Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
112,176
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 11

Keesokkan harinya pagi-pagi lagi, Aleesa menerima message dari Iskandar untuk berjumpa di cafe pukul 8.00pagi. Sebelum mereka ke dewan pada pukul 9.00 pagi bagi mendengar taklimat yang akan disampaikan oleh pihak pengurusan dan fakulti-fakulti yang terlibat. Lees sudah bersiap dia keluar bilik mencari kak Mas, Aisyah dan Imira. Mereka bertiga sudah ada di ruang tamu menunggu Lees. Lees melihat mereka dan memberi ucapan pagi.

“Selamat pagi semua”. “Selamat pagi” jawab mereka bertiga.

“Macam mana semalam Lees boleh tidur lena ke?” tanya kak Mas.

“Bolehlah kak Mas”. Lees menjawab dengan senyuman dengan wajah yang berseri-seri.

“Kak Mas cafe di mana?” Lees bertanya.

“Ha… kak Mas nak ajak kamu semua pergi breakfast di cafelah ni, jom kita pergi”.

Bagitahu kak Mas pada mereka. Mereka berjalan mengikut kak Mas menuju ke cafe yang dimaksudkan.

Iskandar dan teman-temannya yang lain sudah sampai di cafe untuk bersarapan. Mereka menuju ke kaunter makanan melihat apa juadah yang ada di sini. Fitri terlihat Lees dan rakan-rakannya menuju ke cafe lalu dia mencuit Rizal yang ada disebelahnya.

“Rizal, itulah Lees”

“Mana-mana?” tanya Rizal dengan terkejut dan berpaling ke kiri dan kanan.

“Itu… gadis empat orang tu, yang pakai seluar jean dan blaus kuning pakai tudung” jawab Fitri sambil tangannya menunjuk ke arah Lees dan rakan-rakannya.

“Wah! Cantiknya, Memang betullah Fit” jawab Rizal.

Sesampainya mereka di sana mereka mencari tempat duduk tiba-tiba mereka mendengar orang memanggil nama Lees. Lees berpaling dan dilihatnya Fitri dan disebelah Fitri orang yang tidak dikenalinya.

“Hai! saya Rizal” sapa Rizal pada Lees dan rakan-rakan yang lain. Mereka mengangguk kepala.

“Lees bolehlah makan dengan kita di sana tu” Fitri mempelawa mereka sambil tangannya menunjuk ke arah dimana Iskandar berada. Mereka sama-sama menuju ke arah Iskandar.

“Hai! Is” Mira menyapa Is yang ada di situ. Is mengangkat sedikit kepalanya memandang siapa yang memanggil dia. Imira, Lees dan rakan-rakan yang belum dia kenali. Dia bangun dan membalasnya.

“Hai”… sambil matanya menjeling ke arah Lees sambil tersenyum. “Eh cantiknya, isteri aku” bisik hatinya. Baju kuning yang dipakai Lees cantik dan sesuai dengannya menambahkan seri rauk wajahnya yang ceria dan menyerlahkan lagi kecantikannya. Fitri yang ada di situ menarik kerusi dan mempelawa Lees duduk diperhatikan oleh Iskandar. Lees hanya tersenyum dan menundukkan kepalanya tanpa berkata apa-apa hanya menurut sahaja. Fitri menarik kerusi kemudian duduk di sebelah Lees.

“Lees nak makan apa?” Fitri bertanya mengoda. Lees memandang rakan-rakan lain yang sedang tersenyum padanya. Dia menjeling ke arah Iskandar yang ada di depannya. Mira duduk disebelah Iskandar.

“Tak apalah, nanti Lees tengok sendiri apa yang ada” Jawab Lees pada Fitri. Mereka berkenalan antara satu sama lain.

Hari-hari seterusnya Iskandar sentiasa berjumpa dengan Lees di cafe untuk makan pagi, tengah hari dan malam bersama rakan-rakan yang lain. Namun pertemuan mereka tidak disedari oleh rakan-rakan kerana mereka akan berhubungan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Tiga minggu sudah berlalu mereka semakin rapat antara satu sama lain. Suatu pagi Imira, Aisyah dan Kak Mas ke cafe untuk breakfast seperti biasa namun Lees tidak bersama mereka. Kak Mas merasa letih dan mengantuk kerana dia terpaksa menjaga Lees yang sakit akibat datang bulan. Mereka tidak pernah melihat orang sengugut sekuat yang di alami oleh Lees. Mereka meninggalkan Lees di biliknya keseorangan. Lees tidak ke kuliah pada hari itu. Sesampainya mereka di cafe, Iskandar, Fitri, Rizal dan Randy sudah pun tiba mereka sentiasa datang awal.

“Eh, Kak Mas nampak letih jer mata bengkak ni kenapa?” tanya Rizal apabila melihat mata Kak Mas sedikit bengkak.

“Mana Lees?” tanya Fitri. Iskandar hanya memerhati dan mendengar perbualan mereka.

“Itulah, Kak Mas tidak tidur dari semalam jaga Lees”. Jawab Aisyah.

“Kenapa dengan Lees, dia sakit ke?” tanya Fitri lagi.

“Ya lah” jawab Aisyah.

“Lees sakit apa? demam ke? Tak bawa ke Klinik ke?” tanya Fitri bertalu-talu.

Bisik Iskandar dalam hatinya “Eh! dia ni lebih-lebihlah pula tanya bini aku”.

“Tidak Lees tidak demam” jawab kak Mas.

“Dia sakit apa Kak Mas” kali ini Rizal pula bertanya.

“Sakit orang perempuan period, tapi kak Mas kesian sangat pada Lees semalam, dia mengerang kesakitan akibat sengugut yang kuat sampai berpeluh dan menangis. Kak Mas tak sampai hati nak tinggalkan dia”.

Apabila mendengar cerita daripada kak Mas, Iskandar teringat tarikh period Lees, dia perlu berjumpa Lees. Dia bangun lalu berkata.

“Saya pergi dulu”.

“Tunggu Mira”. Mira bersuara.

“Maaf Mira, awak pergi dulu saya kena balik ke rumah tertinggal buku”. Is bergegas meninggalkan mereka semua dia berlari menuju ke rumah Lees sambil tangannya mengedail nombor telefon Lees, tidak dijawab dia mencuba sekali lagi dan menghantar SMS. “Lees buka pintu Is datang”. Lees terdengar telefon berbunyi dan melihat SMS yang diterima, dia terkejut Iskandar datang ke rumahnya. Dia segera menuju membuka pintu didapatinya Iskandar sudah tercegak dihadapan pintu. Iskandar menolak pintu yang dibuka oleh Lees kemudian terus masuk dan menutupnya. Dia melihat wajah Lees yang pucat kerana menahan sakit.

“Lees, sakit perut ke?” dia bertanya tanpa membuang masa.

“Ha” itu saja jawapan dari Lees, dengan badannya di bongkokkan kerana menahan sakit.

“Mari, mana bilik Lees?” tanya Iskandar sambil tangannya memegang tangan Lees lalu mengikut Lees ke bilik. Lees berjalan menuju ke biliknya tanpa banyak soal.

“Mana ubat?” tanya Is. Lees mengambil ubat dan memberinya kepada Is dengan kehairanan.

“Mana Is tahu Lees sakit?”.

“Is tahulah, Lees kan isteri Is” Dia menjawab sambil tersenyum memandang Lees dengan mesra. Lees membalas senyuman itu.

“Cepatlah baring Is sapu ubat”. Lees membaringkan tubuhnya, Iskandar menyapu ubat ke perut Lees dengan perlahan-lahan sambil senyum memandang Lees.

“Kenapa tak bagitahu Is semalam Lees sakit” tanya Is dengan manja.

“Kalau Lees bagitahu pun apa Is boleh buat?”.

“Is tahulah apa nak buat, lain kali kalau sakit bagitahu”. Is memberitahu dengan suaranya yang agak keras sedikit. Lees tahu Iskandar marah padanya.

“Is tiada kelas ke pagi ni?” Lees bertanya.

“Ada, kejap lagi Is pergilah, sakit lagi tak?”. Is bertanya sambil tangannya mengosok perut Lees.

“Sakitlah…tapi tahan sikit dari semalam. Is pergilah ke kelas nanti lewat”. Balas Lees dengan manja.

“Kejap lagi” jawab Is. Dia menyapu dahi dan muka Lees dengan lembut.

“Lees rehat dulu kalau boleh tidur, biar tahan sikit sakit tu”. Lees hanya menganggukkan kepala. Is memegang tangan Lees diciumnya tangan, dahi, pipi dan bibir Lees.

“Hem” Bunyi suara manja Aleesa dengan matanya yang kuyup memandang Iskandar apabila Iskandar menciumnya.Iskandar membalas pandangan Aleesa dengan senyuman.

“Is pergi dulu ya, kalau ada apa-apa telefon abang”. Lees tersenyum mendengar ucapan Is. Lees cuba bangun untuk hantar Is ke pintu.

“Lees tak payah bangunlah rehat aje, Is kunci pintu untuk Lees”. Is menghalang Lees dari bangun dan hantarnya. Iskandar meninggalkan isterinya terus bergegas ke bilik kuliah.

“Mana dia tahu aku sakit. Sayang juga dia pada aku?” Bisik hati Lees. Inilah yang membuatkan Lees suka sangat pada Is, dia selalu buat kejutan pada Lees, caring dan bertanggungjawab.

Habis kuliah tengah hari itu, Iskandar ke cafe. Dia ternampak Kak Mas di situ, dia menuju ke meja kak Mas yang sedang berbual dengan telefon.

“Assalamualaikum Kak Mas, sorang je?” Is memberi salam dan bertanya.

“Waalaikummussalam. Ya sorang aje Is nak teman ke?”

“Boleh juga” jawab Is lalu menarik kerusi dan duduk didepan kak Mas.

“Is duduk dulu, kak Mas nak pergi beli makanan” Iskandar melihat kak Mas dengan hairan Kak Mas sedang makan tapi mahu pergi beli lagi. Kak Mas perasan lalu berkata.

“Kak Mas nak beli untuk Lees, dia telefon nak makan dari pagi tadi dia tidak makan”.

Bisik hati Iskandar “Oh my god, aku lupalah pula bini tak makan lagi tadi aku tergesa-gesa nak cepat”.

“Tak apalah kak Mas. Kak Mas habiskan makanan tu dulu, Is nak beli makanan nanti Is tolong belikan untuk Lees sekali”. Dia bangun menuju ke kaunter memesan makan untuk dia dan bungkus untuk Lees. Beberapa minit kemudian dia kembali ke meja dan menghulurkan bungkusan pada kak Mas.

“Ini untuk Lees, katanya.

“Berapa Is?”.

“Takpalah bagi dulu pada Lees nanti suruh dia bayar sendiri”. Is melarang Kak Mas dari membayarnya.

Mastura meminta diri untuk pulang. Sesampainya kak Mas di rumah dia terus ke bilik Lees dan didapati Lees sedang tidur, dia mengejutkan Lees perlahan-lahan.

“Lees bangun kak Mas bawa makanan. Lees makan dulu ya, kak Mas letakkan atas meja ni”.

Kak Mas meninggalkan makanan kepada Lees dan dia keluar menuju ke biliknya. Lees bangun dan mengambil makanan yang dibeli oleh kak Mas lalu membawanya ke dapur. Selesai sahaja makan dia ke ruang tamu di mana kak Mas sedang menonton TV.

“Kak Mas, berapa harga spagetty tadi?” Lees bertanya untuk membayarnya.

“Oh! Lees makan spagetty, tidak tahulah berapa harga”. Jawab Kak Mas sambil memandang Lees dengan senyum.

“Kenapa pula tidak tahu kan Kak Mas yang beli?”. Tanya Lees dengan hairan.

“Bukan kak Mas yang beli”

“Habis tu siapa yang beli?”

“Iskandar yang beli untuk Lees, jadi Lees bayar pada dialah”. Jawab Kak Mas dengan sinis.

“Eh! Kenapa dia yang beli?” Lees bertanya lagi.

“Tadi masa kak Mas di cafe sedang bercakap dengan Lees, dia datang duduk depan kak Mas. Masa tu kak Mas nak pergi beli makanan untuk Lees, dia kata tak apalah dia tolong belikan kebetulan dia nak pergi beli makanannya. Kak Mas ada tanya berapa, dia jawab biar Lees yang bayar sendiri, nanti Lees jumpa dia Lees tanya lah dia”. Cerita kak Mas pada Lees.

“Lees, Kak Mas rasa Iskandar tu ada hatilah dengan Lees padan juga kalau Lees dengan dia, ada chemistrylah Kak Mas tengok kamu berdua ni”. Kak Mas cuba mengusik dan cuba mengorek kalau-kalau Lees juga ada hati pada Iskandar.

“Ishhh …Kak Mas ni, Lees bukan biasa pun dengan dia, tak adalah janganlah nanti jadi gossip pula Lees tak nak lah”. Lees menjawab dengan mukanya sedikit berkerut. Dia cuba lari dari pertanyaan Kak Mas.

Previous: bab 10
Next: BAB 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina