Home Novel Cinta Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu
Prolog

20 tahun yang lalu...


Tiada apa yang lebih tenang melainkan mendengar deruan ombak di tepi pantai. Di tambah pula langit petang ini dihiasi dengan kemerahan teja petang. Kalau berdua dengan orang tersayang, pasti kita anggap inilah suasana romantik, membangkitkan nostalgia, terutamanya mereka yang bergelar pasangan kekasih.

Namun, dalam keindahan suasana ini, hanya hiba menyapa hati. Tiupan angin pantai memukul perlahan tubuhku yang sedang duduk di bawah pohon redang. Saya menunduk sedih, air mata sudah lama berjujuran. Ingin sahaja mengesak sedu tetapi sedaya upaya cuba ditahan. Tidak mahu si dia melihat saya begini.

Nasib ada bunyi kelompok burung, dapatlah saya menyembunyikan keseduan daripada jejaka yang duduk di sebelahku ini.

"Inas." Suara perlahan seorang lelaki memanggilku. Ternyata dia perasan bahawa saya sedang menangis. Cukuplah saya berselindung.

Kepala ini digeleng sungguh.

"Awak dah banyak kali kecewakan saya, Rafie. Saya dah tak tahu nak cakap macam mana lagi," ujar saya sedih. Benar, dialah jejaka yang berada di sebelah saya. Jejaka yang sudah saya kenali sejak dari darjah satu.

Saya yakin, mesti wajah bersalah yang terukir pada mukanya. Bersalah kerana sudah beberapa kali dia memungkiri janji. 

Tiba-tiba Rafie bangkit dari duduknya. Dia mara dua tapak ke hadapan sambil mengamati matahari terbenam yang menghiasi langit.

"Inas." Panggilannya itu membuatkan saya mendongak. Air mata yang mengalir diusap sedikit sebelum melihat tubuhnya yang membelakangi saya.

Tidak lama itu, dia perlahan-lahan menoleh dan menatap wajah ini. "Aku janji Inas. Aku berjanji akan kembali untukmu."

Itulah janji yang diucap oleh Rafie pada hari itu. Janji yang membuatkan saya teringat sehingga hari ini.


*****************************

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nino Si Pungguk