Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
114,062
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 13

Cuaca di Ireland semakin sejuk maklumlah musim winter sajli akan turun cuaca semakin hari semakin sejuk, salji turun suhu mencecah 10°c Lees kurang selesa dengan cuaca sebegitu. Sudah beberapa hari Lees mengalami selsema dia tidak keluar rumah kerana cuaca kurang baik apatah lagi badannya rasa panas mungkin dia demam. Suasana di rumah Lees sunyi apabila Imira dan Aisyah keluar entah ke mana katanya nak ke shopping kompleks membeli sweater baru. Lees keluar dari biliknya ke dapur untuk memasak bubur nasi selepas itu dia kembali ke ruang tamu dia mencapai remote yang ada di atas meja lalu membukanya. Beberapa minit kemudian kak Mas keluar dan menonton bersama Lees. Kak Mas melihat keadaan Lees semakin kuat selsemanya dia menyentuh dahi Lees terasa panas dan dilihatnya mata Lees sedikit merah dan berair.

“Lees demam selsema ke?”

“Ha, demam sikit sakit kepala, sejuklah kak Mas”. Jawab Lees dengan manja.

“Kita pergi klinik?” kata Kak Mas. Pada mulanya Lees menggeleng kepala dan memberitahu yang dia sedang memasak bubur nasi.

“Mana boleh macam tu. Marilah Kak Mas temankan Lees ke klinik”.

“Nantilah Kak Mas, kalau Lees nak pergi Lees bagitahu”.Jawab Lees. Dia perlu bertanya dan memberitahu Iskandar terlebih dahulu. Lees bangun menuju ke biliknya dan menghantar SMS pada Iskandar.

“Lees nak pergi ke klinik” send.

“Kenapa? dengan siapa? Pukul berapa?” reply.

“Demam selsema, Lees pergi dengan kak Mas, pukul 4ptg”. Send

“Ok kalau ada apa-apa bagitahu”. Is membalas lagi. Iskandar melihat jam ditangannya 3.35ptg dia mencapai baju sejuknya lalu keluar menuju ke klinik dia tahu klinik mana yang biasa Lees dan kawan-kawannya yang lain selalu pergi. Dia mahu melihat sendiri keadaan demam isterinya, walaupun dia sendiri mengalami selsema.

Lees keluar dengan memakai baju sweater yang agak tebal dan berbulu dibahagian tengkuk. “Jom kak Mas kita pergi klinik” ajak Lees pada kak Masnya.

“Bubur nasi Lees sudah masak Lees nak makan dulu ke?” tanya kak Mas.

“Lepas balik nantilah makan”. Jawab Lees.

Mereka menuju ke klinik, sesampainya mereka ke sana Iskandar sudah pun ada. Iskandar melihat Lees dan kak Mas masuk, dia buat-buat terserempak dengan mereka.

“Eh kak Mas, kenapa ni?” Iskandar berpura-pura tanya.

“Ler kamu Iskandar, kamu buat apa di sini?” tanya kak Mas apabila ditegur oleh Iskandar.

“Beli ubat, selsema sikit” jawab Is sambil matanya melirik ke arah Lees.

“Oh, kak mas mari teman si Lees, selsema juga tapi badannya panas, demam agaknya”. Jawab kak mas sambil memegang bahu Lees. Iskandar memandang Aleesa dilihatnya mata Aleesa sedikit berair dan merah.

“Mari duduk dulu Lees” Iskandar mempelawa Lees duduk di kerusi yang telah disediakan oleh pihak klinik. Lees dan kak Mas hanya mengikut.

“Mana i/c Lees, saya tolong daftarkan”

“Tak apa lah” jawab Lees.

Dia mengeluarkan i/c dan diberinya kepada kak Mas. Kak Mas bangun menuju ke kaunter pendaftaran. Lees membuka sarung tangan yang dipakainya, Is yang ada disebelahnya memegang dan meramas-ramas tangan Lees. Lees melirik manja ke arah suaminya. Iskandar faham jelingan manja yang dimaksudkan oleh Lees, dia faham sangat dengan perangai Lees. Mama dan kak long pun ada bagitahu yang Lees memang perlukan orang menjaganya apabila dia sakit.

“Is datang bilik Lees malam ini”. Lees menelan air liur mendengarnya, matanya yang kuyup sambil mukanya berpaling ke arah Is dan menjawab.

“Kak Mas dan yang lain adalah”. Iskandar melepaskan tangan Lees apabila dia melihat kak Mas menuju ke arah mereka. Kak Mas melihat Iskandar masih berada di situ kak Mas berkata.

“Iskandar, kalau kamu mahu balik dulu, baliklah”.

‘Tak mengapa, saya teman Lees dan Kak Mas, lagi pun tak ada apa nak buat balik awal-awal”. Iskandar menjawab.

Lima belas minit sudah berlalu mereka masih menunggu nama Aleesa di panggil.

“Is, boleh kamu tolong jaga Lees sekejap, kak Mas nak ke bilik air”. kak Mas meminta bantuan Is untuk menjaga Lees apabila dia melihat Lees tersandar dikerusi dengan matanya tertutup. Iskandar hanya mengangguk. Iskandar sekali lagi memegang tangan Lees sesekali diramas dan digosoknya apabila kak Mas bangun menuju ke bilik air.

Tiba-tiba nama Aleesa dipanggil, Kak Mas masih lagi di bilik air. “Ini peluang aku bawa Lees masuk jumpa doktor”. bisik hati Is. Dia bangun dan memimpin Lees ke bilik doktor.

Beberapa minit di dalam bilik doktor Lees dan Iskandar keluar, di lihatnya Kak Mas dikerusi tadi sedang menungggu mereka.

“Kak Mas maaflah saya teman Lees masuk jumpa doktor tadi”.

“Terima kasih Is, apa kata doktor?” tanya kak Mas apabila melihat wajah Iskandar mencuka, bibirnya digigit,geram.

“Mujur saya ada temankan Lees tadi kalau tidak… tidak tahulah apa lagi doktor gatal tu buat pada Lees”. Is memberitahu apa yang berlaku dalam bilik doktor tadi.

“Doktor tu buat apa pada Lees?” tanya kak Mas pada Lees. Lees memandang Iskandar dengan hairan kenapa Is cakap begitu.

“Ya lah kak Mas, boleh dia ambil kesempatan pada si Lees ni. Ada ke patut, orang demam check suhu badan. Bukannya pegang tangan Lees, check nadi, pegang tengkuk lama-lama, boleh dia check dada dengan tangan dia, doktor apa macam tu?” jawab Is dengan perasaan marah dan cemburu. Lees mengingati apa yang doktor tadi buat padanya.

Bisik Lees apabila dia teringat peristiwa dalam bilik doktor tadi. “Oh patutlah tadi tiba-tiba Is cakap ‘She my wife’ bila Is cakap begitu, baru doktor tu check suhu badan aku menggunakan termometer.

“Macam cemburu jer Is” Kak Mas mengusik apabila Is menerangkan apa yang berlaku dalam bilik doktor tadi.

“Bukan cemburu kak Mas, tapi tidak patut doktor tu ambil kesempatan begitu. Kalau saya tak ada tadi entah apa lagi yang diperiksanya. Kitakan kawan, kalau apa-apa berlaku pada kawan kita macam mana?”. Kak Mas menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan pendapat Iskandar. Selesai mengambil ubat mereka pulang ke rumah masing-masing.

Dalam perjalanan ke rumah Iskandar terserempak dengan Imira dan Aisyah yang baru pulang dari shopping.

“Hai! Is dari mana ni?” Imira menegur Iskandar.

“Beli ubat”

“Is sakit apa?” Imira bertanya lagi.

“Selsema sikit” jawab Is.

“Kesiannya, Is pagi esok apa kata Mira sediakan makanan untuk Is?”.

“Terima kasih, jawab Iskandar. Lalu berlalu dari situ meninggalkan Mira dan Aisyah.

“Esh!.. kalau Lees yang sediakan untuk aku tak apa lah juga, ini si Mira” bisik hati Is dengan mengeluh.

Dia menghantar SMS pada Lees. “Malam ini Is datang bilik Lees 11.00malam”. Lees menerima SMS yang dihantar Iskandar.

“Alamak! kenapa dia mahu datang ke sini pula, mahu tidur di sini ke dia? Macam mana kalau yang lain tahu. Lees membalas SMS

“Is mahu tidur di sini ke?”.

“Ya tidur dengan Leeslah” Is membalas.

“Ha! apa aku nak buat ni, takkan kena layan dia kot. Nak tanya ke, tak nak tanya?” bisik Lees berbicara sendiri dia sudah mula risau dengan ke datang Iskandar malam ini. Lees menghantar lagi SMS.

“Lees demam, lagi pun kawan-kawan Lees kan ada, macam mana kalau mereka tahu?”

Is membalas “Sebab Lees demamlah, kalau mereka tahu pun apa salahnya bukan haram pun, jangan risaulah Is tahu apa nak buat tunggu saja malam ini”. Lees mula risau dia tidak tahu apa lagi kejutan yang akan Iskandar buat pada dia.

Imira dan Aisyah sampai di rumah dengan keletihan. Mereka duduk di sofa dan membaringkan tubuhnya. Kak Mas dan Lees yang sedang menonton memerhati gelagat dua sahabatnya itu.

“Letih ke?” tanya kak Mas.

“Letihlah Kak Mas” jawab Aisyah. Mana tidak letih, mereka keluar dari pagi lagi sampai ke petang. Amira bangun dari berbaring dan duduk di sofa, dia memandang Lees.

“Lees, esok tolong Mira boleh?’ Mira bertanya.

“Tolong apa?” balas Lees.

“Tolong buatkan sandwich pagi esok, macam yang Lees buat tempoh hari, sedaplah Lees buat, boleh?”. Pujuk Imira sambil memuji. Lees mengangguk tanda setuju.

Malam itu Iskandar keluar dengan bag galasnya apabila melihat teman-temannya sudah masuk ke bilik dia menuju ke rumah sewa Lees dilihat jam tangannya 10.45 malam.

Hati Aleesa sudah mula berdebar-debar, beberapa soalan bermain difikirannya. “Betul ke si Is nak datang? Apa aku nak buat pada dia, sudah lama aku tidak bersama dia semenjak kami datang ke sini kali terakhir pun semasa aku datang bulan mula-mula datang ke sini sudah lima bulan. Biasanya kalau aku sakit dia bagi ubat ajer itu pun jumpa di luar”. Tiba-tiba dia menerima message dari Iskandar. “Yang lain sudah tidur?”. Hati Lees mula berdebar, sedikit takut dan gementar dia membalas SMS itu.

“Mereka semua sudah masuk bilik, tidak tahulah tidur ke tidak”.

“Buka pintu sekarang Is ada didepan” Lees terkejut “Hah! Apa, dia sudah ada di sini” bisik Lees.

Dia perlahan-lahan menuju ke pintu utama dan melihat bilik teman-temannya sudah gelap mungkin sudah tidur. Dia membuka pintu, Iskandar terus masuk dengan tangannya membimbitkasut yang dipakainya menuju terus ke bilik Lees. Lees menutup pintu dan terus mengekori Iskandar ke biliknya.

“Is buat apa ni, nak tidur sini ke?” tanya Lees dengan keadaan yang gelisah.

“Yalah, kan dah bagitahu, yang gelabah sangat ni kenapa?” Is menjawab dan bertanya apabila dilihatnya Lees gelisah sambil mengigit bibirnya. Iskandar menyentuh dahi Lees masih panas.

“Sudah makan ubat?” tanya Is.

“Tadi sudah makan, tapi malam ini belum lagi”. jawab Lees.

“Aduh! Sudah pukul sebelas ni sayang, kalau tidak disuruh tidak makan, mana ubat?. Is bertanya lagi.

“Tuuu” Lees memuncungkan mulutnya menunjuk ubat di atas meja studynya.

“Mana air?”.

“Dapurlah” jawab Lees sepatah.

“Pergi ambil” arah Is pada isterinya.

“Is nak makan tak? tadi Lees ada buat bubur nasi? Tanya Lees pada suaminya.

“Boleh juga” jawab Is sambil tersenyum. Lees keluar kemudian dia membawa dulang yang berisi semangkuk bubur, secawan white coffee dan segelas air masak. Dia memberikan Iskandar bubur kemudian dia memakan ubatnya.

“Is, selesema kan, mana ubat Is?”

“Ada dalam bag tu, sikit jer. Sedapnya bubur” puji Is pada isterinya. Lees tersenyum mendengar pujian Is.

Iskandar keluar dari tandas yang ada dibilik Lees dia memerhati Lees masih dikerusi studynya. Dia menghampiri Lees lalu menarik tangan Lees ke katil. Lees memandang Is dengan penuh tanda tanya.

“Is nak buat apa ni?” Lees bertanya dengan hatinya berdebar-debar.

“Nak tidurlah buat apa lagi, sudah lama abang tidak tidur dengan Lees” jawab Is. Lees memandang Is dengan malu-malu jantungnya berdebar-debar.

“Lees, nak layan Is ke malam ni? Atau Is layan Lees?” Tanya Is sambil ketawa kecil.

“Sama sajalah” jawab Lees.

“Bezalah” Is menjawab .

“Apa beza” Lees bertanya dengan bingung dan sedikit risau dan debarannya semakin kuat. Dengan wajah yang senyum Iskandar menerangkan perbezaannya.

“Kalau Lees layan Is ada dua perkara. Satu Lees kena cium dan kedua peluk Is itu sahaja, kemudian tidur”.

“Kalau Is layan Lees macam mana pula?” tanya Lees.

“Itu lagi senang” jawab Iskandar. Lees tersenyum dengan jawapan itu.

“Apa?” Lees bertanya lagi.

Dia menjawab sambil ketawa kecil dan menggangkat keningnya.

“Abang tidak akan buat apa-apa cuma…,Lees tolong tanggalkan semua pakaian, abang nak tengok sahaja, tak buat apa pun, boleh?”. Lees terkejut dengan matanya dibulatkan sambil menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju. Iskandar tergelak dengan suara yang perlahan takut didengari teman-teman Lees, dia melihat muka Lees yang sudah merah.

“Kalau tak setuju, pilihan pertama sahajalah’. Jawab Is. Lees memang tiada pilihan dia terpaksa akur dengan Iskandar.

“Heee… geramnya” dia mengacip giginya…

“Lees tidak pandailah nak buat macam mana”. Dia berkata sambil matanya memandang Iskandar dengan manja.

“Mari lah sini, abang ajar”. Is mengajaknya. Lees naik ke atas katil dia menghampiri suaminya lalu memeluk dan mencium pipi Is kemudian melepaskannya.

“Eh! bukan macam itu’ Is memberitahu sambil ketawa.

“Macam ni” …Is mengambil tangan Lees lalu diletakkan ke pinggangnya dan merapatkan tubuh Lees ke tubuhnya kemudian menyuruh Lees menciumnya.

“Cium lama-lama sampai pagi” Is menyuruhnya. Perasaan Lees ketika itu sudah bercampur-baur dia dapat merasakan kehangatan tubuh Iskandar dan sesekali nafasnya terputus-putus.

Iskandar merasa puas dengan tindakkannya dia tahu inilah kali pertama Lees betul-betul peluk dan menciumnya dengan perasaannya yang tidak keruan sesekali mencabar kelelakiannya. “Huh boleh gugur iman aku ni” bisik hatinya. Lees masih memeluknya dengan kuat sambil matanya tertutup rapat.

Iskandar bersuara “Kalau macam ini selalukan best”.

Lees membuka matanya lalu berkata “Tak mahulah”.

“Kenapa pula tak mahu kan best”. Jawab Is.

“Lees takut mengandunglah” Lees menjawab dengan perasaan bimbang. Is tersenyum dengan penjelasan Lees.

“Lees tidak akan mengandunglah kalau setakat bercumbuan macam ini’ jawab Is. Lees menutup matanya menahan malu apabila Iskandar memandang tepat ke arah matanya. Malam itu mereka tidur bersama dengan melayani perasaan masing-masing.

Pagi keesokkan harinya seawal 5.00pagi Iskandar bangun mengejutkan Lees yang ada dalam pelukanya. Dia mengucup bibir Lees. “Hem” suara Lees kedengaran dengan nada yang pendek. Dia membuka matanya, Iskandar tersenyum memandang Lees.

“Abang nak balik ni sayang” Is berkata. Lees bangun diikut oleh Is dengan tangan Is memeluk pinggan Lees dari belakang Lees menyandarkan tubuhnya ke dada Is. Is meletakkan mukanya di bahu Lees pipi mereka bertemu. Is berbisik ke telinga Lees.

“Jumpa abang di cafe pukul 8, sayang”.

“Lees tidak pergi cafe hari ini, Lees makan di rumah. Semalam Lees sudah janji dengan Imira. Dia ada minta tolong Lees sediakan sandwich untuk dia”. Jawab Lees apabila dia mengingati janjinya pada Imira.

Pagi itu, Imira tersenyum manis dan mukanya berseri berbunga-bunga apabila dia membawa bekal kepada Iskandar. Dia melangkah dengan lajunya tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan Iskandar di cafe. Dia tahu pasti Iskandar dan rakan-rakan yang lain sudah ada kerana mereka selalunya cepat ke cafe setiap pagi. Betul tekaannya apabila dia sampai didapati Iskandar ada di meja yang selalu menjadi tempat pertemuan mereka.

“Assalamualaikum Is” Mira memberi salam sesampainya dia di situ. Dia terus menghulur bekas yang dibawanya kepada Iskandar. Iskandar memandang Mira dengan dahinya berkerut.

“Apa ni?” tanya Is.

“Kan, semalam Mira janji nak buat sarapan untuk Is, sekarang ni Mira bawalah”. Jawab Mira dengan manjanya. Dia mengambilnya bekas dari tangan Mira lalu membukanya “sandwich”

“Makanlah Is” rayu Mira. Is mengambil sekeping sandwich dan memakannya. “Sedapnya, aku rasa pernah makan sandwich ini. Betul ke? si Mira yang buat” bisik hatinya. Dia teringat yang tadi Lees ada bagitahu yang dia hendak buat sandwich untuk Mira. Dia mengangguk kepalanya. Ini masakan Lees bukan Mira, bagus juga bolehlah aku makan air tangan bini aku. Imira bertanya apabila melihat Is terangguk-angguk kepalanya.

“Kenapa Is tidak sedap ke?”. Is terkejut ditegur Amira dia menjawab

“Eh! sedap sangat, pandai Mira buat” dia terpaksa memuji dengan paksa.

“Is suka ke? kalau suka lain kali boleh Mira buat lagi. Is nak makan apa nasi goreng, mee goreng apa-apalah boleh Mira buat? Tanya mira dengan manja dan mengoda.

“Suka” jawab Is. Bisik hatinya “Ah! jangan perasanlah Mira, bukan kau pun yang buat aku puji pun sebab lepas ini, kau akan suruh Lees yang buat, jadi bolehlah aku terus makan masakan cinta hati aku”.

Mira bertanya lagi “Is nak makan hari-hari ke?”.

Iskandar berbisik. “Eh! gilanya perempuan ni, kalau aku makan hari-hari maknanya setiap pagilah aku tidak akan jumpa buah hati aku sebab Lees akan makan di rumah”.

“Ah! bukanlah hari-hari, Is bagitahulah kalau Is nak makan, boleh?”. Iskandar Tanya seolah memujinya.

“Boleh” jawab Mira. Mira tersenyum melerek mendengar pujian dari Iskandar.

Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina