JODOH UNTUKKU
Bab 10
“Rindunya
papa dekat Danish.” Habis muka kanak-kanak yang dalam lingkungan umur 2 tahun
lebih itu digomol oleh Fuadi. Mengekek kegelian Danish. Memang nampak gembira
sangat mereka berdua.
“Mana mama?”
Danish berpaling ke belakang dan menunjuk kearah seorang perempuan muda yang
sedang tersenyum berjalan kearah mereka. Raut wajah perempuan bertudung itu
agak lembut. Penuh wajah keibuan. Entah kenapa tiba-tiba Ain rasakan perasaan
cemburu mula meresap dalam diri dia.
“Assalamualaikum,
abang. Apa khabar?” Lembut sapaan perempuan itu pada suaminya.
Abang! Apa
hubungan mereka. Melihatkan pandangan perempuan itu pada suaminya, Ain dapat
rasakan ada sesuatu antara mereka.
“Waalaikummussalam.
What are you doing here? Tak bagitahu
abang pun.” Tersenyum Fuadi menjawab sapaan perempuan itu. Fuadi yang sebelum
ini agak susah untuk menegur perempuan tampak agak selesa apabila berhadapan
dengan perempuan itu.
“Of course nak holiday. I know you will be
here this weekend. Tu yang Sofea bawak Danish datang sini. Saja nak surprisekan abang.”
Rancak
mereka berbual, langsung tak hiraukan Ain. Fuadi seolah sudah terlupa kehadiran
Ain di situ.
“Eh, abang.
Ni siapa?” Setelah beberapa ketika baru perempuan itu bertanyakan pasal Ain.
Mungkin tadi dia agak Ain hanya kebetulan lalu di situ, tidak ada kena mengena
langsung dengan Fuadi. Tapi setelah beberapa ketika Ain di situ, memerhatikan
mereka, dia baru tersedar yang Ain mungkin sedang menunggu Fuadi.
“Oh …Errr..Kenalkan,
this is my wife, Ain.” Teragak-agak
Fuadi memperkenalkan Ain. Macam keberatan.
“Ain..Ini
Sofea, kawan abang masa abang kerja dekat Sabah dulu.” Ain menghulurkan tangan
untuk bersalam. Nampak keberatan Sofea hendak menyambut salam Ain. Riak
terkejut jelas di muka dia.
“Wife? Biar betul? Since when? Abang tak informSofea
pun.” Bertalu-talu soalan dari Sofea. Riak kecewa jelas kelihatan di muka.
“Dalam dua
bulan lebih dah kitaorang kahwin. Abang memang tak heboh sangat sebab majlis
kahwin insyaAllah bulan 12 nanti. Kitaorang baru akad nikah je.”
“Owh..Patutlah
dah jarang jenguk Danish kebelakangan ni. Kesian dia. Asyik tanyakan mana papa
dia je. By the way, tahniah la untuk both of you.” Senyuman terpaksa Sofea
lemparkan pada Ain.
“Aloloo..
Kesian Danish. Rindu papa ye?” Fuadi mula mengangkat Danish ke dalam dukungan
dia.
“Papa, nak
beli mainan!” Kedengaran suara kecil itu. Manja je dengan Fuadi.
“Danish. Jom
balik. Dah malam. Lain kali kita beli mainan ye. Kesian papa penat.” Pujuk
Sofea yang nampak agak serba salah bila mendengarkan permintaan anak dia.
“Eh tak apa.
Jom kita pergi beli mainan. Kesian Danish. Dah lama papa tak beli mainan ye.”
Agak
kehairanan Ain bila melihat hubungan Fuadi dengan Danish dan of course dengan mama dia sekali. Mana
papa Danish? Tapi Ain rasakan tidak
wajar untuk dia terus menyoal di situ. Tak apa, dia ada banyak masa lagi untuk
bersoal jawab dengan suaminya. Dia tidak mahu terus membuat andaian sendiri
yang mungkin akan lebih menyakitkan hati dia.
“Err..Ain
boleh balik bilik sorang dulu? Abang nak belikan mainan Danish kejap. Nanti
kejap lagi abang balik bilik.”
Pelik Ain
dengan permintaan suaminya. Apa salahnya kalau dia ikut sekali. Tapi bila
memikirkan yang mungkin ada hal yang hendak suaminya bincangkan dengan Sofea,
Ain terpaksa mengalah.
“Okay… Kalau
macam tu Ain pergi dulu. Bye.” Sempat Ain mencubit muka Danish yang comel.
Memang kuat tersenyum Danish. Kena cubit pipi pun boleh gelak lagi.
Ain sempat menoleh ke belakang. Melihat suaminya yang mula
bergerak meninggalkan tempat itu. Tak tahu Ain nak gambarkan perasaan dia bila
melihat mereka bertiga tengah bergelak ketawa. Macam satu keluarga yang
bahagia. Hati perempuan Ain mula terusik.
Jarum jam
sudah melewati pukul 12 tengah malam. Bayang tubuh Fuadi masih tidak kelihatan.
Sampai sahaja ke bilik tadi, Ain cuba untuk melelapkan mata. Tapi bayangan
kemesraan suaminya dengan Sofea asyik menganggu, membantutkan niat Ain untuk
tidur.
Bunyi pintu
dibuka melegakan Ain. Akhirnya pulang juga Fuadi.
“Lamanya
abang dekat luar?” Tegur Ain perlahan.
“Eh, tak
tidur lagi Ain?” Sangka Fuadi Ain sudah lena dibuai mimpi.
“Tak
mengantuk. Mungkin sebab banyak tidur petang tadi kot.” Ain beralasan. Takkan
dia hendak bagitahu Fuadi yang hatinya tidak tenang kerana asyik terfikirkan
pasal Sofea je.
“Ye ke?
Kenapa abang rasa macam Ain tunggu abang balik je? Why? Cemburu eh?”Senyuman leret terukir di bibir Fuadi pada Ain
yang tengah menyandar di kepala katil, sambil dia terus melabuhkan punggung di
atas katil. Itu dia Fuadi. Memang selalu bijak menebak hati Ain.
“You better clear out your mind. There’s
nothing between us. Nanti buat sakit hati je nak pendam perasaan. Tadi
Danish merengek tak nak lepaskan abang. Tu yang abang tunggu sampai dia tidur
kat bawah. Lepas je dia tidur, Sofea terus bawak Danish naik bilik.” Panjang
lebar penerangan suaminya.
“Where’s the father?”
“Father? Ain
dengar kan Danish panggil abang ‘papa’ tadi. So, of course I’m the father.” Terkedu Ain mendengar jawapan
suaminya.
“It’s
not funny abang.” Kencang rentak jantung Ain mendengarkan jawapan suaminya.
Senyum lemah
Fuadi lemparkan pada Ain.
“Hmm… Dah
malam Ain. It’s time to rest. Cukuplah
untuk Ain tahu yang walaupun Danish tu not my biological son, I really do love him.
We will talk about this later.” Fuadi terus bangun masuk ke bilik air.
Tampak tidak berminat untuk meneruskan perbalan.
Tiada apa lagi yang mampu Ain katakan. Biarpun memang banyak
lagi persoalan yang tidak terjawab, Ain akur yang malam itu bukan masa yang
sesuai untuk merungkai segalanya. Tapi entah kenapa, bila melihatkan tingkah
Fuadi itu, Ain dapat rasakan bahagia yang dia rasakan sekarang akan mula
hilang. Malam itu berlalu dengan seribu satu persoalan di benak fikiran Ain.
Pagi ini,
mereka solat subuh berjemaah. Selesai solat, Ain lihat suaminya duduk di sofa.
Nampak macam dia tidak berminat untuk sambung tidur. Ain rasa ini masa yang
sesuai untuk mereka berbincang. Punggung Ain labuhkan bersebelahan dengan
suaminya.
“Abang, can we have a talk?” Perlahan Ain
bertanya. Tak dapat nak agak lagi mood suaminya pagi ini.
“About what?” Tanya Fuadi tanpa memandang
Ain. Masih leka dengan handset di tangan.
“I’m sure you know what I mean.” Tegas suara Ain sambil memandang
suaminya.
Fuadi
meletakkan handset di atas meja kecil
bersebelahan sofa dan terus memandang Ain.
“Okay. What do you want to know?” Ain
tidak dapat nak tebak apa perasaan Fuadi sekarang. Tiada nada marah pada
suaranya.
“Siapa
Danish pada abang and who’s his
biological father?” Mendengar soalan Ain, riak Fuadi yang tadinya tenang
terus berubah mendung. Seakan sedang menaggung masalah yang berat.
“His father had already dead. 2 years
ago, in a car accident. And, he’s my bestfriend. Masa tu Danish baru 5 bulan. Dia
amanahkan Danish pada abang and guess what,
I really do love Danish. Like my real son.” Sayu suara suaminya.
Rasa simpati
tumpah pada nasib Sofea dengan Danisgh. Tak dapat dia bayangkan macam mana
susah bergelar ibu tunggal dalam usia muda. Tapi Ain pelik, kenapa dia
amanahkan pada suaminya. Takkan la mereka tak ada ahli keluarga yang lain.
“Mana ahli
keluarga diaorang yang lain?”
“Both Hakim and Sofea, diaorang dah anak
yatim. Yang ada pun saudara jauh je.”
“Habis
selama ni macam mana abang tengokkan Danish? Kenapa Ain tak pernah tahu pun
sebelum ni?”
“Masa abang
kat Sabah, abang dengan Sofea tinggal tinggal berjiran. Danish memang membesar
depan mata abang and I become his father.
Lepas abang dah pindah Kelantan, abang akan jenguk diaorang dekat Sabah like every 2 months.”
“Kenapa sebelum
ni abang tak kahwin je dengan Sofea? Kan
lebih senang nak jaga Danish.” Ain tidak tahu kenapa soalan itu tiba-tiba laju
je keluar dari mulut Ain.
“Hmm..because she really do love her late
husband.” Ringkas
jawapan Fuadi.Tapi tidak tahu kenapa Ain rasakan ada sesuatu yang tersirat dalam
jawapan suaminya.
“Eh, dah
pukul 7.30. Ain, pagi ni abang dah janji nak bawa Danish keluar jalan-jalan.
Abang makan pagi dengan diaorang. Ain bolehkan breakfast sorang-sorang. Nanti Ain ikutlah Anis pergi jalan. Abang
dah text Faliq tadi bagitahu yang Ain
akan join diaorang.”
Terkedu Ain.
Keluar dengan Danish maksudnya keluar dengan Sofea sekali.
“Habis,
macam mana dengan our honeymoon?”
Perlahan suara Ain menahan rasa di hati.
“Please Ain! Sepanjang kita kahwin, abang
dah abaikan Danish. So, abang nak tebus balik salah abang tu. Please be considerate. Malam ni kan kita
akan dinner sekali untuk majlis reunion tu. So, let me spend my time with Danish sepanjang hari ni.” Sedikit
tertekan nada suara Fuadi.
“Abang kan
boleh je bawak Ain ikut sekali.” Ain tak faham kenapa Fuadi macam nak
pinggirkan dia.
“Bagi
Danish, abang ni papa dia, dan Sofea tu mama dia. Mesti dia tak boleh terima
kalau ada perempuan lain dekat dengan papa dia. Lagipun today is the last day
diaorang dekat sini. Bila diorang balik Sabah nanti dah susah nak jumpa.” Habis
berkata-kata, Fuadi terus ke bilik air untuk bersiap-siap.
But, I’m your wife, and hari ni pun
hari last kita kat sini abang.
Kata-kata
itu hanya mampu terluah di hati Ain. Harapan dia untuk menikmati percutian yang
tenang di Pulau Langkawi sudah terkubur. Apa guna dia di sini, kalau akhirnya
dia terpaksa berseorangan jugak. Tiba-tiba Ain rasakan dia sudah membuat
keputusan yang salah bila bersetuju untuk mengikut Fuadi datang ke sini. Kalau
dia tak ikut, paling tidak hati dia tidak akan sakit menahan cemburu bila
melihat tingkah Fuadi sekarang ini.