Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
112,175
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 9

Pagi itu, Lees melihat wajahnya dicermin, dia tengok love bite di tengkuknya. Sesekali dia menutup mata dan menarik nafas panjang. Is yang berada di jendela memerhati sahaja gelagat Lees seolah-olah ada sesuatu bermain difikirannya.

“Kenapa, Lees tak suka ke?” Is tanya. Lees faham pertanyaan itu, dia membalasnya dengan senyum dan berkata.

“Sejak bila pula Is jadi vampire ni?”

“Vampire” Is membalas mendengar perkataan vampire dan ketawa kecil. Is menjawab sambil menuju ke arah Lees.

“Sejak Is kenal dengan casper ni lah” sambil mencuit dagu Lees.

“Tapi kenapa?” Lees bertanya.

“Kenapa?” Is membalas perrtanyaan itu, dia mengkerut dahi.

“Ya lah, kenapa buat macam ni?” Lees bertanya lagi. Is mendekatkan dirinya didepan Lees lalu kedua tangannya memeluk pinggang Lees lalu berkata.

“Sebab Is cintakan Lees, I Love You sayang”. Sambil senyum dan mencium dahi Lees. Dia menunggu jawapan dari Lees, namun Lees hanya tersenyum.

“Lees, boleh tanya sikit?” tanya Is dengan tangannya masih dipinggang Lees.

“Apa dia?” Lees membalas pertanyaan itu dia mendongak sedikit kepalanya ke atas memandang Is.

“Lees sayang dan cinta Is tak?”. Tanya Is pada Lees. Lees tunduk memejapkan matanya dan menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan. Lees tidak menjawab persoalan itu. Iskandar tahu yang Lees tidak akan menjawab soalannya. Dia kecewa, malah melepaskan tangannya yang memegang pinggang Lees lalu beredar dari situ. Lees sedar dan tahu kenapa Is tinggalkan dia keseorangan dalam bilik itu. Lees berbisik sendirian.

“Is, maafkan Lees, bukan Lees tidak mencintai Is tapi hati ini tidak mampu mengucapnya, Lees takut dikeceawakan. Sekarang memang Is ucapkan I Love You pada Lees, tapi Lees tidak tahu sejauh mana Is mencintai Lees. Kenapa dengan cepat Is mengahwini Lees, itu pun Lees belum temui jawapan. Is banyak sangat berahsia dan buat kejutan pada Lees. Lees tidak tahu apa akan terjadi pada kita, apabila di Dublin nanti. Berilah peluang Lees mencari cinta Is. Lees tidak dapat mencari cinta Is di Malaysia, di London…namun begitu, berilah peluang Lees mencari cinta Is di Dublin”.

Iskandar berlalu meninggalkan Lees, kerana dia tidak sanggup air matanya menitis depan Lees, dia mengesat air matanya. Dia tahu tidak sepatutnya dia meninggalkan Lees begitu. Dia menuju semula ke bilik, dia tahu Lees masih ada di dalam. Dia membuka pintu dan melihat Lees termenung dikatil. Dia mendekati Lees dan memegang tangan Lees lalu berkata.

“Lees maafkan abang, esok kita akan bertolak ke Ireland, tapi kita tidak boleh tinggal bersama” Lees menggangguk tanda faham.

Is berkata lagi. “Tapi… Is mahu Lees sentiasa ada dihati dan dimata Is walaupun, kita tidak bersama. Boleh?”

“Macam mana”.tanya Lees sambil matanya melirik manja ke arah suaminya itu.

“Lees mesti bagitahu dan minta izin Is dulu, ke mana atau apa saja Lees nak buat, boleh?” Lees menganggukkan kepalanya tanda faham dan setuju.

Dengan nada yang sayu Is memberitahu lagi.

“Lees, Is akan tunggu dan cari cinta Lees, dan satu lagi Lees kena tahu Is sangat mencintai Lees. Lees sudah jadi isteri Is sekarang. Jadi… Is tidak suka Lees bermain cinta dengan orang lain”. Is sekali lagi memberi peringatan pada Lees. Lees hanya menganggukkan kepalanya.

Selepas itu, Mereka turun ke tingkat bawah. Is menuju ke ruang tamu dan duduk di sofa menonton TV yang sudah terbuka. Manakala Lees menuju ke dapur mencari kelibat mamanya tapi tidak kelihatan.

