Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 23 - Part 1

Dahi Qisha Delisa berkerut. Pandai ke aku menggoda Hadif? Dia teringat peristiwa dia bersama dengan suaminya. Dalam bilik air pula tu di Langkawi. Ish, macam gelojoh sangat masa tu dan... Dan... Aku malu sangat. Yelah, pertama kali diperlakukan sedemikian oleh seorang lelaki.

“Aku tak reti la...” Pangkah Qisha Delisa. Dia menghabiskan biskut yang terakhir dalam pinggan tersebut.

“Abang, mengarut je. Yang tu tak boleh pakai..” kata Qaseh. “Apa kata kau mulakan yang ringkas-ringkas.” Qaseh sendiri malu tetapi demi sahabatnya, dia sanggup menebal muka depan Shahril. Nanti apa yang Shahril akan katakan padanya. Malunya.

“Contoh?”

“Apa kata game love kau yang pertama ialah memasak?” cadang Qaseh.

“Tak nak la. Aku dah la masak tak reti.” Pangkah Qisha Delisa lagi. Dia memang suka memasak tapi yang ringkas-ringkas. Hadif suka makan gulai lemak telur. Itu ringkas sangat. Tak mencabar pula.

“Kau ni rendah diri sangat. Kau masak sedap la. Kang abang?” Qaseh memandang Shahril. Suaminya itu pernah merasa masakan Qisha Delisa.

“Sedap tapi sedap lagi masakan sayang...” Shahril tersenyum gembira. Asyik sekali dia melihat wajah isterinya yang sentiasa menarik minatnya.

“Abang...” Qaseh rasa malu. Asyik malu sahaja dari tadi.

“Tapi masakan kau memang sedap. Tak apa. Kau cuba. Masak yang istimewa.” Semangat Qaseh memberi idea.

“Qaseh, aku bukan tak nak masak tapi nak ajak Hadif makan sama-sama pun payah.” Belum buat lagi, Qisha Delisa sudah mengalah.

“Kalau memasak pun tak sesuai... Cuba kau berdiam diri dulu....” Cadang Qaseh. Dia terus berfikir. Demi sahabatnya ini. Dia akan berusaha selagi mampu.

“Mana boleh buat suami macam tu...” Shahril tidak bersetuju. Baginya walaupun merajuk atau marah macam mana sekali pun, dia tidak suka jika Qaseh berdiam diri.

“Bukannya nak derhaka abang.” Qaseh memandang suaminya lalu memandang Qisha Delisa pula. “Kalau Hadif tanya, kau jawab la, Qisha. Kalau dia tak tanya, kau diam je. Okey tak?” terujanya.

“Okey juga. Aku cuba.”

“Kalau betul dia sayangkan kau, pasti dia akan rasa pelik dan asing jika kau tak cakap banyak. Okey tak?”

“Okey. Qaseh, aku balik dululah. Apa-apa aku call. Thank tau...” Qisha Delisa tersenyum. Senyum demi sahabatnya. Demi cintanya.

Qisha Delisa masuk ke dalam kereta. Lama dia termenung. Memikirkan hubungannya dengan Hadif Fayyadh.

Dia keluar pagi dan malam barulah pulang.

“Kau ke mana?” soal Hadif Fayyadh dengan kasar.

Tahukah kau aku risau gila pasal kau. Kalau ye pun lambat balik, call la aku. Aku nak call, nampak sangat aku masih sayang pada kau. Bisik hatinya.

Demi sebuah ego, Hadif Fayyadh sanggup tidak menghubungi isterinya. Malah sanggup tunggu di rumah dengan perasaan tidak sabar.

“Qisha ke klinik tadi. Demam sikit...” jawab Qisha Delisa. Dia benar-benar penat. Penat dengan masalah yang dihadapi.

Demam? Hati Hadif Fayyadh tersentak. Ingin sekali tangannya menyentuh dahi Qisha Delisa. Betapa dia rindu mahu bermanja dengan isterinya. Sanggupkah aku melupakan kata-kata Wan Firaz.

Hadif Fayyadh berperang dengan perasaan sendiri.

Qisha Delisa melihat wajah Hadif Fayyadh. Serius memandangnya. Kenapa? Macam nak cakap sesuatu tetapi tak pula bersuara. Biarlah!

“Qisha ke bilik...”

Lebih baik aku pergi dari sini. Rimas pula dengan renungannya.

“Tunggu!”

Pantas tangan Hadif Fayyadh menyambar tangan Qisha Delisa.

Qisha Delisa terkejut dengan pegangan Hadif Fayyadh. Dia memandang wajah yang serba salah itu.

“Kenapa?”

“Tak ada apa-apa...” Hadif Fayyadh melepaskan pegangannya. Dia terus berlalu ke luar rumah. Duduk di tepi kolam air yang terlalu banyak kenangannya dengan Qisha Delisa di situ.

Hadif Fayyadh tersenyum. Apabila teringatkan Wan Firaz, hatinya kembali marah. Dia menanggalkan bajunya dan seluarnya lalu terjun ke dalam kolam tersebut. Berenang membuat hatinya puas dan tenang.

Tanpa Hadif Fayyadh sedari, Qisha Delisa memerhati dari atas. Ada pilu dalam hatinya.

“Aku pun kena kuat juga.”

Kini, sudah seminggu berlalu. Qisha Delisa teruskan dengan Game Love pertamanya. Dia tahu yang Hadif Fayyadh mula tidak senang hati dengan perubahannya tetapi buat masa ini dia benar-benar tiada mood. Moodnya hanya untuk makan.

Hadif Fayyadh sudah lama memerhati tingkah laku Qisha Delisa. Isterinya itu seperti tidak mempedulikannya lagi. Sepatah di tanya, sepatah juga dijawabnya.

Tapi satu yang aku perhatikan dalam seminggu ni, Qisha suka minum susu waktu pagi. Susu dalam peti tu. Apa kata aku...

Hadif Fayyadh memulakan idea nakalnya. Dia benar-benar rindukan suara Qisha Delisa. Entah mengapa kata-kata Wan Firaz makin dilupakan. Dia yakin yang Qisha Delisa tidak buat begitu.

Seperti biasa, Qisha Delisa akan ke dapur dan minum segelas susu. Segera dia membuka peti ais yang gergasi itu.

“Eh!” Mata Qisha Delisa meliar mencari sekotak susu yang menjadi kesukaannya.

Qisha Delisa segera ke halaman rumah. Dia macam dapat meneka apa yang berlaku. Tiada orang lain akan melakukannya.

Sah! Betullah tekaan aku!

Kelihatan Hadif Fayyadh sedang menghabiskan dua kotak susu kegemaran Qisha Delisa.

Aku rasa nak hempuk je mamat ni. Nasib baik aku masih ingat yang kau ni laki aku.

Geram Qisha Delisa.

“Bukan sedap sangat susu ni pun. Macam mana Qisha Delisa boleh minum air ni?” Hadif Fayyadh mengomel seorang diri di tempat yang biasa dia lepak. Belum sempat mulutnya menerima air susu itu masuk ke dalam mulut, ada tangan yang merampas kasar gelas itu.

“Kau tahu kan ini air aku beli?” soal Qisha Delisa. Matanya merenung tajam wajah Hadif Fayyadh.

Yes! Bersuara juga kau ye! Hadif Fayyadh gembira tetapi mimik mukanya serius.

“Aku tak tahu pun. Aku tengok ada dalam peti, aku minum je.” Hadif Fayyadh buat muka tidak bersalah.

“Mulai saat ini, air susu ni aku punya. Kau jangan nak minum. Jangan sampai aku beli satu lagi peti dalam rumah ni.” Marah Qisha Delisa sambil mengambil air yang berbaki segelas itu.

Datin Marissa pergi ke Turkey pula bersama suami. Makin lama mereka berdua di rumah itu.

*****

Mata Hadif Fayyadh merah menyala. Dia sedang menahan marah. Marah apa yang dilihat dengan dua bijik matanya. Betul kata Wan Firaz selama ini. Itu penyebab Qisha Delisa tidak suci lagi. Perempuan murahan.

Selepas semua lelaki itu keluar dari rumahnya, Hadif Fayyadh terus menyerang Qisha Delisa.

Pang!

Pipi Qisha Delisa ditampar sebaik sahaja pintu rumah dibuka. Dia tidak boleh bersabar lagi.

Qisha Delisa terkesima. Dia jatuh terjelupuk.

“Perempuan murah! Siapa jantan yang datang tu?” soal Hadif Fayyadh. “Kau dah jadi pelayan dia ke?” Tiada lagi perasaan sayang dan cinta dalam hatinya untuk Qisha Delisa. Hatinya panas. Penuh dengan kebencian.

“Hadif!” Qisha Delisa rasa tubuhnya lemah.

“Mulai saat ini. Aku nak kau keluar dari rumah ni. Aku tak nak tengok muka kau yang penipu itu!”

Tiada guna Qisha Delisa membela dirinya. Dia gagahi juga ke biliknya untuk mengambil telefon bimbit dan beg tangannya. Dia meninggalkan Hadif Fayyadh yang tidak lepas memandangnya.

Dia memandu perlahan.

“Darah!” Ada cecair merah yang mengalir.


p/s: maaf lambat update bab...dulu tiap2 hari...tapi sekarang tak dapat nak update tiap2 hari sebab sibuk dengan mss KEBENCIAN DALAM HATI...insya allah akan disiapkan juga bulan ini. jadi boleh fokus ke mss GAME LOVE pula...doakan semoga karya saya dapat disiapkan secepat mungkin...terima kasih...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.