“Rozy
sayang, ya, apa khabar sayang,” sapa Nukman Faris apabila nombor kekasihnya
tertera di skrin telefonnya. Berdebar-debar hatinya. Terdengar suara manja
kekasihnya itu. namun entah mengapa, rindunya bagaikan terbang entah ke mana.
Kalau sebelum bernikah dia hanya mahu bertemu dengan kekasihnya. Kalau boleh
setiap malam mereka bertemu. Tetapi kini perasaannya seperti was-was dan tawar.
Apa masalah kepada dirinya sekarang ini ya?
“Apa? Nak jumpa?” soalnya berulang
kali. Suara Rozaila tidak berapa kedengaran. Sekejap ada sekejap tak ada. Mungkin
perbezaan line di luar negara menyebabkan suara Rozaila tidak begitu jelas.
“Jumpa? Rozy sekarang di mana ni?”
soalnya pula. Setahunya kekasihnya itu masih di London dan akan terus membuat
peragaan pakaian di Paris. Cepatnya pergerakan gadis itu, kenapa dia tidak
tahu? Takkan dia tidak tersangkut dengan sesiapa ketika berada di situ?
“Rozy sudah balik di Kuala Lumpur?
Jadi, di rumah?” kedengaran suara Rozaila agak manja tetapi seperti kedengaran
seseorang di sisinya. Apakah...? Ah, dia tidak mahu berburuk sangka. Sudah lama
dia mengenali kekasihnya. Sejak mereka masih di bangku sekolah menengah lagi.
Dia tidak yakin jika kekasihnya itu akan menduakannya pula.
“Di mana sekarang ni?” berulang
pertanyaannya terhadap kekasihnya. Dia terasa serba-salah pula. jika kekasihnya
sudah di Kuala Lumpur dia harus segera keluar dari rumahnya dan membawa
isterinya ke rumah keluarganya di Damansara Utama. Dia tidak mahu kekasihnya
terluka dengan tindakannya berkali-kali. Sudahlah kekasihnya sangat terkecewa
dengan pernikahannya, ini kan pula sedang berkasih-kasihan dengan isterinya.
Tetapi dia memang layak mengasihi isterinya. Itu bukan kesalahannya.
“Oh Rozy kat Singapore. Nak saya
pergi ke kota Singapore? Bila? Esok?” soalnya. Permintaan kekasihnya agak
keterlaluan. Walaupun dia merindui kekasihnya namun dia sudah tidak sebebas
sebelum bernikah. Kini dia mempunyai tanggungjawab yang dipikulkan di bahunya. Mamanya
tidak akan melepaskannya jika apa-apa berlaku kepada isterinya Natasya Umaira.
Itulah yang ditakutkannya. Walaupun dia belum mempunyai apa-apa perasaan
terhadap isterinya itu namun dia tetap kasihan akan isterinya yang sedang
mengandung itu.
“Tak dapatlah sayang. Saya terpaksa
lapor diri ke ibu pejabat esok sebab ada kes kecemasan. Tadi saya sudah
dihubungi oleh pihak pentadbir.” Dia mencari alasan. Sedangkan isterinya ada
bersamanya. Takkan senang dia hendak meninggalkan isterinya di rumah mamanya
dan dia keluar mencari kekasih. Oh tidak!
“Tak percaya?” dia ketawa kecil.
“Sayang kena percaya. Saya mana
pernah bohong. Kita pun sudah lama kenal kan sayang,” katanya memujuk Rozaila.
Rozaila merengek minta dijenguk di Singapura. Entah apa yang dibuatnya di kota
asing itu. dia sendiri kehairanan.
“Sudah jatuh cinta? Jatuh cinta kat
isteri?” soalnya pula. Dia sebenarnya banyak bertahan dengan asakan kekasihnya.
Wajah comel Natasya Umaira dan wajah malu-malu ketika didakapnya terbayang di
ruang matanya. Wajah kekasihnya yang sentiasa penuh dengan mekap itu bagaikan
semakin pudar dari ingatannya. Dia tidak tahu kuasa apa yang ada pada
isterinya. Tetapi kata mamanya, kalau pandang isteri dan ingat isteri, suami
akan dapat pahala.
“Taklah! Saya sayangkan kekasih
saya. Takkan ada dua tiganya! Trust me!” Rozaila merengek lagi.
“Betul takkan saya nak bohong awak sayang.”
Katanya cuba meyakinkan kekasihnya.
“Bila sayang balik Kuala Lumpur?” soalnya. Dia
teringatkan isterinya yang ada kelas pada hari Isnin minggu depan. Mungkin pada
masa itu bolehlah dia berjumpa kekasihnya pula. ah, terasa dia berbohong kepada
isterinya pula. dia sepertip