagi menangis air matanya gugur. Kak Mas faham itu lah jawapannya, Lees putus cinta dia kecewa, derita yang dialami jelas diwajahnya. Kak Mas memegang erat tangan Lees lalu berkata.

“Lees, kalau bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor". Kak Mas sekali lagi memberi semangat pada Lees.

“Tak apalah kak Mas Lees tak apa-apa” jawab Lees cuba menenangkan hatinya sendiri.

“Sudah sampai begini, Lees boleh kata tidak ada apa-apa. Lees kena kuat semangat”. Balas kak Mas lagi.

“Lees putus cinta? Lees ada kekasih di Malaysia?” Kak Mas terus bertanya. Lees hanya mendiamkan diri. Kak Mas melihat keadaan Lees reda sedikit dari tadi dia terus berkata lagi.

“Kalau Lees rasa nak luahkan perasaan Lees boleh cerita pada Kak Mas, Kak Mas sedia mendengarnya”.

Lees menarik nafas panjang sambil menggelengkan kepalanya lalu berkata. “Lees belum bersedia” jawab Lees sambil matanya merenung jauh ke dalam mata kak Mas. Kak Mas mengangguk dan mengukir senyum pada Lees. Airmatanya terus mengalir.

“Lees tidur dulu kita sembang lagi esok sudah lewat ni”. Pujuk kak Mas. Dia menyapu airmata Lees kemudian mengusap dahi Lees perlahan-lahan sehingga Lees terlena.

Previous: BAB 15
Next: BAB 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina