Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
114,073
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 24

Sambil berlari, Iskandar mengeluarkan handphonenya lalu menghubungi Mastura. Kebetulan Kak Mas boleh berjumpa dengannya seorang diri. Mereka berjumpa di satu taman yang membolehkan mereka berbincang. Kak Mas sampai di tempat yang diberitahu oleh Iskandar. Iskandar sedang menunggunya di situ.

“Asslamualaikum Is”. Kak Mas memberi salam apabila melihat Iskandar sedang tunduk memegang kepalanya.

“Waalaikummussalam”. Jawab Iskandar sambil mempelawa Kak Mas duduk.

“Ada apa Is nak jumpa Kak Mas’. Tanya Kak Mas dengan hairan.

Iskandar menarika nafas panjang, dia memandang kak Mas dan berkata.

“Kak boleh saya tanya sikit?”. Soal Iskandar.

“Boleh, apa dia”. Jawab Kak Mas.

“Saya mahu tahu tentang Aleesa, boleh akak cerita tentang dia pada saya?”. Tanya Iskandar dengan perasaan berdebar-debar.

“Kenapa Is nak tahu pasal Aleesa? Kamu suka dia ke?”. Tanya Kak Mas lagi dengan hairan.

“Saya nak tahu Aleesa ni orangnya macam mana”. Katanya pada kak Mas.

“Aleesa tu orangnya bukan saja cantik dan ayu malah baik, rajin, solehah, bijak, pandai masak. Kadang-kadang Kak Mas sendiri pun jealous dengan si Lees tu. Tapi, Kak Mas kesianlah pada dia.” Jawab Kak Mas dengan memuji Aleesa sambil membayangkan wajah gadis ayu itu.

“Hai Is, bercinta dengan Imira nak tanya pasal Aleesa lagi’. Kata kak Mas dengan sindiran.

“Bila masa pula kak, saya bercinta dengan Imira tu”. Jawab Iskandar dengan nada yang perlahan menyampah mendengar nama itu.

Kak Mas menyindir lagi “Eh, kamu sudah lafaz cinta, kata tidak bercinta lagi”.

Iskandar merasa pelik dengan kata-kata Kak Mas.

“Lafaz cinta apa Kak? saya tidak pernah pun bercinta, apa lagi nak lafaz cinta dengan Mira tu’. Jawab Iskandar dengan kebengungan.

“Kak Mas dengarlah lafaz cinta Is pada Imira dalam peti rekod telefon Mira”. Jawab Kak Mas membuktikannya.

Iskanda masih kebengungan dengan kata-kata Kak Mas tentang lafaz cinta itu.

“Ha, sekarang kamu mahu cuba Lees pula? Jangan Is, Lees tu baru saja sihat’.Jawab Kak Mas dengan nada yang sedih.

“Kenapa Kak Mas, dia sakit ke?” Tanya Iskandar dengan hairan.

“Dia baru sahaja pulih dari putus cinta, itu pun dia masih bersedih. Kak Mas tidak tahulah siapa yang buat dia jadi begitu”.Jawab kak Mas mengimbas kembali apa yang pernah terjadi pada Aleesa.

“Apa sebenarnya berlaku pada Aleesa, kak Mas”. Tanya Iskandar dengan kebengungan hatinya semakin berdebar-debar.

“Panjang ceritanya Is, sedang kamu semua berbahagia dia mengalami penderitaan”. Jawab kak Mas dengan nada yang sayu dan sedih.

“Penderitaan apa kak Mas. ceritalah pada saya”. Desak Iskandar mencungkil rahsia apa sebenar yang terjadi pada Isterinya. Kak Mas menganggukkan kepalanya.

Macam ini, kak Mas memulakan ceritanya. Suatu hari, kak Mas ada dalam bilik tiba-tiba kak Mas terdengar bunyi barang jatuh dengan kuat dari dapur. Kak Mas berlari keluar, kak Mas dapati kerusi terjatuh dan Lees terbaring di situ, Kak Mas cepat-cepat mengangkat kepalanya. Kak Mas terkejut melihat keadaan Lees pada masa itu.

“Mana tidaknya”. Terang kak Mas pada Iskandar.

“Kenapa kak Mas” Tanya Iskandar dengan cemas.

Kak Mas menyambung ceritanya. Kak Mas tengok mukanya pucat, matanya merah, berair dan bengkak, badannya panas, tidak bermaya. Kak Mas bangun ambil air kemudia berikan kepadanya minum dan basuh mukanya. Kak Mas bertanya kepada dia kenapa dia jadi begitu. Dia tidak menjawabnya. Apa yang dia jawab adalah ‘Kak Mas tolong jangan bagi tahu sapa-sapa tentang Lees’. Kak Mas masa tu tidak tahu nak cakap apa hanya setuju.Kak Mas memanggil teksi dan membawanya ke hospital. Sepanjang perjalanan ke hospital dia asyik menangis airmatanya tidak henti-henti mengalir. Kak Mas minta untuk menghubungi keluarganya tapi dihalangnya.

