Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 12 - Part 2

“Pergi mana tadi? Mama risau tau...”

“Pergi honeymoon...” gurau Qisha Delisa.

Hadif Fayyadh hanya mampu menggeleng dengan jawapan isterinya. Kang aku ajak betul-betul, pasti kau tak nak pergi kan? Tekanya

“Qisha...” geram Datin Marissa. “Sudahlah! Mari Qisha, mama nak ajak Qisha berenang...”

“Berenang?” Qisha Delisa rasa terkesima seketika.

Dia memandang Hadif Fayyadh. Mengharap lelaki itu menyelamatkan dirinya daripada ibu mertuanya.

“Ha’ah la! Qisha pandai tak berenang?” Hadif Fayyadh pula yang bertanya. Mereka bertiga sudah bergerak ke ruang tamu.

“Saya tak pandai berenang mama.” Qisha Delisa mengharap sangat yang Datin Marissa tidak memaksanya untuk berenang bersamanya.

“Tak pandai? Tak apa, Hadif boleh ajarkan.” Datin Marissa tersengih. Dia ada rancangannya sendiri. Dia yakin yang Qisha Delisa berkahwin dengan anaknya kerana terpaksa. Terpaksalah dia membuat rancangan untuk merapatkan lagi hubungan mereka. Biar bibik cinta timbul dalam hati merek berdua.

“Hadif ajarkan?” Hadif Fayyadh terkejut juga dengan cadangan Datin Marissa tetapi hanya satu yang muncul dalam kepalanya. Seronok! Mesti best. Tak sabar pula mahu mengajar si Qisha ni.

“Ya. Hadif la..”

“Mama tak nak join sekali.”

“Mestilah join sekali. Mama dah lama tak ada teman berenang. Kalau Qisha dah pandai berenang, boleh teman mama.”

“Tapi, nanti papa tengok. Malulah Qisha.”

“Jangan risau, papa baru sahaja pergi ke Seremban atas urusan kerja, petang esok baru balik. Pergi dengan Pak Samad. Jadi, tak ada orang lelaki lain selain Hadif ni..” Datin Marissa makin tidak sabar menanti.

“Tapi...”

“Dah! Qisha pergi tukar baju. Bawa tuala sekali.”

Qisha Delisa mengeluh.

*****

Dari jauh Qisha Delisa mendengar ketawa Datin Marissa melihat Hadif Fayyadh yang seronok terjun ke dalam kolam yang ada di rumah mereka.

“Tengok ni mama! Hadif buat terjunan ikan jerung!” Serentak itu Hadif Fayyadh melompat masuk ke dalam air sekelip mata.

Datin Marissa hanya duduk di tepian. Kakinya sahaja direndam dalam kolam renang itu.

“Qisha...” Panggilnya apabila melihat menantunya yang sudah lengkap dengan seluar panjang ketat berwarna hitam bersama baju t-shirt ungu gelap dan sedikit ketat. Rambutnya diikat tinggi. Seksi la pula menantu aku ni.

“Mama...” Qisha tersenyum paksa. Baru kini dia dapat melihat wajah ceria Hadif Fayyadh. Lelaki itu tidak berbaju dan hanya berseluar renang yang pendek.

“Duduk sini, Qisha...” ajak Datin Marissa.

Qisha Delisa hanya menurut. Dia merendam kakinya. Airnya tidaklah sejuk sangat. Jam pun baru tiga petang. Nasib baik Datin Marissa dah berpesan solat zohor dulu tadi.

Qisha Delisa terusan termenung. Dia terkejut apabila tangan Hadif Fayyadh menariknya ke dalam air.

“Hadif! Hadif!” kemas sekali dia peluk leher Hadif Fayyadh.

Hadif Fayyadh pula sengaja tenggelamkan tubuhnya dan timbul semula. Basah seluruh tubuh Qisha Delisa.

“Hadif!” Marah Qisha Delisa. Dia tahu Hadif Fayyadh sedang seronok mengenakan dia.

“Asyik nak marah je. Bertenang okey. Mama, tolong ambil pelampung untuk puan Qisha ni...” pinta Hadif Fayyadh.

“Okey!” Serentak itu Datin Marissa mengambil pelampung lalu mencampak ke dalam kolam.

“Pegang pelampung ni...”

“Tak tenggelam ke?” soal Qisha Delisa. Apa punya soalan ni Qisha? Pelampung ni kan besar. Tak kan tenggelam la.

“Kalau tenggelam, aku selamatkan kau.” Makin lebar senyuman Hadif Fayyadh. “Okey. Kau relaks dulu. Cuba gerakan kaki kau. Gerakan macam ikan duyung. Kalau kau tak tahu, kau gerakkan macam ekor dugong.” Dia mula memberi arahan.

“Kau ni! Dugong la pula. Perli aku la tu.” Geram Qisha Delisa.

“Aku nak tanya ni, kau takut air tak?” soal Hadif Fayyadh apabila melihat wajah pucat Qisha Delisa. “Trauma dengan air?”

“Ada la sikit-sikit...”

Peristiwa lalu terimbas dalam fikirannya.

“Qisha...” panggil Wan Firaz.

Qisha Delisa berpaling. Serentak itu, Wan Firaz menolak tubuh Qisha ke dalam air kolam yang terbentang luas. Dia kelemasan.

“Abang! Tolong Qisha! Abang!” Qisha Delisa tenggelam dan timbul dan tenggelam semula.

“Ini hukuman untuk sayang yang keluar tanpa beritahu abang...”

“Abang...”

Kini, Qisha Delisa tidak berdaya mahu berusaha menyelamatkan diri. Dia hanya membiarkan tubuhnya tenggelam.

“Qisha!” Wan Firaz pantas terjun ke dalam kolam. Dia selamatkan Qisha Delisa.

“Abang!” Qisha Delisa terbatuk-batuk. Mujur dia tidak lemas atau pengsan.

“Qisha, jangan buat abang macam ni lagi. Abang sayang sangat kat Qisha. Tinggal dengan abang ye? Jangan pergi mana-mana.” Rayu Wan Firaz..

“Tapi...”

“Tak ada tapi-tapi...” Wan Firaz marah semula.

“Qisha...” panggil Hadif Fayyadh. Hilang terus ingatannya mengenai Wan Firaz. Sungguh terseksa jiwa dan raganya mengenali lelaki bernama Wan Firaz.

“Apa dia?”

“Aku tanya ni, kau pandai bernafas dalam air tak? Biasanya orang yang tak pandai berenang ni takut dengan air sebab dia tak tahu cara nak bernafas dalam air. Kau pandai tak?”

“Bolehlah tapi kalau kau ajar, lagi bagus kot...” pinta Qisha Delisa. Semangat untuk belajar berenang berkobar-kobar dalam hatinya.

“Okey, mari dekat aku...” Hadif Fayyadh menghulurkan tangannya supaya Qisha Delisa berpaut padanya.

Qisha Delisa hanya mengikut.

“Teknik untuk bernafas dalam air dengan betul macam ni. Mula-mula kau tarik nafas melalui mulut dan hembus melalui hidung atau mulut. Orang panggil ini bubble...”

“Bubble...”

“Sekarang kau faham tak nak bernafas macam mana?”

Qisha Delisa angguk kepala.

“Sekarang aku nak kau tarik nafas dalam-dalam dan aku akan masukkan kepala kau ke dalam air.”

“Dalam air nanti aku kena buat apa?”

“Kau boleh hempus melalui hidung atau mulut.”

“Tak faham la....”

“Kau cuba dulu. Sedia tau. Tarik nafas...” serentak itu Hadif Fayyadh membiarkan tubuhnya tenggelam tetapi hanya seketika kerana nafas Qisha Delisa tidak dapat bertahan lama dalam air.

“Gilalah!” Qisha Delisa rasa dia mula faham macam mana mahu bernafas di dalam air.

“Sedap hati kata aku gila. Aku dah ajarkan kau ilmu berguna ni. Kau tahu tak, berenang ni sangat di anjurkan oleh Islam. Rasulullah S.A.W. sendiri dalam khutbahnya menyebut sehingga tiga kali menyeru ibu dan bapa supaya “ajarkanlah anak kamu berenang”. Ini yang papa bagitau aku masa aku mula-mula belajar berenang.”

“Ye lah! Terima kasih ingatkan aku...”

Datin Marissa hanya melihat dari jauh. Seronok melihat mereka rapat macam tu.

Beberapa seketika, Qisha Delisa sudah pandai bernafas dalam air. Walaupun tak lama tetapi dia sudah faham konsep itu. Selepas itu Hadif Fayyadh ajarkan cara untuk terapung dalam air tetapi sekejap sahaja sebab tiba-tiba hujan.

“Tadi panas terik, ini hujan pula...” Datin Marissa masuk ke dalam rumah meninggalkan pasangan yang masih ada dalam kolam.

“Jom!” Hadif Fayyadh bantu Qisha Delisa kelaur dari kolam itu dengan menghulurkan tangannya.

“Terima kasih. Lepas ni kau ajar aku lagi tau...” Mereka sudah berada di tempat teduh.

“Boleh tapi ada syaratnya...”

“Apanya?”

Hadif Fayyadh menghampiri Qisha Delisa lalu berbisik.

“Syaratnya lepas ni kau pakai bikini aje ye. Baru syok aku nak ajar kau...” nakal Hadif Fayyadh.

“Miang! Tak guna!” geram Qisha Delisa.

Pantas Hadif Fayyadh berlari ke tengah hujan. Lama dia tidak bermandi hujan.

Qisha Delisa tidak peduli, hujan atau tak, dia mahu mencubit Hadif Fayyadh yang mengenakannya. Dahlah ajar berenang tadi, dia aje yang terkena. Sabar aje la. Kali ini dia tidak mampu bersabar pula.

Sedang Qisha Delisa berlari di tepi kolam untuk mengejar Hadif Fayyadh, gadis itu tergelincir dan masuk ke dalam kolam.

“Qisha!”

Hadif Fayyadh terkejut.


p/s: apa yg terjadi? main lagi di tepi kolam. kang dah jatuh. dengan hujan lagi...hihih cik penulis pula yang marah...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.