Home Novel Cinta Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu
Bab 2

Curiga

28 tahun yang lalu...

Suasana di kantin sekolah yang riuh rendah pasti akan mengamit kenangan seseorang untuk mengingati waktu zaman persekolahan.

Setiap kali saya terserempak dengan Rafie, pasti mata ini tidak henti-henti dari memandang wajahnya. Bukanlah kerana mempunyai perasaan terhadap jejaka itu, tetapi diri ini berasa curiga, sungguh menghairankan, perasaan takut akan lelaki langsung tidak diaplikasikan saat berhadapan dengannya.

Pada waktu itulah saya mula sedar, ada matlamat yang ingin saya capai. Saya hendak cuba berkawan dengan Rafie. Mungkin dia mampu bantu saya untuk atasi ketakutan ini, tambahan pula dia sendiri tidak mempunyai kawan.

"Huargghh! Seronoknya bila exam dah habis, kan korang? Bolehlah Rina mulakan balik latihan olahraga macam biasa," gumam Rina sambil menggeliat badannya. Sekarang ini waktu rehat, jadi inilah waktu untuk kami mengalas perut.

"Rina ni, tak habis-habis fikir fasal olahraga. Kadang Inas risau tau dengan prestasi pelajaran Rina. Kalau awak gagal dalam exam tu nanti macam mana?" Sempat saya menepuk perlahan bahunya.

"Hehehe... itu jangan risau, Inas. Aku ni mana pernah gagal dalam exam. Lagipun olahraga ni passion aku. Betul tak Mei?" Rina meminta pendapat kepada rakan kami yang seorang lagi. Dialah Mei, gadis berbangsa cina yang fasih berbahasa melayu.

Mei hanya mengangguk seperti malas melayan. Tambah pula dia sedang khusyuk menelan santapannya.

"Tengok, Inas. Mei pun setuju dengan aku. Kau seorang je yang risau."

"Ehem! Mana ada mapun risau juga, cumanya I masih percayakan kebolehan you, Rina. Lagipun dah banyak bantu you lorh." Pantas Mei menegur, dia tidak mahu anggukannya tadi disalah erti oleh Rina.

"Okey, okey. Terima kasih sebab percayakan aku."

Sewaktu rakan-rakan saya ini bersembang, mata saya terpandang pada Rafie yang sedang duduk berseorangan di sebuah bangku. Seperti biasa wajahnya muram, bagai tidak berperasaan.

Melihatkan diri dia menyendiri, timbullah sekelumit rasa kasihan dalam diri ini. Rafie yang saya kenal suatu ketika dahulu, tidak sama dengan dirinya yang sekarang.

"Inas! Inas! Inas!" Panggilan Rina itu berjaya memecahkan lamunan ini.

"Ah! Eh! Urmmm... aha iya?" Gelabah saya untuk memahami akan apa yang telah terjadi sekarang ini.

"Awak nak ikut kitaorang  tak nanti?" tanya Rina.

Saya terpinga-pinga. Apa yang dibualkan mereka tadi? Ikut ke mana?

Rina sudah mengerut dahi. "Awak dengar ke tak perbualan kami tadi?"

"Maaf, Rina. Inas tak dengar tadi."

"Ish, kau ni! Boleh pula tak dengar. Aku dan Mei cadang nak pergi shopping complex petang nanti. Kau nak ikut tak?"

Terangguk-angguk saya. Barulah faham mengapa dia mengajak saya tadi. "Owwhh! Aha, boleh je. Lagipun exam kan dah habis."

Kepala Rina digelengkan. "Kau ni mesti tengah berangan kan. Apalah yang berangankan tu."

Hanya sengihan yang saya beri. Apabila perbualan itu terhenti, mata ini kembali melirik ke arah Rafie. Sebungkus roti berperisa coklat dibuka, lalu roti itu dimakannya.

Tiba-tiba sahaja pipi saya berasa hangat. Saat melihat dengan ekor mata, kepala Rina mendekati wajah saya.

"Oohhh! Macam tu ke." Bibir Rina mula mengukir senyuman sinis. Dengan tangannya berpeluk tubuh, dia memandang saya.

"Patutlah tak dengar apa yang kitaorang sembangkan tadi. Rupa-rupanya awak masih lagi tengok dia ya. Hehehe... Inas, kalau suka cakap la," usik Rina lalu mengekek.

Cepat-cepat saya menafikan. "Eh! Ta.. tak! Mana ada lah! Inas... Inas cuma terpandang je tadi."

"Kalau terpandang tak adanya sampai lama macam tu Inas." Oh, tidak! Rupa-rupanya Rina perasan yang saya memandang Rafie sejak dari tadi.

"Errr... itu..." Saya sudah mati akal. Tidak tahu bagaimana nak terangkan kepadanya.

"Wah, saya ada terlepas apa-apa ke?" Kini Mei pula menyampuk, ikutkan dia mahu ketahui apa yang dimaksudkan oleh Rina itu.

"Hehehe... sebenarnyakan Mei, Inas ni ada crush tau."

Mei melopong. Sungguh dia terkejut. "Ehhh, Inas ada crush? Tipulah, bukan awak takut dengan lelaki ke?"

"Tak! Bukan crush la. Dia cuma kenalan Inas je waktu dekat sekolah rendah dulu je."

"Siapa? Siapa dia? Jarang nak dengar Inas cerita pasal lelaki ni." Penasaran hati gadis cina ini tidak dapat dibendung. Dia begitu bersungguh untuk ketahui siapa jejaka yang kami maksudkan.

"Aku rasa kau pun kenal dia ni, Mei. Dia budak kelas kita. Si budak pendiam tu," Tanpa berselindung, Rina menjawab persoalan Mei.

