JODOH UNTUKKU
Riuh bunyi
dari aras bawah mengejutkan lena Ain. Selepas solat zohor tadi, Ain ingat hanya
nak baring sahaja di atas katil. Tak sangka dia boleh terlelap pulak. Ain
bangun menanggalkan telekung solat dia untuk disidai pada penyidai di tepi tingkap.
Sempat Ain menjengah ke luar tingkap. Nampaknya kereta Fuadi sudah ada di porch. Tapi kenapa dia tak naik ke
bilik.
‘Hmm..mungkin
dia tengah lepak dekat bawah.’ Lagipun kalau tak salah, Ain ada terdengar suara
Danish tadi. Nampaknya Danish dah keluar ward. Alhamdullillah..Ain menyarung
tudung untuk turun ke bawah. Bosan pulak dia duduk sorang-sorang dalam bilik
ni.
Turun ke
bawah, Ain lihat semua tengah berkumpul di ruang keluarga. Nampak santai sambil
melihat TV. Perasan kehadiran Ain, ummi menggamit Ain untuk duduk di sofa
sebelah dia.
“Hah, turun
pun Ain, tertidur ke tadi?” tersenyum ummi menyapa Ain.
“Haah ummi.
Lepas solat tadi, ingatkan nak baring je, tapi macam mana entah boleh
terlelap.” Segan Ain dengan ummi. Dia bukannya buat kerja apa pun hari ni. Tapi
tertidur mengalahkan ummi yang dari awal pagi lagi dah bangun.
“Tak apalah.
Ain kan memang kena rehat. Kalau tak tidur pun, bukannya Ain boleh buat apa-apa kerja.” Ummi menyedapkan hati Ain yang nampak sangat serba salahnya.
Ain pandang
Fuadi yang ralit sangat melayan Danish bermain. Langsung tak menegur Ain.
“Ummi ni
manjakan sangat menantu kesayangan ummi ni. Bagi je dia buat kerja.” Baru
dengar suara Fuadi. Walaupun tahu yang Fuadi hanya bergurau, Ain serba sedikit
tetap terasa hati. Ummi dah pandang Fuadi semacam. Ain tahu ummi geram dengan
Fuadi yang nampak sangat langsung tak hiraukan Ain. Tak mahu ummi memulakan
leteran dia dekat sini, Ain menepuk lembut paha ummi di sebelah dia. Menggeleng
kecil Ain pada ummi tanda tak mahu ummi membocorkan rahsia.
“Ain
pegangkan Dania ni sekejap. Kak Mia nak naik atas. Apalah hero Kak Mia
tengah buat dekat atas tu. Jangan dia ganggu papa dia tidur sudah.” Kak Mia
menghulurkan anak dia yang baru berusia 4 bulan pada Ain sebelum melangkah meninggalkan
ruang itu.
Suasana
berlalu dengan Ain dan ummi ralit melayan Dania. Sementara Fuadi dan Sofea yang
duduk di sofa berhadapan dengan Ain asyik melayan kerenah Danish. Ain perasan Fuadi
yang sesekali melemparkan pandangan ke arah dia. Pelik Ain rasakan keadaan
sekarang. Macam dia dan Fuadi tengah bergaduh pula.
“Hmm..abang,
Sofea balik dulu lah. Dah lama dekat sini.” Mungkin kerana turut terasa janggal,
Sofea tiba-tiba meminta diri untuk pulang. Lagipun, ummi di sebelah Ain ni
kerap juga menghadiahkan jelingan tajam pada Sofea. Ain dapat rasakan yang ummi
tidak begitu menyenangi kehadiran Sofea.
“Eh, dah nak
balik ke? Tak nak tunggu minum petang?” Fuadi tampak keberatan. Memang Ain tahu
yang waktu-waktu macam ini, bibik di dapur memang sedang menyiapkan minuman
petang.
“Tak apelah.
Tadi ingat nak singgah amik Danish kejap je. Boleh pulak terleka dekat sini.”
Owh..Sofea datang nak jemput Danish rupaya. Mungkin tadi Fuadi terus bawak
Danish datang ke sini dari hospital.
“Hmm..okay
lah..Danish pergi salam dengan nenek dan Auntie Ain.” Arah Fuadi pada Danish.
Tak tahu lah si kecil Danish tu faham tak arahan Fuadi.
“Auntie
Ain?” Danish mengulang pertanyaan. Mungkin tak biasa di pendengaran dia.
“Haah..Tu Auntie
Ain..”Fuadi menunjuk ke arah Ain. Lama Danish melemparkan pandangan pada Ain yang sedang mendukung
Dania.
Ain hanya
tersenyum pada Danish. Tak tahu lah apa yang sedang fikiran Danish cernakan
sekarang pasal Ain. Tiba-tiba Danish tersenyum, dan berlari laju ke arah Ain.
“Danish..no..” Terpaan Danish secara tiba-tiba ke
arah perut dia mengejutkan Ain. Sebelah tangan dia automatic terangkat
menghalang Danish dari melanggar perut dia, sementara tangan yang sebelah lagi
sedang mengendong Dania.
Tindakan reflek dari Ain itu menyebabkan Danish
terjatuh. Muka dia sudah tercebik mahu menangis. Semua yang ada di ruang itu
tampak tergamam dengan apa yang berlaku.
“What’s wrong with you Ain. Kalau
marahkan abang pun, jangan lah libatkan Danish. Dia nak pergi salam je kan. ”
Suara keras Fuadi mula bergema di ruang itu.
Ain yang
turut tergamam tadi bagaikan baru tersedar. Terus dia menunduk untuk
mendapatkan Danish yang jatuh di atas karpet tadi.
“Ya
Allah…Sorry Danish..”Rasa bersalah Ain pada Danish. Dania yang berada di
dukungan dia menyukarkan Ain untuk mendapatkan Danish.
“Danish
budak baik kan… Tak mau nangis-nangis. Auntie Ain tak sengaja tu.” Nasib baik
ummi meyelamatkan keadaan. Terus diangkat Danish dan diletakkan atas riba dia.
“Tak mau lah
kasar-kasar dengan auntie Ain. Nanti baby
dalam perut auntie Ain sakit.” Ummi memujuk Danish yang sedang menangis.
Hmm..nampaknya ummi dah bongkarkan rahsia Ain. Tak tahu lah ummi sedar atau
tidak apa yang dia tengah cakap.
“You’re pregnant?” Nampak terkejut Fuadi.
Tajam pandangan dia pada Ain. Sofea di sebelah turut sama tergamam. Tak tahu
kenapa, Ain rasa sebak tiba-tiba. Bukan itu reaksi yang dia mahu tengok dari
Fuadi.
“Baby?” Reaksi spontan dari Danish
mengembalikan fokus Ain pada ummi yang sedang memujuk Danish. Comel Ain rasakan
gelagat Danish. Dari banyak-banyak perkataan yang ummi cakap tadi, agaknya
perkataan ‘baby’ je yang dia dapat
tangkap.
“Haah. Baby. Danish nak baby? Sayang auntie Ain dulu.”
Danish
nampak teruja dengan perkataan baby.
Terus dia peluk erat tengkuk Ain dan menghadiahkan ciuman di pipi Ain.
Tersenyum senang Ain. Tak sabar rasanya nak merasai suasana sebegini dengan
anak dia sendiri nanti. Sempat ain memandang sekilas pada Sofea. Entah kenapa
Ain rasakan Sofea tidak menyenangi perlakuan Danish pada dia.
Mungkin
perasan dengan reaksi dari Sofea, Fuadi terus bangun mengambil Danish di atas
ribaan ummi.
“We have a lot to
discuss.” Sempat Fuadi berbisik pada Ain sebelum berlalu mengiringi Sofea
ke kereta. Ain dapat rasakan ada nada tak puas hati dari suara Fuadi. Kenapa
dia nak marahkan Ain pula sedangkan dia sendiri yang tak hiraukan Ain.
Terdengar
tombol pintu dipulas, Ain yang tadinya berdiri di tepi tingkap terus berlalu ke
arah katil. Sempat diseka air mata yang tadinya tumpah melihat kemesraan Fuadi
dengan Sofea di pintu pagar. Tadi, selepas je Fuadi berlalu menghantar
pemergian Sofea, Ain terus menyerahkan Dania pada ummi dan meminta diri untuk
naik ke bilik. Niat untuk mengambil tuala di tepi tingkap terbantut bila
terpandangkan kemesraan Sofea dan Fuadi melalui tingkap.
Fuadi yang
sudah masuk ke bilik melangkah perlahan kearah Ain. Kerusi di meja solek
ditarik dan diletakkan betul-betul di hadapan Ain. Sempat Fuadi melemparkan handphone ke katil sebelum dia duduk
melabuhkan punggung di kerusi. Lama dia pandang Ain. Tajam.
“Why?” Sepatah perkataan je keluar dari
mulut dia.
“Apa?” Tak jelas
Ain dengan soalan Fuadi. Banyak perkara yang perlu mereka bincangkan. Jadi Ain
tak tahu Fuadi maksudkan perkara yang mana satu sekarang.
“Kenapa tak
bagitahu abang yang Ain mengandung?” Nampak terkilan Fuadi.
“I’ve tried to tell you last night. Tapi abang yang tak mahu dengar.”
Perlahan suara Ain. Menahan sebak yang mula bertandang. Sekarang ini, emosi dia
pun mudah terganggu.
“Ain pun
nampak abang memang penat kan semalam. Takkan tak boleh bagitahu abang masa
lain.Tadi pun Ain call abang kan.
Kenapa tak bagitahu?” Kesal sangat nampaknya Fuadi.
“Ain tak nak
ganggu abang. Abang kan tengah runsing dengan Danish.” Ain nampak Fuadi meraup
muka dia meluahkan kekesalan dia.
“ Ya Allah
Ain. I’m sorry. I don't know you’re
pregnant.” Fuadi bangun dan berjalan ke arah tingkap. Lama dia melemparkan
pandangan ke luar. Seperti tengah runsingkan sesuatu.
“Why you’re seemed not happy with this?”
Pelik Ain dengan tingkah Fuadi. Takkanlah Fuadi tak bersedia lagi untuk dapat
anak. Kalau dilihatkan dari cara dia melayan Danish, nampak semuanya ok. Ataupun Fuadi takut kasih dia pada
Danish akan tergugat selepas ini. Kalau betul lah itu yang Fuadi runsingkan,
memang Ain tak dapat nak terima.
Fuadi
tersentak dengan soalan Ain. Terus dipusingkan badan menghadap ke arah Ain. Dia
lihat Ain tengah menyeka air mata sambil sebelah tangan kejap melekap di perut.
Sedar yang tingkah dia telah mengguris hati Ain, Fuadi melangkah mendekati Ain
sebelum menarik Ain ke dalam pelukan. Tangannya mengusap lembut ubun-ubun Ain.
“Of course I’m happy Ain. I’ll
become a father! This is what I’ve waited for. To have my own child.” Pujuk
Fuadi sambil mencium lembut ubun-ubun Ain.
Terasa damai
Ain dalam pelukan Fuadi. Dia dapat rasakan yang Fuadi masih menyembunyikan
sesuatu melihatkan dari tingkah Fuadi yang nampak sangat kerunsingan tadi. Tapi
dia tidak mahu memaksa. Mungkin Fuadi belum bersedia hendak berterus terang.
“I’m sorry.
Let’s pack our things. We’re going to Cameron. After Asar kita terus pergi.”
Terkejut Ain. Kenapa tiba-tiba?
“Eh, tadi
cakap tak jadi. Why so sudden?” Ain
meleraikan pelukan Fuadi di pinggang dia dan memandang tepat ke arah Fuadi.
“Tadi abang
ingatkan Danish still kena warded sampai petang ni.” Fuadi melabuhkan
punggung di atas katil. Hmm..Ain dah agak. Ain tak tahu sekarang dia patut
sedih atau gembira. Gembira sebab dapat jugak dia pergi Cameron dan sedih sebab
sekarang dia tahu yang dia kalah lagi dengan Danish. Maksudnya kalau Danish
masih kena warded, dia tak akan
berpeluang untuk pergi Cameron.
“Hmm..Ain
memang tak akan pernah menang kan dengan Danish dan Sofea.” Sebak Ain rasa.
“Ain…you’re my wife and I love you. Danish is my responsibility. Dalam situasi
semalam, of course abang akan
utamakan Danish because the situation was life threatening. Tak ada siapa yang menang siapa yang kalah.”
“You know what, bila lihat situasi
semalam, Ain terfikir. Kalau masa tu both
Danish and me,tengah dalam life
threatening situation,agaknya siapa abang akan utamakan.” Terasa kejam
pulak Ain bila membangkitkan soal Danish sekarang. Tapi, dia perlu tahu jawapan
Fuadi.
Lama Fuadi
pandang Ain. Seperti sedang memikirkan sesuatu. Mungkin tengah menyusun jawapan
supaya tidak mengguriskan hati Ain. Nampak teragak-agak dia.
“Ain. Please don’t make me choose. Abang akan
selalu berdoa pada Allah, supaya benda itu tak akan berlaku. So that I don’t have to choose. I don’t want
to loose you and I’ll be in deep regret if I have to loose Danish. Dah, jom
siap-siap.” Fuadi menyambar tuala di penyidai dan terus berlalu ke bilik air.
Ain sempat melihat Fuadi secara sembunyi menyeka air mata dia.
Ya Allah.
Rahsia apa yang Fuadi sembunyikan. Ain dapat rasakan yang Fuadi sedang
menanggung beban yang sangat besar tentang Danish. Ain menyeka air mata dia yang
turut sama mengalir membasahi pipi.
‘Situasi itu
dah berlaku semalam abang. Kita hampir kehilangan anak kita, dan jawapannya,
abang memilih Danish.’
Tapi Ain
tahu tak adil untuk dia salahkan Fuadi sebab suami dia itu tidak tahu keadaan
dia semalam. Ya, sama macam Fuadi. Ain juga tak mahu situasi itu berlaku.
Ain terus
bangun mengemaskan baju dia dan Fuadi untuk dibawa ke Cameron nanti. Biarlah
percutian ini dapat menghilangkan seketika segala kekusutan di hati dia dan
Fuadi. Percutian yang hanya ada dia dan Fuadi, tanpa kehadiran Danish dan
Sofea.