BAB 3
Sedar tak
sedar, hari ini sudah Hari Raya Korban ke-2. Esok pagi, majlis akad nikah Ain akan
berlangsung di masjid. Jemputan mereka hanya ahli keluarga terdekat je.
Kebetulan sebelah petang rumah Ain akan mengadakan rumah terbuka sempena Hari
Raya Korban. Jadi ramai juga ahli keluarga Ain yang datang. Ain tidak ada
masalah untuk menghebohkan perkahwinannya kepada ahli kelurga dan juga jiran
terdekat jika ada yang bertanya. Lagipun benda yang baik. Ain cuma tidak
bersedia untuk menghebahkannya kepada kawan di universiti.
Ain tak tahu
nak menggambarkan perasaanya sekarang. Dia memang takut sebab dia akan
berkahwin dengan orang yang dia langsung tak kenal. Mereka tak pernah berhubung
walaupun selepas bertunang. Hanya ibu bapa mereka yang berhubung untuk
membincangkan pasal majlis esok.
“Ain, nah
pergi try baju untuk akad nikah
esok.” Mama masuk ke bilik sambil membawa sepasang baju kurung moden berwarna
peach.
“Lawanya ma.
Sapa yang pilih ni.”Baju itu memang menepati cita rasa Ain. Tak nampak over
macam baju pengantin sangat. Lebih kepada baju hari raya. Lagipun dia akan
terus pakai baju tu semasa majlis rumah terbuka esok. Ain ada jugak jemput
kawan dia datang untuk rumah terbuka tu. Jadi dia tak nak la kawan dia nampak
dia pakai baju pengantin esok.
“Mama la.
Tunang kamu pun dah trybaju dia
minggu lepas. Dia datang untuk fitting
kejap. Kesian dia kena menyelit curi masa untuk pergi fittingbaju.”
“Ok ma.
Nanti Ain try. Ma, Ain nak tanya
sikit boleh?”
Mama terus
duduk bila nampak muka Ain macam gelisah.
“Ain kenapa?
Tanyalah. Kalau mama boleh jawab, insyaAllah mama jawab.”
“Tunang Ain
tu macam mana ye perangai dia. Ain tak pernah jumpa dia depan-depan.”
Mama
tersenyum simpul. Faham gelojak hati anak dara dia. Lagipun dia pernah melalui
semua itu.
“Ain tak
payah bimbang. Tunang Ain tu bukan calang-calang. InsyaAllah dia akan jadi
suami yang baik. Lagipun dia bukannya budak-budak lagi. Dia dah matang Ain.”
“Tu la ma.
Ain takut kalau Ain ni yang tak sesuai dengan dia.”
“InsyaAllah
Ain sesuai. Lagipun perkahwinan ni pun atas kehendak dia juga. Bukan pilihan
ummi dia semata. Adalah tu ciri-ciri Ain yang dia berkenan.”
“ InsyaAllah
ma. Ain akan cuba yang terbaik.”
“Lagi satu
Ain mama nak pesan. Walaupun esok hanya akad nikah, lepas je akad nikah,
tanggungjawab mama dan abah ke atas Ain dah terlepas. Jadi Ain dah wajib ikut
cakap Adi sebab semua rukun nikah dia dah penuhi. Mas kahwin pun dia akan bagi
esok. Jadi Ain kena jalankan tanggungjawab Ain sebagai isteri. Ain faham kan
maksud mama?”
Ain
berdebar-debar mendengar pesanan mama. Ya. Dia sedar yang dia akan menjadi
tanggungjawab Fuadi sepenuhnya esok. Rasa sebak tiba-tiba datang bila
memikirkan dia bukan lagi tanggungjawab mama dan abah.
“InsyaAllah
ma.” Ain terus memeluk mama. Mama memang sentiasa mahukan yang terbaik untuk
anaknya.
“Aku terima
nikahnya Nur Ain bt Abdul Razak dengan mas kahwinnya senaskhah al-quran.”
Lancar je lafaz akad dari mulut Fuadi. Dengan sekali lafaz, kini aku sudah sah
bergelar isteri. Ya. Ain hanya meminta senaskhah al Quran sebagai mas kahwin.
Lagipun di Kelantan, memang tidak ditetapkan jumlah mas kahwin seperti
sesetengah negeri lain. Jadi, Ain rasa besar hikmahnya bila menjadikan al-Quran
sebagai mas kahwin. Mas kahwin yang baik adalah yang rendah nilainya, mengikut
kemampuan suami, tapi tidak pula terlalu rendah sampai menjatuhkan maruah
isteri.
Dalam usia
24 tahun, Ain rasakan memang dia sudah sesuai untuk memegang title seorang isteri. Ain baru tahu yang
suaminya sekarang berumur 29 tahun. Muda setahun dari along.
Semua tetamu
menadah tangan mengaminkan doa yang dibacakan oleh ustaz. Ain menolah melihat
mama di sebelah. Bertambah sebak Ain rasa apabila melihat mama sedang mengelap
air mata tanda kesyukuran bercambur dengan sedih kerana anak gadisnya kini
telah menjadi milik orang. Selesai sahaja mengaminkan doa, Ain terus memeluk
mama kesayangan. Tak putus-putus mama mengucapkan tahniah kepada Ain. Selepas
itu Ain bersalam dengan adik beradik dan
semua saudara rapat perempuan yang datang termasuklah rombongan dari pihak
lelaki. Terpancar kegembiraan di wajah ummi kerana impiannya untuk
bermenantukan Ain telah tercapai.
Sambil
itu,pengantin lelaki sedang mengerjakan solat sunat 2 rakaat di ruang solat
lelaki.
Selesai
sahaja mengerjakan solat, Ain nampak dia menuju ke arah Ain untuk sesi
membatalkan air sembahyang. Tak terungkap rasanya debaran yang Ain tahan
tambah-tambah pula dengan usikan orang di sekeliling. Ain nampak Fuadi tenang
je mengatur langkah sambil meleparkan senyuman kepada saudara yang mengucapkan
tahniah.
Ain tidak
tahu reaksi apa yang patut dia berikan setelah Fuadi betul-betul duduk
berhadapan dengan dia.
“Assalamualaikum,
Ain.”
Itu ucapan
pertama yang Fuadi ucapkan pada Ain. Terus bising suara orang di sekeliling
mengusik bila mendengar ucapan salam dari Fuadi. Tambahan pula bila melihat
muka Ain yang kemerahan menahan malu. Ain hanya mampu menjawab perlahan ucapan
salam itu.
“Hah, Ain
bagi tangan tu. Abang Fuadi nak sarungkan cincin.” Kedengaran suara kak cik
memberikan arahan.
Ain pandang
muka mama untuk mendapatkan kekuatan. Bila melihat senyuman di bibir mama, dia
terus mengangkat muka memandang wajah suaminya. Saat terpandangkan senyuman di
wajah suaminya, Ain rasakan semua keresahan dia terus hilang. Dia dapat
merasakan ketenangan di wajah suaminya yang putih kekuningan, di tambah dengan
kumis nipis yang menambahkan wajah kematangan suaminya.
“ Ain, your hand..” Fuadi bersuara apabila
melihat Ain yang teragak-agak sambil mengarahkan pandangan pada tangan Ain.
Tersentak
dengan teguran suaminya, Ain terus menghulurkan tangan. Tersenyum Ain memandang
cincin yang tersarung di jarinya. Kata ummi, cincin itu Fuadi yang pilihkan. Simple tapi tampak elegan. Memang menepati cita rasa Ain.
“Sejuknya
tangan…nervous sangat nampaknya Ain
ni” bisik Fuadi yang Ain rasa hanya dapat didengari oleh dia seorang. Ain hanya
mampu tersenyum kelat. Aksi Fuadi yang berbisik di telinga Ain menambahkan
kerancakan saudara yang mengusik.
Selesai
sahaja sesi menyarungkan cincin, Ain terus bersalam mencium tangan Fuadi. Kemas
terasa genggaman Fuadi di tangan Ain.
“Thanks for your willingness to be my wife.”
Ikhlas kedengaran ucapan Fuadi. Rasa sebak yang baru saja hilang terasa balik.”
“ Terima kasih juga sebab sudi pilih Ain
sebagai isteri.” Kegusaran yang Ain rasakan tentang penerimaan Fuadi selama ini
seakan beransur hilang. Dia dapat rasakan yang Fuadi memang ikhlas menerimanya
dan Ain juga akan belajar untuk ikhlas dengan perkahwinan ini supaya dia dapat
menjadi isteri yang solehah kepada Fuadi.
Tiada sesi
mencium dahi pengantin perempuan sebagai tanda menghormati masjid dan juga atas
permintaan pasangan pengantin sendiri. Hanya sedikit sesi bergambar tanda
kenangan di masjid.
Semua tetamu
mula beransur menaiki kereta masing-masing untuk menikmati jamuan di rumah Ain.
“Ain,
tahniah. Jaga perkahwinan kau ni betul-betul. Ingat kalau ada problem, aku akan
sentiasa ada untuk support kau.”
Ucapan pertama dari Adah. Tadi dia duduk agak jauh dari Ain. Jadi Ain tak
sempat bersalam dengan dia.
“Thanks Adah. By the way, err ni lah anak
ummi yang kau cakap nak kenal tu.” Ain memperkenalkan Fuadi kepada Adah.
“Assalamualaikum
doktor. Saya Adah. Coursemate Ain
merangkap jugak dia punya clinical
partner.” Adah terlebih ramah memperkenalkan diri. Nasib baik jugak. Sebab
Ain sendiri tak tahu macam mana nak menyusun ayat nak kenalkan Adah.
“
Waalaikummussalam. Nice to meet you. At
least saya tahu clinical partner
Ain ni perempuan juga.”
“Haha..
doktor jangan risau. Saya akan jaga Ain ni. Eh Ain, aku dah nak gerak ni. Tadi
kau datang dengan aku kan. Ni kau nak naik kereta siape ni.”
Ain baru
tersedar yang kebanyakan tetamu sudah mula meninggalkan masjid itu. Mama dan
papa memang awal-awal lagi dah gerak sebab diaorang kena layan tetamu. Ain
pandang wajah Fuadi.
“She will be with me. You can go first. Thank
you Adah.” Fuadi sudah membuat keputusan bagi pihak Ain.
Ain nampak
keberatan kerana dia segan dibiarkan berdua dengan Fuadi.
“Okay. I’ll go first then. Ain jumpa kat
rumah eh.” Ain hanya mampu mengangguk dan memandang Adah melangkah pergi.
“I think we should make our move too. Let’s
go.” Ajak Fuadi sambil memandang Ain. Ain hanya mengikut langkah Fuadi
kerana dia tidak tahu di mana Fuadi meletakkan keretanya.
Sepanjang
perjalanan yang hanya dalam 5 minit itu, suasana sepi antara mereka. Dua-dua
lebih senang melayan perasaan sendiri.
Setelah
sampai di perkarangan rumah, kelihatan semua tetamu sedang menjamu selera di
bawah khemah yang disediakan. Belum sempat Ain membuka pintu kereta, Fuadi
terus menekan kunci lockkereta.
Ain
terpinga-pinga memandang Fuadi. Berdebar Ain melihat renungan tajam Fuadi
padanya.
“Not too fast my dear. Don’t you think we
should have a little bit of conversation now. I haven’t heard anything longer
than 10 words from you today and I don’t think we will have a time for it after
this.” Fuadi menaikkan keningnya beberapa kali. Dia memusingkan wajah
memandang tepat pada Ain sambil sebelah tangan diletakkan pada penyandar kepala
di belakang Ain.
Ain mula
rasa tidak selesa. Kenapa tingkah Fuadi kelihatan agak berbeza sekarang ini.
“Err. What type of conversation?” Teragak –
agak Ain menjawab.
Fuadi terus
melemparkan pandangan tajam ke arah Ain. Suasana sepi antara mereka. Ain
rasakan peluh dingin mula mengalir di dahinya.
Setelah
beberapa ketika, renungan tajam di wajah Fuadi terus beransur hilang berganti
dengan senyuman di bibirnya
“Hahahaa…
Cuak jugak rupanya Ain ni. Abang saja nak test
Ain. Cepat gelabah rupanya isteri abang ni. Macam mana la nak start kerja nanti. Teruk kena buli
dengan senior officer nanti.”
Ya Allah.
Ain rasa macam nak pitam sekarang ni. Nafas lega dilepaskan kasar. Bukan main dia cuak tadi.
“Err..abang??”..
Soal Ain sebab tadi dia dengar Fuadi bahasakan dirinya abang.
“Yes. Abang. I think you should call me abang.
Lagipun I’m much older than you.”
Ya. Kalau
ikutkan Fuadi 5 tahun lebih tua dari Ain. Ain yang dari tadi teragak-agak sebab
tidak tahu macam mana nak bahasakan diri dia mula tersenyum.
“Ya Allah.
Ain bukan main cuak. Memang macam ni ke gaya senior medical officer. Suka kenakan orang.”
“ Sort of that! Okay. Back to our
conversation.”
“Eh. Betul-
betul nak make conversation ke ni?
Ain ingatkan abang nak kenakan Ain je ni. Cepatlah. Nanti diaorang cakap apa
pulak kita duduk lama dalam kereta ni.”
“ Betul la.
Takkan nak make love pulak dalam ni.
Kalau nak make love dalam bilik lagi best.”
Ain menahan
pijar di muka menahan malu. Terus dia menampar bahu Fuadi.
“ Dah mula
dah dia. Gaya tipikal isteri-isteri. Suka tampar bahu suami. Tak pun bagi
cubitan berbisa. Ok first of all, let me
have your phone number.”
Ain
tercengang . Phone number. Biar
betul.
“Oh. Ya lah.
Kita mana pernah berhubung sebelum ni.” Memang patut pun Fuadi tidak ada nombor
telefon Ain sebab memang mereka tidak pernah berhubung sebelum ini.
“Alah.
Lambat la Ain ni. Give me your phone.”
Fuadi terus mengambil telefon di tangan Ain.
Nampaknya
Fuadi bukan jenis yang tahan sabar. Ain akan sematkan dalam ingatan dia
betul-betul. Fuadi terus mendail nombor telefonnya menggunakan handphone Ain. Kedengaran nada dering di
handphone Fuadi. Fuadi terus menekan punat-punat di handphonenya dan juga
handphone Ain.
“Okay. I’ve got your number and I’ve saved my
number on your phone. My soul! I’ve saved my number as my soul. Remember that.”
Tegas peringatan Fuadi pada Ain.
“Okay. Ada
lagi? Jom lah turun. Diaorang dah jeling-jeling kita tu.” Ain sudah tidak
keruan bila melihat beberapa ahli kelurga yang sedang berborak asyik memandang
mereka sambil tergelak. Fuadi hanya menjeling sekilas kearah mereka.
“ Don’t bother about them. Diaorang faham kita
kan pengantin baru. Lagipun apalah sangat yang kita boleh buat dalam kereta ni.
Memang lah ada orang buat. Tapi notdekat
open place macam ni. Kena pergi
tempat tersorok sikit lah.”
Ain tak tahu
macam mana lagi nak buat untuk menahan debaran di hati. Fuadi memang direct.
Ain mengesat peluh dingin di dahi sambil mengetap bibir. Dia sudah tidak mampu
untuk memandang wajah Fuadi.
Melihat Ain
yang kegelisahan, Fuadi hanya tersenyum dan menggeleng kecil beberapa kali.
Faham dengan kegelisahan Ain.
“ Ain, Ain. You need to adapt with me. Being a doctor
for quit a few years , has taught me to be more direct in expressing my tought.
Kalau doktor pun malu-malu nak treat
patient, especially yang datang
dengan complain pasal part sensitive tu, memang habislah patient.”
Melihat muka
Ain yang makin kemerahan, Fuadi rasa cukup lah dulu dia menyakat Ain. Takut tak
pasal-pasal menangis pulak Ain nanti sebab tak tertahan menahan malu.
“Okaylah wifey, I think it should be enough for our first ice breaking”… Fuadi
mengusap kepala Ain dan terus menekan butang Ain unlock.
Ain terus
bergegas membuka pintu kereta. Belum sempat kaki Ain mencecah tanah, Fuadi
terus menyambung kata,
“ By the way, just to inform you,malam ni
abang tak tidur sini. Abang on call
malam ni. I don’t know whether it is a
good or a bad news for you. So, malam ni you can rest well.”
Habis sahaja
ayat Fuadi, Ain terus bergegas melangkah kearah rumahnya tanpa sempat menunggu
Fuadi. Memang satu kelegaan buat Ain bila tahu yang Fuadi tidak akan bermalam
di rumahnya malam ni. Melihatkan tingkah Fuadi tadi, Ain rasakan memang banyak
lagi yang dia kena prepare tambah-tambah persediaan mental untuk melayan
tingkah Fuadi yang Ain rasakan terlalu direct.
Ain tak tahu macam mana nak bereaksi apabila melihat senyuman nakal saudara
mereka di bawah khemah.