Home Novel Cinta Cinta Sang Pilot
Bab 37

“Saya tak bohong!” kataku dengan sepenuh hati. Aku tahu dia mahu aku memberitahunya dengan bersungguh-sungguh. Aku tahu dia mahu berbincang. Ah, berbincang apa begini? Setelah dia rogol aku baru dia hendak bawa aku berbincang? Ah, aku memang tidak puas hati dengan tingkah gila lelaki ini.

“Jadi? Awak nak beritahu yang awak alim dan warak dan tak pernah bohong?” soalnya. Aku geleng.

“Saya tak bohonglah! Buat apa saya nak bohong awak? Tak ada gunanya tahu tak!” kataku geram. Aku memang tidak mengandung. Aku sudah memberikan dia hint-hint selama ini tetapi kenapa dia tidak mahu cuba mengerti? Atau dia sengaja tidak mahu mengerti? Ah, kusut aku!

“Awak cakap awak mengandung?” aku bulatkan lagi mataku. Dia memang sengaja nak cari pasal denganku. Aku pandang wajah itu. Sedikit sebanyak terubat rinduku kepadanya namun aku cepat-cepat padamkan kerinduanku selama ini.

“Awak pernah tanya tetapi saya tak pernah jawab kan! Awak tak perasan?” soalku. Mataku sudah terasa panas. Bagai ada air suam berkumpul di kolam mataku. Lelaki ini suka memaksa-maksaku. Kudengar dia mengeluh kasar. Apa lagi yang harus aku jawab? Mungkin aku salah juga sebab aku tidak pernah memberitahu dia yang aku tidak mengandung. Aku memang sudah lama mahu berterus-terang, tetapi aku takut dan bimbang. Banyak perkara yang aku bimbangkan.

“Jadi, awak nak salahkan saya?” soalnya pula. Dia pusing fakta lagi. Aku tidak pernah hendak menyalahkannya. Apa yang aku mahu, aku mahu dia ceraikan aku. Aku tidak mahu dia tangguh-tangguhkan lagi perceraian kami. Perjanjian yang sudah tertulis antara kami masih sah.

“Tak, tak! Saya tak pernah nak salahkan awak malah saya berterima kasih sebab awak dah selamatkan maruah saya tapi sekarang awak dah koyak-koyakkan maruah saya semula. Awak lebih kejam!” kudengar dia ketawa. Aku sudah menundukkan kepalaku menghadap lantai. Suaraku sayu. Aku menyaksikan sendiri air mataku menitik setitis demi setitis. Ya aku kesal dengan apa yang berlaku. Ya aku terasa betapa maruahku sudah diinjak-injak sesuka hatinya.

“Saya tak sengaja! Tindakan awak seolah-olah awak nak sangat mengandung! Jadi saya nak kotakan kemahuan awak! Mana tahu awak tak sempat!” katanya selamba. Mulutnya terlalu celupar. Mulut celupar itu aku tampar dengan sekuat hatiku. Baru padan dengan mukanya.

“Kurang ajar!” kataku puas hati. Tanganku sudah melekap di mukanya.

“Saya akan pastikan awak mengandung sayang!” tekadnya lelaki itu sambil memegang pipinya yang mungkin perit akibat tamparanku tadi. Baru padan muka dia. Katanya semalam dia mahu aku dan dia bahagia, tetapi sekarang dia sudah marah-marah kepadaku. Apa ni?

Aku sungguh terluka mendengar kata-katanya. Kenapa suamiku itu begitu yakin? Aduhai, bagaimana jika aku mengandung? Aku tidak dapat meneka-neka nasibku lagi. Aku sungguh sakit hati dengan perbuatannya.

“Apapun yang akan berlaku kepada saya, saya mahu pastikan awak ceraikan saya! Ceraikan saya!” jeritku bagaikan orang histeria. Aku benci dengan sikapnya yang hanya mementingkan kepuasannya sahaja. Kalau aku ada kuasa mahu sahaja aku hilangkan diriku saat ini juga. Jangan sampai dia munculkan aku lagi di depannya. Aku benci kepadanya!

“Jangan fikirkan yang bukan-bukanlah sayang! Kita baru nak bersanding minggu depan. Then kita nak honeymoon di Eropah. Pastikan awak ambil cuti selama seminggu lagi. Saya tak kisah, mahu atau tidak, awak kena setuju! Jangan nak banyak alasan pula!” katanya membuatkan aku bertambah terkejut. Aku tidak mahu mendengar keputusan itu. Apatah lagi bercuti tanpa gaji. Aku tidak mahu senioritiku terganggu kerana cuti tanpa gaji dengan arahannya. Siapakah dia ini?

“Saya rela diceraikan daripada hidup tak tentu dengan awak ni!” kataku membuatkan dia ketawa. Dia bagaikan tidak mengerti akan permohonan ceraiku ini? Perlukah aku bersujud di depannya?

“Awak akan hidup dengan baik-baik dengan saya, suami awak sayang. Saya takkan sia-siakan awak, percayalah!” katanya. Aku ketawa. Aku tidak akan pernah percayakan dia lagi. Sepatutnya aku bahagia dan taman bunga di hatiku semakin mekar bunganya. Daunnya tumbuh menghijau dan akarnya semakin mencengkam ke bumi.

“Tolong lah saya Nukman! Ceraikanlah saya. Kita sudah janji hendak bercerai selepas semuanya selesai! Tolonglah saya, saya janji takkan ganggu hidup awak selepas ini!” pohonku sepenuh hati. Aku berjanji tidak akan mengganggu hidupnya selepas perceraian kami ini nanti. Dia menarik tanganku dan memaksa aku berdiri menghadapnya.

“Jangan buat begini sayang. Tasya sayang, saya tak boleh nak ceraikan awak sekarang. Saya tak selesai banyak benda lagi. Berikan saya kerjasama. Kita atur baik-baik hal kita ini. Ibu bapa kita sedang mengawasi kita. Kita berikan kerjasama dan harap awak sabar dulu, jangan nak mohon cerai melulu!” dia pula memohon dengan kata-kata bisikannya di telingaku.

“Tak nak! Awak pandai-pandailah berbohong dengan ibu bapa awak, saya tak nak lagi terikat dengan pernikahan ini!” kataku tegas. Dia buntangkan mata.

“Benarkah begitu yakin?” aku angguk dengan penuh keyakinan. Tetapi hatiku bergetar.

“Ya!” jawabku. Bertambah berdebar dadaku. Bagaimanakah hidupku nanti selepas bercerai dengannya? Selama ini aku memang sudah membawa haluan masing-masing tetapi di hatiku, aku yakin aku sudah ada suami. Huhu!

“Tak menyesal nanti? Kahwin dengan sepupu yang awak sayangi dan awak mohon cerai pula? Kenapa awak nak terjun dari bahtera yang indah?” soalnya pula. bahtera indah? No no! Tak indah tetapi menyakitkan dan sarat dengan muatan yang menyakitkan hati! Aku menggeleng dan menutup mataku. Dia pegang tanganku dan lapkan air mataku dengan tangan tegapnya.

“Maafkan saya sayang, saya belum berniat hendak menceraikan awak sekarang. Walaupun dalam perjanjian itu. Awak lihat masanya berapa lama. Nanti ada masa lain kita bincangkan lagi perkara ini. Sekarang kita fokus tentang majlis persandingan kita,” pujuknya pula.

Aku rasa terbuai pula dengan perhatiannya. Aku sudah berada di dalam pelukannya. Entah kenapa aku berasa aku selamat di dalam pelukan tubuh gagahnya itu. Tetapi keputusanku sudah muktamad. Aku mahu bercerai!

Dia sudah membelai rambutku. Air mataku sudah melebat bagaikan hujan turun ke bumi. Hujan di luar rumah bagaikan mengerti perasaanku yang teramat sakit ini.

“Rehatlah ya sayang. Nanti kita bincangkan hal yang sangat dibenci Allah itu.” katanya sudah mendudukkan aku di birai katilnya. Dia kucup pula dahiku. Siapa yang tidak terharu?

***

Aku lihat selepas itu dia keluar entah ke mana selepas menerima panggilan entah siapa. Aku pula berkurung di dalam bilik air petang itu. Dia hanya memberitahuku hendak keluar setelah mendapat panggilan seseorang. Aku tidak mahu tahu siapa, aku takut ia menambah sakit hatiku ini.


Teruskan bacaan di http:putrimanasuha.blogspot.com

Previous: Bab 36
Next: Bab 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha