BAB 5
Sudah
seminggu Ain bergelar isteri. Tiada apa-apa perubahan yang ketara dalam
perjalanan kehidupan seharian dia. Dia masih menetap di kolej kerana bergelar final year dental student memerlukan dia
lebih focus lebih-lebih lagi untuk
menyiapkan requirementyang merupakan
syarat penting untuk melayakkan dia menduduki peperiksaan professionalterakhir.
Petang
selepas majlis akad nikah mereka, Fuadi terus bergegas ke hospital dan itulah
kali terakhir Ain berjumpa suaminya. Fuadi masih berulang alik dari rumah
umminya di Pengkalan Chepa.
Ain terimbau
kembali saat dia menghantar Fuadi ke kereta sebelum Fuadi bergerak ke hospital.
“ Remember to give me your account number.
Macam mana Ain nak balik hostel esok
ni?”
“Ain memang drivesendiri pergi hostel. Dah biasa.” Ain tersenyum menjawab soalan suaminya.
“Okay. Just take care. I’ll give you a call
when I’m free. You can do your normal
daily routines as usual. No need to inform me. Anything that you think is
important and I need to know, you must inform me. I’m sorysebab abang pun
tengah bussy sekarang. Jadi tak
banyak masa boleh diluangkan untuk Ain.”
Kebebasan yang suaminya beri, Ain akan gunakan sebaiknya. Dia
tak akan lakukan sesuatu yang dapat menggugat kepercayaan Fuadi kepadanya.
Lagipun Ain tahu. Mereka berdua memang mempunyai commitment masing-masing. Tidak banyak yang dia dapat harapkan
dalam perkahwinannya buat masa sekarang. Baik dia focus untuk menamatkan pengajian dia dulu.
“Adah. Kita
makan dekat café hospital je lah.
Lagipun alang-alang kita dah dekat sini.”
Ain dan Adah
baru selesai membuat ward round di
hospital yang hanya bersebelahan dengan fakulti mereka. Seminggu sekali, memang
group mereka akan membuat ward round dengan pensyarah untuk
melihat kes-kes yang melibatkan maxillofacial
terutama kes trauma yang melibatkan
bahagian muka.
Kebetulan
hari ini, ward round mereka habis
awal. Jadi Ain rasa lebih baik mereka makan di situ. Lagipun makanan di situ
lebih banyak pilihan. Café itu
selalunya menjadi pilihan orang-orang luar yang datang melawat pesakit di situ
termasuk lah juga kakitangan hospital.
Ain dan Adah
tengah rancak bercerita sambil menjamah hidangan tengah hari mereka apabila
mereka tiba-tiba dikejutkan dengan kedatangan Fuadi dan kawannya.
“Ada orang
tak duduk sini? It’s seem that other
places have been fully occupied.”
Ya. Café memang tengah sesak sekarang sebab
tengah waktu kemuncak. Ain dan Adah yang duduk di meja yang sepatutnya boleh
memuatkan empat orang hanya menganggukkan kepala.
Fuadi
menarik kerusi di sebelah Ain. Dia dan kawannya meletakkan pinggan mereka yang
berisi nasi dan lauk sebelum beredar dari situ dan hilang di tengah kesibukan
orang ramai. Mungkin mereka pergi basuh tangan. Ain membuat andaian sendiri.
Tiba-tiba dia rasa ada orang menyepak kaki dia di bawah meja.
“Owh.
Patutlah nak makan dekat sini. Dah berjanji ke apa ni. Patutlah muka tu berseri
semacam je.”
“Eh…kau ni..
Ni lah baru aku jumpa dia lepas seminggu tau. Kitaorang tak de berhubung pun
selama ni.”
“Seriously korang ni. Bussy sangat nampaknya Dr. Fuadi ni.”
Perbualan Ain dan Adah terhenti bila melihat fuadi sudah kembali ke meja mereka
sambil membawa sepinggan kuih. Kawannya pula membawa gelas minuman untuk dia
dan juga Fuadi.
Sepanjang
mereka makan, Ain dan Adah hanya diam je. Tidak tahu apa yang nak dibualkan
tambah-tambah lagi mereka segan dengan Fuadi dan kawannya. Mereka macam orang
asing. Fuadi rancak berbual dengan kawannya yang kebanyakannya berkisar pasal
kerja mereka. Ain rasa janggal pulak untuk student
macam dia dan Adah duduk semeja dengan dua orang MO. Memang Ain dapat rasakan
aura seorang doktor dari Fuadi dan kawannya. Gaya pemakaian, dan gaya
percakapan tampak sangat professional.
