Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 2 - Part 2

“Qisha, mari ikut mama. Mama dah sediakan blous meletup untuk Qisha. Qisha jangan risau, tak seksi pun. Mama nak Qisha pakai.” Datin Marissa tersenyum.

“Mama, Hadif serahkan Qisha pada mama. Pastikan meletup tau.” Sejurus Hadif Fayyadh berkata begitu, dia terus menghilang.

Qisha Delisa dan Datin Marissa menuju ke bilik tetamu. Sudah lama dia menanti.

“Macam mana? Qisha dah jumpa dengan ayah Qisha?” soal Datin Marissa. Kebetulan pula, ayah Qisha Delisa iaitu Encik Sulaiman itu, kawan arwah suaminya. Lelaki itu yang banyak menceritakan tentang Qisha Delisa tanpa pengetahuan gadis itu sendiri. Lebih banyak dia tahu mengenai Qisha Delisa, lebih banyak kasih sayangnya untuk gadis malang ini.

Qisha sudah banyak menderita. Aku tidak mahu dia merasai semua ini lagi. Biarlah aku membantunya memandangkan aku tiada anak perempuan. Qisha, mama akan bantu Qisha tapi lebih baik jika Qisha berkahwin dengan Hadif. Mungkin lagi erat perhubungan kita. Itulah angan Datin Marissa sejak dia mengenali gadis ini dua tahun yang lalu.

“Kenapa mak cik tanya pasal ayah. Dia kan dah ada bini muda yang meletup tu. Dia tak perlukan Qisha pun.” Angin Qisha Delisa berubah. Sebut mengenai ayah membuatkan dia teringat lelaki durjana itu.

“Masih marah pada ayah ke?” Datin Marissa bertanya lagi. Dia simpati dengan apa yang menimpa keluarga Qisha Delisa.

“Marah? Sudahlah mak cik. Mana bajunya?” soal Qisha Delisa yang ingin topik di ubah.

“Okey. Kita lupakan itu semua. Ini bajunya!” Datin Marissa mengeluarkan sepasang jubah yang tergantung elok di dalam almari.

“Jubah...?” Mata Qisha Delisa terkelip-kelip.

Hadif Fayyadh yang baru sahaja bangun tidur mula menuju ke dapur untuk makan tengah hari. Dia ternampak Qisha Delisa yang sedang mengacau sesuatu dalam periuk.

“Wanginya...” hidungnya bergerak-gerak.

“Apa wangi-wangi?” geram Qisha Delisa. Sesedap hati sahaja mak cik kecik tu suruh aku masak. Sekarang ni anak mak cik tu pula nak menyibuk.

Dia teringat akan kata-kata Datin Marissa.

“Mama tahu yang Qisha pandai masak. Jadi, mama harap Qisha sudi masak untuk makan tengah hari.” Senyuman bahagia Datin Marissa membuatkan Qisha Delisa berasa geram.

Tapi... satu sahaja yang aku ingat pesan mak. Kalau kita nak masak untuk orang, kita kena ikhlas dan tersenyum. Pasti masakan itu menjadi sedap dan semanis senyuman kita. Jadi, aku kena la masak dengan perasaan rela hati.

“Wangilah bau gulai lemak kau ni.”

“Ala gulai lemak telur je. Bukannya sedap sangat.” Kata Qisha Delisa.

“Kegemaran aku tu...” Hadif Fayyadh berkata.

Qisha Delisa sedikit terkejut. Patutlah mak cik kecik tu suruh aku masak gulai ni. Untuk memikat hati si Hadif ni. Lantaklah! Aku pun suka gulai lemak ni. Rindunya kat mak...

Beberapa minit kemudian, semua makanan sudah terhidang atas meja makan.

“Mama tak sabar mahu rasai makanan Qisha...” Datin Marissa paling teruja dengan masakan bakal menantunya ini.

“Me too, Mama...” Hadif Fayyadh sendiri tidak sabar.

“Ini nasinya mama...” Qisha Delisa menghulurkan pinggan yang sudah terisi nasi.

“Nasi untuk aku?” soal Hadif Fayyadh.

“Isi sendiri!” kasar Qisha Delisa.

Automatik wajah Datin Marissa muram. Dia tidak suka jika Qisha Delisa berkasar begitu dengan anaknya. Lagipun permintaan Hadif Fayyadh bukanlah besar sangat. Cuma meminta Qisha Delisa mengisikan nasi untuknya.

Qisha Delisa yang perasan perubahan air muka Datin Marissa, tiba-tiba rasa bersalah. Dia tidak pernah kurang ajar pada orang tua.

“Nah nasi kau!” Qisha mengalah. Tidak sanggup melihat air muka Datin Marissa yang hodoh itu. Dia rasa lebih suka melihat wajah yang suka memaksanya. Hatinya senang. Dia seperti diberi perhatian yang penuh.

Barulah senyuman Datin Marissa terukir.

“Thank...” ucap Hadif Fayyadh. Dia tahu yang Qisha Delisa mempunyai hati yang lembut. Itu sebab dia senang berada di sisi gadis itu. Kadang-kadang dia akan jatuh cinta dengan sikap Qisha Delisa.

“Your welcome...”

“Baca doa, Hadif...” arah Datin Marissa. Tiga insan menadah tangan tanda mensyukuri nikmat Allah ini.

Mereka berdua makan penuh berselera. Begitu juga Qisha Delisa. Melihat Datin Marissa dan Hadif Fayyadh yang tidak bercakap ketika makan membuatkan dia rasa senang dan tenang.

Tiba-tiba ketenangannya terganggu apabila Hadif Fayyadh bersuara...

“Kenapa rasa dia macam ni?” berkerut-kerut dahi Hadif Fayyadh memandang Qisha Delisa.

Qisha Delisa tersentak. Kenapa pulanya?

P/s: macam2 la mereka berdua... inilah masalah jika mereka tiada cinta antara satu sama lain...bergaduh dan bergaduh sahaja....tunggu sambungan bab 3 pula....

Previous: Bab 2 - Part 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.