“Hai! Lees, cari siapa?” Tegur kak long dari belakang. Apabila melihat Lees berpaling ke kiri kanan mencari sesuatu.

Lees terperanjat “Cari mama, mana mama?” jawab Lees sambil bertanya.

“Mama pergi marketlah, mana lagi”. kak long memberitahu Lees sambil memandang pada Lees. Pagi itu Lees menyediakan sarapan untuk suaminya seperti biasa. Maisara menuju ke ruang tamu untuk menyambung rancangan yang ditontonnya tadi.

Iskandar duduk bersandar di kerusi mewah berkonsepkan English milik keluarga Aleesa. Dia memandang TV yang sudah pun terbuka apabila sampai di situ, entah siapa yang buka.Tapi fikirannya jauh melayang, perasaannya tidak keruan memikirkan cinta Lees, dia berbisik sendirian. “Macam mana aku nak tahu yang dia benar-benar cintakan aku, apa yang Lees inginkan daripada aku, bagaimana aku nak pikat dia?” Berbagai-bagai persoalan bermain difikirannya, Iskandar terus melayan fikirannya.

Apabila Maisara tiba di ruang tamu ditengoknya, Iskandar merenung jauh tidak menyedari yang dia berada di situ. Maisara memanggilnya sebanyak tiga kali tapi tidak disahutnya.

“Dengar ke, si Is ni aku panggil? Kenapa diam aje? Ada masalah ke mereka ni? Itulah persoalan yang bermain dalam fikiran kak longnya. Dia menghampiri Iskandar dan mencuitnya.

“Is”… Is terkejut dari lamunannya.

“Jauh mengelamun dah sampai ke mana?, ingat siapa?” kak long sedikit menyindir. Is tersenyum tersipu-sipu diusik kakak iparnya.

“Kenapa, ada masalah ke?” tanya kak long lagi.

“Eh! tak adalah kak long” Is menjawab.

“Cakaplah dengan kak long kalau ada masalah, kak long sedia mendengar dan membantu”. Jawab kak long cuba mengorek rahsia.

“Kak long, boleh Is tanya sikit?”.

“Banyak pun boleh, apa dia?” Jawab kak longnya.

“Boleh kak long cerita sikit pasal Lees”. Pinta Is pada kakak iparnya.

“Apa yang Is nak tahu pasal Lees”. Kak long bertanya lagi.

“Macam mana nak tahu Lees sayang kita?” tanya Is pada kak longnya. Kak long ketawa sedikit mendengar pertanyaan adik iparnya itu.

“Senang aje, Is tanya lah Lees”. Jawab Kak longnya sedikit menyindir. Merah sedikit muka Is apabila dia diusik oleh kak long.

“Is tak tanya dia ke?” Tanya kak long mendapat kepastian kenapa Is bertanyanya begitu.

“Dah tanya kak, tapi Lees tak jawablah. Dia ada cakap apa-apa pada kakak tak?’ Is cuba korek lagi rahsia kalau-kalau Lees ada memberitahu kakaknya.

“Is, Lees tu sukar nak menyatakan dia sayang pada seseorang, kak long tak hairan lah kalu dia tidak bagitahu Is. Kalau dia sayang Is pun”.

“Kenapa kakak?”. tanya Is lagi.

“Lees memang begitu orangnya, dia tidak suka ucap dia sayang pada seseorang. Kalau Is nak tahu, Lees ni dia suka orang buktikan pada dia dengan perbuatan. Samalah kalau kita nak tahu dia sayang kita, macam itu juga. Dengan mama dan daddy pun sama, jarang dia ucap dia sayang pada mama dan daddy, kalau dengan akak dan angah lagi lah. Tapi kita orang tahulah, dia sayang kami sebab dia selalu tunjukkannya”.

“Is nak tahu?. Ada suatu hari tu, dia telefon kak long, dari Kota Bahru menanggis suruh beli tiket datang sini, apabila dia tahu mama demam tiada suara masa tu. Dia telefon mama, mama tidak boleh bercakap. Dia datang sini jaga mama sampai mama sembuh, semua kerja mama dia yang buat kat rumah ni”. Cerita kak long dengan panjang lebar.

“Oh! patutlah ada satu ketika tu, Is pergi rumah datuk nak jumpa dia, atuk kata dia balik rumah mama dia, rupanya dia mari sinilah kak?”. Tanya Is meminta kepastian. Kak long mengangguk.

“Is selalu ke rumah atuk jumpa Lees?”

“Hari-harilah kak. Is memang cinta dan sayang sangat pada Lees”. Is memberitahu isi hatinya.

“Kak terima kasih ya, bagitahu cerita Lees pada Is. Iskandar meminta izin untuk ke biliknya.

“Is naik dulu ya kak, Is nak kemas barang sikit”. Dia bangun menuju ke biliknya.

Sambil berjalan menuju ke biliknya Iskandar berfikir, macam mana dia mahu tahu Lees sayang pada dia. “Lees suka tunjuk dengan perbuatan” bisiknya. Dia mencari kelibat Lees di tingkat bawah dan dapur namun tidak kelihatan, mungkin Lees berada dalam bilik. Dia mendapat satu idea iaitu dia cuba buat pening kepala. Dia nak uji sejauh mana Lees sayangkan dia.

Dia membuka pintu bilik dan melihat Lees sedang mengemas pakaian ke dalam bag. Lees melihat Is masuk dengan tangannya memicit kepala dan merebahkan dirinya ke katil. Lees bangun menuju ke katil dan duduk di sebelahnya.

“Kenapa ni Is, Is sakit kepala ke?”.

“Entah, rasa peninglah” Is menjawab dengan selambanya. Lees tidak perasan yang Iskandar hanya berlakon untuk mengujinya sahaja. Dia memerhati Lees apabila melihat Lees ke meja solek mengambil ubat dan kembali semula dengan tidak berkata apa-apa cuma mengalihkan tangan Is dari kepalanya. Lalu memicit-micit kepala Is dengan lembut tapi dapat dirasai oleh Iskandar.

“Inilah kali pertama Lees pegang aku, aduh! Bestnya, ini yang membuatkan aku tambah sayang pada dia, macam manalah aku nak tinggalkan dia esok, mesti aku rindu gila pada dia”. Bisik hati Iskandar. Dia membiarkan Lees memicit kepalanya.

Ini juga kali pertama, Lees menyentuh kepala Iskandar dan sesekali dia mengusapi kepala Iskandar. Lees memandang dengan lebih jelas wajah Iskandar kerana sebelum ini dia teringin sangat nak menatap wajah suaminya itu, tapi dia malu. Kali ini Lees boleh memandang wajah tampan Iskandar kerana Is menutup matanya.

“Betullah kata kak long dan teman-teman dia yang lain, Is memang kacak dan menawan, wajahnya yang putih, bibirnya sedikit tebal tapi merah, tiada sedikit jerawat atau bekas jerawat dimuka Iskandar. Dia memang pandai menjaga kulit wajahnya. Macam mana ya kalau Is berubah hati pada orang lain, memang robeklah hati aku kalau Is buat macam tu. Sebenarnya aku cinta dan sayang pada dia, tapi betul ke dia sayang pada aku? Boleh ke dia jaga aku nanti?”. Bisik hati kecil Lees sambil memandang wajah suaminya itu.

Iskandar mengerutkan sedikit dahinya menandakan kepalanya masih sakit, walaupun dia hanya berlakon dia masih belum puas Lees memicitnya. Lees bertanya apabila melihat Iskandar mengerut dahi tanda sakit. “Is, sakit kuat ke kepala ni? Is makan ubat boleh? Lees ambilkan?”.

Bisik hati Is “Yes, terjawab persoalan aku ni, sayang juga dia pada aku”.

“Tak apalah,sikit saja ni”. Dia menjawab pertanyaan Lees tadi.

‘Eh! mana boleh macam tu, Is tunggu Lees ambil ubat, Is sudah makan?’ bunyi suara Lees yang perlahan tanda kasihannya pada Is.

“Belum makan lagi” Jawab Iskandar dengan membuka sedikit matanya.

“Laaaa, kenapa tidak makan?”

“Lees, tak ada tadi”.

“Is tunggulah, nanti Lees ambilkan ubat dan nasi goreng”

Lees keluar mengambil ubat dan makanan, beberapa minit kemudian dia kembali ke kamarnya dan memberikan Iskandar makan nasi goreng dan ubat. Iskandar terpaksa menelan ubat itu walaupun dia sebenarnya tidak sakit kepala.

Previous: bab 8
Next: bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina