Aku terdiam seketika sebelum terhambur keluar ketawaku. Rasa kelakar dengan apa yang aku
baru dengar sebentar tadi.
“Kenapa awak
ketawa?” Hilang senyuman Encik Pilot.
“Kelakarlah. Sebab
awak ni berlagak macam awak dah kenal saya lama. Awak boleh rasa saya bukan
macam tu? Wah hebat awak ni.” Aku bagaikan mempermainkan kata-katanya.
“Salah ke apa yang
saya cakapkan tu? Saya rasa awak bukan seperti yang lelaki tadi katakan. Habis
betul ke semua tu?” Dia menyoalku pula.
Aku memandang ke arah
lain sebelum mula berjalan menjauhinya. Mengelak dari menjawab soalannya itu. Dia
masih lagi mengekoriku hingga ke perhentian teksi lalu dengan selambanya dia
duduk di sebelahku.
“Boleh saya tanya
sesuatu...err kenapa awak macam marah pada saya...tak suka saya....benci saya.
Saya salah apa ya?” Tanyanya yang membuatkan aku memandang wajahnya seketika
sebelum mataku beralih mencari kelibat teksi.
“Boleh awak beritahu
saya sebabnya Cik Maya?” Dia masih setia menunggu.
Namun aku masih diam.
Memilih untuk mendiamkan diri. Berharap Encik Pilot tu akan bosan dan beredar
dari sini.
Dia berdehem-dehem
beberapa kali sebelum mendongak melihat langit. “Sunyi malam ni. Macam nak
hujan kan? Awak nak tahu tak pengalaman saya masa bawak flight dalam cuaca hujan?” Lelaki itu tiba-tiba mengajukan soalan
pelik yang dia sendiri menawarkan diri memberi jawapannya.
Aku mencapai telefon
bimbit dan mula berpura-pura meneroka melihat itu dan ini. Tidak mengendahkan
kehadirannya.
“Sepatutnya bukan
saya ke yang patut benci awak sebab awak curi gelang saya.”Tambahnya.
“No. Saya bukan pencuri.” Jawabku spontan.
Dia senyum. “Ada pun
suara. Ingatkan bisu dah tadi.” Dia mengusikku.
“Okay...pasal gelang
tu saya akan pulangkan. Saya janji. Tapi awak kena pulangkan kunci saya dulu.”
Aku menadahkan tanganku di hadapannya.
Agak lama dia
memandang tapak tanganku sebelum matanya beralih ke wajahku. “What happened to your hand? Nampak
macam pernah luka serius?” Tanyanya yang nampak mengambil berat pula.
Aku malas nak bersoal
jawab dengan lelaki itu lagi. Aku memandang ke arah kiri kanan jalan. Kenapa
ketika itu tiada satu teksi pun yang kelihatan? Pelik betullah.
“Awak cedera masa
kerja ke? Seronok ke kerja jadi tukang kayu tapi dapat luka macam tu?” Soalnya.
“Awak ni memang kaki
penyibuk kan? Suka hati saya lah nak kerja apa pun. Tukang kayu ke, tukang sapu
ke...saya tak kecoh pun. Saya tak sibuk-sibuk pun tanya kenapa awak jadi drebar?” Balasku seakan memerlinya.
Dia ketawa.
“Auch...pedasnya. Betul saya kerja jadi drebar tapi kelas tinggi sikit lah,
drebar Airbus atas langit. Awak nak tahu ke kenapa saya pilih kerja tu? Saya
boleh cerita dari A sampai Z kalau awak nak dengar. We have a very long night to talk about it.”
“No thanks. Not interested at all.” Balasku
ringkas sambil mataku terus memerhati ke arah jalan raya.
“Okay...kalau tak
berminat dengar cerita tu tak apa. Kita tukar topik lain. Soalan yang tadi
boleh awak jawab tak? Saya rasa sangat curious
sekarang ni. Apa salah saya sampai awak benci kat saya. Saya rasa saya dah
minta maaf pada awak atas apa yang jadi kat Auckland bulan lepas. Jadi boleh
awak nyatakan apa salah saya lagi kalau-kalau saya terlupa?” Dia masih lagi
tidak berputus asa menyoalku.
Aku melepaskan satu
keluhan berat sebelum aku menoleh memandangnya yang seakan –akan sudah bersedia
menjadi pendengar setia.
“Awak kenal siapa Taufiq? Apa yang jadi kat restoran
tadi awak yang rancang kan? Awak panggil dia datang sana dan suruh dia malukan
saya sebab saya dah kenakan awak dulu. Jadi awak nak balas dendam...”
“Wow..wow...nanti
dulu.” Dia mengisyaratkan aku supaya berhenti dari terus berkata-kata.
“Itu satu percakapan
ke atau satu pertuduhan? Maya come on.
Saya tak kenal pun siapa lelaki siang tadi tu. Awak yang kenal dia kan? He is your friend right? Saya tak rancang apa-apa pun. Malahan saya
pun terkejut dengan apa yang berlaku. Tiba-tiba lelaki tu datang, pegang tangan
awak dan mula cakap bukan-bukan.”
Aku masih lagi
mempamerkan muka tidak percaya. Lelaki itu menyambung lagi kata-kata untuk
menyakinkanku yang dia tiada langsung dengan apa yang berlaku siang tadi.
“So right
now I want to tell you and make it clear, I did not involved in whatever his evil plan and I don’t even know that
weird guy. Yeah I realize that he is a little bit weird with those weird sharp eyes,
sharp eyebrows...something likes we saw in Samurai cartoon.”
Aku spontan tergelak
mendengar ayat terakhirnya. Benar juga apa yang dikatakan Firqin tentang
Taufiq. Sempat lagi Encik Pilot ini membayangkan dan memberi pendapat tentang
bagaimana definisi wajah Taufiq.
“Hah..tu dah gelak
tu. Apa nak simpan-simpan ketawa tu. Lepaskan aje lah.” Ujarnya yang turut
ketawa bersamaku.
“But still I hate you.” Kataku.
“But why?”
“Sebab apa yang
sedang awak buat sekarang ini lah. Berpura-pura.” Aku memandang matanya.
Encik Pilot nampak
keliru. “Berpura-pura? Maksud awak apa ni?” Tanyanya lagi.
“Maksud saya apa yang
sedang awak buat ni lah. Layanan awak, cara awak cakap. Lepas tu boleh pula
selamba bergurau dengan saya. Saya tengah berfikir sekarang ni, saya rasa
pelik. Sebab saya rasa awak yang sekarang ni yang duduk sebelah saya ni adalah
orang yang berbeza dengan Firqin yang saya jumpa kat Auckland dulu. Kenapa ya?
Ada agenda apa lagi yang cuba awak buat supaya dapat mempermainkan saya balik?”
Aku meminta penjelasan darinya.
Lelak itu meraup
wajahnya beberapa kali. Baru saja dia membuka mulut untuk memberi penjelasan,
aku terlihat sebuah teksi semakin menghampiri. Aku segera bangun dan menahan
teksi tersebut.
“Saya belum beri
penjelasan lagi.” Kata lelaki itu.
Aku buat tidak endah
dengan lelaki itu. Aku mendekati teksi yang berhenti di hadapan perhentian
teksi tersebut. Namun lelaki itu lebih
pantas membuka pintu teksi di bahagian penumpang.
“Pak cik minta maaf.
Cik ni tak jadi naik teksi. Saya ada hantar dia. Terima kasih banyak-banyak.
Minta maaf sekali lagi.” Selamba saja lelaki itu berbuat sesuka hatinya.
Aku tergaman melihat
teksi itu berlalu pergi. “Apa awak buat ni?” Marahku.
