Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
114,064
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 21

Mereka semua telah sampai di Camaderry pada pukul 3.00petang. Sebagaimana yang digambarkan suasana di Camaderry sunguh cantik dan pemandangan yang indah udaranya yang bersih menyegarkan badan dan fikiran. Sesuai sangatlah untuk mencari ketenangan seisi keluarga.

Mereka semua turun dari bas, bergerak ke satu kawasan yang di kelilingi lanksap yang menarik menyenangkan mata memandang. Iskandar sebagaimana yang telah dijanjikan telah menghubungi abang iparnya Danial. Dia telah menceritakan masalah yang berlaku kepada dia dan Aleesa tetapi dia telah meminta abangnya tidak bertanya kepada Aleesa apa yang telah diceritakannya. Dia sendiri mahu menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu sendiri. Angah telah memesan sekiranya ada apa-apa masalah yang tidak dapat diselesaikan atau memerlukan pertolongan boleh memberitahunya. Itulah yang diperbualkan oleh Iskandar dengan abang iparnya.

Aleesa, kak Mas, Aisyah mengikuti yang lain berjalan ke tempat yang telah dipilih oleh ketua mereka. Di situ tempatnya redup dikelilingi pokok yang besar dan rendang. Mereka telah mendirikan khemah. Tiba-tiba Lees terpijak tunggul yang berada dibelakangnya lalu terjatuh kaki kirinya terseliuh dan berdarah kerana tunggul itu sedikit tajam terkena betis Lees apabila dia terjatuh atas tunggul itu.

“Aduh! Kak Mas tolongggg” laung Aleesa memanggil Kak Mas.

Kak Mas yang ada tidak jauh darinya datang dan cuba menggangkat Lees. Tapi kaki Lees yang terseliuh dan sedikit berdarah membuatkan kak Mas tidak mampu menggangkatnya. Fitri yang ada di situ datang untuk membantu dan mengangkat Lees.

Iskandar yang melihat dari jauh kejadian itu berlari menuju ke Fitri yang sedang memapah Lees dan meletaknya di tempat yang lebih selamat. Dia menyelak seluar panjang yang dipakai Lees ke paras lutut kerana duri itu terkena pada betis Lees. Iskandar tiba di situ, dilihatnya Fitri sedang menyentuh betis dan memegang kaki Lees. Iskandar dengan pantas menepis tangan Fitri.

“Ke tepi biar aku tengok”. Kata Iskandar dengan suara yang agak marah.

“Eh! kau ni kenapa Is”. Fitri disebelahnya membalas.

“Biarlah aku tengok, aku boleh ubatkanlah” Kata Iskandar, sambil tangannya memegang kaki Lees. Iskandar memandang ke arah muka Lees yang sedang menahan sakit.

“Mentang-mentang lah dia tu bakal doktor” Jawab Fitri dengan marah dan tidak puashati kerana Is menolaknya.

Suasana di situ menjadi sedikit tegang. Shahrul yang ada di situ memanggil rakannya Ghazali untuk mengambil first-aid. Kemudian Ghazali datang memberikan first-aid kepada Shahrul. Shahrul membukanya dan memberi ubat dan pembalut kepada Iskandar. Shahrul bangun memberi arahan kepada semua peserta bersurai dan buat kerja masing-masing kerana malam ini mereka mengadakan BBQ dan suara kenal serta sedikit acara.

“Sakit ke?” Tanya Iskandar sambil memandang Lees. Lees hanya mengangguk.

“Aduhhh…sakitlah” Jerit Lees dengan menahan sakit.

“Tahanlah sikit”. Jawab Is. Iskandar membersih luka dan menyapu ubat pada betis dan kaki Lees, sambil diperhatikan oleh Shahrul dan yang lain.

“Shah, ini ke Aleesa?’ tanya Ghazali pada Shahrul. Ghazali yang duduk bercangkung memandang Aleesa dengan penuh minat.

“Yelah, cantikkan?”. Jawab Shahrul dengan senyum.

“Memang lawa sangat, Lees ada boyfriend tak? Tanya Ghazali sambil tersenyum memandang Lees, kali ini dia memandangnya dengan lebih dekat dari atas ke bawah.

Iskandar yang sedang merawat Lees, berpaling dan memandang tajam ke arah Lees. Lees memalingkan mukanya ke arah lain dengan muka yang mencuka dan dahinya berkerut. Lees tidak menjawab persoalan dari Ghazali, dia hanya mendiamkan dirinya.

Imira datang menyaksikan apa yang sedang berlaku, dilihatnya Iskandar sedang membantu Aleesa. Hatinya sakit, cemburu melihat Iskandar dengan Aleesa. Dengan perasaannya yang marah dia berkata.

“Eh Lees, kau sengaja ya nak orang ambil perhatian pada kamu, lebih-lebih lagi pada Iskandar, Kau memanglah Lees, muka tidak malu”.

Kak Mas yang ada di situ terus membela Aleesa.

“Mira, apa awak cakap ni?” Kata Kak Mas dengan nada yang marah dan geram atas tindakan Imira kepada Lees.

Lees amat terkejut dengan penjelasan Imira, dia hanya memdiam diri. Hatinya mula pedih dan sebak dengan kata-kata Mira, dia cuba tahan airmatanya daripada keluar. Dia cuba menarik kakinya daripada Iskandar tapi tangan Iskandar lebih kuat memegang kakinya. Apatah lagi Iskandar hanya mendiamkan diri buat tidak tahu sahaja.

Tiba-tiba Shahrul bersuara lagi. “Sudah, tinggalkan mereka berdua yang lain cepat siapkan kerja”. Arah Shahrul kepada pelajar yang masih ada di situ. Mereka semua meninggalkan Lees dan Iskandar yang belum siap membalut. Apabila yang lain sudah beredar Iskandar bertanya pada Lees.

“Macam mana boleh jatuh ni?”tanya Iskandar dengan nada yang lembut.

Lees tidak menjawab dia hanya diam dan mukanya berpaling ke arah lain.

“Lees hati-hati sikit. Cakaplah, kenapa diam ni? Apa salah Abang, sampai Lees lari dari Abang”. Tanya Iskandar cuba memujuk.

Lees tidak menjawab apa-apa persolan dari Iskandar. Dia masih ingat kata-kata Mira sekejap tadi. Dia memanggil Kak Mas untuk memapahnya ke khemah.

“Kak Mas, cepatlah dah siap ni?”. Laung Lees pada Kak Mas.

“Lees, suara tu perlahan sikit, depan suami ni?” Kata Iskandar sambil tersenyum meminjam kata-kata mamanya dulu, menyindir Lees.

Lees mendengar dan dia mengingati kata-kata mama, semasa dia melaung memanggil angahnya dulu. Lees memejap mata menarik nafas panjang. Airmatanya seperti ingin keluar. Dia tidak juga menjawab, hanya mendiamkan dirinya. Kak Mas datang mengambil Lees berlalu ke khemah dari situ meninggalkan Iskandar.

Previous: BAB 20
Next: BAB 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina