“Selama
ni awak pembohong kan! Ha, kan sekarang pembohong dah terkena!” Nukman Faris
menarik aku ke biliknya. Matanya sudah marak menyala memandang dirinya. Aku
meronta pun dibiarkannya sahaja. Malah tanganku ditarik serasa mahu patah.
Tidak ada lagi perwatakan elok milik suamiku selama ini. sepatutnya dia membawa
aku berbincang dengan elok dan bukannya menuduh aku yang bukan-bukan. Sakit
hatiku diperlakukan seperti anak kecil begini.
“Ingat Tuhan Nukman! Ingat Allah!” rayuanku
sudah tidak dipedulikan. Air muka Nukman Faris sudah berubah garang. Perutku
yang memang kempis sudah diusap-usapnya. Aku menutup mataku sambil
menolak-nolak tubuhnya.
Tubuh
gagah itu tidak mampu aku gerakkan malah dia sudah mengucup perutku yang agak
kempis itu. Tidak sanggup aku memandang matanya yang sudah berubah bagaikan
mata singa itu. Di hadapanku ini seekor singa lapar yang hendak melapah-lapah
mangsanya! Di hadapanku ini bukan lagi Nukman Faris yang selama ini bertimbang
rasa dan melayan aku dengan baik selama ini. Air mataku sudah membusut di pipiku.
“Perutku yang kosong ni sudah minta
diisi ya? Aku akan isikan sekarang, ya, sekarang aku akan buat agar kau
mengandung! Aku nak kau mengandung! Faham?” katanya dengan perlahan-lahan dan
mengusap-usap lagi perutku. Aku terasa sudah kecut perut. Bukannya aku kegelian
tetapi kebencian dengan tingkah lakunya yang bukan serupa manusia lagi. Mahu
sahaja aku melarikan diri dan menyusup di bawah kain emak. Ah, pada saat singa
sudah kelaparan ini, mampukah lagi aku menyelamatkan diri?
“Jangan Nukman! Tolong saya!” kataku
merayu lagi. Aku mohon dia lindungi aku tetapi kini dia sudah menjadi hantu di
depanku. Aduhai!
Aku
menggeleng. Aku kalau boleh tidak rela diperlakukan secara paksa begini. Kalau
dia mahukan haknya, kenapa dia tidak minta dengan elok-elok, kenapa hendak
menjerit begini? Soalku dalam hati sambil mengesat air mata yang turun bagaikan
air terjun di pipiku ini.
“Apa
minta tolong? Kau tak tahu betapa seksanya aku menolong kau? Kau tak tahu?
Sekarang aku mahu kau betul-betul mengandung baru puas hati aku!” katanya menggertak aku. Mulanya mataku terkebil-kebil.
Kemudian, aku menutup mukaku. Sakit benar hatiku dengan apa yang dilakukannya. Malah,
aku sudah ketakutan. Ketakutan dengan tindakannya yang agak drastik itu.
“Jangan
buat begini Nukman! Saya rayu! Tolonglah saya!” kataku. Wajahku sudah dicumbuinya
dengan sesuka hatinya. Aku mengelak dengan sekuat tenagaku. Namun, aku tidak
mampu mengelak semua cumbuannya. Dia memang terlalu nekad kepadaku. Dia mahu
aku mengandung. Ah, aku tidak rela. Aku tidak rela mengandung buat masa ini!
Aku belum mahu mengandung! Tolonglah aku Ya Allah!
Tudungku
direnggutnya dengan kuat. Rambutku yang menjuntai ke dahiku disekanya ke tepi.
Dimain-mainkannya rambutku dengan tanganku. Kemudian dikucupnya lagi pipiku sepuas
hatinya. Aku meronta-ronta mahu melarikan tangannya namun tangannya lebih pantas
mengganggu tubuhku. Aku menutup mataku. Ah, bencinya!
“Lepaskanlah saya Nukman! Saya janji
saya akan minta diceraikan! Awak ceraikan saya sekarang, saya terima! Saya tak
mahu diperlakukan kasar begini! Tolong saya Nukman!” rayuku lagi sudah
menundukkan wajahku di depannya. Dia tarik tubuhku agar aku berdiri menghadap
dia. Aku dipaksa memandang dia.
“Oh tak nak diperlakukan kasar
begini ya? Paksa orang nikah dengan kau kerana kau kononnya mengandung tak
kasar namanya?” soalnya yang sudah mengasari diriku dengan perbuatan di seluruh
tubuhku ini. Aku geleng. Aku tidak sengaja meminta dia menikahi aku. Ini semua
kerja emak dan ayahku. Aku rela kalau aku tidak bernikah dengan sesiapapun dan
membatalkan sahaja majlis pernikahanku kerana tidak ada calon pengantin. Calon
pengantin yang sudah memutuskan pertunangan kami.
“Bukan begitu Nukman! Saya tak
sengaja! Tolonglah Nukman!” kataku masih merayu dia walaupun hampir separuh
tubuhku sudah dirayauinya. Alangkah sakitnya hatiku. Mahu sahaja aku bunuh
lelaki di depanku ini.
“Tak sengaja?” dia berhenti dan
memandang aku yang sudah terbaring di atas katil dengan muka memucat itu. aku
mahu sahaja bangun dan melarikan diri pada masa itu juga. Namun sebelah
tangannya masih memegang tubuhku.
Aku
mengangguk. Aku memang tidak sengaja membuat pengakuan itu. Tetapi mahu kah dia
mendengar pengakuan berani matiku pada masa ini? Sedangkan emak dan ayahku pun
tidak dapat menerima hakikat yang aku hampir dicerobohi dan mereka sangkakan
aku sudah mengandung. Jika tidak kenapa keluarga Amri memandang serong
kepadaku. Sedih! Pilu! Sebak! Dendam! Benci! Bersatu dalam diriku!
“Aku takkan lepaskan kau hari ini!
Aku takkan lepaskan kau hari ini! Aku akan kotakan apa yang aku sudah katakan!
Aku mahu buat kau mengandung! Biar puas hati kau!” katanya sudah tertawa
bagaikan orang kerasukan. Aku menutup mukaku. Air mataku usah dicakap. Air
mataku bagaikan air banjir yang membuak-buak.
“Ceraikanlah saya Nukman, saya
takkan ganggu hidup awak lagi lepas ni!” rayuku lagi. Namun wajah tampan itu
membeku seolah-olah tidak sudi hendak menceraikan aku tetapi dia tetap tidak
mahu pula hendak mencintai aku seluruh hatinya. Pelik sungguh anak mak longnya
itu.
“Aku takkan ceraikan kau dengan
semudah ini setelah hidup aku kau porak perandakan hidup aku dan kekasih aku,
perempuan! Kau tahu bagaimana perasaan aku dipaksa kahwin dengan kau? Kau tahu?
Kau dapat selaminya?” soalnya memandang aku. Aku angguk. Memang aku tidak
sengaja hendak memaksa dia kahwin denganku. Namun perundingan mamanya dan
emakku kerana mereka adik beradik terpaksa aku persetujui. Aku tidak mahu
dengan manusia gila di depanku ini, namun aku juga tidak banyak pilihan pada
masa itu. Aku juga perlu menjaga nama baik ayahku yang juga ahli jawatankuasa
di masjid di kampungku. Aduhai, kenapa ujian untukku semakin bertimpa-timpa?
Inikah yang dinamakan sudah jatuh ditimpa tangga?
“Saya tak sengaja Nukman! Tak
sengaja! Maafkan saya!” kataku terketar-ketar. Namun mata tajam yang selama ini
kurindukan renungannya sudah menjadi mata singa yang siaga menerkam tubuhku.
Kalau aku ada pilihan pada saat ini, aku mahu memilih mati. Ya, aku mahu mati
saat ini daripada menjadi mangsanya!
“Rupanya selama ini kau cuba
memerangkap aku ya! Memerangkap aku dengan kandungan kau tu! Apa sudah habis
lelaki yang kau nak perangkap? Kenapa aku juga yang kau jadikan mangsa?” soal
Nukman dengan suara garau. Dia sudah mengubah panggilan ‘saya’ dan ‘awak’
kepada ‘kau’ dan ‘aku’. Dan, aku sungguh tidak dapat menerima tuduhan itu. Benar
aku tidak mampu berdiri dengan teguh sekarang. Kalau boleh aku mahu pengsan
sekarang!
“Aku boleh buat laporan polis kalau
aku mahu! Biar kau merengkok di penjara tu untuk masa yang lama! Apa aku
peduli? Tapi sekarang aku tak mahu buat laporan polis! Aku nak rasa daging
segar!” kata Nukman Faris dengan kata-kata yang penuh dengan kekejaman.
Badanku
menggeletar. Aku tidak kisah kalau dia mahu masukkan aku ke dalam penjara.
Memang salahku, jangan salahkan ibu bapa aku menyukai dia dan memilih anak
saudaranya ini. Mungkin mereka juga tidak ada pilihan lalu meminta tolong
dengan kakaknya Datin Zahara. Kalau aku, memang aku sanggup hidup sendirian.
Aku rasa hidup berumahtangga lebih menyusahkan hidupku.
Kasihan
pula kalau mereka emakku akan dimasukkan ke dalam penjara, biarkan aku sahaja. Kurasa
aku mahu rebah. Baru sahaja hubungan kami menguntum, umpama bunga yang baru
mekar di taman. Kini, bunga yang baru
menguntum dipaksa layu dengan sengaja. Aku benar-benar tidak berdaya hendak
menahannya.
“Kau boleh masukkan saya ke dalam
penjara Nukman, saya tak kisah. Saya reda jika itu sahaja pilihan yang terbaik
untuk saya. Tapi tolong jangan libatkan ibu bapa saya, Nukman! Mereka tidak
bersalah. Saya lah yang sepatutnya menanggung masalah ini!” kataku pasrah jika
dia mahu memasukkan aku ke dalam penjara. Aku reda jika keputusan itu boleh
memuaskan hatinya. Dia sengih pula memandang aku.
“Aku masih tak puas hati jika hanya
melihat kau merengkok di penjara!” katanya pula. Dia menjadi Nukman Faris yang
sungguh kejam di depanku kini. Aku benci dengan sikap hipokritnya selama ini.
“Kauceraikanlah
saya jika itu akan membuatkan awak puas hati!” lelaki itu ketawa
terbahak-bahak. Penuh biliknya ini dengan tawanya. Mungkin iblis dan syaitan
turut sama tertawa bersama lelaki ini.
“Oh rupanya selama ini kamu
sekeluarga sengaja bersubahat untuk memerangkap aku agar aku jadi menantu dalam
keluarga kamu ya! Niat kamu memang teruk lah Tasya! Satu keluarga kamu membuat
kan aku benci!” kata Nukman Faris meneruskan tuduhan palsunya. Tuduhannya
terlalu berat. Aku menggeleng dan memegang kepalaku. Aku rasa bumi bagaikan
terperosok ke dalam tanah dan aku tertimbus di dalamnya.
“Jangan libatkan ibu bapa saya dan
seluruh ahli keluarga saya. Mereka tak salah! Mereka hanya tahu kami difitnah
oleh keluarga Amri! Saya dan keluarga tidak pernah berniat hendak memfitnah
kamu sekeluarga! Sekarang kau bukan lagi penyelamat saya, menutup aib saya
tetapi kau sudah sama seperti mereka, memfitnah saya!” kataku perlahan. Aku
melihat matanya masih menyinga seperti tadi. tidak ada lagi belas kasihan
kepadaku.
“Jadi, sekarang kau sudah puas hati
dapat menikah dengan aku Nukman yang handsome ini?” tegang suaranya. Bagaikan
halilintar memecah di telingaku.
“Izinkan saya menutup aib saya
selama ini dan menikah dengan saya walaupun hanya sekejap saja!” kataku. Tubuh
itu tetap kaku dan seperti sudah membenci aku.
“Eh Tasya aku tak mahu tahu tentang
hal itu tetapi sekarang aku mahu penjelasan kenapa kau memerangkap aku
sedangkan kau tahu aku akan bernikah dengan kekasih aku! Kau boleh didakwa atas
kesalahan menipu! Kau tahu tak Tasya?” katanya yang sudah menarik tudungku dan
membawa aku menghadap dengannya.
“Lepaskan saya! Lepaskan saya!” dia
sudah menggila di dadaku. Aku berasa sukar hendak bernafas kerana semakin
ketakutan. Barangkali dia akan membunuh aku kerana aku sudah mengganggu
hidupku. Aku sudah berjanji akan melenyapkan diriku selepas ini. Aku tidak mahu
muncul lagi dalam hidupnya.
“Hah!” dia sudah tolak tubuhku. Aku
sudah terlempar ke hujung katil. Dia sudah mendekati aku. Tubuhku terketar
lagi.
“Sekarang aku pula nak buat kau
mengandung. Sebab selama ini kau nak sangat mengandung kan?” dia terus menuju
ke arah pintu dan menguncinya. Dia menanggalkan pakaiannya. Aku sudah merengkok
di hujung katil dan menangis ketakutan
“Jangan jadi gila Nukman! Saya akan
jelaskan!” kataku terketar-ketar. Dia tetap dengan nafsu syaitannya. Wajah
kacak itu bertukar garang, sangat garangnya mengalahkan singa betina. Dia
seperti sudah tidak ingat dunia. Mak, ayah tolong Tasya!
“Sudah terlambat! Kau sudah menipu
saya! Sekarang aku mahu kau betul-betul mengandung! Lagipun aku suami kau!”
kata Nukman Faris yang sudah mendekati aku. Nukman Faris sudah hilang
pertimbangan. Alangkah sakitnya hatiku.
“Ceraikan saya Nukman! Habis perkara
kalau awak ceraikan saya! Jangan buat perkara yang akan buat awak menyesal
nanti Nukman! Tolong!” pintaku pada saat dia sudah membenamkan mukanya di
dadaku. Dia sudah melakukan aku semahunya tanpa belas kasihan. Dia sudah tidak
menjawab dan aku pula meronta-ronta meminta dilepaskan. Namun, lelaki itu
terlalu kuat untuk kulawan. Akhirnya, dengan izin Allah dan kerelaanku sendiri,
aku merelakan diriku menjadi isterinya yang sebenar walaupun dengan cara yang
aku tidak relakan begitu.
“Tak mungkin aku akan ceraikan kau
perempuan! Biar kau hidup dengan aku! Aku nak tengok sejauh mana kau nak
permainkan aku selepas ini!” bisiknya dengan suara yang menyakitkan aku.
“Kurang ajar! Awak lelaki tak guna
Nukman!” kataku dengan penuh kemarahan. Dia hanya menyengih setelah mendapat
apa yang diinginkannya. Dia bertambah ganas mendengar suara kemarahanku. Aku
cuba melepaskan diri. Argh! Dia seperti sudah bersedia memerangkap aku pula. Oh
tidak! Aku tidak sanggup!
Akhirnya aku tidak dapat lagi
mempertahankan mahkota yang selama ini kujagai. Nukman Faris telah menodai aku
dengan cara yang begitu kotor sekali. Aku hanya menangis dengan kesalan yang
tidak sudah. Tubuhku sudah terbaring di hujung katilnya. Nasib baik ada selimut
yang menyelimuti diriku yang tanpa seurat benang ini. Ah, aku sudah hilang
maruah! Hilang segala-galanya!
“Puas hati kan? Dah nak aku jadi
suami kau! Sekarang baru aku tahu kenapa kau sanggup bohongi aku dengan cara
yang kotor begitu!” katanya. Aku sudah menundukkan mukaku. Air mataku sudah
gugur seperti air dari pergunungan. Memang lelaki ini sudah hilang pertimbangan
dan kewarasan!
“Sepatutnya saya yang tanya sama ada
awak puas hati atau tidak meratah tubuh saya!” kataku tegas. Dia sudah ketawa.
“Aku takkan puas hati kalau tak buat kau menderita seperti
mana aku menderita!” katanya. Geramnya aku Tuhan sahaja yang tahu.
Aku terus berlari ke bilik air
setelah aku mengenakan semula pakaianku. Aku tidak rela sebenarnya! Namun,
kerana dia suamiku yang sah dan dengan izin Allah, maka dengan sendirinya juga
telah merelai semuanya berlaku.
Aku mahu berkurung di dalam bilik
air itu selama-lama yang mungkin sehingga dia pergi dari rumahnya ini. Air
mataku sama lajunya dengan air paip yang kupasang sekuat-kuatnya. Aku duduk di
bawah aliran paip itu. Namun, aku rasa tidak mungkin. Lebih baik aku keluar
dari sini setelah aku memikirkan mengenai kuliahku pada hari esok walaupun
dalam hancurnya perasaanku saat ini!
***
“Hantarkan
saya ke rumah sewa saya,” pintaku setelah aku mandi membersihkan zahir dan
batinku. Aku tidak menyangka hari ini merupakan hari yang paling malang bagiku.
Aku tidak menyangka suami sendiri tergamak memperlakukan aku seperti orang
lain. Nukman Faris memang gila!
Dia
yang sudah mengenakan tuala itu tidak sanggup kupandang. Dia seperti sengaja
hendak menayang-nayangkan tubuh tegapnya di hadapanku. Sakit hatiku kepadanya.
Mahu sahaja aku bunuh lelaki yang telah menghancurluluhkan seluruh perasaan dan
diriku itu dengan segenap perasaanku. Namun aku masih waras lelaki itu berhak
ke atasku tetapi bukan dengan cara yang begitu jahat dan kotor. Aku terlalu
sedih. Sedih dengan tindakannya. Aku terasa sakitnya alat sulitku. Ah, benar
keadaan ditinggalkan Amri jauh lebih baik daripada saat dihancurluluhkan
perasaanku oleh lelaki di depanku ini.
“Sekarang? Dengan keadaan begini?”
soalnya sinis. Aku mengangguk dan memejamkan mata. Aku tahu hari sudah agak
jauh malam. Aku tidak peduli. Aku mahu balik ke rumahku sendiri. Berada di
bawah lindungan suamipun tidak ada gunanya. Aku tidak mahu memandang wajah
lelaki yang telah mencabul kehormatanku dengan sengaja itu.
“Ya sekarang! Hantarkan saya! Saya
tak mahu lama-lama di rumah neraka ini!” dia ketawa lagi. Entah apa yang
lucunya. Sebetulnya dia sudah mengoyak maruahku. Sakitnya hatiku!
“Hmmm, kejap. Aku akan hantar kau ke
situ nanti!” katanya perlahan. Tidak ada lagi jeritan dan suara kerasnya
seperti tadi. Wajahnya itu pun tidak lagi seperti helang yang menyergap
mangsanya dari udara. Wajahnya sudah redup seperti sedia kala namun aku tidak
akan pernah lagi memberi kepercayaan kepada lelaki itu.
Akhirnya aku duduk di ruang tamu
menunggu dia membersihkan dirinya. Namun, tangisan dan kesedihanku tidak akan
reda, dan aku tidak tahu bilakah sembuhnya. Mungkin parahnya hatiku tidak akan
sembuh untuk seumur hidupku lagi.
***
“Mama,
tak perlu mama hantar emak dan ayah ke rumah saya mama,” kata Nukman Faris. Dia
sendiri seperti tidak tahu apa yang telah dia lakukan. Sekarang dia sudah
menghancurkan hati emak mertuanya. Kalau lah mereka tahu, apa yang akan
dijawabnya nanti?
“Apa yang Nukman cakap?” soal Datin
Zahara kepada Nukman Faris.
“Tak payah lah mak dan ayah Tasya
datang ke rumah saya,” ulangnya dengan lebih jelas. Natasya Umaira di sisinya
dijelingnya. Wajah sedih itu tidak pernah menyurutkan tangisnya.
“Kenapa pula, bukankah kita dah
janji?” soal Datin Zahara kehairanan.
“Err, Tasya tak kuliah di sini mama,
dia kuliah tempat lain,” jawabnya mereka-reka cerita. Natasya Umaira mengangkat
mata dan terlongo memandangnya. Dia tetap meneruskan rekaan ceritanya.
“Mungkin selepas hari ketiga barulah
mak dan ayah datang sini mama,biarlah mereka rehat dulu di kampung.” Kata
Nukman Faris.
“Ya lah kalau macam tu!” kata Datin
Zahara. Suasana di dalam keretanya itu sudah sepi, sesepi di kuburan. Hanya
kedengaran lagu-lagu sedih berkumandang di radio. Natasya Umaira sudah pendiam.
Tidak akan didengarnya lagi suara itu. bagaikan terhiris hatinya bagai pisau
pemotong menghiris kulitnya. Terasa betapa sakitnya. Namun entah mengapa dia
tidak dapat mengawal keadaan dan perasaannya apabila diketahuinya Natasya
Umaira langsung tidak mengandung selama ini. Dia memang tahu dia memang
dibohongi oleh gadis itu. malah, gadis itu juga tidak pernah berterus-terang
kepadanya sejak dulu. Dia pula seperti kerbau dicucuk hidung, mengikut sahaja
rentak mamanya.
“Awak ceraikan saya selepas ni! Kita
ikut saja perjanjian kita.selepas cukup tempahnya nanti saya akan bawa surat
perjanjian itu kepada peguam syariah dan kita akan bercerai dengan sendirinya!”
kata Natasya Umaira dengan suaranya yang sebak.
“Tak pe sayang, saya akan uruskan
kemudian. Jangan nak pandai-pandai awak nak ke mahkamah syariah tanpa
pengetahuan saya. Apa-apa berlaku saya akan bertanggungjawab ke atas awak. Awak
isteri saya!” katanya.
Sebenarnya
dia mahu menyatakan yang Natasya Umaira adalah isterinya untuk selama-lamanya dan
dia mohon maaf kerana telah tersilap dalam tindakannya. Namun segala yang mahu
dikatakannya itu hanya terkembang di ambang kerongkong dan nawaitunya. Dia
belum berani menyatakan sesuatu yang penting buat masa ini. Tetapi, takkan
isterinya itu bodoh dalam berfikir. Dia bukannya merogol isterinya itu tetapi
dia memperlakukan dengan sepenuh cintanya namun dia hanya tidak memohon
kebenaran. Malah, dia mengasari isterinya sebelum dia mendapat haknya. Aduhai!
Betapa beratnya tanggungannya selepas ini. Allah sahaja yang tahu!
“Tak
perlu awak nak tunjuk baik! Ceraikan saja saya! Saya puas hati kalau awak sudah
menjadi suami saya dalam 28 hari ini! Terima kasihlah kerana menjadi suami yang
sah selama ini! Sekarang, tolong ceraikan saya! Saya tak rela jadi isteri awak
lagi!” kata Natasya Umaira menunjukkan kedegilannya semula. Bibir yang meranum
merkah itu muncung dan mukanya sudah masam. Masih ada sisa-sisa air matanya di
pipi itu yang dikesat dengan tangannya sesekali. Perit didengarnya. Namun dia
tidak dapat hendak berbuat apa-apa lagi.
“Jangan
sebut perkataan itu!” marahnya menyeruak perlahan. Dadanya berdegup kencang.
“Ceraikan
saya!” pinta isterinya lagi.
“Kita
bincang nanti!” Natasya Umaira sudah menjelingnya dengan matanya yang agak
merah kerana sudah menangis beberapa lama ini.
“Tak
perlu awak nak tunjuk baik nak bincang segala! Awak sudah gila Nukman!” kata
Natasya Umaira separuh menjerit.
“Ha!” jeritnya dan dia menghempas
stereng keretanya.
“Awak turunlah! Dah sampai pun!”
katanya perlahan tetapi agak kasar. Natasya Umaira terus sahaja turun dan
mengambil beg pakaiannya di belakang keretanya. Gadis itu tidak pun memandang
ke mana-mana dan terus sahaja masuk ke dalam rumahnya. Natasya Umaira sudah
berubah. Kalau selama ini elok-elok sahaja mereka berbual seperti dua sahabat
lama yang terpisah agak lama. Kasihan pula dia kepada isterinya itu. Tetapi,
kenapa dia tidak ingat akan belas kasihan dan hukuman Tuhan! Tentu lukanya
besar dan dalam. Dia pula sesuka hati sahaja menikam isterinya tanpa usul
periksa!