Dia sekadar
mengangkat bahu dan tersenyum. Aku menarik nafas dua tiga kali. Cuba
menenangkan diri. Lelaki ini memang benar-benar mencabar kesabaranku.
“Awak sengaja nak uji
kesabaran saya ya?” Ujarku.
“Uji apa dia?
Betullah cakap saya. Saya kan ada boleh hantar awak. Tak payah susah-suah naik
teksi.” Firqin masih lagi tidak mahu mengalah.
Aku tahu lelaki ni
sengaja mengujiku. Aku cuba sabarkan diri melayan kerenahnya. Sambil-sambil tu
aku boleh menyusun rancangan untuk kenakannya. ‘Sabar Maya.’ Bisikku.
Agak lama aku diam
sebelum aku memandangnya. “Baiklah. Apa yang awak nak sebenarnya dari saya? Apa
yang awak nak katakan? Keluarkan semuanya. Saya dah sedia nak dengar. Lepas tu
boleh awak bagi saya balik ke wahai Encik Pilot?” Aku memaniskan muka.
Dia turut tersenyum
memandangku. “That smile. I like it. Its
make you become more beautiful.” Pujinya. Lama aku memandangnya.
Senyumannya kali itu nampak ikhlas. Nampak sangat manis di mataku. Sempat aku
memuji di dalam hati.
Aku segera tersedar
dari terus merenungnya. Segera membuang perasaan yang tiba-tiba masuk ke dalam
hati. ‘Sedar Maya...jangan kalah dengan dia.’
“Explanation please.” Kataku
pendek.
Lelaki itu nampak
bersedia untuk memberi penjelasan. “Errr....I rasa haus lah. Jom kita minum
dulu kat kafe depan tu. Lagi selesa untuk bercakap.” Dia mengalih topik.
Aku tidak berganjak
sedikit pun. Dia sudah pun berdiri.
“Saya bagi kunci awak
balik kalau awak sudi minum dulu.” Katanya yang membuatkan aku terus bangun dan
berjalan ke arah kafe yang ditujukkannya tadi. ‘Geramnya aku. Dia main tarik
tali pulak!’ kataku di dalam hati. Aku dengar dia ketawa. Bahagia sangat aku
dengar.
Melodi lagu Relakan
Jiwa nyanyian Hazama versi Piano Intrumental Cover melatari segenap ruang kafe tersebut. Aku
mencapai White Coffee Iced yang aku
pesan tadi. Apa yang aku perasan wajah Encik Pilot ketika itu nampak sangat
bahagia. Berseri-seri. Peliklah aku dengan dia ni. Tak berhenti hatiku
berkata-kata tentangnya.
“Apa yang buat awak
suka sangat ni?” Akhirnya aku tanyakan juga soalan ni.
Makin lebar
senyumannya. “Mestilah saya suka sebab dapat duduk minum semeja dengan gadis
secantik awak. Saya rasa bertuah.”
Aku memandangnya
penuh curiga. Apakah yang di maksudkannya itu? “Saya tak faham lah.”
“Cuba awak tengok
sekeliling awak.” Pintanya.
Aku yang sedang
keliru ketika itu hanya mengikuti saja permintaannya itu. Barulah aku perasan
rupanya ketika itu aku sedang menjadi perhatian pelanggan lain di dalam kafe
itu. Banyak mata yang memandang ke arahku yang kebanyakkannya sudah tentulah
lelaki. Aku kini faham maksudnya.
“Jangan buang masa
saya lagi boleh tak? Cepatlah cakap apa awak nak katakan.” Aku sudah tidak
sabar.
“Maya pertama sekali
saya minta maaf atas kelakuan saya terhadap awak masa kita di Auckland dulu.
Saya masih rasa bersalah sampai sekarang bila saya terbayang saya tolak awak
masa kita di pantai. Selagi awak tak maafkan saya, saya tak dengar dari mulut
awak sendiri yang awak dah maafkan saya, selagi tu jiwa saya tak tenang." Suaranya kedengaran ikhlas.
