Home Novel Cinta SHIA
Bab 37


"Betul ni awak tak nak pergi hospital atau klinik. Saya risaulah Shia. Lama awak kesejukan tadi, boleh terkena pneumonia tau."


Shia teguk air panas yang Ummi hidangkan tadi. Sedap benar milo panas itu melalui tekaknya. Dah dua gelas dia minum.


"Risau betul awak ni. Saya tak apa-apa lah Nedim. Betul!  Dah larut malam ni, semua orang penat. Abi, Ummi, awak, saya, kita semua dah letih. Mata ajak cari selimut je sekarang. Kalau saya rasa badan masih tak sedap esok, saya ajak awak ke klinik."


Puas juga memujuk Nedim. Bimbang benar lelaki itu. Dah macam suami rasanya. Akhirnya lelaki itu mengangguk.


"Tak payah tunggu esok. Kalau malam ni awak dah rasa semacam, terus kejut saya di luar ni. I'm totally at your service, Madam."


Shia rasa nak tergelak pun ada. Walaupun mulut cakap macam tu, Nedim dah tarik kain selimut menyelubungi tubuhnya. Nampak sangat kelopak mata lelaki itu semakin memberat. Nedim ditinggalkan keseorangan di ruang tamu. Lelaki itu dah semakin selesa tidur di sofa.


Mata Shia juga sama macam Nedim. Sebaik sahaja kepala terletak di atas bantal, dia terus tertidur.


Jam dinding menunjukkan pukul 3 pagi ketika Nedim terjaga. Bukan main rancak nyamuk berdendang di telinganya. Sebelum dia menutup mata semula, telinga menangkap bunyi lain. Suara desahan. Bulu romanya naik dahulu sementara akal baru nak memikir. Cepat-cepat Nedim menutup mata. Bunyi yang sama semakin jelas di pendengaran. Kali ini Nedim memicing telinga. Suara itu datangnya dari bilik Shia. 


"Eh!" Nedim bingkas bangun. Hati rasa tak sedap. Perlahan dia mengatur langkah ke bilik Shia. Tangan hanya mengetuk lembut di papan pintu. Setelah itu barulah Nedim melaung, "Shia, Shia." 


Tiada sahutan dari dalam kamar Shia. Namun desahan suara masih berterusan.


"Shia, Shia." Nama gadis itu dilaungkan lagi. Hanya sepi yang menyahut.

Previous: Bab 36
Next: Bab 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.