Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 21 - Part 2

Hadif Fayyadh sentiasa penuh dengan kejutan. Beberapa seketika...

“Tempat apa ni?” Dahi Qisha Delisa berkerut. Pelik sangat ni.

“Tempat yang pasti buat awak teruja.” Kata Hadif Fayyadh sambil turun dari kereta.

Qisha Delisa juga turun dari kereta.

Mereka berdua berjalan bersama sambil memegang tangan. Banyak kedai pakaian di situ. Cenderahati pun ada. Mereka berdua terus berjalan dan tiba di depan sebuah rumah papan yang cantik terbina.

“Rumah siapa ni?” soal Qisha Delisa.

“Rumah orang la...” gurau Hadif Fayyadh.

“Malaslah nak tanya.” Qisha Delisa ingin berpatah semula kerana rumah itu yang terletak di penghujung jalan.

“Kalau Qisha malas tanya, biar aku yang tanya. Qisha nak tengok beras terbakar tak?” soal Hadif Fayyadh. Sengaja mahu memancing minat isterinya.

“Beras terbakar?” Baru Qisha Delisa ingat. “Orang kata, kalau datang Langkawi, jangan lupa tengok beras terbakar.”

Hadif Fayyadh tersenyum. Dia berjaya memancing minat Qisha Delisa.

“Nak tengok tak?”

“Nak!”Qisha Delisa tersenyum. Teruja dia mahu melihat. Dia membayangkan sawah padi yang terbakar. Sawah padi? Krik! Krik! Krik! Dia berfikir sejenak. Kalau sawah padi yang terbakar, mesti benda tu namanya pokok beras terbakar. Ah! Peninglah! Tengok aje la dulu.

“Okey jom! Aku tunjukkan!” Makin lebar senyuman Hadif Fayyadh. Dia mengambil kesempatan untuk memeluk bahu isterinya.

Qisha Delisa menjeling suaminya dengan mata yang tajam tetapi Hadif Fayyadh buat selamba. Makin geram Qisha Deisa rasa. Akhirnya dia membiarkan sentuhan di bahunya itu.

“Mana beras terbakar tu?” terujanya.

“Itu!” Hadif Fayyadh tunjuk dengan munculnya sahaja.

Qisha Delisa makin pelik.

Dia duduk mencangkung. Memerhati beras yang ada dalam sebuah pinggan. Beras itu warna hitam. Dia membaca sejarah yang tertulis di tepi pinggan itu diletakkan. Asyik sekali dia membacanya.

Selepas puas membacanya, dia berpaling untuk membebel pada Hadif Fayyadh tetapi lelaki itu hilang. Mulalah dia rasa cuak.

“Mana suami aku menghilang ni?” Qisha Delisa mula rasa berpeluh. Mana dia mahu mencari Hadif Fayyadh. Dia mengambil keputusan untuk lalu di sepanjang kedai-kedai tadi.

Sedang dia berjalan, dia ternampak kelibat seseorang yang asyik membeli. Hatinya semakin geram dirasai.

Aku yang sedang pening dengan beras terbakar, boleh pula dia membeli belah dengan senyuman manis lagi.

“Terima kasih dik.” Ucap Hadif Fayyadh. Apabila dia berpaling, terkejut melihat Qisha Delisa dibelakangnya.

“Kenapa tinggalkan aku macam tu je..?” soal Qisha Delisa. Rasa mahu menangis pun ada sebab terlalu terkejut.

“Aku tak nak kacau fokus kau pada beras terbakar.” Hadif Fayyadh tersengih. Dia yakin yang Qisha Delisa tidak puas hati dengan beras terbakar tu. Dulu, kali pertama dia sampai di situ, dia juga rasa geram tengok beras terbakar yang ada dalam pinggan. Dia tak nak dia seorang je merasai geram itu, dia mahu mengajak orang lain juga. Qisha Delisa la menjadi mangsa aku.

“Fokus?” Qisha Delisa membuat muka. Dia tidak mahu memikirkan lagi hal itu. Tiba-tiba dia ternampak baju muslimah yang ada tulis Langkawi. Bagi Qaseh ni, tentu dia suka. Terus dia meninggalkan Hadif Fayyadh di situ.

“Hey, Qisha!” pantas Hadif Fayyadh menyambar lengan Qisha Delisa. Dia tidak suka betul kalau Qisha Delisa tidak mempedulikannya. Dia rasa macam dia sahaja yang mahukan Qisha Delisa.

Qisha Delisa memandang Hadif Fayyadh. Wajah lelaki itu serius. Awatnya?

“Kenapa?”

“Aku tak suka kau tinggalkan aku macam tadi?” jujur Hadif Fayyadh.

“Aku pun tak suka cara kau tinggalkan aku macam tadi.” Wajah Qisha Delisa pula serius. Dia hampir menangis apabila tengok Hadif Fayyadh tiada disisinya tadi.

“Okey! Okey! Aku minta maaf. Aku tak buat kau macam tu lagi. Tapi kau janji, jangan sesekali berpaling muka pada aku.” Hadif Fayyadh takut kehilangan Qisha Delisa. Itulah nyawanya.

“Okey.” Qisha Delisa cuba lepaskan lengannya dari dicengkam Hadif Fayyadh.

Hadif Fayyadh meleraikan pegangannya. Sebaik sahaja terlerai, Qisha Delisa memegang tangannya. Dia terkejut tetapi pada masa yang sama dia rasa bahagia. Isterinya terus menariknya ke sebuah kedai yang ada menjual baju muslimah. Pasti baju itu untuk sahabat baik Qisha Delisa, Qaseh.

Selepas membeli belah di situ, mereka masuk semula dalam kereta. Pantas tangan Hadif Fayyadh mencapai peta. Dia tidak ingat tempat yang menarik di Langkawi.

“Langkawi Cable Car dah pergi. Underwater World pun dan bawa Qisha. Hah! Qisha nak tengok helang besar tak?” soal Hadif Fayyadh sambil memandang Qisha Delisa.

“Hmmm, tak kisahlah! Boleh aje. Aku nak tengok helang tu lebih besar dari kau atau tak?” Qisha Delisa kembali ceria semula.

“Perli apa? Okey jom!” Hadif Fayyadh memulakan pemanduannya. Mujur cuaca agak mendung hari pagi itu.

“Dah sampai.”

Dari jauh, Qisha Delisa sudah dapat melihat helang besar yang cantik terukir.

“Jom ke sana!” pantas Hadif Fayyadh menarik tangan isterinya. Selepas berjalan di situ dan mengambil gambar, mereka berjalan pulang.

“Ular...” kata Qisha Delisa.

“Takut dengan ular ke?” Hadif Fayyadh bertanya. Ada seorang lelaki yang sedang bermain dengan ular sawa kuning. Nampak macam jinak.

“Takut sikit. Kau?”

“Aku takut banyak...” sengaja Hadif Fayyadh berkata begitu.

“Okey. Aku cabar kau. Kalau kau dapat pegang ular tu dalam masa satu minit lebih, aku ikut satu arahan kau...” Cabar Qisha Delisa. Dia tersenyum.

“Okey!” Hadif Fayyadh sahut.

Mereka menghampiri lelaki yang memegang ularnya itu.

Akhirnya, tubuh Hadif Fayyadh terlilit ular sawa kuning yang jinak itu. Mulanya dia rasa geli tetapi memikirkan cabaran isterinya membuatkan dia terus bertahan.

Qisha Delisa menelan liur. Hadif Fayyadh berjaya bertahan lebih dari 3 minit.

“Qisha, sini kejap!”

Qisha Delisa menghampiri Hadif Fayyadh.

“Arahan aku, aku nak layanan istimewa malam ni...” Serius suara Hadif Fayyadh. “Tapi kalau kau sudi pegang ular ni bersama aku dan bergambar bersama. Aku tarik balik arahan aku tu dan aku bagi arahan yang mudah je.” Katanya lagi.

Nafas lega dilepaskan. Qisha Delisa tersenyum kembali. “Okey!”

Pasangan tersebut bergambar bersama ular dan bergerak meninggalkan tempat itu.

“Arahan apa yang mudah tu?” Qisha Delisa rasa tertipu melihat gaya Hadif Fayyadh memegang ular tadi. Tak takut langsung! Sengaja nak kenakan aku!

“Nanti kat rumah, aku cakap. Sekarag ni kita pergi lunch! Lapar!” Hadif Fayyadh memandu sambil memcari kedai makan yang sesuai.

Semasa makan, hujan turun dengan lebat. Qisha Delisa sudah mula rasa sejuk dan menggigil.

“Kenapa Qisha?” soal Hadif Fayyadh. Bimbang melihat keadaan isterinya.

“Sejuk!” sepatah Qisha Delisa berkata.

“Mari aku peluk. Hangat sikit.” Tawar Hadif Fayyadh.

“Tak apa. Aku boleh tahan. Jom kita ke kereta. Kita balik ye?” ajak Qisha Delisa. Dia yang sedang berpeluk tubuh itu rasa tidak kuat mahu berdiri di situ lagi.

“Dalam kereta tak ada payung. Kita redah aje la.” Cadang Hadif Fayyadh.

“Okey.”

Mereka berdua berlari ke arah kereta. Hadif Fayyadh terus memandu pulang ke rumah sewa mereka.

Qisha Delisa terus ke bilik air untuk mandi. Dia takut demam. Takut sangat. Bila demam, dia mula rasa mahu dimanjai, dibelai dan diberi perhatian. Dia tidak suka dirinya begitu.

Dulu dengan Wan Firaz, dia begitu walaupun lelaki itu berniat menderanya. Dia rela ketika itu. Teruknya sikapnya masa itu.

Selesai mandi, Qisha memakai baju yang agak tebal. Sejuk!

“Okey tak ni?” soal Hadif Fayyadh.

Qisha Delisa memandang Hadif Fayyadh. Lelaki itu sudah siap mandi. Mungkin mandi di bilik air yang lagi satu.

“Okey sikit.”

“Kau tidur la. Tapi solat zohor dulu.” Pesan Hadif Fayyadh.

“Okey...” Selepas solat, Qisha Delisa menuju ke katil. Dia terus berbaring dan tertidur. Untuk beberapa seketika dia tersedar. Tubuhnya menjadi panas. “Mana Hadif?”

Perlahan dia turun ke bawah. Kelihatan Hadif Fayyadh tertidur di depan tv yang tiada siaran akibat hujan lebat. Suiz tv di tekan.

Perlahan Qisha Delisa menghampiri suaminya lalu dia turut tidur di sisi lelaki itu.

Hujan semakin lebat. Kesejukan makin terasa.

Aku patut tidur dengan Qisha tadi. Kan dah kesejukan ni. Hati Hadif Fayyadh berkata. Matanya di buka.

“Qisha?” Dia rasa pelik isterinya ada di sisinya. Siap peluk aku lagi ni.

Tangan Hadif Fayyadh menyentuh dahi isterinya.

“Panas!”

Dilerai pelukan isterinya dan dipangku tubuh itu. Dia baringkan tubuh itu di katil.

“Abang...” panggil Qisha Delisa perlahan.

“Abang? Berkerut dahi Hadif Fayyadh.

“Abang, jangan tinggalkan Qisha. Qisha nak peluk abang.” Manja Qisha Delisa

Dahi Hadif Fayyadh makin berkerut. Memang kes demam teruk ni. Sampai jadi tak betul pula si Qisha ni. Nak peluk aku pulak dah.

“Kau tidur dulu. Aku nak...”

“Qisha nak abang...” Tangan Qisha Delisa menarik lengan Hadif Fayyadh agar berbaring seketika.

“Sabar Qisha...” Hadif Fayyadh buntu. Dia bukan tidak suka sikap manja Qisha Delisa cuma manja itu terjadi dengan tiba-tiba. Membuatkan dirinya terkejut untuk menerimanya.

Telefon bimbit Hadif Fayyadh berbunyi.

“Kau tidur dulu. Aku nak jawab telefon ni.” Pantas Hadif Fayyadh berlari menjawab panggilan.

Qisha Delisa yang rasa mengantuk sangat, terus terlena.

Hadif Fayyadh meamndang Qisha Delisa yang sudah terlelap itu. “Apa yang kau nak ni?”

“Kalau kau nak tahu satu perkara tentang Qisha, jumpa aku di selekoh rumah kau. Tapi aku nak kau datang tanpa payung.” Sengaja Wan Firaz berkata. Dia mahu Hadif Fayyadh basah dek hujan.

Ala, takat hujan, bukannya parah sangat. Tak ada lagi orang mati kena hujan. Paling tidak pun demam je. Ini dugaan kecil untuk kau Hadif Fayyadh. Perkara yang aku nak bagitau kau ni lagi perit lagi.Wan Firaz tidak sabar menanti kedatangan Hadif Fayyadh.

Hadif Fayyadh mahu keluar sekejap.

Memang aku tak guna payung pun. Lagi pun dalam rumah ni mana ada payung. Hujan je kot. Hadif Fayyadh berlari meredah hujan selepas mengunci pintu dari luar. Dia menuju ke selekoh yang berhampiran dengan kawasan rumahnya. Kelihatan sebuah kereta di situ.

“Kau nak beritahu apa?” soal Hadif Fayyadh. Hujan turun semakin lebat. Berkali-kali dia meraup air di mukanya.

“Datang pun kau.” Wan Firaz keluar dari kereta dengan baju hujan. Dia suka tengok Hadif Fayyadh basah begitu.

Padam muka kau! Penumbuknya yang kau bagi aku masih rasa sakit tau. Kau sabar sikit. Rahsia ini akan buat kau meletup!

“Apa dia...” Hadif Fayyadh bertanya tanpa membuang masa.

“Sebenarnya Qisha tu...”


p/s: akhirnya dapat juga update....seksanya nak cari line di tempat baru...hmmm kali ni panjang sikit bagi....semoga tak rasa geram...saya buat suspens lagi hihihih jangan marah ye..semoga terhibur membacanya...terima kasih...


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.