Setelah
balik dari klinik, Nukman Faris bertemu dengan kawan baiknya sewaktu menuntut
di sebuah universiti di luar negara dulu. Kebetulan mereka memang rapat sejak
di bangku sekolah. Sengaja dia tidak memberitahu isterinya mengenai
pertemuannya dengan kawannya Shamsuri itu pada keesokan harinya.
“Apa khabar Sham? Lama sungguh kita
tak jumpa.” Kata Nukman Faris menyalami tangan Shamsuri. Shamsuri yang sudah
mempunyai klinik sendiri itu hanya tersengih.
“Aku baik-baik aje lah Nukman. Jadi,
apa niat kau nak jumpa aku ni? Biasanya
kalau
tak de hal penting takdelah pilot kita ni nak jumpa dengan aku ni!” kata
Shamsuri sudah mengusiknya. Nukman Faris tersenyum pahit. Memang mereka agak
jarang bertemu sejak masing-masing sibuk dengan kerjaya. Tambah-tambah
sekarang, dia bertambah sibuk.
“Aku memang lah selalu sibuk tapi
hari ini aku mesti jumpa kau. Semalam kan aku dah minta isteri aku jumpa kau.
Aku tak dapat turun, kawasan klinik kau tu memang kawasan yang sangat sibuk!”
kata Nukman Faris. Berkerut-kerut dahi Shamsuri.
“Eh, tuan pilot kita ni sakit ke?
Bila masa kau kahwin? Setahu aku Rozy belum nak kahwin. Macam mana pula kau dah
kahwin? Eh, kau kahwin diam-diam ya? Tapi, Rozy kat luar negara kan? Apa ceta
ni Nukman?” soal Shamsuri kehairanan. Muka Nukman Faris bertukar kelat. Dia
terlupa yang sahabat baiknya itu tidak tahu yang dia sudah kahwin. Dia belum
memberitahu mana-mana kawannya akan hal yang baru sahaja menimpanya. Baginya,
batu gunung bagaikan menghempap kepalanya!
“Maafkan aku Sham, aku lupa nak
beritahu kau, sebenarnya aku dah kahwin, bukan dengan Rozy. Tapi dengan sepupu
aku di kampung.” Bertambah terkejut Shamsuri. Tetapi cepat-cepat dia
menghulurkan tangan untuk menyalami tangan Nukman Faris untuk memberikan
tahniah.
“Oh, kenapa aku tak tahu yang kau
dah kahwin? Kenapa tak jemput aku?” soal Shamsuri. Nukman Faris tersengih.
Terkenang peristiwa di mana dia dipaksa oleh mamanya. Mahu atau tidak, dia
hanya ada satu jawapan iaitu setuju.
“Maaflah, aku kelam kabut masa tu!
Mama akulah yang punya kerja tu!” bertambah berkerut dahi Shamsuri, doktor muda
yang berkarisma itu. dalam usia muda dia sudah menjadi pakar perubatan wanita. Shamsuri
memang pemuda yang amat rajin belajar sewaktu di zaman persekolahan dan
universiti.
“Macam mana pula kelam kabut
sehingga tak sempat panggil aku. Kau mesej aje lah aku. Bukannya susah pun!”
kata Shamsuri. Bertambah kelat wajah Nukman Faris. Dia sudah kebingungan pada
hari pernikahan itu. Tidak ada siapapun yang dihubunginya. Terkejut gila pun
ada gara-gara paksaan mamanya.
“Bukan macam tu Sham. Aku
terperangkap masa tu!” mahu terbuntang mata Shamsuri. Mungkin terkejut dengan
perkataan terperangkap itu.
“Takkan sepupu kau nak kenakan kau?”
Nukman Faris menggeleng. Dia takut sahabat baiknya itu terkeliru pula dengan
bahasanya.
“Bukan dia kenakan aku. Masa tu
keluarga sepupu aku dah atur perkahwinan tapi tiba-tiba pihak lelaki mengundur
diri. Mahu tak mahu aku jadi galang gantinya. Ngeri kan!” kata Shamsuri.
Shamsuri mengangguk-angguk.
“Oh macam tu. Ingatkan kau dah
terlanjur dengan sepupu kau! Tapi oklah tu. Kahwin dengan sepupu ok ape!” kata
Shamsuri yang salah sangka. Nukman Faris menggeleng. Dia tidak akan sampai hati
melakukan sesuatu yang tidak baik kepada sepupunya sendiri. Kasihan sepupunya
itu.
“Aku ni memang nakal tetapi
nakal-nakal aku belum sampai hati nak
buat tak tentu dengan sepupu aku tu!” kata Nukman Faris. Shamsuri
mengangguk-angguk.
“Aku percayakan kau. Aku tahu kau
budak baik. Anak kebanggaan datin dan datuk. Aku tahu... aku faham... tapi
kasihan lah Rozy, melepaslah dia tak dapat nak kahwin dengan kau.” Nukman Faris
tersenyum kelat semula. Memang dia sangat hampa kerana tidak dapat nikah dengan
kekasihnya. Namun dia tidak dapat menolak jika suatu hari dia akan menikah juga
dengan kekasihnya itu.
“Terima kasihlah kerana percayakan
aku. Lagi dua minggu majlis persandingan aku di sebuah hotel. Nanti aku
confirmkan kau. Mama aku yang uruskan semuanya.” Kata Nukman Faris.
“Untung kau punya mama yang baik dan
melakukan segala-galanya untuk anak kesayangannya.” Kata Shamsuri.
“Kau macam perli aku aje!” kata
Nukman Faris. Shamsuri ketawa.
“Jadi apa ceta semalam? Siapa nama
isteri kau tu? Aku masih ingat lagi pelanggan yang datang ke klinik aku
semalam.” Kata Shamsuri. Nukman Faris tersenyum.
“Ada tak semalam Natasya Umaira
Binti Mohd. Tajuddin datang jumpa kau.” Kata Nukman Faris. Shamsuri mengerutkan
keningnya mengingat-ingati nama pelanggan yang mendapatkan perkhidmatannya di
kliniknya di Damansara.
“Macam takdelah!” berkerut dahi
Shamsuri. Dia sendiri teringin juga hendak bertemu dengan isteri Nukman Faris.
“Tak de?” kata Nukman Faris
kehairanan. Dia tidak menyangka kalau isterinya itu membohonginya. Ke mana dia
pergi? Dia sangat sangsi. Apa yang
sebenarnya berlaku? Dia bawa balik semalam, isterinya nampak tenang aje.
“Memang takde lah Nukman. Takkan aku
nak bohong kau!” kata Nukman Faris.
“Kat kawasan sana tak de klinik lain
kan?” soal Nukman Faris terasa aneh jika isterinya tidak berjumpa dengan kawan
baiknya.
“Memang tak de. Seingat aku, hanya
klinik aku lah kat sana!” kata Shamsuri mengingati lokasi perniagaannya di
kawasan yang strategik di Damansara ini.
“Jadi apa nak buat?” kata Nukman
Faris seolah-olah minta pendapat dengan sahabat baiknya itu. Dia menjadi
bingung seketika. Entah apa yang harus dilakukannya dia pun tidak tahu. Perkara
sekecil ini pun sangat sukar hendak dia selesaikan.
“Kau bawa semula ke klinik aku. Kau
bawa driver papa kau untuk bawa dia
jumpa aku. Apa sakit dia?” soal Shamsuri. Shamsuri pula buat soalan agak bodoh.
Sudah tahu dia adalah doktor pakar wanita, takkan itu pun dia masih tidak
faham! Dalam diam Nukman Faris menggeleng. Pelik dengan kerenah sahabatnya itu.
“Aku nak dia periksa kandungan dia.
Kebetulan dia jatuh hari tu. Dia ditolak oleh kekasih kesayangan aku hari tu!”
kata Nukman Faris. Shamsuri ketawa.
“Eh macam tu ke? Kejamnya kekasih
kau! Kiranya kau ni jejaka laris di pasaran lah ni ya!” Nukman Faris dan
Shamsuri sudah ketawa. Berderai tawa mereka di udara.
“Apa pula? Tak delah! Perempuan kan!
Aku tak tahulah apa nak cakap!” kata Nukman Faris. Shamsuri masih menghabiskan
tawanya.
“Kasihan
pula isteri kau Nukman. Baik kau cepat-cepat bawa dia. Aku takut ada sesuatu
berlaku kepada kandungan dia. Tapi kamu macam pasangan kekasih juga, kau
cintakan sepupu kau tu? Kenapa dia sampai mengandung kan?” Kata Shamsuri yang
sudah kebimbangan. Nukman Faris ketawa kecil. Sukar dia hendak menerangkan apa
yang sudah berlaku kepada dirinya.
“Nantilah cerita. Dan, kau macam tak
faham-faham pula. Kalau dah kahwin, memanglah bakal timang anak! Kau tak
gembira kalau sahabat kau ni bakal jadi ayah,” jawab Nukman Faris selamba.
Shamsuri tersenyum. Lantas mengangguk.
“Mestilah aku suka dan bersyukur.
Tapi, kau kata kau cintakan Rozy, apa sudah jadi sekarang ni? Kau sudah berubah
hati?” soal Shamsuri. Nukman Faris terasa dadanya bagaikan ditusuk sembilu.
Pedih menjalar di seluruh tubuh. Namun, dia tidak mampu menolak permintaan
mamanya. Mamanya pun terlalu pandai memujuk dia agar menikahi sepupunya
sendiri.
“Dah berapa bulan kandungan dia?
Anak kamu tu maksud aku?” Nukman Faris diam. Dia tidak tahu berapa bulan
kandungan isterinya.
“Aku tak tahu. Tapi, memang dia dah
mengandung lah, mengandung anak kami!” kata Nukman faris. Dia terpaksa menutupi
maruah isterinya. Walhal mereka tidak pernah melakukan apa-apapun. Apatah lagi
dengan adanya perjanjian mereka. Dia tidak mahu membuka rahsianya sendiri.
Biarlah hanya dia sahaja yang tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada mereka.
“Oh tahniah lah dulu. Jadi bila kau
nak bawa dia? Jangan sampai esok. Esok aku ada mesyuarat di Putrajaya,” kata
Shamsuri yang mengingati jadual kerjanya esok.
“Ya petang ni lah. As soon as
possible!” kata Nukman Faris. Dia terbayang wajah mulus Natasya Umaira. Entah
apa yang telah berlaku kepada gadis itu.
“Baik, kita jumpa petang ni. Aku
akan masuk ke klinik dalam jam 3 petang.” Kata Shamsuri. Mereka bersalaman
semula.
“Ok. Kita jumpa petang ni. Nanti aku
bawa isteri aku jumpa kau. Janganlah kau berlagak macam kenal aku sangat.
Biarlah formal sikit nanti dia syak sesuatu pula!” pesan Nukman Faris. Shamsuri
mengangguk.
“Aku tak sabar nak jumpa gadis
pilihan mama kau Nukman! Entah macam mana orangnya. Pasti dia menepati taste
kau!” kata Shamsuri. Nukman Faris hanya tersengih. Dia tersenyum pahit. Dia tidak tahu bagaimana
lagi pilihan hati jika itu adalah pilihan mamanya.
“Petang nantilah kau jumpa! Kau
takkan rugi kalau mengenali dia. Sepupu aku agak cantik dan manis juga
orangnya,” kata Nukman Faris memuji sepupunya.
“Wah, itulah sebabnya kau tinggalkan
Rozy ya?” soal Shamsuri. Nukman Faris tersenyum pahit lagi. Sukar dia hendak
memberikan jawapan yang tepat. Sukar juga dia hendak berterus-terang dengan
sahabat baiknya itu. sahabat baiknya itu juga anak angkat mamanya semasa di
bangku sekolah dahulu. Dia takut jika rahsianya terbongkar.
“Kau bila lagi?” soal Nukman Faris
pula. Setahunya Shamsuri masih membujang. Tetapi dia tidak tahu jika sahabatnya
sudah ada pilihan hati.
“Entahlah, aku tak tahu bilakah
bidadari dari langit akan turun dan menikah denganku! Susah!” kata Shamsuri.
Nukman Faris kenal sekali kawan baiknya itu.
“Aku pergi dululah. Nanti lambat
pula aku nak bawa isteri aku jumpa kau!” kata Nukman Faris pula.
“A’ah cepatlah kau. Jalan pun akan
sesak jika sudah petang. Aku sudah berapa kali terkena di kawasan ini. Tapi aku
tak de pilihan. Di sini kawasan aku cari makan Nukman!” kata Shamsuri. Nukman
Faris faham akan situasi kawan baiknya itu.
“Sabarlah. Mungkin inilah jalan yang
telah dibukakan untuk kau mencari rezeki. Kalau kau ikut macam aku takdelah
sesak-sesak macam ni! Lalu lintas di udara ok aje!” kata Nukman Faris sudah
berseloroh dengan kawan baiknya.
“Pandailah kau!”
***
Apa
sebenarnya yang berlaku kepada Natasya ya? Kenapa dia tidak berjumpa dengan
doktor yang sudah aku perkenalkan dan arahkan kepadanya semalam? Apa hal
sebenarnya? Apakah dia berniat hendak mempermainkan aku atau dia mempunyai
masalahnya yang tersendiri? Menyesal pula aku kerana tidak ikut dia bertemu
dengan sahabat baikku itu. Kalau tidak aku sudah tahu semua maklumat mengenai
dirinya. Tetapi aku mesti buat sesuatu. Aku mesti tanya dia.
baca lagi di http:putrimanasuha.blogspot.com