Home Novel Cinta SHIA
Bab 21


Kau tak rasa marah ke? Tak ada rasa dendam? Mereka tu yang buang kau. Orang tua itu itulah penyebabnya!"


Shia pamer senyuman nipis. Memang benar kata-kata Adam. Cuma Adam tak faham transformasi perasaannya sehingga mengatasi segala kemarahan dan dendam.

"Apa lah kau ni Adam. Aku bukannya Nabi. Dah sah aku bukan ma'sum. Tentulah aku ada perasaan marah dan dendam tu. Tapi kalau kau jadi aku, kau akan lebih banyak bersyukur daripada menilai apa yang kau dapat."


Adam diam lama. Dia faham atau tidak, Shia tak tahu.


"Sekian lama aku pendam keinginan ini. Rasa nak dibelai oleh insan yang melahirkan kita. Rasa nak bermanja dengan manusia yang bertungkus lumus bekerja demi menyara kita. Hati aku ni rasa terperosok jauh sangat setiap kali melihat orang lain bermesra, berkepit dengan mak bapa diaorang."


Shia menggosok-gosok tapak tangan, meramas-ramas tangan sendiri. Menteramkan jiwa yang mengenang kisah lama.


"Ibarat kalau luka tu, dibiar lama dah bernanah . Hati aku dulu sarat dengan perasaan macam tu. Sedangkan aku tahu keinginan itu mungkin bukan untuk orang macam aku, yang ada wajah macam aku. Aku pujuk hati dan buang rasa yang tak baik tu perlahan-lahan. Belajar untuk terima takdir. Mula-mula tu memang susah. Rasa macam telan jadam je. Lama-kelamaan dah rasa macam telan ubat. Segala kepahitan jadi azimat."


Dua kali Shia melirik pada Adam. Anak mata Adam ada kilauan ungu. Shia putuskan untuk berlagak seperti biasa. Adam sinonim dengan perkara luar biasa. Kalau mata itu tiba-tiba sahaja terjojol keluarpun tidak mustahil. 


"Agaknya aku terlebih buang kot sampai jiwa ni banyak ruang kosong. Bila Nenda datang dengan penuh pengharapan, aku dah tak mampu nak tolak hati dia atau sebenarnya kemahuan aku sendiri. Kekosong di sini, mendesak untuk diisi semula."


Tangan mengusap dada sendiri. Shia termenung seketika.


"Mungkin sebab itu mudah sahaja aku menerima nenda. Lagipun jika difikirkan dengan rupa aku yang macam ni, aku tak layakpun nak dapatkan semua kasih sayang tu. Mungkin kemewahan perasaan itu bukan ditakdirkan milik aku. Tapi Tuhan bagi juga. Mana mungkin aku tak bersyukur. Tolak kurnia Dia."

Shai angkat muka memandang Adam. Dah panjang lebar dia memberi penjelasan, harapnya Adam mengerti. Tetapi lain pula yang Shia temui.

"Adam."

"Adam!" 

Sengaja Shia kuatkan suara untuk mengejutkan Adam. Tadi anak mata Adam sahaja yang bercahaya. Kali ini sinar ungu itu dah merebak ke serata badan. 


"Hmm." Silau ungu lenyap dengan sahutan ringkas itu.

"Kenapa dengan kau hari ini, Adam? "

"Aku kalah lagi." Tiba-tiba sahaja ayat asing itu terpacul.

"Ka-lah? Kalah apa? Berperang? Bermain? Ke kau gagal mengorat Langsuir lagi? Dia tak nak layan kau?" 


Jenaka Shia tak mendapat perhatian . Wajah itu masih tawar ketika menjawab dalam nada yang lirih.

"Bertempur dengan diri aku sendiri."

"Adam, aku nak baliklah. Tak seronok bercakap dengan tunggul ni. Cakap benda yang aku tak faham lagi la aku tak suka."

Shia dibiarkan sahaja pulang. Tidak kata-kata yang menghalang perpisahan mereka seperti selalu.

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.