Cerita Kak Mas dengan sedihnya. Iskandar mendengarnya dengan khusyuk hatinya semakin berdebar-debar dan terasa sayu.

“Kenapa Kak Mas” Iskandar terus mendesak.

“Kak Mas tidak tahu kenapa. Tapi sebelum kejadian itu, beberapa hari, Lees tidak keluar bilik. Bila kak Mas tanya katanya dia sakit mata tidak boleh keluar takut berjangkit. Kak Mas rasa dia tidak makan beberapa hari itu, sebab dia tidak pernah suruh atau kirim apa-apa makanan pada kami. Jika ditanya katanya tidak mahu makan. Kak Mas ada bagi dia makanan tapi dibuangnya. Semasa kami sampai di hospital Lees dibawa ke bilik rawatan, lama jugalah dia di dalam bilik tu. Kak Mas tidak tahu apa yang berlaku di dalam bilik itu. Hampir dua jam lebih Kak Mas tunggu, akhirnya dia keluar bersama dengan nurse yang sedang menolak katilnya. Kak Mas melihatnya terbaring di atas katil dengan matanya tidak berkelip macam tidak tahu apa-apa. Kak Mas mengikut nurse itu hingga ke wad. Masa tu kak Mas memang panik sangat. Kak Mas bertanya pada nurse, katanya jangan risau tolong jaga dia.

Kak Mas terdiam seketika mengingati peristiwa itu. Hatinya sudah mula sebak.

“Lepas itu apa terjadi?”. Tanya Iskandar tidak sabar ingin mengetahui apa sebenarnya terjadi pada isterinya itu.

Kak Mas menyambung lagi cerita itu. “Masa itu, kak Mas ada tanya Lees apa yang telah terjadi. Tapi dia tidak berkata apa-apa hanya diam membisu. Kak Mas kesian sangat tengok dia ketika itu, Kak Mas nekad untuk berjump doktor. Ketika Kak Mas bangun, Lees bersuara ditanyanya Kak Mas nak ke mana, yang paling sedih dan sayu apabila dia….

Kak Mas berhenti seketika bercerita. Dia mula menangis mengenangkan peristiwa itu.

….Dia minta Kak Mas jangan tinggalkan dia keseorangan, dia pegang tangan Kak Mas sekuatnya. Masa tu Kak Mas terpaksa tipu dia yang Kak Mas mahu keluar ambil kad pengenalannya. Tapi sebenarnya Kak Mas pergi jumpa doktor Smith yang merawat Lees.

Kak Mas amat terkejut apabila doktor memberitahu Lees mengalami tekanan perasaan, dia tidak dapat kawal keadaanya, jadi dia terpaksa diberi suntikan. Kak Mas ada tanya, dia ada masalah dengan keluarga ke. Dia hanya menggelengkan kepala. Apabila kak Mas bertanyakan dia ada kekasih, dia mendiamkan diri. Kak Mas tanya lagi dia putus cinta. Dia tidak menjawab hanya airmatanya yang memberi jawapan dia menangis sekuat hatinya ketika itu. Sampai sekarang Kak Mas tidak tahu siapa yang buat begitu kepadanya, sampai sekarang dia tidak memberitahunya.

“Siapalah lelaki bodoh yang sanggup buat dia begitu, sepanjang kak Mas kenal dia, dia tidak pernah mengerja mana-mana lelaki, mungkin dia seorang yang setia’. Kata Mas dengan perasaan sedih.

Mastura menyambung lagi cerita itu... “Beberapa hari kami di hospital Aleesa tidak makan, tidak minum, tidak tidur, apa yang dibuatnya adalah menangis. Badannya terpaksa dimasukkan air berbotol-botol dan diberi suntikan untuk dia tidur. Kak Mas tahu badannya sakit apabila dia diberi suntikan setiap hari untuk dia tidur Kak Mas tidak sanggup melihat penderitaan yang dialaminya. Kak Mas terus memberi semangat padanya”. Cerita kak Mas pada Iskandar.

Iskandar yang mendengarnya dari tadi sudah mula menangis dan mengeluarkan airmatanya.

“Bila peristiwa ini berlaku, Kak Mas”. Tanya Iskandar dengan nada yang sebak.

“Cuti semester yang lalu”. Jawab Kak Mas yang masih menangis.

“Bukankah kak Mas pergi percuti dengan dia”. Tanya Iskandar meminta kepastian.

“Tidak, kami bukan pergi bercuti tapi kak Mas terpaksa menipu kerana Aleesa tidak mahu sesiapa tahu apa yang dialaminya termasuk Imira dan Aisyah. Masa itu dia terlantar di hospital bertaruh nyawa..

Iskandar mengingati apa yang berlaku ketika itu, dia amat marah kepada Aleesa yang tidak memberitahu dan tidak meminta izinnya pergi bercuti. Rupa-rupa Lees diterlantar di hospital. Tiba-tiba dia teringat nota cinta yang Imira menyuruhnya membaca dengan penuh perasaan.

“Kak Mas, tadi Kak Mas ada bagitahu pasal lafaz cinta dalam rekod telefon Mira. Aleesa ada dengar tak?”. Tanya Iskandar hatinya berdebar.

“Ya, kami semua dengar termasuk Aleesa”. Jawab Kak Mas.

“Ya Allah ya tuhanku, apa yang telah terjadi ni, patutlah dia lari dari aku. Patutlah dia jadi macam tu kak Mas”. Katanya pada kak Mas.

“Ya Allah, apa yang telah aku lakukan kepada dia. Lees maafkan abang sayang”. Kata Iskandar dengan teresak-esak tangannya menekup mukanya dia terus menangis sekuat hatinya.

Kak Mas memerhatinya dari tadi menjadi hairan dan bertanya.

“Kenapa Iskandar, kamu bercinta dengan Lees ke selama ini?” Tanya Kak Mas dengan nada yang perlahan dan terkejut.

“Ya, Kak Mas. Saya cintakan dia, saya sayang sangat dia. Saya tidak pernah bercinta dengan Mira apatah lagi nak melafazkan cinta. Mira pernah menyuruh saya membaca satu nota cinta dengan penuh perasaan. Apabila saya melihat nota itu hati saya berkata, alangkah bahagianya jika aku dapat lafazkan pada Aleesa. Jadi saya terus membacanya, saya tidak tahu pula yang Mira telah merekodkannya dan menfitnah saya dengan mencanarkan kepada kawan-kawannya yang kami sedang bercinta”.Jawab Iskandar dengan bercerita dan memberi penjelasan.

“Jadi selama ini kamu bercinta dengan Lees. Apa yang terjadi pada Aleesa selama ini kerana kamu, Iskandar?”. Tanya Kak Mas terkejut.

Iskandar menangis lagi apabila Kak Mas bertanyanya begitu. Sambil menangis dia menjawab.

“Ya Kak Mas, saya tidak tahu dia jadi begitu. Saya memang sayang dan cintakan dia. Dia bukan sahaja jantung hati saya kak Mas tapi dia…dia isteri saya Kak Mas’. Iskandar terus menangis apabila menjelaskan siapa Aleesa pada Kak Mas.

Kak Mas mendengarnya terkejut.

“Apa Iskandar, Aleesa isteri kamu?”. Kak Mas bertanya dengan memerhatikah Iskandar yang sedang menangis.

Dengan jantungnya yang lemah dan tangannya memegang kepala dia menjawab.

“Ya Kak Mas, She is my wife”.

Kak Mas terkejut matanya dibulatkan “Ya Allah Iskandar, bila kamu berdua kahwin?”

Iskandar menyeluk saku seluarnya mengeluar dompet. Kemudian dia mengeluarkan kad kahwin dan sekeping gambar perkahwinannya kepada Kak Mas. Kak Mas mengambil dan memerhatinya.

“Sudah dua tahun lebih saya berkahwin dengan Aleesa, kami berkahwin seminggu sebelum kami datang ke London rumah keluarganya. Saya betul-betul cinta dan sayangkan Aleesa tapi beberapa bulan ini saya kecewa dia tinggalkan saya. Dia tidak menghubungi saya, dia lari daripada saya”. Kata Iskandar sedikit kecewa atas tindakan Aleesa.

“Kamu kecewa Iskandar. Tapi dia derita’. Jawab kak Mas.

“Saya rindu dan teringat sangat pada dia, ibarat kata pepatah bagaikan kucing kehilangan anak. Saya sampai makan pun tidak kenyang, tidur tidak lena, mandi tak basah”. Kata Iskandar.

“Tapi Lees, tidak makan, tidak minum, tidak mandi dan tidak tidur,”.

Hati Iskandar terus menangis mendengar penjelasan Kak Mas.

“Saya cintakan dia separuh gila”.

“Tapi dia separuh mati, Iskandar”. Jawab Kak Mas dengan spontan.

“Ya, Allah….Apa yang telah aku lakukan pada dia…Lees maafkan abang sayang”. Iskandar berkata-kata dengan keluhan, dia menangis lagi mengenangkan apa yang telah terjadi pada dia dan Aleesa.

“Aku tahu jawapan cintamu sayang. Kau telah buktikan cintamu sayang…kau membalas cintaku selama ini dengan semua ini sehingga dirimu terseksa’. Bisik hatinya,sebak menahan airmata namun airmatanya tidak dapat dibendung lagi Iskandar terus menangis.

Previous: BAB 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina