Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
114,056
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 23

Dua hari selepas pulang dari Camaderry. Iskandar nekad untuk mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada Lees sehingga Lees bersikap dingin dengannya sudah hampir tiga bulan dia tidak memberikan belanja kepada Lees. Dia amat risau jika talaknya jatuh dengan begitu saja. Dia rasakan jika apa-apa berlaku pada dia dan Aleesa mungkin Aleesa tidak lagi kembali kepada dia. Dia menjadi benggung dengan semua ini. Dia tahu hanya Mastura sahaja yang tahu apa yang dialami oleh Aleesa.

Selesai kuliah pada suatu petang Iskandar menelefon Fitri untuk menemaninya keluar makan. Fitri tidak dapat mengikutnya katanya dia sudah janji dengan Lees untuk menyiapkan tugasan bersama-sama. Fitri mempelawa Iskandar belajar bersama mereka. Mereka berjumpa di satu pokok yang besar dan rendang membolehkan mereka berteduh dari sinaran matahari. Mereka hanya duduk bersila di atas rumput yang kering di bawah pokok yang besar itu. Fitri duduk bersebelahan dengan Aleesa. Iskandar datang bersama Imira lalu duduk di depan mereka. Mereka belajar bersama-sama sesekali mata Iskandar melirik ke arah Lees dan Fitri. Timbul perasaan cemburunya kepada Fitri.

Bisik hati Iskandar. “Bagaimana kalau betul-betul aku dan Lees tiada apa-apa hubungan adakah dia akan memilih Fitri yang mengejarnya dari awal pertemuan mereka?” Hatinya berkata dengan perasaan yang amat pedih dan sedih sekali. Rasa mahu keluar air matanya.

“Lees boleh terangkan pada Fit tentang the market economic Fit tidak fahamlah apa yang dijelaskan oleh tutor tadi” Tanya Fitri dengan suara yang manja.

“Oh, ini senang saja, macam ini’. Kata Lees.

Aleesa mula menjelaskan kepada Fitri apa yang ditidak difahami oleh Fitri dengan penuh khusyuknya sehingga Lees tidak tersedar bahawa Fitri memerhatikan dia dengan pandangan yang penuh rasa cinta. Fitri tidak mendengar penjelasan yang berikan oleh Aleesa tetapi perhatiannya kepada wajah Aleesa yang cantik dan ayu itu.

Iskandar memandang Fitri dan Lees dengan muka yang marah dan hatinya mula pedih dan bengkak. Dia tahu, itulah Aleesa sentiasa memberi penjelasan yang baik kepada soalan yang ditanya oleh siapa sahaja. Dia memejapkan mata dan tangannya memegang kepala mengimbas kembali kenangannya dengan Aleesa belajar bersama dan bagaimana cintanya berbunga apabila melihat wajah Aleesa semasa Aleesa memberi penerangan tentang sejarah yang dia belajar dahulu. Begitu khusyuk Aleesa memberitahunya tapi dia tidak mendengarnya apa yang dilihatnya adalah wajah Aleesa. Hatinya tidak dapat menerima apa yang berlaku didepannya kini. Apabila Firti memandang isterinya itu dengan asyiknya.

“Mungkinkah Aleesa akan menerima Fitri jika berlaku sesuatu pada dia dan Aleesa. Tidak, aku tidak mampu kehilanganmu sayang”. Bisik hatinya. Kini hatinya sudah tidak dapat bertahan lagi tidak mampu menyaksikan sandiwara yang ada didepannya.

“Aku mesti tahu apa yang sebenarnya berlaku sehingga Lees boleh melupakan dia. Aku mesti jumpa Kak Mas”. Bisik hatinya lagi. Mira yang ada disebelahnya perasan Iskandar sedang memegang kepalanya.

“Is kenapa ni”. Tanya Mira sambil memegang bahu Iskandar.

Dia menggelengkan kepalanya. Dia memandang Fitri dan Aleesa dengan pandangan yang tajam. Dia terus bangun meninggalkan mereka.

“Is mahu ke mana? Tunggu Mira”. Laung Mira kepada Iskandar lalu bangun mengejar Iskandar tetepi Iskandar lebih pantas meninggalkannya.

Lees memandang Iskandar dengan penuh tanda tanya. “Kenapa tiba-tiba Is jadi begitu, dia jelous dengan aku ke?” bisik hati Lees.

“Kenapa, Iskandar tu Fit?” tanya Lees kepada Fitri dengan dahinya berkerut.

“Entahlah, memang dah macam tu, tidak jelas Is tu sekarang, apa yang difikirnya pun tidak tahu”. Jawab Fitri.

“Kenapa?”. Tanya Lees mengorek rahsia dari Fitri.

“Fit tidak tahulah, apa yang berlaku pada Iskandar tu sejak beberapa bulan ni. Dia asyik termenung saja.Semua kerja tidak dibuatnya, sampaikan biliknya tidak berkemas, dirinya pun tidak terurus. Pakaian dia, masayaallah.. kalau kita orang tidak kutip hantar dobi. Heee tidak tahulah, tidur tilam tidak bercadar. Cadarnya hilang masa hantar di dobi, sampai sekarang tidak dibelinya. Nak kata tak ada duit, hari-hari kira duit dalam sampul surat. Entah duit siapa pun tidak tahu. Bila ditanya, katanya ini duit orang bukan duit dia. Nampak hari-hari dia dengan Mira tu tapi macam tidak layan je si Mira tu”. Cerita Fitri dengan panjang lebar.

Lees mendengarnya dengan perasaan serba salah.

“Kenapa Is jadi macam itu, dia tidak bahagia ke dengan Mira?”. Bisik hati Aleesa.

“Lees, Iskandar ada hubungi awak tak?”. Tanya Fitri.

“Tak ada, kenapa?” Jawab Lees dengan tanda tanya.

“Dia ada minta nombor telefon Lees dengan Fit tempoh hari”.Jawab Fitri.

Lees terdiam seketika. Dia teringat siapa hubungi dia baru-baru ini.

“Fit, kita stop di sini dulu, kita balik”. Kata Lees. Dia bangun meninggalkan Fitri yang terpingan-pingan.

Previous: BAB 22
Next: BAB 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina