Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
114,062
Kategori: Novel
Genre: Cinta
bab2

Selepas 30minit perjalanan, mereka sampai di kediaman Dato Hisyam, daddy Lees.

Pon pon pon… Daddy membunyikan hon kereta, setibanya mereka dihalaman rumah. Lees menarik nafas lega, “Alhamdulilah sampai juga rumah mama” bisik hatinya. Mereka disambut oleh kak long dan abang ngah yang sedang menunggu. Lees bersalaman dan berpelukkan dengan kak long dan abang ngahnya, di ikuti oleh Iskandar.

“Lees”, panggil kak long. “Tidak mahuintroduce ker, siapa yang Lees bawa pada kak long dan abang ngah?” Kak long Lees bertanya, apabila melihat Iskandar tercegak sambil tersenyum malu.

“Oh yaaaa…. (dengan nada yang perlahan dan mendayu-dayu). Lees memperkenalkan mereka.

“Kenalkan, Iskandar Arif bin Datuk Jeffry suami Lees. Is… ini pula Nur Maisara, kakak kesayangan Lees, kita panggil dia Kak long dan ini pula, Mohd Danial atau abang ngah, abang kesayangan Lees, kami tiga beradik sahaja”. Lees memperkenalkan mereka semua sambil diperhatikan oleh mama dan daddy. Mereka tersenyum melihat gelagat Lees. Mereka tahu yang Lees merupakan anak bongsu mereka yang cukup manja dan mesra.

“Wah!handsomenya suami Lees ni” puji kak long. Muka Lees yang putih melepak, sudah menjadi merah apabila dia memperkenalkan suaminya pada kakak dan abangnya. Macam mana tidak merah, hujan tidak, ribut pun tidak.. tup tup kahwin. Kak long dan abang ngah memang tinggal dengan mama dan daddy di sini semenjak daddy ditugaskan di United Kingdom dua tahun yang lepas. Cuma Lees sahaja tinggal dengan nenek dan atuk di Kota Bharu. Is hanya tersenyum dan mendiamkan diri seketika. Setelah diperkenalkan dengan keluarga Lees. Maklumlah dia belum kenal dan tidak biasa lagi dengan keluarga Aleesa.

“Is duduk dulu ya…Lees nak ke dapur”. Lees menyuruh Iskandar duduk sambil menunjuk ke arah ruang tamu rumahnya.

Sesampai sahaja mereka di rumah, mama dan kak long sudah menyiapkan makanan untuk Lees dan Is yang dimasak oleh mamanya sebelum mengambil Lees di airport.

“Hemmmm… sedapnya bau, mama masak apa ni?’.

“Masak masakan kegemaran Lees lah’. Kak long menyampuk pertanyaan Lees. Mama Lees hanya tersenyum.

“Wow! spagetty and beefsteak…

“Kak long, ada buat kek coklat, untuk Lees tak? Lees teringin sangat mahu makan kek coklat kak long”. Minta Lees dengan manja. Kak long tersenyum lebar mendengar kata-kata dan pujian dari adiknya itu.

“Tahu” Jawab kak long dengan selamba…

“Habis tu, kak long buat tak?.”

“Mestilah buat, untuk adik manja dan kesayangan kak long ni”. Kak long menjawab sambil berpaling pada Lees yang ada di belakangnya…

“Eeeee……bestnya, thank you Kak Long”. Jawab Lees dengan manja sambil mencium pipi kakaknya yang mungil itu..

“Sudah, pergi panggil suami Lees makan” arah kak long pada Lees.

“Aduh! macam manalah aku nak berdepan dengan mamat handsome tu malam ni” bisik hati kecil Lees.

“Cepatlah Lees, apa yang tercegat lagi tu”. Sekali lagi kak long mengarahnya. Lees tersentak apabila kak long memanggilnya.

“Yelah yelah”…Sesampainya Lees di ruang tamu, dia melihat Iskandar sedang rancak berborak dengan daddy dan abang ngah. “Macam sudah lama kenal mereka ni” bisik hati Lees. Lees memanggil mereka.

“Is, daddy, bang ngah, jom kita makan”. Lees mempelawa mereka ke meja makan. Daddy dan Danial bangun menuju ke meja makan.

“Lees… Is menarik tangan Lees dan berkata “Is seganlah dengan keluarga Lees”.

‘Tak apalah, nanti Lees bantu Is rapat dengan family Lees”. Lees cuba menenangkan hati Iskandar apabila melihat muka Iskandar sedikit pucat.

“Is borak apa dengan daddy dan angah tadi?”

“Mereka tanya, macam mana Is boleh kenal Lees.?”

“Habis tu, Is cerita tak?” Lees bertanya lagi sambil muka ayunya memandang Iskandar

“Ceritalah, dah orang tanya”. Is menjawab sambil memerhati gelagat manja Aleesa.

“Jomlah kita makan, daddy sudah tunggu tu” Lees sekali lagi mengajak suaminya ke meja makan.

Sesampai di meja makan Lees menarik kerusi dan mempelawa Iskandar duduk. Mereka menikmati hidangan yang disediakan oleh Datin Shila isteri Dato Hisyam.

Sambil memerhatikan Iskandar dan Aleesa, dengan nada yang manja mamanya bersuara.

“Lepas makan nanti, Lees bawakan Is ke bilik ya”.

“Baiklah mama” Jawab Lees.

“Betul cakap mama kamu tu, Is rehat dulu petang nanti kita borak lagi.” Kata daddy. Is hanya memerhati dan tersenyum melihat gelagat Lees yang manja dan mesra dengan keluarganya…Is teringat pada papa dan mama serta abang long dan adik bongsunya.

“Is, makanlah, jauh mengelamun” mama mengejutkan lamunan Is apabila melihat mata Iskandar tidak berkelip.

“Kenapa Is, kamu tidak makan spagetty ke? Tanya mama lagi.

“Makan, sedap masakan mama’ . Puji Is untuk mama.

Selesai saja makan Lees membawa Is ke bilik dibantu oleh kak long dan abang ngahnya. Selepas menghantar mereka ke bilik, kak long dan abang ngahnya meninggalkan mereka berdua. Lees membuka almari kemudian mengambil sehelai tuala.

“Is mandilah dulu, tak perlu keluarkan tuala Is, guna yang ini’. Lees memberi sehelai tuala pada Iskandar.

“Ah, satu lagi, Is tidak perlulah keluarkan baju banyak-banyak nanti susah pula nak kemas semula”. Arah Lees dan berkata lagi “Kita di sini dua tiga hari sahaja”. Is hanya mengangguk.

“Lees, tadi daddy ada bagitahu, dia sudah tempah tiket ke Dublin, tapi bila?’ Iskandar bertanya pada Lees apabila dia teringat tiket ke Dublin telah di tempah oleh bapa mertuanya.

“Entah, Lees tak tanya lagi daddy, nantilah Lees tanya”.

“Is, pergilah mandi dulu, kalau nak sembahyang, kiblat arah sini” Lees menunjuk arah kiblat diperhatikan oleh Is. Is merasa hairan dengan penjelasan Lees lalu bertanya.

“Lees mahu pergi ke mana?”

“Tak pergi mana-mana. Kenapa?” Lees menjawab kehairanan.

“Ya lah, suruh Is mandi, tunjuk arah kiblat lagi, macam mahu tinggal Is jer”.

“Taklah…, lepas Is mandi, Lees nak masuk mandi pula, nantikan kalau Lees dibilik air, Is nak solat tak tahu kiblat, macamana?” Lees menerangkan kepada Iskandar tujuan dia berkata begitu.

“Oooo… thank you”. Jawab Is sambil memandang isterinya itu.

“Your welcome”. Lees membalas.

Iskandar menuju ke bilik air, beberapa minit kemudian dia keluar, dilihatnya Lees sedang mengambil baju dari bagasinya.

“Lees, pergilah mandi Is sudah siap”. Is memberitahu sambil memandang Lees, Lees tersenyum ke arah Iskandar.

“Amboi! dia senyumlah pula, cantiklah bini aku ni, bila dia buka tudung dengan rambutnya yang panjang paras dada, ikal kemerahan macam mat salleh, kulitnya yang putih melepak…geramlah aku.’ bisik hati Is. Lees terperasan yang Iskandar sedang memerhatinya.

“Kenapa tenung Lees macam tu?” Is tersentak bila Lees bertanya padanya.

Iskandar tergelak. “Habis tu nak tenung siapa, takkan nak tengok dinding kot. Tengok binilah” jawab Is dengan mengusik.

“Mengada-mengadalah awak ni…malas nak layan”. Lees menjawab dengan nada yang sedikit marah.

Degumm… terdengar Lees menutup pintu agak kuat sedikit. Is tersenyum, puas hatinya boleh kacau Lees.

Selesai sahaja mandi Lees teringatkan sesuatu.

“Alamak! macam mana boleh lupa pula ni” Lees monolog luaran dengan memegang bajunya, dia terlupa sesuatu…Lees membuka sedikit pintu sambil memanggil Is namun tidak terjawab. “ke mana pulak dia ni? Ada ke? Lees menjenguk keluar dari bilik air. Owhh… tidur rupanya…bagus bagus bagus…Lees keluar dari bilik air sambil berkembang dengan tuala paras peha menampakkan betis dan pehanya yang putih gebu, dia perlahan-lahan menuju ke beg pakaian mencari sesuatu. Tiba-tiba dia mendengar suara Iskandar.

“ Cari apa?” Lees terkejut … “huhhh tak tidur rupanya” dengus Lees dengan geramnya…

“Cari apa tu?. Tanya Is lagi dengan matanya memandang Aleesa yang berkembang…dalam hatinya berkata “Aduh! dia ni geramnya aku”.

“Adalah” jawab Lees.

“Is tanya ni, cari apa?” Is mendesak sambil memandang Aleesa dari atas ke bawah.

“Baju dalam” jawab Lees dengan geram…Is tersenyum dan tergelak sambil mengigit bibirnya.

“Tak payah pakailah” Is menjawab dengan mengusik.

Dengan muka yang merah Lees mengambil baju dalamnya dan terus ke bilik air. Sekali lagi Is tersenyum, dia tahu yang Lees malu sangat bila diusik begitu. Kerana terlalu penat Iskandar tertidur…

Previous: BAB 1
Next: bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina