BAB 1
“Okay class, any questions?.” Beberapa orang
pelajar di barisan hadapan menggelengkan kepala. Ain yang dari tadi
tersengguk-sengguk menahan kantuk terus segar. Biasa la, bila dalam majlis
ilmu, syaitan memang suka begayut dekat kelopak mata. Cepat je datang
mengantuk. Ain terus mengejutkan Adah di sebelah yang masih lagi
tersengguk-sengguk.
“If there is no question, then class dismiss.”
Kata Dr. Hadi sambil melihat jam di tangannya. “Owh, we finished our class quit early today! So, you can have your
breakfast first before the clinic started.” Seloroh Dr hadi sambil tersenyum.
Beberapa orang classmates Ain di
barisan hadapan melayan seloroh Dr. Hadi. Sememangnya Dr. Hadi merupakan antara
lecturerkesayangan mereka. Bukan
mudah nak jumpa lecturer yang sporting dengan pelajar. Kebanyakan lecturer semuanya berperwatakan tegas.
Ialah, bila dah specialist yang
mengajar, takkan nak expect yang
sempoi je. Semestinya mereka harus ada ketegasan semasa mengajar lebih-lebih
lagi jurusan Ain ni antara jurusan klinikal.
“Adah, jom
breakfast. Hari ni patient aku datang
lambat sikit. Dia cakap dalam 9.15 baru dia sampai.” Ain terus mengemas alat
tulis yang berselerak di atas meja. Sambil itu Ain membelek handphone di tangan untuk memeriksa
kalau-kalau ada mesej yang masuk
sebab tadi Ain silent kan phone.
Takut kalau patient dia tiba-tiba
dapat datang awal pulak, tak sempat la nak breakfast.
“Jom la Ain.
Kebetulan kita pun tak sempat nak breakfast
tadi. Hari ni kau panggil siapa? Kita klinik perio kan hari ni?” Ain dengan
Adah terus berjalan menuju ke café
yang terletak di aras bawah bangunan.
“Haah, Perio.
Aku panggil ummi. Nak buat second perio
review. Ni last appointment dia
la. Dia cakap hari ni dia datang dengan anak dia. Tu yang lambat. Husband dia ada hal pagi ni. Tak dapat
nak hantar dia macam selalu”
“Owh.
Panggil mak mentua ke hari ni. Patut la happy
je muka. Eh, entah-entah husband kau
yang hantar dia hari ni kot.” Ain terus menepuk bahu Adah dengan buku di
tangan. Menyeringai Adah menahan sakit.
“Kau jangan
macam-macam eh. Dengar dekat classmates
kita yang lain kecoh pulak. Suka je usik aku. Lagipun mana kau tahu dia ada
anak lelaki. Dia mana pernah cerita pasal anak dia. Selalunya dia cerita pasal
cucu dia yang comel tu je”
“Alah. Mana
la tahu kan. Lagipun aku tengok ummi tu macam berkenan sangat dengan kau. Kau
pun aku tengok macam sweet je dengan
dia. Dah macam mak dengan anak je.” Tersengih-sengih Adah mengusik Ain.
“Hmm..ikut
suka kau la Adah. Malas aku nak layan. Jom beratur nak ambil makanan.” Usikan
Adah, Ain biarkan je. Dah lali. Lagipun Ain tahu tak ke manapun lawak Adah tu.
Depan-depan ummi pun Adah selamba je cakap macam tu. Nasib
baik ummi pun sporting. Dia senyum je tiap kali Adah usik mereka. Ain memang dah
biasa sangat dengan perangai Adah tu. Diaorang mula rapat sejak tahun satu
lagi. Dialah classmate yang pertama
Ain jumpa semasa hari pendaftaran untuk pelajar baru Fakulti Pergigian ni.
Kebetulan pula Adah jadi roommate Ain.
Sejak dari itu mereka mula rapat sampailah sekarang. Cepat je masa berlalu.
Sampailah sekarang mereka dah di tahun akhir.
Selesai makan, Ain menapak ke klinik
di bangunan bersebelahan. Ain biarkan Adah pergi dulu sebab Adah kena set-upkan cubicle mereka. Di sini, pelajar tahun klinikal (tahun 3,4 dan 5)
akan mula merawat patient di bawah penyeliaan pensyarah. Mereka dikehendaki
bekerja berdua dengan pasangan klinikal atau dalam bahasa professional mereka
panggil “four-handed”. Ain dan Adah
bekerja bersama sebagai “clinical partner”
dan mereka akan bergilir session.
Kalau Adah bawak patient, Ain akan jadi assistant
dia dan sebaliknya lah. So, hari ni turn Adah jadi assistant Ain.
Dari jauh Ain dah nampak ummi di
pintu utama klinik. Tadi ummi baru mesej
Ain yang dia dah sampai. Sebab tu la mereka cepat- cepat habiskan sarapan dan
Ain terus suruh Adah pergi siapkan tempat mereka di dalam klinik. Ain nampak
ummi tengah berborak dengan seorang lelaki. Mungkin anak dia. Hmm..nampaknya Adah
benar kali ni. Ummi memang ada anak lelaki. Baik Ain diam kan je. Kalau tak nanti
lagi suka dia menyakat Ain. Lelaki disebelah ummi berpakaian formal. Siap dengan kemeja tuck-in lagi. Cuma tak pakai tali leher
je. Mungkin dia terus nak pergi kerja. Rasa bersalah pula Ain sebab dia
terpaksa tunggu Ain. Mungkin dia nak cepat. Tapi Ain memang tak expectummi nak sampai awal sebab ummi
bagitahu dia sampai lambat sikit. Ni belum pukul 9 dah sampai. Tu yang Ain dan
Adah terkejut.
Perasan dengan kehadiran Ain, ummi
terus melambaikan tangan sambil tersenyum. Ain hanya tersenyum dan terus
mempercepatkan langkah. Lelaki di sebelah ummi terus berpaling ke arah Ain.
Tajam renungannya pada Ain. Sedikit berdebarAin bila perasan dengan renungan
lelaki itu. Raut wajah dia menunjukkan kematangan dan Ain agak umur dia mungkin
dalam awal 30-an. Ada iras ummi sikit jadi sah lah dia anak ummi. Ain lihat dia
terus berkalih menyatakan sesuatu kepada ummi , bersalam dan terus tergesa-gesa
meninggalkan tempat itu. Mungkin dia dah terlewat ke tempat kerja.
Sampai di situ, Ain terus bersalam
dengan ummi. Macam selalu,ummi terus memeluk Ain. Memang ummi sangat ramah
membuatkan sesiapa sahaja cepat senang dengan dia. Sebab tu lah dia suruh Adah
dan Ain panggil dia ummi. Masa awal-awal dulu memang segan. Lagipun nampak tak
professional bila panggil patient macam tu. Tapi itulah sifat ummi yang diaorang suka. Dia pandai membuatkan diaorang
rasa sampai dah tak ada jurang antara seorang doktor dengan pesakit apabila
mereka bersama.
“Assalamualaikum
ummi! Maaf ummi terpaksa tunggu Ain pulak.”
“Tak apa
Ain. Lagipun ummi yang sampai awal. Anak ummi tu tiba-tiba dapat call dari ward, ada kecemasan. Tu yang ummi sampai awal.” Sambil itu aku
terus mengiring ummi untuk naik ke klinik kami di tingkat atas.
Ward! Ain terdiam tiba-tiba. Takkanlah
anak ummi tadi tu doktor. Tapi memang pun lelaki tadi nampak gaya professional.
Habislah! Ain memang kena rahsiakan dari Adah.
“Haah dari ward.
Dia MO dekat hospital ni. Sepatutnya hari ni dia amik cuti sebab ada kerja nak
selesaikan sikit. Lagipun dia baru sampai rumah tadi lepas on call semalam. Belum sempat tukar baju terus dapat call.” Panjang
lebar ummi punya explaination. Ain
tak perasan pulak dia tersebut kuat pasal ward
tadi. Ain hanya tersenyum. Lagipun dia rasa tak ada perlunya dia bertanya
lebih-lebih pasal anak ummi tadi. Nanti takut ummi salah faham pulak.
Sampai
sahaja dalam klinik, Ain terus mencari kelibat Adah. Dia titak tahu cubicle mana yang Adah dapat untuk
mereka kali ini. Tiba-tiba ummi mencuit Ain dan menunjuk ke arah kanan. Oh
rupanya Adah dekat belakang. Tengah melambai dekat ummi.
“Hai,
nampaknya mata ummi lagi tajam dari mata Ain ni.” Ain berseleroh dengan ummi.
Ummi hanya
tersenyum. Sampai di cubicle mereka,
Ain terus meletakkan begnya di dalam almari.
“Adah,
tolong prepare ummi kejap. Aku nak inform doktor apa aku nak buat hari ni. Group kita dengan Doktor apa hari ni?” Studentmemang diwajibkan inform kepada lecturer dulu sebelum mereka memulakan
setiap procedure. Ain harap hari ni
mereka akan dapat lectureryang baik
la. Sebab ada sesetengah lecturer
yang lebih strict. Kalau dapat lecturer yang strict, memang susah la nak bagi lepas kerja student. Kena buat sampai diaorang puas hati. Memang bagus lecturer strict. Sebab mereka akan
pastikan kualiti kerja student. Tapi
akan memakan masa la. Tambah-tambah lagi kalau student tu panggil lebih dari seorang patientuntuk satu sesi. Memang kena buat kerja cepat dan mereka
kena confident yang mereka dah competent. Kalau tak memang tak sempat
nak siapkan semua patient. Alih-alih
ada patient yang terpaksa di suruh balik tanpa sempat nak buat apa-apa treatment pun. Sebab tu la pentingnya inform dekat lecturer dulu. At least kalau lecturer
tahu diorang bawak patient ramai, lecturer akan keep on track dekat masa diaorang.
“Untung kau.
Hari ni Dr. Faris jaga.” Adah terus menurunkan dental chair supaya ummi dapat naik dan duduk dengan selesa. Lega
Ain bila tahu Dr. Faris yang jaga group
diaorang. Dr.Faris memang linean
sikit. Jadi tak susah kalau buat kerja dengan dia.
“Awal pulak
ummi sampai tadi. Ain cakap sepatutnya ummi sampai lewat sikit.” Adah sudah
memulakan soal jawab dengan ummi. Ain yang baru selesai berjumpa dengan
Dr.Faris hanya memasang telinga je mendengar perbualan diaorang. Dalam hati
berharap takkan ada soalan maut dari Adah.
“Tulah. Ummi
pun tak sangka sebab tiba-tiba je anak ummi dapat call kecemasan dari ward”
Ain sudah
berdebar-debar. Memang habis la dia disakat Adah.
“Dapat call dari ward? Anak ummi tu Doktor eh?”
Adah dah pandang sinis dekat Ain.
“Haah! Dia
MO dekat hospital ni. Dia tu lah satu-satunya anak lelaki ummi. Yang lagi empat
orang semua perempuan. Nasib baik sorang je lelaki. Yang sorang ni pun pening
ummi nak pikir. Umur dah sesuai sangat nak kahwin. Tapi asyik ada je alasan
kalau ummi tanya. ”
Dush!!! Ain
rasakan macam ada batu besar yang menghempap kepala dia. Memang dia kena
tebalkan telinga nanti. Dia dah nampak dah muka Adah yang lain macam. Tersenyum
sinis je Adah pandang Ain.
“Owh. Maybe dia tak jumpa yang sesuai lagi
kot. Ataupun kalau susah sangat ummi carikan je la. Ni apa susah. Menantu
kesayangan ummi dah ada kat depan mata tu.”
Ain yang
faham tujuan kiasan Adah hanya mampu tersenyum. Lagipun dia dah pakai glove. Tak boleh nak sentuh barang
sesuka hati. Kalau tak memang dia dah bagi habuan dekat Adah,
“Ummi pun
memang terfikir macam tu Adah. Tunggu keputusan Ain je. Kalau Ain setuju memang
ummi hantar rombongan terus.”
Ain
tergamam. Lain macam pula ummi kali ini. Selalunya ummi senyum je kalau Adah
sakat.
“Ye la tu
ummi. Layankan sangat Adah ni. Ok ummi. Ain dah nak mula treatment ni. Umi pakai google
ni ye. Ain nak on kan lampu. Nanti silau mata ummi.
Dengan lafaz
Bismillah Ain memulakan treatment.
Tiada lagi perbualan santai antara mereka.