Hati aku tiba-tiba
terasa terusik mendengar pengakuannya itu. Aku masih lagi diam. Memberi peluang
kepadanya meluahkan segala-galanya yang dia ingin luahkan.
“This is the real me.Ini lah diri saya yang sebenarnya Maya. Yang
di hadapan awak ni. Firqin yang di Auckland tu hanya watak yang saya reka. Saya
ubah diri saya, sifat saya jadi orang lain sebab saya tak nak diri saya nampak
lemah dan orang lain mudah mengambil kesempatan pada saya. Awak jadi mangsa
rancangan bodoh saya. Saya teruk sebab ugut awak, gunakan awak supaya matlamat
saya tercapai. Saya sedar saya pentingkan diri ketika itu. Saya kesal kerana
Amera saya sanggup ubah diri saya yang akhirnya saya sendiri tak dapat
apa-apa.”
Aku mengangkat
wajahku memandang matanya. Mencari sinar kejujuran di situ.
“Dari saat awak jerit
dari dalam teksi ‘selamat tinggal dan saya harap tak jumpa awak lagi’ saya dah
rasa kehilangan. Jujur saya kesal atas apa yang berlaku pada malam sebelum tu.
Malam tu jugak saya dah buat keputusan untuk minta maaf pada awak sekali lagi
pagi esok dan mulakan perkenalan baru. Saya nak berkawan dengan awak. Tapi bila
awak lari macam tu aje, saya kecewa jugak.”
“Macam mana awak
dapat cari saya?” Tanyaku.
Dia senyum. “Err...yang
tu rahsia. Saya tak boleh bagitahu.”
“Awak masih benci
lagi pada saya?’ Soalnya pula.
“Saya tak pernah kata
pun saya benci awak. Cuma saya marah. Marah sebab awak tolak saya malam tu.
Lepas tu awak minta maaf, saya maafkan. Yalah saya ni kan baik, tak suka simpan
dendam-dendam ni. Tapi bila awak salahkan saya dan suruh saya minta maaf pada
Amera, itu yang buat saya benci kat awak. Bagi saya awak tak ikhlas minta
maaf.” Suaraku sudah tidak setegas tadi.
“Saya tahu saya
salah. Saya tak patut cakap macam tu pada awak malam tu, Maya. Jadi sekarang ni
awak tak perlulah salah faham, salah sangka pada saya. Mempersoalkan tujuan
saya cari awak kerana saya nak balas dendam ataupun mempermainkan awak. Tak
Maya. Saya tak ada niat macam tu pun. Jujur saya katakan pada awak, ada hikmah
untuk saya bila kita jumpa di sana. Jadi boleh maafkan saya?” Suaranya yang
romantik itu membuatkan hatiku menjadi lembut.
Aku mengaris sebuah
senyuman untuknya. Perlahan aku mengangguk. “Saya dah lama maafkan awak.”
Aku nampak wajahnya
semakin berseri-seri ketika itu. “Jadi
sudikah awak berkahwin dengan saya?” Ujarnya selamba.
“What?” Aku terkejut.
Dia ketawa.
“Err....saya tersilap cakap. Jadi sudikah awak berkawan dengan saya Maya?”
Aku tahu dia memang
sengaja mengusikku begitu. Wajahku ketika itu sudah tentulah merona merah
menahan malu. Tiba-tiba saja dia berkata begitu kan. Hatiku mula merasa selesa
dengannya. Aku cuba membuka hati untuk menerimanya sebagai kawan.
Tiba-tiba aku
terfikir akan sesuatu. Layakkah aku berkawan dengannya? Kalau lah Firqin tahu
apa yang dikatakan Taufiq tadi semuanya benar belaka, adakah dia masih akan
berkawan denganku? Lelaki di hadapanku ini baru sahaja mengaku yang dia suka
padaku, namun adakah dia masih akan suka padaku bila kisah silamku terungkap
nanti? Aku rasa tidak. Aku tak mahu memberi dirinya harapan dengan menerimanya
sebagai seorang kawan. Aku hargai kejujurannya. Keikhlasannya yang berusaha
mencariku semata-mata untuk memohon kemaafan dan berniat untuk berkawan.
Dia nampak sempurna
di mataku. Orangnya kacak bergaya. Suka tersenyum. Manis senyumannya. Nampak
ikhlas dengan kata-kata dan perbuatannya. Aku kembali mengingati pertemuan
pertama kami. Ketika dia menghalang Burhan dari memukulku. Ketika dia menjelingku
dan juga ketika aku mengunakannya pada
malam aku katakan pada pemandu teksi yang dia adalah suamiku. Namun dia masih
lagi boleh tersenyum.
Aku bukan seseorang
yang memilih untuk berkawan. Namun dia bukan orang yang padan untuk menjadi
kawanku. Bukan, akulah sebenarnya yang tidak padan untuknya.
“Lamanya awak
berfikir. Tak sudi ke nak berkawan dengan saya yang biasa-biasa ni? Tahulah
saya tak sekacak lelaki lain, yang saya ada kulit putih dan tinggi.” Lepas
ketawanya.
Aku tersenyum
mendengar usikannya itu. Aku kembali tunduk, mencari kekuatan dan kata-kata
yang sesuai untuk diluahkan sebelum aku kembali memandang wajahnya.
“Encik Firqin...saya
hargai niat baik awak nak berkawan dengan saya. Saya ikhlas maafkan awak. Awak
tak perlu risau lagi. Tapi saya minta
maaf saya tak boleh terima niat awak tu. Sekali lagi maaf dari saya.” Kataku
perlahan.
Hilang senyuman di
wajahnya. Dia nampak kecewa. Mata berkelip-kelip seperti berfikir sesuatu
sebelum matanya kembali beralih padaku. “Boleh saya tahu kenapa? Saya tak layak
ke jadi kawan awak?”
Aku segera
menggeleng. “Awak tak salah apa-apa. Tak kurang apa-apa pun di mata saya. Cuma
saya rasa kita tak patut berjumpa lagi. Apatah lagi berkawan. Saya ada
kehidupan saya sendiri yang saya rasakan saya tak nak awak tahu. Lebih baik
macam ni. Saya harap keputusan saya ni tak mengecewakan awak.”
Dia masih lagi kaku.
Diam. Aku rasa bersalah. Lantas aku meminta diri, tidak mahu memanjangkan
perbualan lagi. “Saya balik dulu.” Pintaku dan aku terus bangun
meninggalkannya.
“Adakah sebab awak
malu? Malu selepas saya tahu tentang rahsia awak. Maya saya tahu awak bukan
seperti yang lelaki itu katakan. Awak tak perlu rasa macam tu.” Kata-katanya
membuatkan aku berhenti dari melangkah.
Aku melepaskan
keluhan. Aku berat hati sebenarnya. Dia sudah berdiri di sisiku. Masih menanti
jawapan dariku. “Bukan sebab itu Encik Firqin.” Suaraku sedikit tegas.
“Oh! kalau awak marah
awak akan panggil saya Encik Firqin atau Encik Pilot ya? Sekarang saya tahu, kalau awak panggil
nama ‘Firqin’ saya masih lagi dalam zon selamat. Tapi kalau awak panggil saya
‘Kin’ saya lagi suka dan saya jamin saya akan berada di dalam zon di
awang-awangan.” Sempat dia bergurau.
Aku suka sifatnya
yang ini. Dia boleh membuatkan aku tersenyum secara spontan dalam beberapa saat
dengan kata-katanya yang ringkas.
“Saya yang tak layak
untuk awak. Tak layak untuk jadi kawan awak. Itu saja sebabnya.” Kataku.
“Itu saja alasannya?”
Dia seperti sedang berfikir.
“Saya balik dulu.”
Pintaku.
Dia menghalangku.
