Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
114,197
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 19

Imira selalu berjumpa dengan Iskandar. Kali ini hatinya sungguh gembira kerana Iskandar selalu bersama dia. Dia akan terus berdamping dengan Iskandar, dia juga tahu Iskandar suka masakan yang dibawanya. Hari-hari jugalah Imira bercerita kepada teman-temannya yang dia selalu bersama Iskandar. Kadang-kadang dia sengaja menceritakan kemesraannya dengan Iskandar kepada Aleesa, dia cemburu kerana Iskandar selalu bertanyakan tentang Aleesa kepadanya.

Satu hari Iskandar menyuruhnya memasak gulai lemak cili api sotong. Seperti biasa Imira akan meminta pertolongan dari Aleesa untuk masaknya. Dia keluar menuju ke bilik Lees.

Pintu bilik Lees diketuk. Tut tut tut...Lees membuka pintu. Mira terus meluru masuk lalu duduk di birai katil.

“Lees, boleh tolong masakkan gulai lemak cili api sotong tak?”.

“Boleh, bila?”

“Esok?”

“Tapi, Mira kena pergi beli lauk sendirilah, nanti Lees buat”.

Mira mengerut dahi. “Alahai Lees pergilah beli, Mira tidak pandai nak beli. Lagi pun Lees tahukan Mira tidak suka pergi pasar, busuklah”.

“Kalau Mira tidak boleh pergi beli, Lees tidak boleh masaklah”.

Mira tiba-tiba naik angin mendengar kata-kata Lees. Dia mula marah apabila Lees berkata begitu ditengkingnya Aleesa “Kan selama ini bila Mira suruh Lees buat saja kan, tapi kenapa hari suruh Mira pergi beli sendiri. Awak saja tidak mahu tolong sayakan?”

Lees memandang Mira, hatinya pedih apabila Mira menekingnya begitu.

“Bukan Lees tidak mahu tolong Mira. Tapi....” Mira terus memotong percakapan Lees.

“Tapi apa? Awak sengaja nak kenakan saya, suruh saya pergi pasar sendiri beli lauk. Awak tahukan saya tidak suka pergi pasar. Kalau awak tidak mahu buat cakap saja. Tidak payah nak berdolak-dalih”. Mira terus keluar dari bilik Lees dengan langkah yang laju. Dia naik marah apabila Lees menyuruhnya pergi beli lauk sendiri. Hati Lees terasa pedih sangat apabila Mira berkata begitu padanya.

Kak Mas mendengar Mira menengking Lees, dia bangun dari sofa menuju ke bilik Lees. Di lihatnya Mira keluar dengan wajah yang marah dan melangkah laju masuk ke biliknya. Kak Mas masuk ke bilik Lees. Kak Mas memandang Lees, Lees membalas pandangan itu. Lees diam dan menundukkan kepala airmatanya mengalir keluar. Kak Mas menghampiri Lees.

“Kenapa Lees?” Tanya Kak Mas.

“Lees bukan tidak mahu tolong dia, tapi Lees tak ada duit untuk beli lauk”

“Kenapa Lees tidak bagitahu dia?”

“Lees nak bagitahu, tapi dia terus marah Lees, katanya Lees tak nak tolong dia”.

“Selalunya bila Mira suruh Lees masak, Lees pakai duit sendiri”. Tanya Kak Mas.

Lees menganggukkan kepalanya.

“Lees ada duit tapi tak banyak, Lees dah minta tolong abang Lees. Tapi dia tak masukkan lagi”.

Kak Mas terdiam mendengar kata-kata Lees hatinya sedikit terusik. Hatinya berbisik “Mira tidak patut buat Lees begitu”.

Kak Mas keluar meninggalkan Lees sendirian. Mula pada hari itu Mira tidak bercakap dengan Lees. Lees amat terasa dengan sikap Mira terhadapnya.

Suatu petang selepas sahaja tamat waktu pembelajaran Fitri mengajak Lees pergi minum. Lees sedang menunggu Kak Mas mahu pergi makan sama-sama. Fitri menemani Lees yang sedang menunggu Kak Mas. Apabila kak Mas sampai mereka bertiga terus pergi ke cafe. Fitri menghantar Khidmat Pesanan Ringkas kepada tiga kawannya itu jumpa di cafe.

Iskandar membaca SMS yang diterima dari Fitri. Dia juga baru habis kelas bersama Imira menuju ke cafe yang dimaksudkan oleh Fitri. Dilihatnya Lees ada bersama mereka sesampainya dia di cafe.

“Hai! merpati dua sejoli, dari mana?” tanya Kak Mas sejerus Mira dan Iskandar sampai dimeja. Apabila dilihatnya Imira tersenyum lebar berjalan seiringan dengan Iskandar.

“Dari mana lagi Kak Mas dari kelas lah”. Jawab Mira dengan mesra sambil memegang lengan iskandar..

Desus hati Iskandar “Dua sejoli apanya, penyibuk saja Imira ni”. Dia menarik tangannya yang dipegang oleh Mira. Lees menjeling ke arah mereka berdua, rasa cemburu menyelubungi hatinya.

“Memang betullah mereka ni bercinta” bisik Lees terasa sakit juga dihatinya.

Iskandar menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Lees. Matanya melirik ke arah Lees, hatinya bersuara “Please sayang pandanglah sini!!!!” Lees yang duduk di situ hanya mendiamkan dirinya. Imira berada disebelah Is perasan yang mata Is melirik ke arah Lees yang berada didepannya. Pantas tangannya menyeluk lengan Iskandar dengan kuat.

“Eh! kamu semua tahu tak pasal percutianhujung minggu ini?” tanya Rizal pada mereka.

Jawab fitri lalu bertanya “Tahu, Lees ikut sekalikan?”

“Maaf Lees tidak boleh joint”.

Is yang mendengarnya sedikit terkejut dan terkeduh hati dengan jawapan Lees. Sekali lagi hatinya berkata “Kenapa pula dia tidak mahu pergi” sekali lagi dia mengalihkan tangannya yang dipegang Imira.

Fitri berada disebelahnya terus memandang tajam merenung wajah Lees dan bersuara

“Eh! kenapa pula tidak boleh ikut. Tidak bestlah Lees tak ada”. Kata Fitri.

“Panaslah, lagi pun malam gelap”. Jawab Lees.

“Alahai, kenapa Lees takut gelap ke? abang Fit kan ada, apa nak takut abang Fit boleh temankan Lees. Jawab Fitri dengan mengoda.

“Sebab kau adalah dia takut” sindir Rizal.

Apabila melihat lagak Fitri mengada-gada dengan suara yang agak kuat sedikit dan marah Iskandar menjawab.

“Takut panas?... hoi! muka tu dah lah macam casper. Kalau setakat dua hari tidaknya hitam kulit awak tu?” Lees menarik nafas panjang mendengar kata-kata Iskandar apatah lagi dia menyebut perkataan casper sudah lama dia tidak mendengarnya.

“Apa kau cakap Is?” Casper kau panggil Lees’. Jawab Fitri sedikit teruja.

“Yalah… kau tengok muka dia tu, kalau kau bergambar dengan dia pun tak nampak muka dia dah macam casper putih melepuk takut apa dengan panas”. Kata Iskandar lagi. Hati Lees sudah mula benggang dengan kata Iskandar. Lees menjawab dengan perlahan tapi berbunyi marah.

“Yang awak susah kenapa?”.

Fitri yang ada disebelahnya sedikit tergelak mendengar Lees cuba memarahi Iskandar.

“Aduhhh! sayang kalau nak marah bukan macam itu, orang dengar pun tidak takut” balas Fitri dengan manja. Kalau nak marah kena cakap macam ini Lees. Fitri membuat gaya dan suara orang marah dengan agak garang sedikit.

“Eh! Iskandar kau apa hal, ikut akulah”. Ha... begitulah Lees.

Mereka semua ketawa dengan lakonan Fitri.

“Kau tengok betul cakap aku casper, hantu budak kecil yang manja orang pun tidak takut”. Kata Iskandar lagi.

“Tidak apa Lees, kalau setakat hantu casper macam Lees, abang pun tidak lari malah makin sayang. Pedulikan si Is tu, sekarang dia tu orangnya tidak jelas”. Jawab Fitri.

Sambil mereka berbual-bual Shahrul datang menghampiri mereka. Dia memberi salam “Assalamualaikum”. “Waalaikummussalam” jawab mereka semua.

“Kamu semua sudah tahu ke hujung minggu ini kita ada buat percutian jadi semua orang kena follow. Katanya.

“Kami sudah tahu bang” Jawab mereka semua. Shahrul memandang Lees lalu berkata..

“Lees, abang minta maaf permohonan Lees untuk tidak ikut rombongan ini terpaksa di tolak jadi Lees juga kena ikut serta”.

Lees terdiam dengan penjelasan Shahrul. Shahrul berlalu dari situ, tetapi beberapa langkah sahaja dia berpaling semula memanggil Lees. Lees bangun menuju ke Shahrul. Semua yang ada di situ melihatnya begitu juga dengan Iskandar.

“Lees macam mana, sudah tanya Kak Mas?”.Tanya Shahrul.

Lees tersenyum manis “Maaf bang, saya belum tanya lagi’. Jawab Lees dia lupa untuk bertanya Kak Masnya.

“Nanti Lees tanya lepas itu bagi tahu abang boleh?” Lees mengangguk sambil tersenyum mendengar kata-kata Shahrul. Dia kembali semula bersama teman-teman yang lain dia memandang Kak Mas dengan senyum.

Iskandar yang memerhatinya dari tadi berbisik sendiri. “Manisnya muka dapat berbual dengan Shahrul aku yang tercegak di sini tidak ditengok pun. Ada apa-apa ke mereka ni?”. Hati Iskandar bagai dihiris pedihnya terasa menyusuk ke dalam lubuk hatinya. Dia terus memandang Lees yang ada didepannya, tapi Lees tidak langsung memandangnya. “Kejamnya kau Lees, sanggup kau buat aku begini” bisik hatinya lagi.

Malam itu dia cuba lagi menghubungi isterinya tapi tetap juga gagal hatinya kini sudah remuk dia tidak tahu lagi apa yang harus dibuatnya. Dia mengeluarkan sekeping gambar perkahwinan yang disimpan dalam dompetnya. Direnungnya gambar itu lama-lama dia mengimbas kenangan bersama Lees. Dia memejapkan matanya terbayang semua kenangan itu bermula dari perkenalan sehinggalah sekarang dimana salahnya. Dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada Lees sehingga dia berubah sebegitu.

“Kalau aku tahu nak jadi macam ni, cuti semester baru ni aku bawa dia balik rumah daddy boleh juga berdamping dengan dia. Ingat boleh honeymoon kat sini alih-alih bukan honeymoon yang aku dapat tapi hampehmoon tiga bulan pula tu. Sekarang ni pandang aku pun tak nak, lama-lama boleh jadi gila aku.”

“Siapa yang harus aku tanya? Siapa yang tahu apa yang berlaku kepada Lees? Imira, oh tidak. Aisyah mungkin atau Kak Mas?’ bisik hatinya. Dia keluar menemui sahabat-sahabatnya yang sedang menonton. Dilihatnya Fitri sedang bergayut di varandah entah dengan siapa.

“Lees tolong bawa esok boleh?”. Dia terdengar perbualan Fitri, nama Lees disebut dengan manja. Fitri masuk ke dalam rumah terus duduk di sofa dengan muka tersenyum manis.

“Cakap dengan siapa?” tanya Iskandar.

“Dengan siapa lagi kalau bukan Aleesa” Jawab Rizal menyindir.

Bisik hatinya “Eh, kenapa pula kalau Fitri telefon boleh, aku telefon tadi taliannya masih ditutup”. Dia mengeluarkan handsetnya lalu cuba mendail nombor telefon Lees tapi gagal juga masih ditutup. “Huh! kenapa Fitri boleh menghubungi dia”. Macam mana aku mahu tahu? Takkan mahu tanya Fitri tapi bagaimana?’. Bisik hatinya. Dia terus berfikir tiba-tiba dia bersuara

“Fit kau selalu ke hubungi Lees? Sudah boleh hubungi dia ke? Kau kata telefon dia selalu tutup?”.

“Oh! itu nombor lama dia tak pakai dah, sekarang nombor baru”. Jawab Fitri.

“Ya Allah, dia tukar nombor telefon tidak bagi tahu aku, dia memang betul-betul lari dari aku ni tapi kenapa” bisik hatinya.

“Boleh kau bagi nombor dia pada aku?’ Pinta Iskandar.

“Eh! Kenapa pula? selama ini kau tidak pernah tanya pun nombor dia, tiba-tiba saja apa hal kau? mahu try dia juga ke?’. Tanya Fitri.

“Eshhh!... mana ada, sajalah dia kan kawan aku juga, tak kan aku mahu potong line kau bro”. Jawab Iskandar dengan memujuk. Dia telah menghantar nombor telefon Lees kepada Iskandar.

“Aku sudah send pada kau, tapi kau jangan nak cuba pikat dia pula” Kata Fitri.

Thanks Jangan risaulah’. Jawab Iskandar. Hatinya terus berkata “kau tidak akan dapat dia Fitri, dia milik aku”.

Iskandar telah membeli satu lagi simcardbaru, tiada lain tujuannya untuk menghubungi Lees. Dia tahu jika dia menghubungi Lees menggunakan nombor telefon lamanya pasti Lees tidak akan jawab kerana kemungkinan besar nombor telefon dia masih ada dalam simpanan Lees.

Suasana di rumah sewa Lees agak sunyi kerana, tiadanya Aisyah yang selalu membuatkan suasana kediaman mereka riuh. Aisyah keluar bersama Randy. Lees keluar dari biliknya menuju ke bilik kak Mas. Dia mengetuk pintu bilik kak Mas. Kak Mas menyuruhnya masuk, Lees masuk dengan senyuman penuh makna. Kak Mas yang ada dikerusi studynya melihat Lees.

“Kenapa senyum-senyum ni?”. Tanya Kak Mas.

“Boleh Lees tanya sikit?”

“Boleh apa dia?” Jawab kak Mas dengan mesra.

“Kak Mas ada boyfriend tak?” tanya Lees sambil memandang Kak Masnya dengan senyuman yang melerek.

“Kenapa mahu tahu?”.

“Sebab ada orang tanya”.

“Siapa tanya” Tanya kak Mas dengan malu-malu sambil dahinya dikerutkan

“Jawab pertanyaan Lees dulu ada ke tak?, baru boleh bagitahu siapa yang tanya’. Lees menjawab dengan manja.

“Kak Mas tak ada kekasihlah tidak mahulah nanti kecewa”. Jawab kak Mas.

“Kak Mas sindir Lees ke?” tanya Lees dengan bergurau.

“Mana ada, jawablah siapa tanya?’Desak Kak Mas.

“Abang Shahrul, dia ada kirim salam pada akak, katanya dia minat sangat kat Kak Mas. Kak Mas suka dia tak?” tanya Lees cuba mengorek perasaan Kak Mas. Kak Mas hanya tersenyum lebar memandang Lees. Pertanyaan itu tidak dijawabnya.

Satu malam Iskandar telah menghubungi Lees. Nada telefon Lees berbunyi. “Yes’katanya.

Lees mengambil telefon dilihatnya di skrin tiada nama tertera pada nombor yang menghubunginya, dia tidak mengenali nombor itu lalu mengangkatnya.

Hello, hello who on the line?” beberapa kali Lees menjawab tapi tidak disahut oleh Iskandar, dia hanya mendengar suara yang dirinduinya itu. Line diputuskan. Sekali lagi dia menghubunginya, Lees menjawab lagi panggilan itu “Hello, hello” sekali lagi dia menjawab beberapa kali tapi tiada juga sahutan yang didengarnya.

“Hello please speak who’s on the line, if you have something important to say to me you could send a message to me because I cannot hear your voice, may be your phone there is barrier”. Itu jawapan Lees kepada pemanggil. Iskandar hanya mendengar suara Lees.

“Sedapnya suara kau Lees, tapi maafkan abang sayang abang tidak boleh menjawabnya. Kali ini dia cuba menghantar message kepada isterinya.

Hi, sorry may be my telephone have a problems. I may know about you?I want to be your friend”.

Lees membalasnya “I’m sorry, I’m not sure. Who are you? if you want to want to be my friend, I have to get somebody’s permission b’coz I’am muslim”.

Iskandar membalas menguji Lees “whose permission you should get?”

“My husband”. Jawab Lees.

“When I can get your answer?” Iskandar bertanya mengorek rahsia.

“I don’t know” balas Lees lagi.

“Why” balas Iskandar lagi. Lees membalas lagi message itu

“He’s not with me right now”.

“Where is he now?” Iskandar terus bertanya.

“I’m sorry I can’t answer your question. bye”. Jawab Lees mengakhiri perbualan sms mereka.

Iskandar amat teruja dengan jawapan Lees “Ya Allah, Sweetnya kau Lees. Dia masih ingat aku suaminya, dia masih sayang pada aku, tapi apa sebenarnya berlaku?’ bisik hatinya, terharu dengan jawapan Aleesa airmatanya keluar.

Previous: BAB 18
Next: BAB 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina