Bab 14
Selepas
perbincangan mereka malam itu, hubungan Ain dan Fuadi kembali baik. Sedar tak
sedar, tinggal sebulan lagi sebelum Ain menduduki peperiksaan akhir dia.
Gembira Ain sebab requirements dia
semuanya sudah hampir selesai. Maknanya, dia dapat menduduki peperiksaan akhir
nanti.
Petang itu, group Ain ada ward round di hospital. Kali ini,
lecturer Ain ada bersama. Hari ini, mereka akan terus pergi ke ward maxillofacial. Lega Ain,
sekurangnya dia tahu dia tak akan bertembung dengan suaminya.
Masuk sahaja
ke dalam ward, terkejut Ain bila ternampak Fuadi sedang menyandar di kaunter ward, sedang berbual dengan seorang
lelaki yang Ain agak doktor dekat situ jugak. Teringat kejadian dia dimarahi
Fuadi di dalam warddulu dan juga
pesanan Fuadi supaya Ain mengelakkan diri dari dia semasa di hospital
membuatkan Ain terus berlindung sedikit di belakang groupmates dia. Harap-harap Fuadi tak nampak dia.
Tapi harapan
hanya tinggal harapan. Nak luruh jantung Ain bila melihat senyuman sinis Fuadi
semasa Ain melintasi dia. Fuadi sudah nampak dia. Ain hanya mampu berharap yang
Fuadi tak akan buat hal di depan groupmates
dia semua ni.
“Okay guys, this patient was allerged in a
motorcycle accident two days ago. I want all of you to inspect this patient.
After this, I’ll ask one of you to present.” Tegas arahan Dr. Nizam.
Baru je Ain
nak mula inspectpatient, Fuadi
tiba-tiba datang.
“Hi, Nizam.”
Takkan Fuadi kenal Dr. Nizam kot. Ain dah mula cuak.
“Wow, look who’s here. What are you doing
here?” Mereka mula berjabat tangan.
“Ada kes
tadi. So, your students?” Tanya Fuadi
sambil menunjuk ke arah groupmates Ain.
“Yup, final year. Guys, this is Dr. Fuadi. MO
here. You guys better do the inspection correctly. Dia senang je nak spotkalau student ada buat mistakes.” Dr.Nizam memperkenalkan Fuadi pada groupmates Ain. Sempat lagi tu nak
menakutkan mereka.
Atiff dah
mula pandang Ain. Memang nampak pucat muka dia. Teringatkan kejadian dulu la
tu. Ain pun dah mula cuak. Tapi sedikit lega bila lihat riak Fuadi hari ini
yang nampak biasa je. Bukan tengah berang macam dulu.
Fuadi sudah
bergerak ke arah Ain.
“Some of your students have already knew me.”
Ain pandang Fuadi di belakang dia yang mula melemparkan senyum sinis pada Ain.
Geram Ain. Dah mula dah perangai kerek suami dia ni.
“Hmm..Ain.”
Fuadi buat-buat pandang kad matrik Ain.
“Can you show me how to check the facial numbness
of this patient that was caused by infraorbital rim fracture.” Arahan
tiba-tiba dari Fuadi mengejutkan Ain. Ain pandang Dr. Nizam di hadapan dia yang
menganggukkan kepala menyuruh Ain mengikut arahan Fuadi.
Adah yang
faham situasi Ain terus menghulurkan alat untuk memeriksa numbness patient. Gugup dan berdebar, Ain terus mula memeriksa patient.
“Stop!” Keras arahan Fuadi tiba-tiba. Ain
pandang Fuadi, tak tahu apa kesalahan dia.
“Where’s your gloves? Dah tak ingat basic infection control ke? You’re touching the patient. Put on your gloves now! And get patient
permission first!” Ya Allah. Macam mana lah boleh lupa semua tu. Belum
sempat Ain mencapai gloves di sisi
katil, Faris yang di tepi Ain terus menghulurkan gloves pada Ain sambil tersenyum memberi semangat. Malu Ain pada
Faris yang sememangnya top student
dalam batch dia dan pernah di
kenenkan dengan Ain dulu.
“Ain relaxes. Just do like usual.”
Kata-kata semangat yang dibisikkan Faris mendebarkan Ain. Harap-harap janganlah
Fuadi perasan apa yang berlaku.
Selesai
sahaja memeriksa numbness patient,
Ain terus pandang Fuadi sebab dari tadi Fuadi diam je. Tak tahu nak agak sama
ada diam Fuadi tu tanda dia dah buat dengan betul atau sebaliknya.
“Finish?” Tanya Fuadi bila Ain pandang
dia. Hanya anggukan yang Ain berikan.
“Confirm?” Serius muka Fuadi.
“Yes.” Teragak-agak Ain.
“ You! What do you think?” Tiba-tiba Fuadi pandang Faris. Apa
yang Fuadi nak buat ni? Ain dah mula cuak. Takkan la Fuadi nampak Faris bagi
dia kata-kata semangat tadi.
“From what we’ve learn, I think Ain
had done well.”
Yakin sekali jawapan Faris.
Fuadi
mengangguk sambil tersenyum sinis memaandang Faris.
“You must be top scorer in this group.
Well, I can see that Ain really have a confidence with you.” Bisik Faris di telinga Fuadi yang
Ain yakin semua groupmates dia dapat dengar.
“Well, Ain. Not bad. Just be more calm next time.
Lagi you all gelabah, lagi seronok
kotaorang nak buli. Kan Dr.Nizam.” Fuadi terus bergerak kea rah Dr. Nizam. Bahu
Dr.Nizam ditepuk sebelum mereka berjabat tangan.
“I need to go first. Thanks.” Terus Fuadi berlalu meninggalkan mereka.
Ain
melepaskan nafas lega. Fuadi ni memang saja kan nak kenakan Ain. Geram Ain
dibuatnya. Habis sahaja ward round petang itu, terus Ain mesej Fuadi,
melepaskan geram.
‘Abang saje kan nak kenakan Ain.’
Tanpa salam,
terus Ain melepaskan geram pada Fuadi.
‘What I’ve done? I’ve told you right. Stay
away from me. Jom dinner malam ni.’
Tengok tu.
Tak ada rasa bersalah langsung. Tapi ayat Fuadi yang akhir Ain suka. Fuadi
kalau dia dah sakitkan hati Ain, mesti dia bawak pergi dinner malam tu.
Tersenyum Ain.
‘Wow. Steamboat please!!!!’ Ain memang
teringin sangat nak makan steamboat.
‘Hmmm…8.30 sharp.’ Yes! Fuadi kalau dia
tak cakap apa maksudnya dia setuju lah tu. Kalau tak setuju memang dia terus
cakap. Tak sabar Ain nak habiskan kerja lab
dia petang tu. Nak dating dengan husband la katakan.
Selesai
sahaja solat Isyak malam itu, Ain terus cepat-cepat bersiap. Di kerling sekilas
jam didinding. Alamak dah 8.40. Ain saje tunggu nak solat Isyak terus tadi. Tak
sangka yang Isyak sekarang masuk lambat. Tak apalah Fuadi nak marah pun. At least dia dah solat Isyak. Ain check inbox dia, tak ada pulak Fuadi mesej atau call.
Turun sahaja
ke bawah, Ain dah nampak kereta fuadi. Owh, dah sampai rupanya.
“Asssalamualaikum.
Sorry lambat.” Senyuman paling manis
Ain berikan pada Fuadi.
“Waalaikummussalam.
Dah solat Isyak ke?” Eh, Ain pelik. Dia
tak nak ‘sound’ ke sebab lambat.
“Dah. Ain
solat dulu tadi. Tu yang lambat.”
“Good girl.” Terus Fuadi usap kepala Ain
sambil turut tersenyum. Betul la cakap Dr.Faliq. Fuadi ni dah hilang taring
kalau dengan Ain. Tapi kalau dekat hospital, tak payah cakaplah perangai dia.
Kerek tak pernah berubah.
“Eh, macam
tu je? Tak ada nak marah Ain sebab lambat ke? Tadi bukan main kerek kenakan Ain
kat hospital” Saje Ain perli Fuadi.
“Hmmm..nak
abang marah ke? Main sindir-sindir ni. Sure?” Terus Fuadi pandang Ain dengan
muka serius.
“Err.. Tak
pelah. Saje je tadi.” Cuak Ain tengok muka serius fuadi. Tu lah. Alang-alang
orang tu mood elok, dah jadi mood kerek balik.
Lama Fuadi pandang
Ain dengan muka serius. Ain dah tak tahu nak buat apa. Dia senyum pun rasa
macam pelik je.
Tiba-tiba
Fuadi cuit hidung Ain dan tergelak kecil.
“Ain…Ain..” Menggeleng kepala dia bila sebut nama Ain
sambil mula memasukkan gear kereta.
“See. Kena gertak macam tu pun dah cuak.
Ada hati lagi nak sindir-sindir abang.” Fuh, lega Ain. Geramnya Ain. Asyik kena
buli je dengan Fuadi.
Ain pilih
untuk makan Seoul’s Garden. Nasib baiklah Fuadi tak banyak soal.Ikut je.
Seronok Ain main ambik je makanan.
“Banyaknya
ambik. Sapa nak makan ni?” Terkejut Fuadi tengok makanan yang Ain ambik. Dia
memang tak tahu Ain ni gila steamboat. Ni first
time Ain ajak Fuadi makan steamboat sekali. Selalunya Ain makan dengan
kawan dia je.
“Hmm..Ain.
Faris tu top scorer kan. Don’t you like him? Handsome jugak tu.”
Tiba-tiba Fuadi bercakap pasal Faris. Tersenyum Ain. Ni kes cemburu ke apa ni.
Tak pernah pulak Fuadi nak cemburu sebelum ni.
“Hahaaa… Don’t tell me you’re jealous.” Seronoknya
Ain kalau dapat tengok Fuadi jealous.
“Of course not. Lagipun abang tengok dia
tak adalah minat kat Ain pun. Kalau Ain yang syok sorang-sorang tu abang tak
tahulah.” Senyum sinis Fuadi pada Ain.
Tengok. Kan
betul Ain cakap. Fuadi memang tak pernah nak jealous benda-benda macam ni.
“Hmm. Buat
apa Ain nak syok dekat dia. Suami Ain lagi handsome
apa.”Sempat Ain nak beli hati Fuadi tu. Fuadi tak layan pun Ain cakap dia handsome. Asyik sangat dok makan. Tapi
Ain tahu padahal dalam hati tengah berbunga.
“Abang, bila
kita nak cari barang hantaran? Dah nak dekat majlis ni.” Teringat Ain barang
hantaran yang belum di beli.
“Eh, tak
cari lagi ke? Ingatkan dah cari dengan ummi hari tu.” Sedikit terkejut Fuadi.
“Ummi suruh
kita cari sendiri. Lagipun barang tu kita jugak yang nak pakai.”
“Hmm..macam
mana ye..Bulan ni abang sibuk nak ulang-alik pergi Sabah. Lepas tu, Ain pulak
nak exam nanti. Kalau kita cari lepas
Ain exam boleh?” Terus berubah mood Ain bila Fuadi tersebut pasal
Sabah. Apa lagi hal dia di Sabah kalau bukan pasal Danish dan Sofia. Tapi
kenapa bulan ni sampai banyak kali nak pergi Sabah. Selalunya Fuadi pergi
sebulan sekali je. Tu pun sekejap je. Kadang-kadang balik hari. Pergi pagi,
balik malam. Ain malas nak tanya lebih takut nanti dia yang sakit hati.
“Lepas Ain exam tu ada sebulan lagi sebulan majlis.
Sempat kot. Kalau nak pergi masa Ain study
week tu pun boleh.”
“Err.. Ain. I
think you should know something.” Berdebar Ain bila dengar suara Fuadi yang
sudah berubah rentak. Serious. Terus
Ain pandang Fuadi.
“I know I’ve promised you that I won’t talk
about her infront of you. But, I think, you should know this. Sofea dah
dapat tukar balik sini. Dia dapat kerja dekat KB.” Tersentak Ain. Tak sangka
malam ini dia diingatkan kembali pasal Sofea.
“Why? Dia memang mintak balik sini or abang yang suruh?”
“Abang yang
suruh.” Tenang je jawapan Fuadi. Tak ada rasa bersalah langsung.
“Abang tak discuss dengan Ain pun.”
“I think it’s the right thing I should do.
Senang sikit abang nak tengokkan Danish. Tak payah ulang-alik pergi Sabah
lagi.”
Ya Allah.
Geramnya Ain. Dia lebih rela Danish ada di Sabah. Sekurangnya di tahu Sofea tak
dekat dengan dia. Tapi entah kenapa dia rasa macam selfish tiba-tiba. Ya. Dia pun kasihankan Fuadi yang terpaksa
ulang-alik ke Sabah. Mungkin ini keputusan terbaik yang Fuadi rasakan. Makan
malam mereka yang asalnya di penuhi gelak ketawa sudah berubah rentak. Ain
sudah tidak ada mood untuk bergembira.