Home Novel Cinta Jodoh Untukku
Jodoh Untukku
Nur Syazwani Ismail
18/7/2015 21:59:43
190,360
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 24

JODOH UNTUKKU

Bab 24

Pukul 6 petang, kereta Fuadi sudah terparking elok di bawah porch. Hmm.. Awal dia balik petang ni. Ain hanya menyediakan milo ais untuk Fuadi mengalas perut sebab malam ni mereka akan keluar untuk makan malam. Santai mereka lepak di hadapan televisyen sementara menunggu waktu Magrib. Dengar je azan, terus mereka bersiap-siap untuk solat memandangkan mereka akan terus keluar selepas magrib.

“Ain, Sofea dengan Danish akan ikut kita dinner malam ni. Kebetulan Sofea pun nak beli barang juga. Jadi senang kalau terus pergi sekali.” Owh, patut la Fuadi memberhentikan kereta di depan pagar rumah mereka. Rupanya tengah menunggu Sofea.

Tersentap Ain. Selamba je Fuadi buat keputusan. Bukan nak tanya pendapat Ain dulu. Ain dah mula panas hati. Hilang dah keterujaan dia. ‘Ain, think positive. Makan malam je pun.’ Ain pandang je Sofea yang tengah mendukung Danish keluar dari pagar rumah mereka. Pintu belakang di buka sebelum Sofea melangkah masuk ke dalam kereta. Selepas itu barulah kereta Fuadi perlahan-lahan bergerak meninggalkan kawasan perumahan mereka. Perjalanan mereka hanya diriuhkan oleh suara comel Danish yang sibuk bertanyakan soalan pada Fuadi. Rajin pula Fuadi melayan. Ain hanya mendiamkan diri. Terasa janggal dengan suasana mereka sekarang.

Restoran Seoul Garden sudah di depan mata. Tak sabarnya Ain nak masuk. Tapi suara pertanyaan Sofea kepada Fuadi menghentikan langkah mereka.

“Err..abang Adi. Kita nak makan kat sini ke?” Nampak risau muka Sofea.

“Haah. Kenapa?”

“Boleh tak kita makan tempat lain. Sofea takut kalau Danish kena allergic lagi. Ye la,mana tahu kalau-kalau nanti kita terambil bebola udang ke? Ataupun sup yang dah bercampur dengan udang.”

Ain dah pandang Fuadi. Geram. Kenapa tak bagitahu Sofea awal-awal yang mereka nak makan steamboat.

“Kenapa tak bagitahu awal-awal. Abang dah bagitahu kan yang kitaorang nak makan steamboat malam ni.” Owh. Fuadi dah bagitahu Sofea rupanya.

I’m sorry. Sofea baru teringat pasal ni.” Hmm…Tak tahu lah Ain samada Sofea buat-buat lupa atau memang terlupa. Malas dia nak fikirkan. Ain lihat Fuadi yang nampak tengah serba salah. Geramnya Ain. Rasa macam nak heret je Fuadi masuk Seoul Garden. Biar je lah Sofea pergi makan dengan Danish. Entah kenapa Ain rasa dia akan kalah dengan Sofea. Jadi baik dia buat sesuatu sebelum Fuadi menjatuhkan maruah dia di hadapan Sofea.

“Hmmm..kalau macam tu abang pergi je la dengan Sofea. Ain boleh makan sorang.”

Fuadi nampak tergamam dengan keputusan dari Ain. “Ain ..please. Kita makan next time je steamboat. Takkan la Ain nak makan sorang.” Kan betul Ain cakap. Fuadi akan lebihkan Sofea.

“It’s okay. Just go with Sofea. Lagipun, next timeabang tu entah bila la pulak.” Sedikit menyindir Ain.

Fuadi tiba-tiba mengheret Ain jauh sedikit dari Sofea. “Ain please… Jangan buat abang serba salah.. Steamboat ni bila-bila masa boleh makan.” Sedikit keras suara Fuadi.

“Ain dah mudahkan abang buat pilihan kan. I told you to go with Sofea. Kita kat sini sebab Ain yang nak makan steamboat. So, takkan tiba-tiba Ain nak makan benda lain pulak. Just go with Sofea. Nanti siap makan bagitahu Ain.” Terkaku Fuadi melihatkan reaksi Ain yang memang langsung tidak dijangka.

Ain merentap perlahan tangan Fuadi yang memegangnya dan terus melangkah masuk ke Seoul Garden. Sakitnya hati Ain. Ini bukan soal steamboat semata-mata. Tapi juga tentang pendirian Fuadi yang cepat je tergugat kalau melibatkan isu Danish dan Sofea. Hairan Ain. Apa yang nak disusahkan dengan budak sekecil Danish tu. Kita yang tentukan makanan dia kan. Kalau tak nak bagi steamboat dekat Danish, pergi la beli dulu apa-apa makanan untuk disuap kepada Danish.

Pelik rasanya bila makan steamboat sorang-sorang. Tapi sekurangnya dia tak payah melihat lakonan Fuadi dan Sofea di hadapan dia. ‘Hmm Ain. Kau ni baik sangat lah. Patutnya kau tarik Fuadi masuk sini tadi. Biar terlopong Sofea.’ Tergelak kecil Ain bila membayangkan reaksi Sofea yang terlopong.’ Ya Allah Ain. Ingat kandungan. Jangan biarkan aura negativeterkesan pada kandungan. Cepat-cepat Ain beristigfar.

Cepat je Ain selesai makan disebabkan oleh rasa keterujaan yang telah hilang tadi. Betul kata Fuadi. Takkan nak makan steamboat sorang-sorang. Pelik sangat orang tengok. Tapi tu lah, bila hati dah sakit, pandangan orang sekeliling ni tak bagi kesan dah.

Hmmm..awal sangat lagi. Pasti Fuadi dan Sofea belum habis makan. Jadi Ain buat keputusan untuk terus masuk ke food store. Dia lebih rela shoppingsorang-sorang. Tak ke sikit punya pelik kalau nanti dia shopping sekali dengan Fuadi dan Sofea. Bila mereka berdua sibuk melayan Danish, mesti Ain akan keseorangan. Jadi tak mustahil kalau orang ramai akan pandang Fuadi dan Sofea sebagai pasangan suami isteri. Dan Ain, mungkin adik, ataupun lagi teruk orang gaji! So, baik dia shopping sendiri.

Ain baru je selesai membuat pembayaran untuk barang-barang yang dia beli bila dia menerima panggilan masuk dari Fuadi.

“Ain kat mana? Jom beli barang.”

“Hmm..Ain dah siap beli barang. Abang pegi je la teman Sofea shopping. Ain tunggu dekat Muda Osman.”Selamba je Ain cakap. Macam orang tak berperasaan. Padahal dalam hati, hanya Allah je yang tahu betapa sakitnya hati. Bukan main lama lagi mereka makan. Dah 9.45 malam. Shopping complex pun dah nak tutup. Memang betul la keputusan dia untuk terus pergi beli barang tadi.

“Apa ni Ain. Kan dah cakap nak beli barang sekali.” Tak puas hati nampaknya Fuadi.

“Rasanya abang better pergi beli barang dulu. Nanti kedai tutup kan menangis pulak Sofea tu nanti. Kita sambung discuss dekat rumah ye. Dah siap shopping bagitahu Ain.” Habis je ayat dia, cepat-cepat Ain matikan panggilan telefon.Haih, malam ni sahaja dah dua kali Ain membangkang arahan Fuadi. Terasa juga bersalah. Tapi semua keputusan yang dia buat, bagi dia adalah untuk memudahkan Fuadi. Tak tahulah pula kalau dari sudut pandangan Fuadi, apa yang dia rasa dengan pilihan Ain ni.

Ralit Ain membelek-belek novel terbaharu di kedai Muda Osman.

“Ain, let’s go.” Terkejut Ain dengan sergahan Fuadi yang tiba-tiba di belakang dia. Ain melihat jam di tangan. ‘Eh, kejapnya. Takkan shopping tak sampai lima minit.’

“Dah siap ke beli barang?” Ain bertanya, kehairanan.

Cancel. Sofea cakap nanti next time je dia shopping.” Biar betul Sofea ni. Bukan main beria nak ikut Ain dan Fuadi beli barang. Lastnya tak jadi jugak. Entah-entah memang bukan nak beli barang pun. Saje dia je nak menyibuk mengikut Ain dan Fuadi. Hati kecil Ain memang tak boleh lari dari berfikiran negative pasal Sofea.

Ain menuju ke troli barang dia yang diletakkan di luar kedai Muda Osman. Belum pun sempat Ain mencapai troli dia, tangan Fuadi yang terlebih dahulu mencapai troli mendahului Ain.

This is ours?” Fuadi mendapatkan kepastian dari Ain. Melihat sahaja anggukan Ain, dia mula menolak troli menuju ke kereta. Hmm.. Sofea dan Danish pasti dah tunggu dekat kereta sebab tak nampak pula kelibat diaorang. Muka fuadi serius je.

Keadaan sunyi je dalam kereta sepanjang perjalan mereka balik ke rumah. Kalau tadi ada si kecil Danish untuk meriuhkan keadaan, tapi sekarang bila Danish dah tidur, memang tak ada sesiapa yang bersuara. Ain dapat rasakan bahang kemarahan Fuadi pada dia. Tapi Ain tak kisah. Lebih elok begitu. Sebab malam ni Ain mahu Fuadi berterus-terang tentang semua rahsia dia. Apa yang akan terjadi 3 bulan lagi? Kalau Ain tak mendesak Fuadi untuk berterus terang, entah bila lah Fuadi akan bersuara. 3 bulan tu bukannya lama pun.

Selalunya bila dalam keadaan marah, mulut pun akan lancang je memuntahkan kata. Harapnya, dalam kemarahan dia tu nanti, akan terkeluar lah juga pasal rahsia mereka tu. Rasanya Ain dah cukup bersedia. 2 hari di rumah mama digunakan sepenuhnya untuk menguatkan hati mendengar rahsia Fuadi. Lagi cepat dia tahu, lebih senang untuk dia bersedia dengan ‘kejadian’ yang akan berlaku 3 bulan lagi. Ain sentuh perut dia yang masih tidak berapa kelihatan. ’Be strong baby.’

Tenang Ain rasakan setelah selesai menunaikan solat Isyak. Malam ni, dia dan Fuadi tidak solat berjemaah. Sampai je di rumah tadi, Fuadi terlebih dahulu naik ke atas untuk solat. Ain pulak, pergi ke dapur untuk menyimpan barang yang dibeli. Hmm..penat Ain rasakan. Kalau dapat baringkan badan sekarang memang best. Tapi Ain mahu selesaikan isu dia dengan Fuadi dahulu. Dia dah tak boleh bersabar untuk tahu apa yang Fuadi sembunyikan dari dia.

Turun ke bawah, Ain terus menuju ke arah sofa yang diduduki Fuadi. Lama suasana antara mereka sunyi. Hanya kedengaran bunyi dari televisyen yang terpasang di hadapan mereka.

What’s wrong Ain?” Akhirnya. Mungkin Fuadi sudah tidak dapat bersabar dengan kebisuan mereka.

It’s you who’re supposed to answer that question.” Tegas suara Ain. Pandangan masih dilemparkan ke hadapan.

Me? Ain yang buat perangai malam ni. Semua buat keputusan sendiri je. Then, nak salahkan abang?” Memang tak puas hati sangat nampaknya Fuadi. Tapi kenapa dia asyik nampak semua ni salah Ain je!

You’re always like this. Pura-pura tak tahu. What do you expect from me when you’re treating me like this?” Geram Ain rasa.

Treat Ain macam mana?” Suara Fuadi sudah makin naik.

“Macam orang bodoh.” Perlahan kata-kata tu meluncur keluar dari mulut Ain. Tak ada niat nak cakap kasar. Tapi bila hati tengah geram, akal pun dah tak boleh berfungsi dengan baik.

“Ain!” Jerkah Fuadi. Mungkin tak sangka Ain boleh cakap macam tu. Fuadi sudah memusingkan seluruh badannya kea rah Ain.

“Apa yang abang dan Sofea sembunyikan dari Ain. What will happen in next 3 months?” Ain dah tak mahu bermain tarik tali. Dia pun sudah mula memandang Fuadi. Mereka saling berbalas pandang.

“Ain tahu?” Jelas riak wajah Fuadi yang tengah terkejut.

“Why? Kenapa abang berat hati sangat nak bagitahu Ain. Whatever it is, I’m sure it’s gonna hurt me. So, apa guna nak rahsiakan.”

Fuadi meraup wajah dia dengan tangan. Nampak sangat yang dia keberatan mahu berkongsi rahsia dengan Ain. Lama Fuadi berdiam diri. Macam tengah berperang dengan perasaan. Ain dah mula hilang sabar.

“Abang…” desak Ain supaya Fuadi berterus terang.

I’m going to further my studies. In next 3 months. UK….” Laju jawapan Fuadi. Fuadi yang tadinya menutup wajah dengan tangan, mula kembali memandang Ain. Fuadi kelihatan mengambil nafas sebelum menyambung ayat dia.

“With Sofea and Danish.” Habis ayat Fuadi. Sekarang Ain pula yang tergamam. Terkedu. Fikiran dia terasa kosong. Tak mampu nak fikir apa. Tapi, air mata sudah mula turun membasahi pipi. Kenapa dia rasakan yang dia langsung tak bersedia dengan semua ni.

What will happen to me?” Perlahan suara Ain. Hati dia sakit sangat. Kenapa mesti dengan Sofea dengan Danish!

You will stay here. With our family.”Fuadi pegang bahu Ain. Untuk memujuk barangkali. Ain menolak tangan Fuadi dari menyentuh bahu dia.

Why UK? Sofea? Danish?” Ain tak faham kenapa Sofea dan Danish harus ikut sama.

“Sofea nak sambung study kat sana. I don’t have a choice. I need to follow her. They’re my responsibility.” Perlahan suara Fuadi. Cuba membuat Ain faham.

Jadi Fuadi sebenarnya mahu menemankan Sofea. Sambung belajar tu mungkin hanya alasan sampingan. No! Ain tak boleh terima.

They aren’t you responsibility. It’s me! I’m your responsibility! How could you do this to me. Abang sanggup ikut Sofea dan biar Ain kat sini. With our babby!” Kuat suara Ain.

“Ain please faham. Sofea sorang-sorang kat sana dengan Danish. Macam mana dia nak study, nak jaga Danish lagi. At least Ain kat sini ada ummi, ada mama. You’ve our family here.” Apa yang Fuadi cakap ni. Ramai je perempuan yang pergi belajar sorang-sorang dekat oversea. Dengan anak kecil lagi. Tak ada masalah pun. Kenapa beria-ia sangat Fuadi nak jaga Sofea.

“Ain tak faham.Kenapa abang bersungguh sangat nak jaga Danish dengan Sofea tu. Kalau abang pergi sekali pun, apa sangat yang abang boleh buat. Abang bukan boleh duduk sekali dengan diaorang. Nak perhati diaorang 24 jam. You’re not her husband! Not Danish’s father!” Geram Ain. Takkan Fuadi dah tak tahu hukum hakam. Takkan dia nak duduk sekali dengan Sofea.

Tak tahu lah samada Fuadi terkedu dengan kata-kata Ain, atau dia pun baru sedar tentang hakikat tu. Sebab lama sangat Fuadi pandang Ain. Mulut dia bergerak-gerak. Macam tengah teragak-agak untuk meluahkan sesuatu. Entah kenapa bila melihat reaksi Fuadi, jantung Ain mula berdebar kencang. Ain menggeleng-gelengkan kepala. Tak mungkin Ya Allah. Tolonglah. Dia tak sanggup.

That’s why I’m going to mary her.”Terduduk Ain. Betul kata hati dia.

Previous: bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.