Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
114,056
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 15

Imira terus mendampingi Iskandar ke mana sahaja Iskandar pergi. Dia nekad untuk merebut dan menambat cinta Iskandar. Hampir setiap hari Imira akan membawa bekal untuk Iskandar yang disediakan oleh Lees. Dia cuba memikat Iskandar walaupun dia tahu bukan mudah untuk memikat hati Iskandar. Imira telah membuat satu rancangan yang tidak diduga oleh Iskandar. Mereka berjumpa ditempat biasa dimana mereka mentelaah pelajaran setiap hari. Imira telah menyediakan satu nota cinta, dia akan menyuruh Iskandar membacanya dengan penuh perasaan.

“Is boleh tak, Mira nak suruh Is baca satu nota ni” tanya Mira.

“Nota apa” balas Iskandar.

“Nota cinta, tapi Mira nak Is baca dengan penuh perasaan”. pinta Mira. Sambil menghulurkan nota kepada Iskandar. Iskandar menyambutnya dan membaca nota itu tiba-tiba dia teringat pada isterinya “kalau aku dapat lafazkan cinta pada Lees macam dalam nota ini bahagia aku” fikir Iskandar. Dia membaca nota itu dengan penuh perasaannya tanpa dia sedari yang Imira telah merekodnya. Hati Imira berbunga dan senang sekali apabila bacaan Iskandar cukup sempurna kalau kawan-kawan dia dengar pasti mereka akan percaya bahawa dia telah dilamun cinta dan sedang bercinta dengan Iskandar.

Mereka semua sibuk mentelaah pelajaran ini kerana, dua minggu lagi mereka akan menduduki peperiksaan sebelum cuti semester bermula. Iskandar menghubungi Lees dua atau tiga hari sekali memandangkan mereka sibuk dengan buku masing-masing. Cuti semester bermula kali ini mereka tidak pulang ke Malaysia begitu juga dengan Iskandar dan Lees walaupun ke rumah daddynya di London.

Kali ini Iskandar ingin menguji cinta Lees setelah hampir dua tahun mereka berada di sana. Dia sengaja tidak menghubungi Lees, dia ingin tahu sejauh mana Lees mencintai dan merinduinya. Kali ini dia nekad tidak akan telefon atau SMS Lees dalam masa satu minggu. Masa berlalu, dia masih menunggu panggilan atau SMS dari Lees. Masuk hari ketiga Lees tidak juga menghubunginya, dia masih menunggu panggilan atau SMS dari Lees.

Imira selalu menceritakan pada teman-temannya yang dia selalu menghabiskan masa dengan Iskandar. Cerita itu sampai ke telinga Lees tetapi Lees yakin dengan cinta Iskandar padanya. Tapi kali ini sudah beberapa hari Is tidak menghubunginya bermacam persoalan bermain difikiranya dan dia teringatkan Iskandar. Hati Lees berbisik “Is kenapa tidak telefon Lees sudah tiga hari Is tidak telefon Lees rindulah pada Is. Telefonlah Lees rindu ni”.

Hatinya berbisik lagi. “Takkan aku pula yang kena telefon dia, selalunya dia yang akan telefon aku kenapa ya?” Dia sudah tidak sayang aku lagi ke? Sudah lupa pada aku? Perlu ke aku hubungi dia?... Alah Is telefonlah Is sibuk sangat ke sekarang ni?, kalau aku telefon, dia marah tak? Eh! kenapa dia sakit ke? Kalau dia sakit, tak kan selalu bersama Mira? Atau dia sudah jatuh cinta dengan Mira”. Hati Lees mula tidak keruan, terasa pedih dan sayu, dia amat merindui Iskandar. “Tidak mengapalah aku akan tunggu, dia pasti akan hubungi aku”. Lees memujuk hatinya sendiri.

Iskandar keseorangan dirumahnya. Rakan-rakan yang lain keluar entah ke mana, dia asyik memikirkan Aleesa. Hati kecilnya berkata. “Alahai! si Lees, mana dia ni kenapa dia tidak telefon aku atau SMS ke. Aku nak uji dia, tiba-tiba aku pula yang teruji macam mana ni. Hai! Lees apalah kau sedang buat, sampai tidak ingat aku”. Hati Iskandar mula mengelabah dia amat merindui isterinya itu sesekali hatinya pedih bila teringatkan Lees kerana selama ini Lees tidak pernah melafazkan cinta padanya. Dia mula terfikir Lees sudah ada cinta lain ke? Ah! tidak mungkin aku kan suami dia, apa-apa pun aku tidak akan lepaskan kau Lees. Kau tetap milik aku dulu, kini dan selamanya”. bisik hatinya.

Masuk hari ke lima mereka masih belum berhubung masing-masing menunggu dan berharap. Malam itu ketika Lees dan rakan serumahnya sedang menonton rancangan kegemaran mereka tiba-tiba Aisyah melihat Imira sedang berkhayal dan tersenyum sendirian.

“Eh Mira, kau ni kenapa aku tengok asyik tersengih-sengih dari tadi apa hal?” tanya Aisyah.

“Di lamun cinta lah tu” kata kak Mas cuba mengorek rahsia. Imira tersenyum memandang mereka sambil menggangkat keningnya.

“Dengan siapa cik Mira?” tanya Lees. Imira mengukir senyum dengan lebar.

“Dengan Iskandarlah”. Jawab Mira dengan bangganya.

Lees terkejut dan terperanjat. Dia memandang Mira lebur hatinya mendengar jawapan dari Mira hatinya mula berdebar dan meronta-ronta “Betul ke ni?’ bisik hatinya.

“Dia ada bagitahu ke yang dia cinta pada awak Mira?” tanya Aisyah lagi.

“Mestilah”. Jawab Mira. Mendengar jawapan itu hati Lees semakin berdebar dan sebak.

“Kalau tidak percaya cuba dengar ni” kata Mira sambil tangannya membuka handphone lalu memasang peti rekod. Lees dan rakannya yang lain mendengar dengan teliti ucapan itu, memang benar itu suara Iskandar.

Hatinya semakin sebak, tersekat nafasnya seketika, robek hatinya bagai di hiris, di tikam dengan keris yang tajam bertubi-tubi, hatinya sudah sebak menahan air mata dia menarik nafas panjang… bila-bila saja air matanya akan terkeluar dia menahannya supaya tidak diperasan oleh kawan-kawannya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya untuk melegakan perasaannya.

“Tahniah Mira” dia memberi ucapan yang tidak berapa ihklas sebenarnya.

“Sama-sama” jawab Mira dengan senyuman yang cukup manis.

Lees menunggu di situ beberapa minit… sesekali tangannya menyapu muka. Kenudian dia bangun meminta izin ke bilik untuk tidur. Apabila sampai sahaja dibiliknya air mata yang ditahannya telah gugur berderai dia menekup muka dan menangis sekuat hatinya. Dia semakin kuat menangis apabila teringat ayat yang diucapkan Iskandar kepada Mira.

“Aku sayang padamu sayang, hanya engkau yang aku cintai tiada yang lain, kau yang bertakhta dihatiku, kau lah segalanya bagiku’. Itulah ucapan yang didengarinya tadi sekali lagi air matanya keluar mengalir dengan deras membasahi bajunya.

Bisik hatinya “Sampai hati Is, buat Lees begini setelah Lees benar-benar cinta dan sayang pada Is, hampir dua tahun Lees mengumpul perasaan ini untuk menerima cinta Is. Kini Lees benar-benar cinta dan sayang pada Is tapi semuanya sudah terlambat. Bagaimana Lees perlu lupakan Is. Is sudah menemui cinta hati Lees akan berundur dan cuba lupakan Is demi kebahgian kau sayang, mungkin kau tidak bersalah kerana aku tidak pernah ucap cinta padamu. Lees sudah terlambat untuk memenangi hati Is”. Lees terus menangis air matanya tidak henti-henti mengalir dia mengambil handphone dan terus menekan butang off dia tidak mahu menerima panggilan atas SMS dari Iskandar dia tidak sanggup mendengar jika Iskandar menghubunginya untuk menyatakan dia telah jatuh cinta dengan Imira atau melafazkan cerai kepadanya biarlah hubungan ini terputus dengan sendiri. Lees terus menangis.

Iskandar mundar-mandir dibiliknya memikirkan Lees sudah masuk hari ke lima Lees tidak menghubunginya. Hatinya sudah mula gelisah dan berdebar-debar Lees tidak juga menghubunginya, dia sudah tidak tahan lagi menanggung rindu pada isterinya. Malam itu dia nekad untuk menghubungi Lees. Dia mengeluarkan telefon dari poketnya dan terus menekan perkataan ‘MY HEART’.

Tut tut line terputus dia mencuba lagi masih mendengar line ditutup.

“Eh! kenapa telefonnya di tutup, tiada bateri ke?” bisik hatinya. Dia mencuba lagi beberapa kali pada malam itu tapi tetap gagal.

Lees menangis sehingga pagi dia tidak dapat melelapkan matanya. Air matanya terus mengalir apabila bayangan Is difikirannya. Matanya sudah merah dan bengkak dia tidak keluar dari biliknya pada hari itu dia tidak mahu kawan-kawannya tahu apa yang dialaminya sekarang.

Iskandar terus menghubungi Lees setiap jam tapi tetap juga gagal telefonnya masih di offkan. Dia mula risau tidak keruan “Mana si Lees ni kenapa dia tutup telefon, rosak ke? Dia balik London ke? Ahhh!… tidak mungkinlah” Bisik hatinya. Berbagai persoalan bermain difikiran Iskandar “Lees sudah ada orang lain ke? Huh! tidak masuk akal, aku kenal sangat dia tu, kalau ada pun, aku tidak akan lepaskan kau Lees, kau nyawa aku, tapi dimana engkau sayang”.

“Macam mana aku nak tahu apa berlaku pada dia. Sekarang ini cuti semester, kalau tidak hari-hari dengar cerita dari Fitri. Tak kan aku nak tanya si Fitri tu… ah! mana boleh” Is masih berbisik sendirian. Fikirannya masih kepada Lees, setiap hari dia menghubungi Lees tetap juga gagal.

Sudah masuk lima hari Lees tidak keluar bilik, makan pun tidak dijamahnya. Kalau kak Mas mengetuk biliknya dikatakan dia tidak boleh keluar kerana sakit mata nanti berjangkit. Kak Mas ada menawarkannya untuk berjumpa doktor katanya sudah ada ubat. Hatinya terus menangis dia cuba untuk melupakan Iskandar tapi sekali dicubanya wajah Iskandar muncul difikirannya dia selalu teringat kenangan bersama Iskandar. Semakin dia mencuba melupakan Iskandar semakin kuat perasan cintanya, dia tidak pernah membenci Iskandar.

Masuk hari ke enam Lees mula merasakan tubuhnya amat lemah tidak lagi bermaya makanan yang dibeli oleh Kak Mas dibuangnya sahaja.

Tiba-tiba dia merasa haus dia nekad untuk bangun dan ke dapur untuk mengambil air. Dia keluar dengan langkah yang lemah dan terhumbang-hambing kepalanya berpusing lalu dia terjatuh di ruang dapur. Kak Mas yang ada di dalam biliknya terdengar sesuatu yang kuat kerana kerusi yang di pegang oleh Lees turut terjatuh. Dia menuju ke arah bunyi itu didapatinya Lees terbaring di situ. Dia berlari ke arah Lees dan terus mengangkat kepala Lees dan memapahnya.

“Lees kenapa ni?” tanya kak Mas. Kak Mas memandang wajah Lees yang pucat, matanya merah, bengkak dan berair dia meninggalkan Lees seketika untuk mengambil segelas air. Kemudian kembali dan memberikan Lees sedikit air dan disapunya ke muka Lees.

“Lees kenapa ni?’ kak Mas bertanya lagi apabila Lees mengukir sedikit senyuman ke arahnya.

“Kak Mas hantar Lees ke hospital ya?’ katanya. Lees hanya memberi isyarat dengan matanya. Kelopok matanya dipenuhi air, dengan nada yang sayu dia bersuara “Kak Mas tolong jangan bagitahu sesiapa please”. Kak Mas mengangguk tanda setuju dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku pada Aleesa. Dia menghubungi teksi dan terus membawa Lees ke hospital sepanjang perjalanan ke hospital air mata Lees tidak henti-henti mengalir kak Mas cuba menenangkan hati Lees. Kak Mas meminta izin untuk menghubungi keluarganya tapi dihalangnya.

Hari itu Imira dan Aisyah keluar makan di restoran yang biasa dikunjunginya. Dia terserempak dengan Iskandar dan teman-teman yang lain. Iskandar melihat Imira dan Aisyah menuju ke meja mereka. “Ini peluang aku untuk mengetahui di mana Lees” bisik hatinya kerana dia tahu Fitri akan bertanya kerana Lees tidak kelihatan bersama meraka. Imira menghampiri Randy yang berada disebelah Iskandar kemudian menyuruh Randy duduk di tempat lain.

“Eh! kamu berdua aje mana kak Mas dan Lees?’ tanya Randy.

“Ada di rumahlah’ jawab Aisyah.

“Aku di depan tidak ditanya”. Kata Aisyah pada Randy.

“Lo, kamu sudah ada di sini, buat apa mahu ditanya lagi’. Balas Randy

“Ya lah, tanya aku sihat ke, sudah makan ke?” bicara Aisyah lagi.

“Waduh! kamu sudah ada di sini mahu makan, mahu ditanya lagi, aku tanya yang enggak ada”. Jawab Randy dengan sindiran.

“Kenapa tidak ajak sekali Lees dan Kak Mas sudah berapa hari tidak nampak” tanya Iskandar cuba mengorek rahsia.

“Aku lagilah rindu pada dia” Fitri membalasnya.

“Entahlah aku sudah ajak tadi, katanya tidak mahu keluar” Jawab Aisyah.

Lega sikit hati Iskandar mendengar berita yang Lees ada di rumah. Mira menyambung perbualan itu lagi.

“Tapi aku hairanlah si Lees tu, sudah beberapa hari tidak keluar bilik”.

“Kenapa?” tanya Iskandar dengan terkejut.

“Katanya, sakit mata tidak boleh keluar takut berjangkit” balas Aisyah.

“Eh! si Lees ni kalau ya pun sakit mata, takkan tidak boleh buka telefon bukan bercakap dengan mata pun” Bisik hati Iskandar dengan geram.

“Patutlah aku telefon dia beberapa hari tidak dijawab telefon tutup” Kata Fitri.

“Kau selalu ke telefon dia?” tanya Rizal yang diam dari tadi.

“Tidaklah selalu, tapi adalah beberapa kali sebab aku rindu sangat pada dia biasanya aku dapat tengok dia dalam kelas aje, duduk sebelah pula tu, bau dia pun masih segar dapat aku hidu. Tapi beberapa hari tidak nampak muka cantik dia tu rindulah pula, itu yang aku telefon dengar suara pun jadilah”. Jawab Fitri dengan panjang lebar.

Iskandar mendengar, air mukanya sedikit merah menahan marah dan geram. “Eh si Fitri, berani kau rindukan bini aku, balak dia ada sebelah ni, cakap tu agak-agaklah sikit”. Kata hatinya. “Si Lees ni pun satu hal, aku sudahlah rindu giler pada engkau, tolonglah sayang buka telefon tu abang rindu niiiii”. Jerit hatinya.

Previous: BAB 14
Next: BAB 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina