Bab 13
Penat
sungguh Ain rasakan setelah seharian keluar dengan ummi menguruskan pasal
majlis persandingan nanti. Kebanyakannya sudah diuruskan oleh mama dan ummi.
Mereka memang tak mahu menyusahkan Ain dan fuadi yang memang tengah sibuk.
Lega Ain.
Tinggal pasal barang hantaran je. Ummi cadangkan Ain dan fuadi keluar sendiri untuk cari
barang hantaran mereka nanti. Nantilah dia cari masa untuk ajak Fuadi keluar.
Yang pasti bukan dalam masa terdekat ini memandangkan hubungan Ain dan Fuadi yang
tidak berapa baik sekarang ini.
Ain pandang
sepi sekelilling bilik Fuadi. Mula rindukan kehadiran suaminya. Teringat Ain
perbualan telefon dia dengan Fuadi semalam. Tak sangka yang kehadiran dia
menjadi beban untuk Fuadi sekarang. Menitis lagi air mata Ain bila mengingatkan
perkara itu.
Baiklah. Ain
sudah menanam tekad. Dia tak mahu lagi ambil kisah tentang Sofea dan Danish
selagi Fuadi juga boleh beriak biasa dengan dia. Ain mula membaringkan badannya
di katil. Pagi esok dia nak pergi rumah mama sekejap sebelum balik ke hostel.
Badan yang kepenatan membuatkan mata Ain begitu mudah terlelap.
Merasakan
ada tangan yang kemas melingkari pinggangnya mengejutkan Ain dari lena. Terus
dipusingkan badannya kearah ‘tuan’ tangan tersebut.
“Abang.” Terkejut
Ain bila melihat Fuadi yang sedang senyum memandangnya. Biar betul! Bukan ke
lusa baru Fuadi pulang dari Sabah.
“Sorry. I’ve waked you up. Sambunglah
tidur balik. Abang pun penat ni.” Lembut suara Fuadi sambil mengemaskan pelukan
di pinggang Ain.
Terasa
tenang hati Ain dengan kehadiran suaminya. Suara Fuadi seperti mengulit Ain
untuk lena. Cepat je lena Ain datang kembali.
Terjaga pagi
itu, terus terukir senyuman di bibir Ain bila mengingatkan mimpi dia tentang
kepulangan suaminya semalam. Tapi bila mengingatkan yang semua itu mustahil,
terus mati senyuman Ain. Bergegas Ain bangun untuk mandi dan menunaikan solat
subuh memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi.
Turun sahaja
ke dapur, Ain lihat sarapan semua sudah tersedia di atas meja.
“Eh, Ain
awalnya turun.” Sapa ummi yang ketika itu sedang meletakkan teko the di atas
meja.
“Apa yang
awalnya ummi. Tengok dah siap semua ummi masak. Ain baru ingat nak tolong
ummi.” Tersenyum malu Ain dengan ummi.
“Tak ada apa
sangat lah Ain. Mee goreng dengan kuih je. Lagipun memang saja ummi masak awal
sebab ingatkan Ain yang nak balik rumah mama pagi ni.”
“Alah ummi
ni. Tak payah susah untuk Ain.” Ain mengambil pinggan di rak untuk disusun di
atas meja.
“Hah Ain,
pukul berapa Adi sampai malam tadi? Terkejut ummi bila nampak dia turun hendak
ke surau pagi tadi.” Soalan ummi yang tiba-tiba mengejutkan Ain. Maksudnya
semalam dia memang tidak bermimpi. Tapi kenapa Fuadi tak kejutkan Ain pagi tadi? Berlegar
persoalan itu dalam kepala Ain.
“Ain pun tak
pasti pukul berapa ummi. Sebab bila Ain tersedar semalam, dia dah ada sebelah
Ain. Tak ingat pula nak tengok jam pukul berapa masa tu.” Teringatkan kata-kata
Fuadi dalam telefon malam itu, berdebar Ain rasakan bila memikirkan apa reaksi
Fuadi padanya nanti. Tapi dalam masa yang sama,rasa rindu yang mula hadir membuatkan
Ain tidak sabar menunggu suaminya pulang dari masjid.
“Assalamualaikum.”
Kehadiran ayah yang baru balik dari surau mematikan perbualan mereka.
“Waalaikummussalam,
lambatnya balik dari surau. Dah pukul 7.45.” Sapa ummi pada ayah yang terus
duduk di meja makan.
“Nasir
panggil orang buat cukur jambul anak dia tadi. Habis je solat, semua pakat pegi
rumah dia. Tu yang lambat. Ni pun kira awal abang balik ni. Sebab terus balik
masa orang tengah makan tadi.” Panjang lebar penerangan ayah. Memang selalu je
orang buat cukur jambul pagi-pagi. Dekat kampung Ain pun sama.
“Abang Fuadi
mana ayah? Dia tak balik sekali ke?” Tanya Ain tiba-tiba. Sebab tak ada pun
nampak bayang suami dia dari tadi.
“Oh suami
kamu makan kat sana. Dia suruh ayah balik dulu. Memang lambat lagi la dia balik
rasanya sebab nampak tengah rancak dia berborak dengan Akmal tadi.”
“Hmm..Kalau
borak dengan Akmal, memang lambat lagi lah jawabnya dia balik. Mari kita makan
dulu lah Ain. Kan lambat pulak kamu nak balik rumah mama kamu nanti.” Ummi
sudah duduk di sebelah ayah dan mula menyendukkan makanan ke dalam pinggan
ayah.
Kecewa Ain
rasakan. Macam tak sempat je dia nak tunggu Fuadi balik. Selesai je sarapan ni,
dia kena terus pergi ke rumah mama. Sebab
dah janji dengan mama nak teman dia pergi kenduri rumah sedara. Dalam
terpaksa, Ain terus duduk di kerusi dia. Turut sama memulakan sarapan pagi dia.
“Kalau abang
lambat balik, nampaknya tak sempat la Ain nak tunggu dia. Sebab Ain dah janji
dengan mama nak pergi kenduri rumah sedara dekat Gua Musang pagi ni. Tak boleh
nak lambat sebab jauh nak pergi kenduri ni.”
“Tak apa.
Ain pergi je lah lepas ni. Nanti ummi bagitahu Adi. Lagipun siapa suruh dia
balik lambat. Alah, apa nak risau, lepas-lepas ni boleh jumpa je kan. Ke dah
rindu sangat dengan suami kamu tu?” Sempat lagi ummi mengusik Ain.
Selesai
sahaja sarapan, kelibat Fuadi masih tak kelihatan. Ain tak boleh tunggu lagi
sebab dia dah lambat. Bergegas dia mengemaskan barang dan bersalam dengan ummi
dan ayah sebelum bergerak menuju ke rumah mama.
__________________________________________________________________________
Ain baru je
sampai di rumah mama bila tiba-tiba dia mendapat panggilan dari suaminya.
Berdebar Ain nak jawab call. Fuadi marahkan dia ke?
“Assalamualaikum.”
Ain yang lebih dahulu memberi salam.
“Waalaikummussalam.
Dekat mana ni?” Suara Fuadi biasa je. Lega Ain.
“Baru sampai
rumah mama?”
“Tak inform
abang pun nak pergi rumah mama. Why you
didn’t wait for me? Saje nak larikan diri dari abang ke?” Tak ada nada
marah dalam suara suaminya. Lebih kepada ingin tahu.
“Eh tak lah.
Ain memang dah janji dengan mama pagi ni nak pergi kenduri. Lagipun Ain tak
tahu abang nak balik semalam.”
“Kalau macam
tu baguslah. Ingatkan Ain tengah merajuk.” Sedikit lega kedengaran suara
suaminya.
“Merajuk tu
tak lah. Terasa hati mungkin kot.” Perlahan suara Ain menahan sebak bila
mengingatkan balik kata-kata Fuadi malam itu.
“Ain, apa
yang abang cakap malam tu, I really
didn’t mean it. We need to talk. When can
I meet you? Tonight?” Walaupun ada kesungguhan dalam kata-kata suaminya,
Ain masih tak mampu menarik nafas lega. Ya. Mereka perlu berbincang.
“Ain tak sure malam ni sempat ke tak. Ain takut
balik lambat. Kalau balik lambat Ain tidur rumah mama. Pagi esok terus pergi
kelas dari rumah mama.”
“Hmm..If that’s so, kita jumpa malam esok je
lah. Lagipun Ain mesti penat balik dari kenduri nanti. Jauhkan. Malam esok
abang ambik Ain dekat hostel.”
“Ok. But, can you promise me one thing?”
“Okay. What?” Ringkas balasan Fuadi.
“Promise me that we will have a really good talk. No
more your ‘sinikal’ words.” Tegas
suara Ain. Dia tak mahu perbincangan itu hanya akan menambah rasa pedih di hati
dia.
“For this time, I really can promise you that
it will be a really good discussion. Okay. I think it’s enough for now. Just
take care. See you tomorrow.”
Tak sabar Ain nak menunggu malam esok. Nak menghilangkan
semua kekusutan di hati biar tenang sikit hati dia.
“So where are we going tonight?” Tanya
Fuadi sambil tersenyum bila Ain duduk sahaja di tempat duduk penumpang. Selesai
sahaja dia solat Isyak tadi, Fuadi terus mesej
bagitahu yang dia dah sampai kat bawah. Malam ini, mereka akan berbincang
tentang masalah mereka.
“Abang bagi
Ain pilih ke?”
“Hai,
buat-buat tanya pulak. Tarik balik kang?’ Tersenyum Ain. Bukan selalu dia boleh
membuat pilihan tempat makan mereka.
“Hmm..Ain
rasa macam nak makan steamboat. Tapi macam tak sesuai pulak sebab we’re gonna to have our discussion. Kenny’s
roger?”
“Okay.
Should be fine.” Fuadi terus memasukkan gear untuk memulakan pemanduan.
Sampai
sahaja di Kenny’s, mereka terus memilih ruang makan yang agak tersorok sedikit
untuk memudahkan perbincangan mereka. Nasib baik tak ramai orang malam itu.
Jadi senang mereka nak memilih tempat duduk.
Selesai
sahaja membuat pesanan, Ain terus memandang suaminya. Memang dia tak boleh
nafikan yang dia sebenarnya memang sangat rindukan suaminya. Lama mereka saling
berbalas pandangan. Fuadi menaikkan kening pada Ain.
“Why? Do you miss me?”Sengaja Fuadi mengusik
Ain sambil melemparkan senyuman sinis.
“Tak lah.”
Rasa kebas di muka kerana menahan malu apabila perasaannya dapat ditebak Fuadi.
“You’re blushing. So, that means you really
do miss me. Tu lah.
Siapa suruh merajuk lama-lama.” Terus dia melepaskan ketawa perlahan.
“Mana ada
Ain merajuk.”
“Habis yang
nak jauhkan diri dari abang lepas balik Langkawi tu bukan merajuk ke.”
“Ain just tak call abang je. Kalau Ain tak call,
abang tu pun tak boleh ke nak call
Ain dulu?”
“Abang saja
malas nak call. Sebab tak nak layan
orang merajuk. Rindu pun, tahan je lah.” Ayat terakhir Fuadi membuatkan Ain
tersenyum sendiri. Nampaknya, Fuadi pun turut rindukan dia.
“Owh.. rindu
jugak kat Ain. Ingatkan dah tak ingat.” Saja Ain menyindir.
“Hmmm..
Cakaplah Ain nak cakap apa pun. Abang bukannya jenis mudah blushing kalau kena sakat. Bukan macam Ain.”
Perbualan
mereka terhenti sekejap bila pelayan datang membawa makanan mereka.
“Okay.So, can we talk about Danish
now? Lepas tu baru
lah kita boleh makan dengan tenang.” Suara Fuadi yang tadinya ceria terus
bertukar serius bila dia mula menyebut perihal Danish.
“Ain dah
fikirkan pasal tu. I think for now I’ll
just follow your suggestion. I’ll pretend that l’ve never knew about them.”
Perlahan suara. Terpaksa bersetuju sebab dia memang dah tak nampak cara lain
buat masa ni.
“Ain. I’m really sorry about this. Ain
bagitahu je abang, what should I do to
help you with this.”
“Hmmm…please don’t ever mention their names
in front of me. Don’t ever talk about them in front of me, and please, whenever
you’re going to Sabah, please inform me. Ain tak akan tanya lebih, cukup
abang cakap nak pergi Sabah, Ain dah faham.”
“Okay, I promise. But, please Ain. Just bare
with me now. It’s hard for all of us. One
thing you must know, I really do love you. You are my wife, my responsibility.
Ain bukannya beban pada abang. It’s
really my bad for saying such nonsense thing. I’m really sorry.” Tangan Ain
digenggam kemas.
Pertama kali
suaminya berterus-terang tentang perasannya pada Ain. Gembira sangat Ain rasakan.
Air mata yang mula mengalir cepat-cepat diseka. Tak mahu menjadi perhatian
orang sekeliling.
“Jiwang
abang malam ni.” Tak sangka Ain yang Fuadi boleh menjadi sangat lembut malam
ni.
“That’s one side of me yang Ain tak tahu
sangat lagi. So, dah cukup la kot
sesi jiwang ni. Jom lah makan. Kan lambat pulak Ain masuk hostel. Abang tak
kisah kalau Ain kena tahan pak guard
sebab balik lambat. Senang abang terus bawak Ain balik rumah ummi.” Sempat lagi
Fuadi melemparkan senyuman nakal pada Ain.
Gembira Ain bila
terlerai sedikit kekusutan malam itu. Ain tahu, memang masih tidak ada
penyelesaian untuk masalah Danish dan Sofea.Tapi sekurang-kurangnya buat masa
ini, biarlah keadaannya begini dahulu. Ain hanya mahu cepat-cepat menghabiskan
pengajian dia sekarang. Barulah boleh dia fikir masalah ini.