"Si budak pendiam?" Mei berfikir sejenak. Tak sampai sesaat dia sudah mengerti siapa gerangan lelaki tersebut.

"Oh, Rafie ke?"

Rina mengangguk.

"Wah, rupanya Inas minat lelaki yang macam tu ya. Tapikan... muka dia tu bolehlah handsome juga. Pandai awak pilih ya, Inas," gumam Mei.

Malunya saya sampaikan terasa di pipi. Tak tahu bagaimana hendak menyorok muka. Lantas saya menempik, "Ish! Korang ni kan, Inas kan dah kata dia cuma kenalan masa sekolah rendah dulu."

Omelan itu membuat Rina dan Mei terdiam. Seraya mereka memandang sesama mereka. Tak lama itu mereka ketawa.

Ish, sabar sahaja hati ini. Orang tengah marah, mereka boleh ketawa. Dia ada satu sahaja penyebab mereka ketawa. Mesti saya nampak kelakar ketika membebel tadi.

"Rina, Mei." Nama mereka disebut satu persatu. Pun begitu Rina masih terseringai dan tangannya melambai ke depan berkali-kali. Dia meminta saya untuk bertenang.

"Aku gurau je, Inas. Tak dinafikan yang kita berdua dah kenal Rafie sejak dari sekolah rendah. Cumanya Inas, antara aku dengan kau, hanya kau je yang betul-betul mengenali Rafie, kan?"

Mulut saya dikemam dan mata melilau ke sekeliling. Mesti Rina nak bangkitkan cerita itu kepada Mei.

"Tahu tak Mei, Inas dan Rafie ni dah kenal sejak dari darjah satu tau. Dahlah dah kenal sejak dari darjah satu, setiap tahun mesti diorang duduk dalam kelas yang sama."

Makin takjub Mei ketika mendengarnya.

"Wah, hebatnya! Selama itu awak kenali dia. Kalau macam tu awak mesti boleh jawab soalan yang memang saya tertanya-tanya selama ni. Kenapa saya tengok Rafie tu cuma seorang diri? Dia memang tak ada kawan ya?"

Pertanyaan Mei itu membuat saya terputus kata. Bola mata ini mula turun ke melihat lantai. Susah untuk saya ceritakan, kerana ia sangat menyedihkan.

"Sebenarnya..."

"Sebenarnya apa, Inas?" Rina menyoal. Wajah dia dengan Mei dipandang silih berganti. Sayanya seperti menunggu cerita yang terluah dari mulut ini.

Nafas berat dilepaskan.

"Sebenarnya dulu Rafie ada seorang kawan baik. Nama dia Ammar. Ammar tu memang popular waktu batch kitaorang dulu tau Mei. Dan Rafie pun terima tempias yang sama. Hanya kerana dia berkawan dengan Ammar, ramai orang mendekati dan cuba berkawan dengan Rafie."

"Oh aha, baru aku ingat Rafie dulu berkawan dengan Ammar," gumam Rina yang baru mengingati kisah itu.

"Tapi Ammar tu pindah sekolah lepas UPSR, kan?" Rina mengandai.

Saya mengiyakan. "Lepas tamat sahaja UPSR, Ammar menyambung pelajarannya di sekolah asrama penuh atas permintaan keluarga dia. Sejak itu Rafie hilang kawan baik dia. Satu persatu kawan dia berpindah. Ada yang ke asrama dan ada yang kena ikut keluarga. Tapi itulah... kawan-kawan lama dia yang ada dekat sekolah ni pun dah tak berkawan dengan dia sekarang.

"Eh? Kenapa macam tu pula?" Ternyata Mei terkejut dengan pernyataan itu.

"Sebabnya... errrr..." Saya bagai teragak-agak untuk memberi jawapan.

"Diorang tu bukanlah kawan Rafie yang sebenar. Diorang cuma berkawan dengan Ammar seorang, dan bukannya Rafie. Bagi mereka, Rafie hanyalah kawan kepada Ammar, dan bukan kawan mereka.

Dan sebab itulah Rafie tidak mempunyai kawan. Dia... dipulaukan oleh mereka."

Kedua-dua rakan saya ini memberi riak terkejut.

"Eh, macam tu punya kawan pun ada ya?" omel Mei lalu menggelengkan kepala.

"Nak buat macam mana, Mei. Manusia ni ada pelbagai ragam. Tapi kau jangan risau, kali ni Rafie dah tak akan keseorangan. Inas kan ada untuk tegur dia." Sempat pula Rina mengusik.

"Ishh, Rina ni! Selalu je kacau Inas." Saya mencebik, geram betul dengan perangainya.

"Tapi rasa cakap Rina tu ada betulnya juga," kata Mei yang bersetuju dengan Rina.

"Bila fikir balik, rasanya macam sesuai pula Rafie dengan awak, Inas. Awak pun boleh kata pendiam tau. Saya mana pernah nampak awak bercakap dengan mana-mana orang selain kitaorang berdua ni. Apa kata awak tegur dia? Mana tahu dia masih ingat awak sebagai kawan ketika sekolah rendah?"

"Eh? Te... tegur dia? Urrmm... Inas malu la. Lagipun, Inas kan tak biasa dengan budak lelaki."

Rina berkerut dahi. "Tapi hari tu bukan ke kau elok je bercakap dengan dia?"

"Memanglah tapi... saya takut." Begitu meleret rungutan saya itu. Biarlah ia kedengaran manja. Asalkan rungutan ini membuatkan mereka faham perasaan saya.

Wajah Rina seperti kecewa. "Hmm... kalau macam tu aku tak nak paksa kau. Mungkin cuma kebetulan je kot hari tu."

Bersambung...

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nino Si Pungguk