“Eh, you all berdua. Senyap je.” Mungkin
menyedari yang Ain dan Adah dua-dua macam tengah layan perasaan sendiri, kawan
Fuadi menegur mereka.
“By the way I’m Dr Faliq. This Doktor
yang dekat depan I ni pulak, memang bohong la kalau you all tak kenal. Hah Ain. Diam je.” Provok Dr Faliq sambil
memandang Ain dan Fuadi silih berganti.
“ Maybe the cat has got their tongue. ”
Suara tu. Ain akui yang dia mula merindui suara sinis Fuadi.
“Sorry. I just don’t know what to say.” Serious. Ain memang tidak tahu apa
yang patut dibualkan sekarang.
“Seminggu
tak jumpa dengan your husband ni, impossible la tak de benda nak cakap
Ain. Nak luahkan rasa tak puas hati ke, or at
least to say that you miss me.” Fuadi sudah mula memprovok Ain sambil
menaikkan kening memandang Ain.
Terus
tergelak Adah dan Dr.Faliq. Ain punya hanya mampu menjeling geram memandang
Fuadi.
“Ish. Doktor
ni. Takkan la dia nak cakap rindu depan kitaorang ni pulak.” Adah pun sudah
mula join mengenakan Ain.
“Ain. I tak
tahu la macam mana you nak hidup dengan this
guy. Kalau lihatkan cara dia layan the
female intern, memang akan makan hati la youhari-hari Ain.” Dr. Faliq menyambung bicara.
“Memang kena
banyak berdoa la nampaknya biar Allah lembutkan sikit hati this guy.” Hanya itu yang mampu Ain jawab. Lagi geram Ain rasa bila
melihat senyuman nakal di bibir Fuadi.
“By the way, Adah, Faliq. Jemput datang
my house this Friday night. Ada buat
kenduri tahlil sikit .” Ain terkejut mendengar ayat Fuadi. Dia tidak pernah
diberitahu pasal majlis itu.
“Don’t give me that muka terkejut.” Fuadi memandang Ain
sebelum meneruskan kata.
“Now dah
tahu kan. So, you are compulsory to
attend. Please clear your schedule untuk malam tu. I really forgot to tell you earlier.”
“Ish. Senang
– senang je dia ni kan. Nasib baik la memang free malam tu. Kalau tiba-tiba ada hal penting kan susah.” Ain
menggumam kecil sebagai tanda tak puas hati.
“I still can hear that.” Fuadi hanya tersenyum melihat
tingkah Ain. Tak tahu kenapa dia seronok mengusik Ain.
“Ain. I hope
you can be strong. This guy dah
jadi your husband. Nothing much you can do. Dah tak boleh
nak patah balik. Tapi at least you can
feel secure now because I’m sure
tak ada perempuan yang berani nak gedik-gedik dengan husband you ni. Harap muka je handsome.
Sekali dia buka mulut, memang terus terasa pedih kat hati ni.”
Adah pula
hanya mampu tersenyum kelat melahirkan simpati untuk Ain. Dah nasib kau Ain.
Melihat Ain
yang seakan – akan merajuk, Fuadi tiba-tiba menolak pinggan yang berisi kuih ke
arah Ain.
“Seri muka, your favourite! Faliq, dah habis makan
kan, let’s go.”
Ain
tergamam. Fuadi dan kawannya mula bangun untuk beredar dari situ.
“Jangan
pernah berangan nak merajuk dengan abang. Abang takkan pujuk coz I really don’t know how to handle orang merajuk ni. By the way, jangan lupa malam Jumaat ni.”
Sempat Fuadi
berbisik di telinga Ain yang Ain yakin memang dia seorang je yang dapat dengar.
Tambah haru perasaan Ain bila Fuadi menekankan perkataan ‘malam Jumaat’ sambil
tersenyum sinis.
“Sweetnya husband kau Ain. Pujuk guna kau
punya favourite makanan.” Adah yang
tadinya banyak mendiamkan diri sedah mula bersuara.
“Kau jangan
nak buat lawak eh. Sejak bila pulak seri muka ni jadi favouriteaku. Kau pun tahu kan. Saja je nak bahankan aku. Dah lah.
Jom pergi. Kita pun dah lambat ni.”
Tergelak
Adah mendengar jawapan Ain.
“Tu lah yang
aku pelik. Memang interesting lah Dr.
Fuadi ni. Really unexpected.”