BAB 4
Sampai
sahaja di dapur, Ain terus mencapai gelas dan menuang air masak ke dalamnya.
Harapnya dapatlah dia hilangkan debaran yang masih tak hilang lagi dalam
hatinya.
“Hah, Ain.
Mana kamu tinggalkan suami kamu. Selalunya orang baru kahwin ni asyik nak
melekat sekali je.” Tu dia datang dah suara kepoh Kak Cik. Dalam adik beradik
Ain, Kak Cik lah yang paling ramah. Terlebih ramah lebih sesuai rasanya.
“Owh. Kak
Cik ni cakap ikut pengalaman la kan. Sekarang dah lama kahwin dah tak nak duduk
dekat-dekat Abang Cik kan.” Fiza, adik bongsu Ain yang kebetulan masuk ke dapur
terus menyampuk.
Kak Cik
terus mencubit Fisa. “ Eh, budak ni kan. Jangan menyampuk orang tua tengah
cakap.” Menyeringai Fiza menahan sakit. Macam tu lah adik beradik Ain. Gurauan
memang menjadi makanan dalam hubungan mereka.
“Ish Kak Cik
ni. Ada je nak usik Ain. Abang Fuadi ada je dekat depan tu kot.” Ain sendiri
pun tak pasti sebenarnya Fuadi dekat mana. Tadi lepas je turun dari kereta, Ain
terus datang ke dapur. Dia tak sanggup duduk lama-lama dekat depan sebab tak
mahu diusik oleh saudara mereka. Tapi tak sangka la pulak dekat dapur pun dia
kena usik.
“Kot! Biar
betul kamu ni. Boleh kamu tinggalkan Abang Fuadi macam tu je. Dia bukan biasa
lagi dekat saudara kita semua.”
Memang adik
beradik Ain semua panggil suaminya abang Fuadi. Ini sebagai tanda hormat sebab
Fuadi yang lebih tua dari mereka semua kecuali Along.
“ Kejap lagi
Ain keluar la. Alah, apa nak segan, keluarga dia pun ada ramai lagi dekat
depan.”
Pandai je
Ain menjawab. Dia pun sebenarnya tak nak ditinggalkan seorang untuk melayan
tetamu bila kenduri mereka dekat belah keluarga lelaki nanti.
Abang Cik
yang masuk ke dapur mendukung anak dia yang sedang menangis menamatkan
perbualan aku dengan Kak Cik.
“Kenapa anak
mama ni.” Kak Cik terus mengambil anaknya yang sedang menangis.
“Tak
tahulah. Asyik meragam je ni. Dah mengantuk rasanya.” Abang Cik terus mengambil
botol susu anaknya di atas meja untuk membancuh susu yang baru.
“Hah, Ain.
Lupa pulak nak cakap. Mama cari Ain tadi. Dia suruh Ain pergi makan sekali
dengan diaorang dekat luar.”
“Oh, ok. Thanks.” Ain terus bangun membancuh
cawannya. Lagipun tak manis dia rasa apabila duduk lama sangat dekat dapur dan
membiarkan tetamu di luar.
Ain
tersenyum menyapa tetamu di bawah khemah. Sambil tu dia mencari kelibat Adah.
Kesian pulak biarkan Adah seorang diri. Lega Ain bila ternampak Adah yang
tengah berborak dengan ummi. Nampaknya mereka sudah siap menjamah hidangan.
“Hah datang
pun pengantin sorang ni. Lamanya menghilang. Nak cakap masuk bilik, takkan lah
masuk sorang kot. Pengantin lelaki ada dekat luar ni.” Hish, Adah ni kan. Ada
je modal dia nak kenakan Ain.
Selang dua
buah dari meja mereka, Ain nampak Fuadi tengah berborak dengan beberapa ahli
rombongan dari pihak lelaki yang Ain tak berapa kenal. Mungkin kawan-kawan dia.
Bila terperasankan Ain yang sedang memandangnya, terus dia bagi senyuman
membunuh pada Ain. Ain yang terkejut terus berkalih memberi fokus pada perbualan
ummi dengan Adah.
“ Tak ke
mananya Dr. Fuadi tu Ain. Nasib baik la ummi bagi diaorang ni kahwin cepat.
Kuat sangat tarikannya tu.”
“Apa-apalah
Adah. Macam biasalah, malas nak layan kau. Ummi dah siap makan ke?”
“ Dah. Ummi
dan Ayah dan siap makan dah. Kitaorang makan sekali dengan parent Ain tadi. Ummi
tengah tunggu mama kamu bungkuskan lauk. Kejap lagi dah nak gerak balik.”
“Eh, dah nak
balik ke ummi. Cepatnya.”
“Haah. Apa
yang cepatnya. Dah nak masuk tengah hari ni Ain. Lagipun kejap lagi nak bawa Mak
Uda kamu pergi round Bandar KB. Dia
cakap nak cari barang sikit. Ye la, jarang-jarang je datang KB. Tak payah risau
Ain. Fuadi kamu tu ada lagi. Ummi pun rasa dia tak nak balik lagi. Ye la. Tak
puas lagi nak bermanja dengan kamu. Malam ni pulak kerja.”
Tu dia. Ummi
pun join jugak geng nak menyakat Ain. Yang Ain peliknya, Fuadi takde la pulak
kena sakat teruk macam Ain kena sekarang. Mungkin sebab orang respectdengan dia. Ataupun sebab Ain
yang terlebih sensitif kot.
“Tengok.
Ummi pun dah join sekali dengan
diaorang nak menyakat Ain.” Ain dah mula terasa sedih sebab dah tahan nak
terima usikan.
“Pengantin
baru memang akan asyik kena usik Ain. Tambah –tambah kalau pengantinnya
malu-malu macam Ain ni. Ain kena kuat tau. Ni baru usikan dari kami. Kalau yang
ni pun dah tahan, habislah Ain kena dengan Fuadi nanti. Dia tu ummi tahu.
Memang kerjanya menyakat orang je.”
Ain hanya
tersenyum kelat. Ya. Memang betul cakap ummi. Kalau kena sakat dengan Fuadi
nanti memang makin teruk la Ain.
“Dah lah
Ain. Tak payah nak runsing. Apapun, kamu berdua dah jadi suami isteri.
Belajarlah biasakan diri masing-masing. Ummi bersyukur sangat Ain tengok korang
berdua dah kahwin.Ummi harap Ain dapat sabar dengan perangai Fuadi. Dia memang
nampak tegas, tapi bila dia dah diamanahkan sesuatu, dia memang sangat
bertanggungjawab. Ain sekarang dah jadi amanah dia.”
Panjang
lebar pesanan ummi. Ain sedar semua tu. Bila terlafaznya akad tadi, dia pun
sudah menanamkan dalam dirinya, cintanya hanya untuk Fuadi.”
“InsyaAllah, ummi.” Itu je yang dapat Ain ucapkan.
Kereta ummi
dan ayah yang paling akhir meniggalkan perkarangan rumah Ain. Cuma Fuadi yang
masih tinggal. Dia akan terus pergi ke USM dari rumah Ain petang nanti.
“Fuadi, Ain.
Kamu berdua pergilah makan. Dari tadi tak makan lagi kan. Asyik melayan tetamu
je. Abah nak pegi solat zohor dulu. Nanti orang dah start datang untuk rumah terbuka kejap lagi susah pulak.”
Abah dan
mama meninggalkan mereka dan terus naik ke atas rumah untuk solat.
“Ain,
pergilah amik makanan dulu. Panas ni. Abang nak pegi amik beg baju dekat kereta
kejap.”
Ain hanya
memandang Fuadi yang mula melangkah menuju ke kereta.Cuaca yang panas
membuatkan Ain bergegas menuju ke bawah khemah. Ain terus menyenduk nasi dan
lauk ke dalam pinggan untuk dia dan Fuadi sekali. Selesai sahaja mengisi air ke
dalam cawan, Ain nampak Fuadi sudah bersedia duduk di meja makan. Beg pakaian
diletakkan atas kerusi bersebelahan.
“Good job wifey. 5 stars for this …”Kata
Fuadi sambil menunjukkan tangan pada makanan di atas meja. Okaysedia Ain. Dah
nampak tanda-tanda provokasi dari Fuadi.
“Tapi next time jangan letak banyak sangat
sambal ayam ni ye. Abang tak berapa suka sambal ayam masak merah.”
“Oh. Sorry, Ain tak tahu pulak. Kalau abang
tak nak, boleh je bagi dekat Ain.”
“It’s okay. I’ll just eat it.”
Fuadi
tersenyum memandang Ain sambil menunjukkan dua tangannya. Faham dengan isyarat
itu, Ain terus menadah tangan mengaminkan doa makan yang dibacakan Fuadi.
Mereka makan
dengan tenang. Perut yang kosong tanpa diisi dengan sebarang makanan sejak pagi
membuatkan mereka berdua makan dengan berselera. Ain rasakan yang dia sudah mula
selesa dengan Fuadi. Walau belum pun cukup sehari mereka bergelar suami isteri,
sudah banyak sisi diri Fuadi yang dia dapat lihat.”
Selesai
makan, Ain dan Fuadi beriringan menuju ke bilik untuk menunaikan solat zohor.
Masuk sahaja dalam bilik, Fuadi terus menuju ke katil dan melemparkan badan
berbaring atas katil.
“Ain,
pergilah masuk bilik air dulu. Nanti kita solat jemaah. Abang nak regangkan
badan kejap.”
Ain hanya
mengangguk. Dia teragak-agak untuk membuka tudung di kepala, tambah-tambah bila
melihat Fuadi yang asyik memandang ke arahnya sambil berbaring di atas katil.
Lambat-lambat Ain mencabut pin dan merungkaikan lilitan tudung di kepalanya.
Makin lebar
senyuman di bibir Fuadi melihat tingkah Ain yang memang nampak sangat
janggalnya.
“ You have a quite beautiful hair,
Ain. Thanks Godness
Ain ni jenis yang berhijab. Kalau tak memang asyik telan air liur je la patient
Ain semua dok pandang rambut Ain.” Tak dinafikan, Fuadi juga agak berdebar
melihat Ain dalam keadaan tidak bertudung. Ain sememangnya mempunyai kecantikan
dia yang tersendiri. Tapi Fuadi lebih pandai mengawal gelojak perasaannya.
“Just relaxs, I’m not going to touch you today. I
really need my energy for tonigt. Musim-musim
perayaan ni, memang bertambah meriah la hospital. Macam-macam penyakit ada. Dah,
cepat pergi amik air sembahyang, before I
change my mind.”
Sedikit
tergelak Ain bila melihat reaksi Fuadi yang nampak seakan nak menghalau dia pula.
Takut tak tahan godaan la tu. Malas nak memanjangkan usikan Fuadi, Ain terus
masuk ke dalam bilik air. Nasib baik dalam bilik dia memang dah ada bilik air.
Kalau tak memang leceh lah dia nak menapak keluar dari bilik semata-mata nak
amik air sembahyang sebab sekarang ni Ain memang hot stuff dekat rumah dia. Asyik jadi bahan usikan je.
Keluar
sahaja dari bilik air, Ain nampak Fuadi sudah terlena. Nampak tenang je dia
dalam tidur. Ain mengambil kesempatan itu untuk meneliti wajah Fuadi. Ya, Ain
tahu dalam hatinya sudah mula bercambah rasa sayang untuk suaminya. Memang suaminya
nampak sedikit garang, agak direct,
dan asyik ada je modal untuk kenakan Ain. Tapi Ain rasa dia sudah mula selesa
dengan gaya Fuadi dan Ain rasakan dengan gaya Fuadi tu akan lagi menambahkan
rencah dalam kehidupan berumah tangga mereka nanti. Sebab Ain tahu, kalau
harapkan dia je, memang suram lah perkahwinan mereka ni sebab Ain memang jenis
yang pemalu sikit dan lebih suka diam kalau tak ada modal untuk bercakap.
Sedar dengan
masa yang makin berlalu, Ain rasa dia perlu segera mengejutkan Fuadi untuk
solat. Setidaknya, Fuadi boleh menyambung lenanya selepas solat. Ain pun
tidaklah rasa bersalah sebab membiarkan suaminya tidur dalam keadaan belum
menunaikan solat.
Ain
berhati-hati menyentuh bahu Fuadi kerana dia sudah mengambil wuduk.
“Abang! Bangun solat.”
Terasa
lenanya terganggu, Fuadi terus membuka mata. Bila terpandang sahaja Ain yang
sudah dalam pakaian solat, Fuadi terus tersenyum. Tersedar yang dia telah
terbabas sampai terlena sebab tadi dia hanya ingin berbaring sekejap sahaja
untuk meregangkan badan. Dia bangun
mengambil kain pelikat di dalam beg dan terus menuju ke bilik air.
“Sorry. Abang tertidur. Wait for me. Abang nak amik air
sembahyang kejap.” Ain hanya tersenyum. Satu lagi sifat Fuadi yang dia baru
tahu. Suaminya ini memang senang kalau nak kejutkan dari tidur. Mungkin
kematangannya, dan sebab sudah terbiasa dikejutkan dari tidur tambah-tambah
bila dapat call kecemasan dari hospital telah melatih suaminya menjadi seperti
sekarang ini.
Terasa
tenang Ain solat berimamkan suaminya. Selesai sahaja mengaminkan doa, Ain terus
bersalam mencium tangan suaminya.
Fuadi
tiba-tiba mengangkat dagu Ain dan merapatkan wajahnya pada Ain, sebelum
bibirnya menjamah dahi Ain. Lama. Berdebar Ain rasakan. Selesai sahaja mencium
dahi Ain, Fuadi pandang Ain sambil tersenyum.
“ Sorrysebab biarkan Ain lama menunggu
untuk our first kiss. Kalau pengantin
lain,masa lepas sarung cincin tadi pun diaorang dah buat. Tapi, kita tak. I just don’t like to let others see our
intimacy. Let’s just it be our own
special moment and biar kita simpan sendiri je moment tu.”
Ain
tersenyum mendengar ungkapan suaminya. Ya. Tak perlu nak menunjuk keintiman
mereka depan orang. Tak perlu juga nak abadikan kenangan mereka dalam bentuk
photo. Biar mereka je yang simpan kenangan itu sendiri. Ain terus bangun
melipat telekung dan sejadah. Fuadi pula bangun dan duduk bersandar di atas
katil.
“Kalau abang
nak sambung tidur boleh lah. Ain nak keluar tengok tetamu dekat luar kejap.”Ain
tidak betah untuk duduk lama berdua-duan dalam bilik dengan suaminya.
Fuadi
tersenyum sambil menggeleng. Dia menepuk-nepuk ruang katil di tepinya sambil
memandang Ain dan mengarahkan ruang di tepinya.
“ Like always. Suka nak mengelat. Ain,
Ain. Came here. Tak ada orang yang
nak datang bertandang tengah hari macam ni.
I think we should continue our ice breaking.”
Ain sudah
tidak tahu untuk beralasan lagi. Lambat-lambat dia menuju ke katil dan duduk
disebelah suaminya.
“Good. Okay, apa yang kita nak clarify dulu ye. Hmm, what if Ain yang mulakan dulu. You give me a question first. Anything!”
Fuadi tersenyum sambil megarahkan badannya menghadap Ain.
Bila secara
tiba-tiba macam ni, Ain tak tahu apa yang nak ditanya biarpun dalam kepalanya
memang banyak persoalan yang masih tidak terungkai.
“Err. Abang
memang tak minta cuti ke hari ni.” Spontan ayat itu keluar dari mulut Ain.
Fuadi yang
pada mulanya kelihatan agak tergamam dengan soalan Ain terus melepaskan ketawa.
Dia tidak sangka itu soalan first
Ain. Sebab dia bayangkan Ain akan tanya soalan standard macam kenapa pilih dia as
a wife , so and so. Dia pun dah
ada rangka jawapan untuk soalan itu. Tapi this
is just unbelievable. Ain, Ain.
“ Seriously Ain! That’s your first question? Ni sebab terkilan sangat sebab tak boleh rasmi our first night ke apa ni. Sorry la kalau I’ve made you disappointed.”
Ya Allah.
Malunya. Ain pun tak tahu kenapa soalan itu yang laju je meluncur keluar dari
mulut dia.
“Ya Allah.
Abang ni. Memang selamba je kan nak kenakan Ain. Bukannya apa. I’m just curioussebab ummi cakap
abang sepatutnya memang ambik cuti hari ni.”
“That’s nothing to shame about. Itu kan
memang fitrah. Humans memang need it. Tambah-tambah kita dah sah. Don’t worry. Actually abang pun memang disappointed
sangat. Tapi tu lah, I need to replace my
friend. Cannot blame him sebab dia pun tak tahu yang today I’m getting married. Kalau tak abang rasa memang dia pun tak nak
kacau pengantin baru ni.”
Okay Ain.
Sabar. Dia kan dah tahu perangai Fuadi macam ni. Jadi memang dia kena expect la
perkara-perkara macam ni akan terjadi. Ain membetulkan duduknya sambil
tersenyum kelat untuk menutup rasa gundah.
“Can we drop
the subject now? I’ll ask you another question.”
“Not so easy
Ain. I’ve give you a chance. Once. Tapi Ain dah bazirkan. Jadi sekarang turn
abang pulak untuk tanya Ain. Tapi sebelum tu biar abang terus terang dulu
dengan Ain yang abang memang ikhlas dengan perkahwinan ni and I think, this is
one the best decision ever that I had made. In case la kalau Ain curious sangat
nak tahu penerimaan abang. No further question about that. I am not going to
give you any answer. So, now, my question is, macam mana pulak penerimaan Ain
untuk perkahwinan kita ni.”
Lega Ain
mendengar pengakuan ikhlas dari suaminya. Fuadi sekarang tengah menunggu
jawapan Ain. Keseluruhan badannya kini dipusingkan menghadap Ain. Memang
serious nampaknya Fuadi mahukan jawapan dari Ain.
“Hmm.. Frankly speaking, Ain sebenarnya
still lagi terkejut dengan perkahwinan kita ni. Terlalu cepat Ain rasa. Tapi
Ain memang ikhlas terima abang dalam hidup Ain. Cuma abang kena bagi Ain masa
untuk belajar terima abang.”
“Good.” Mulut Fuadi yang tersenyum lebar
menandakan dia berpuas hati dengan jawapan yang Ain berikan.”
“Of course there are still a lots yang
Ain tak tahu pasal abang, and abang tak tahu pasal Ain. But I don’t expect to get your
special flying kick masa our first
night nanti semata-mata sebab Ain still
terkejut dengan perkahwinan kita ni.”
Ya Allah! Memang
selamba je Fuadi. Deringan handphone
yang diletakkan di atas meja solek melegakan Ain. Sekurangnya dia ada alasan
nak menghentikan conversation ni.
Ain bangun
untuk mengambil telefon dia. Rupannya mama yang telefon nak bagitahu ada coursemates Ain yang dah datang untuk
jamuan rumah terbuka mereka. Mama saja tak nak ketuk pintu bilik dia. Tak mahu
menggangu katanya.
“Hmm..
abang, kawan Ain dah datang. I need to go
out. By the way, Ain nak bagitahu yang dalam ramai-ramai coursemate Ain,
Adah sorang je yang tahu pasal perkahwinan kita ni.” Ain terpaksa bagitahu
suaminya sebab dia takut nanti terkantoi dengan kawan dia kalau Fuadi tiba-tiba
keluar dan menyapa dia. Fuadi nampak terkejut.
“Seriously! Can you give me a good reason for
it Ain. You know right, yang
perkahwinan wajib dihebahkan untuk mengelakkan fitnah. Tak kisah lah kita baru
akad nikah je. I didn’t tell some of my collagues because I don’t think it is a
must. But if there’s anyone yang ask about it, I will just confess.” Riak muka
Fuadi menunjukkan yang dia memang serious dengan perkara ni. Fuadi sudah bangun
dari katil dan berjalan ke arah Ain.
Ain
teragak-agak untuk menjawab.
“ Ain sebenarnya segan dengan diaorang.
Lagipun perkahwinan ni terlalu mendadak.” Hanya itu yang dapat Ain fikirkan.
Lagipun Ain tahu memang apa yang suaminya cakap itu betul. Soal kahwin memang
tidak boleh dibuat main.
“Not a really good answer.” Fuadi berdiri
di depan Ain dengan tangan menyilang dada.
“But, since abang pun tak hebahkan dekat
semua kawan abang, I think we are fair
now. But, just to remind you,
jangan pernah nak deny kalau ada
sesiapa yang bertanya tentang perkahwinan kita. I’ll respect your decision. Abang tak akan saja-saja pergi introduce diri abang as your husband depan your coursemate. But if there is anyone yang bertanyakan pasal abang, berlaku
jujurlah. You can go now. Kejutkan
abang pukul 3 , in case abang
tertidur.”
Ain
mengangguk dan hanya mampu memandang suaminya yang terus berlalu ke katil. Ain
dapat rasakan sedikit nada kecewa dalam ayat suaminya tadi. Ain tahu dia telah
melakukan kesalahan.