Bab 16
Dekat Magrib
baru Ain sampai rumah mama lepas seharian keluar dengan Atiff. Nasib baik Atiff
tak banyak tanya kenapa Ain tiba-tiba boleh ada dekat KB Mall tadi. Baru je Ain
buka pintu rumah, dia bertembung dengan mama dan abah yang nak keluar pergi ke surau.
“Eh, Ain.
Abah ingat kamu tak balik malam ni. Mana Fuadi?” Pelik abah sebab dia tak
nampak langsung bayang Fuadi. Takkan Ain balik sorang.
“Owh. Tak
jadi bah. Abang tiba-tiba kena masuk kerja petang tadi. Ganti kawan dia. Tu
yang Ain call Atiff minta teman Ain. Ni pun tadi Atiff yang hantar Ain balik.
Dia tak boleh nak lama-lama sebab dah magrib.” Panjang Ain punya jawapan.
Harapnya abah tak tanya lebih la.
“Hmm kamu
ni. Macam-macam. Mama nak pergi surau ni. Kalau nak makan, lauk ada lagi atas
meja tu.” Lega Ain. Mama dan abah tak banyak tanya. Kalau tak, Ain tak tahu
lagi macam mana nak karang cerita.
Selesai je
solat, Ain teringat handphoneyang
dimatikan tadi. Takut jugak Ain kalau ada call
atau mesej penting. Telefon di dalam
beg diambil dan terus dihidupkan.
Bertalu-talu
bunyi mesej masuk sebaik sahaja Ain
hidupkan handphone. Hmm..5 misscall dan 3 mesejdari Fuadi.
Ain buka mesej yang paling last dari Fuadi yang dihantar pukul 6 tadi.
‘Ain where are you? Dah balik ke? Please
answer my call.’ Nampak risau benar Fuadi. Rasa bersalah pula Ain. At least
dia bagitahu Fuadi yang dia dah selamat sampai rumah. Lagipun, dia di bawah
tanggungjawab Fuadi.
‘Salam. Ain dah sampai rumah.’ Ringkas mesej Ain. Sekadar nak bagitahu dia dah
balik supaya Fuadi tak risau.
Masuk je
waktu Isyak, Ain terus solat sebab dia nak tidur awal malam ni.Penat sangat dia
rasa. Lebih kepada penat mental sebenarnya sebab banyak sangat fikir pasal hubungan
Sofea dan Fuadi tadi.
Baru je Ain
bersedia nak tidur, ada panggilan masuk dalam handphone dia. Dari Fuadi. Lama Ain biarkan panggilan tak berjawab.
Masih berkira-kira nak angkat ke tak. Kerana tak sampai hati, akhirnya Ain buat
keputusan untuk jawab panggilan dari suaminya. Ain baru je nak angkat panggilan
bila nada panggilan tiba-tiba dah berhenti. Hmm..tak apelah tak ada rezeki.
Tiba-tiba
ada mesej pulak yang masuk. Ain
ingatkan Fuadi dah surrender.
‘Ain, kalau tak tidur lagi, please
answer my call!!.I’m sure you know what you are doing now is wrong!!..I’m your
husband.’ Hmm..Marah
nampaknya Fuadi. Tapi, memang Ain tahu, sebagai isteri, Ain dah buat salah
dengan Fuadi.
Tak lama
selepas itu, telefon Ain berbunyi lagi. Tak mahu menambahkan dosa, Ain terus
jawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum.”
Ain memulakan salam.
“Waalaikummussalam.
At last. Dengar jugak suara isteri
abang ni. What’s happened Ain?
Tinggalkan abang macam tu je.” Marah suara Fuadi.
“You know the answer.” Terus sebak Ain rasa.
“What? Tell me. Of course I don’t
know. I’m waiting for you for our lunch. Tiba-tiba hantar mesej
macam tu je cakap nak keluar dengan kawan.” Makin marah suara Fuadi.
“Tunggu Ain
untuk lunch? Are you sure? Bukan
abang dah tengah makan ke dengan Sofea dan Danish masa tu. Tak nampak macam
tunggu Ain pun.”
Fuadi gelak
tiba-tiba.Sinis je Ain dengar. Mata Ain dah mula berair.
“So, you saw me. Ni kes jealous la ni. Please la Ain. Takkan tu
pun nak jealous. Perempuan. Memang complicated.” Ya Allah. Geramnya Ain
rasa.
“Ni bukan
soal jealous. Tapi abang tu. Kalau
Sofea dah datang nak ambik Danish, abang patutnya call Ain. Tanya ain kat mana. Biarkan diaorang and cari Ain.” Sedikit
keras suara Ain melepaskan rasa di hati.
“Danish kan
tengah demam. Lagipun apa salah nya kita lunch
sekali dengan diaorang tadi. Takkan abang tiba-tiba nak biarkan Sofea lunch
berdua je dengan Danish sedangkan abang memang dah ada kat situ.” Fuadi pun
sama, makin keras suara dia.
“Nak
tinggalkan Sofea and Danish lunch
berdua tak boleh. Tapi biarkan Ain sorang-sorang cari barang untuk majlis kita
boleh pulak. So ridiculous. Apa nak
herannya kalau Sofea lunchberdua je
dengan Danish. Lagipun tadi you’re
supposed to be with me, not with them!”
“Ain. Benda
kecik je. Buat apa nak besarkan. Apa salahnya kita lunch dulu. Lepas tu baru sambung cari barang. Takkan la sikit pun
tak boleh nak tolak ansur.”
Nampaknya
Fuadi memang takkan mengalah. Still
rasa yang dia betul. Ain tak tahu nak cakap macam mana lagi. Kalau tahu macam
ni, baik dia tak payah angkat call
tadi. At least, malam ni tidur dia
tenang sikit.
“Tolak
ansur?” Tergelak kecil Ain. Sinis.
“Apa, tak
cukup tolak ansur lagi ke Ain selama ni. Tadi pun, sejak dari pagi masa Danish
buat perangai, Ain tak bertolak ansur ke?
Please la abang. Ni bukan soal tolak ansur, ataupun masalah kecil atau
besar. Ni pasal abang.” Perlahan suara Ain. Dah penat nak bertekak dengan
Fuadi.
“So, Ain nak
mengungkit la ni.” Sedikit tak puas hati suara Fuadi.
“I’m not. Ain tak minta banyak. Satu je. Please treat me as your wife. Kalau
abang ingat Ain ni isteri abang, of course
abang akan tahu siapa yang patut abang
utamakan. Kalau tadi abang ingat Ain isteri abang, mesti lepas je Sofea datang,
abang akan call Ain dulu. Tanya Ain
kat mana. At least tinggalkan Sofea
kejap,datang cari Ain. Then lepas tu,
kalau nak lunch sekali, go ahead.” Sebak suara Ain.
“Please la
Ain. Abang..” Belum sempat Fuadi habiskan kata-kata dia, Ain dah menyampuk.
“Hmmm..abang.
Ain dah penat. Nak tidur. I’m sorry.
Assalamualaikum.” Terus Ain matikan talian. Tak mampu lagi dia nak mendengar
kata-kata sinis dari Fuadi. Ain tahu Fuadi mesti geram sebab Ain matikan
panggilan tiba-tiba. Tapi nak buat macam mana. Ain dah penat sangat untuk malam
ini.
Selepas je Ain matikan panggilan, Fuadi memang dah tak ada
call Ain langsung untuk malam itu. Ain rasa Fuadi tahu yang walau berapa kali
pun dia call malam itu, Ain tak akan angkat lagi.
Hari ini Ain
nak pergi rumah ummi. Nak hantar barang hantaran yang dia dah beli untuk ummi
gubah. Sengaja Ain pilih hari ini sebab tahu dia tak akan bertembung dengan
Fuadi. Fuadi mesti tengah bekerja. Lagipun,
weekdays selalunya Fuadi hanya akan balik rumah sewa dia je.
Ummi baru
siap bersarapan dengan ayah masa Ain sampai.
“Ain dah
sarapan? Kalau belum ada lagi makanan atas meja tu.”
“Tak ape lah
ummi. Ain dah sarapan dekat rumah mama tadi. Ni Ain nak singgah kejap je. Nak
hantar barang-barang Ain untuk hantaran nanti.”
“Hah. Dah
beli pun. Risau ummi dengan kamu berdua ni. Ingatkan tak beli lagi. Adi pun dah
beli barang dia?”
“Dah ummi.
Dah bagi dekat mama pun. Ummi, Ain tak boleh lama-lama ni. Dah janji nak jumpa
dengan kawan.” Tak sanggup Ain tak bagitahu yang Fuadi belum pun beli barang
dia lagi. Tak mahu ummi susah hati fikirkan perangai anak dia. Kalau Ain
bagitahu, mesti banyak soalan ummi nanti. Takut terbongkar pula perkara yang
tak sepatutnya.
Ain terus
bersalam sebelum meninggalkan rumah ummi. Telefon di dalam beg tangan diambil
untuk menghantar mesejkepada
suaminya.
‘Salam abang. Ain dah hantar barang
Ain untuk hantaran nanti dekat ummi. Abang jangan lupa hantar barang abang
dekat mama. Jangan lama sangat, takut tak sempat nak gubah nanti.’
Pandai-pandai lah Fuadi cari barang dia nanti.
Ain dah malas nak fikir.
Tiba-tiba
ada mesej masuk masuk. Dari Fuadi.
‘Ain tak nak teman abang ke? Abang
memang tak pandai bab-bab ni.’ Hmm..Nak ajak Ain teman rupanya.
‘Sorry. Ain dah serik. Tak mustahil benda
sama boleh berulang nanti.’
Ain tahu,
nanti kalau tiba-tiba Sofea minta tolong untuk tengokkan Danish lagi, mesti
Fuadi terima je. Kalau pasal Danish, memang Fuadi tak reti nak kata tidak.
___________________________________________________________________________
Tinggal 2
minggu lagi sebelum majlis persandingan mereka. Hari ini Ain akan ikut
rombongan ex-groupmates dia dulu
pergi ke Sabah. Memang mereka dah rancang untuk keluar bersama sebelum exam dulu. Nanti bila dah kerja, dah
susah nak cari masa untuk keluar sekali. 5 tahun bersama membuatkan hubungan
Ain dengan groupmatesdia sangat
erat.
Sengaja Ain
tak bagitahu Fuadi awal-awal. Nanti banyak pula kena bersoal jawab. Lagipun,
hubungan Ain dan Fuadi masih dingin sekarang. Ain ingat, sampai Sabah nanti
baru dia nak bagitahu Fuadi. Ain baru sahaja sampai di hotel bila tiba-tiba
panggilan dari Fuadi masuk ke handphone
dia.
“Assalamualaikum
Ain. Where are you now?” Keras suara
Fuadi. Mesti dia dah tahu Ain datang ke Sabah sebab tadi mama ada mesej bagitahu Ain yang Fuadi atang
rumah mama. Dia nak hantar barang dia untuk dibuat hantaran dekat rumah mama.
“Mesti mama
dah bagitahu abang kan. Ain baru sampai hotel.” Perlahan suara Ain. Tahu dia
bersalah.
“Tak minta
izin abang pun. Bagus sangat perangai Ain ni kan.”
“I’m sorry. Ain ingat dah sampai sini baru nak
inform abang. Tapi tak sangka abang tahu dulu.”
“Bagus la
sangat. Kalau jadi apa-apa masa on the
way tadi macam mana. Abang tahu Ain tengah tak puas hati dengan abang
sekarang. But, please. Benda-benda
macam ni please inform me first. Ain
tanggungjawab abang,” Sudah sedikit kendur suara Fuadi.
Terasa
bersalah Ain. Dia memang tak ada alasan kukuh kenapa dia tak bagitahu Fuadi.
Yang dia tahu, sebab dia tengah geram je. Tapi walau marah macam mana pun dia
dengan Fuadi, Ain tahu dia mesti minta izin Fuadi dulu. Terus Ain rasa tak
tenang.
“Abang. Ain
salah. I’m really sorry. Abang
izinkan Ain tak? Kalau abang marah, just
tell me. Ain tak mahu tanggung dosa.”
“Hmm..at least you know what you’re doing now is
wrong. Tak ape. Abang izinkan. Just
enjoy your holiday. Tenang kan hati. Nanti bila Ain balik, abang harap
dapat tengok Ain yang dulu. Takkan pengantin nak bermasam muka kan.” Sedikit
berlawak Fuadi.
“Thanks abang.” Lega Ain. Sekarang
barulah dia rasa tenang nak bercuti dengan kawan-kawan dia.
“Ain. Pasal
hari tu, I’m really sorry. Abang
memang tak pandai nak pujuk-pujuk ni. I
just want you to know that I’m really sorry. ” Perlahan suara Fuadi. Nampak
sangat yang dia rasa bersalah.
Ain rasa
sebak. Teringat kembali kejadian hari itu.
“For this time, Ain maafkan. Ain dah tak nak fikir
pasal tu. I know you didn’t mean to hurt
me. It’s just that abang tak berapa sensitive pasal perasaan perempuan ni.”
“Thanks Ain.
Okaylah. I got to go now. 3 hari je
kan Ain kat sana. Jangan pandai-pandai nak tambah hari kat sana. Kalau tak,
abang yang pergi sana nanti cari Ain.
Love you. Bye.”
Tersenyum Ain. Dia memang tak pandai nak marah lama-lama
dengan Fuadi. Kalau dengan suaminya, tak payah hadiah mahal-mahal. Tak payah
nak bagi ucapan yang romantik sangat. Bila Fuadi dengan ikhlasnya minta maaf,
terus hilang marah Ain. Sebab Fuadi memang jenis susah nak mengungkap maaf.
Kalau dia dah minta maaf tu, maknanya memang dia dah betul-betul sedar salah
dia.
Malam ini
malam terakhir Ain di Sabah. Dia dan kawan dia tengah berborak santai di kedai
makan. Peluang ini mereka ambil untuk saling meluahkan apa yang terbuku di hati
selama mereka berkawan dan mendedahkan semua rahsia mereka kalau ada. Entah
bila pulak mereka semua boleh berkumpul lagi. Sayu Ain rasa.
“Guys. I want to tell something.” Ain pandang Adah yang tersenyum
memberikan semangat pada dia. Malam ini dia akan berterus terang tentang
perkahwinan dia dengan Fuadi. Semua groupmates Ain sudah mula menumpukan
perhatian pada Ain.
“Errr.. Actually I’m married. Dah 6 bulan
lebih.” Semua kawan dia terdiam. Buat muka macam tak percaya cerita Ain.
“Serious Ain?” Tiba-tiba Faris bersuara
memecahkan kebisuan mereka semua. Muka Faris ada riak kecewa.
Bila Ain
mengangguk, semua kawan-kawan dia yang terdiam tadi bagaikan baru tersedar.
Kepoh mulut masing-masing bertanya pada Ain nak mencungkil rahsia.
“Dengan siapa?
Kitaorang kenal ke?” Giliran Atiff pula bersuara.
Ain
keluarkan kad jemputan dari beg dia.
“Korang
tengok sendirilah. You guys lah orang
pertama dapat kad dari aku tau. Nanti lepas ni baru aku invite batchmates kita yang lain.” Terus Ain hulurkan satu-persatu
kad pada kawan-kawan dia.
“Dr. Fuadi
bt Ahmad Shariff. Ain kau jangan cakap Dr. Fuadi yang kita kenal tu.” Nak
tergelak Ain tengok muka Atiff yang nampak sangat terkejut.
“Habis tu
Dr. Fuadi mana lagi. Yang tu je lah. Sory
guys. Aku pun bersubahat rahsiakan benda ni dari korang.” Adah yang dari
tadi diam dah mula menyampuk.
Habis je
kata-kata Adah, bergema kedai makan tu dengan jeritan tak percaya kawan-kawan
dia. Tapi mereka semua nampak gembira. Mungkin geram je dengan Ain sebab
rahsiakan perkara ni dari mereka.
“Habis tu,
kenapa dia asyik marah kau je selama ni?” Tanya Ikram.Dalam group Ain, ada dua orang je lelaki.
Ikram dan Faris. Lagi lapan semua perempuan.
“Dia memang
saje je tu. Suka buli aku.” Tak tahu Ain nak jawap apa. Tapi memang betul pun.
Ain rasa Fuadi suka buli dia.
“Congrats la Ain. Kitaorang mesti datang
punya. Tapi tu la, kesian dekat kawan kita sorang ni. Dah cakap jangan tunggu
lama-lama, kan dah melepas.”Ikram menepuk-nepuk bahu Faris. Ain tak tahu dia
berlawak ataupun serious. Tapi Faris memang diam je dari tadi. Hanya senyuman
lemah dia hadiahkan pada Ain. Ain harap apa yang Ikram cakap tadi biarlah hanya
gurauan.
Malam itu
berlalu dengan Ain menjadi fokus diorang. Macam-macam soalan diorang tanya Ain
tentang perkahwinan dia ni.