“Kejap-kejap.” Dia sudah berdiri di hadapanku. Baru aku perasan dia nampak
segak dengan jaket hitam yang tersarung di tubuhnya. Sesuai dengan
ketinggiannya. Pujiku di dalam hati. Namun segera aku usir jauh perasaan itu.
“Awak janji nak
pulangkan gelang saya kan?” Tanyanya tiba-tiba.
Aku mengangguk.
“Iyalah. Awak dah janji jugak tadi kan akan pulangkan kunci motor saya.”
Dia ketawa.
“Bagus-bagus. Kalau macam tu saya ada alasan untuk jumpa awak lagi lepas ni.”
“Itu bukan alasan.”
Balasku yang bagaikan tidak berminat untuk bertemunya lagi. Padahal dalam hati
aku tidak mampu menipu yang aku juga sebenarnya ingin juga bertemu dengannya lagi. Tapi aku cuba
lenyapkan rasa itu. Perlu bagiku untuk melakukannya.
“Yalah. Alasan lah
tu. Satu alasan yang baik supaya saya dapat pandang wajah awak
lagi.” Nada romantis itu kedengaran lagi.
Aku cuba
menyembunyikan senyuman. “Bila awak nak gelang tu?” Tanyaku pula.
“Tiga hari lagi kita
jumpa. Saya akan pulangkan kunci motor awak hari tu juga.” Lelaki itu kelihatan
teruja.
Berkerut dahiku
memandangnya. “Lamanya tiga hari tu. Habis saya nak pergi kerja naik apa?”
“Naik kereta lah. Saya
tahu awak ada kereta. Tiga hari lah bagus. Lama masa tu untuk awak rindu pada
saya.” Dia masih lagi berseloroh.
“Please Firqin. Stop it. Saya serius
ni.”
Dia masih lagi
ketawa. “Saya perlu fly pagi esok.
Tiga hari saya tak ada. Boleh ke tiga hari lagi kita jumpa Cik Maya?”
Aku mengangguk.
“Macam mana kita nak jumpa? Kat sini boleh?” Tanyaku bila aku terfikir
bagaimana cara untuk kami berkomunikasi nanti.
Dia menunjukkan smartphone nya kepadaku. “Don’t worry. Saya ada nombor awak.”
Melopong aku
dibuatnya. Rupanya nombor asing yang mendailkan banyak kali siang tadi adalah
panggilan darinya. Farhin!
“Okay...boleh saya
balik ke sekarang?” Aku mengalah.
“Silakan. Kejap I
bayar bil.” Dia terus ke bahagian kaunter. Aku segera keluar untuk mendapatkan
teksi.
Beberapa saat
kemudian, dia sudah berlari mendapatkanku. “Awak ni memang tak sabar kan. Saya
hantar jom.” Pelawanya.
“Oh tak perlu. Saya
boleh naik teksi. Tapi kalau nak senang dan kalau awak baik hati awak dah boleh
pulangkan kunci motor saya tu.” Balasku.
Dia menggeleng. “Oh!
Baik hati saya cuti rehat malam ni.”
Aku ketawa. Dia juga
begitu. “Awak ni memang suka mengarut kan.”
“Tapi
mengarut-mengarut pun saya boleh buat awak ketawa kan.” Dia memandangku.
Sebuah teksi berhenti
di hadapan kami. Firqin membantu membuka pintu tempat duduk belakang untukku.
Dia sempat berpesan kepada pemandu teksi itu supaya membawaku ke rumah dengan
selamat.
“Uncle tolong bawak miss kat
belakang ni elok-elok ya. Uncle pastikan
dia masuk ke dalam rumah, baru uncle
bergerak pergi tau. Jaga dia elok-elok ya.” Ramah lelaki itu berpesan kepada
pemandu teksi. Dia kemudiannya menghulurkan sekeping wang RM 50 ringgit kepada
pemandu teksi itu dan menyuruhnya menyimpan baki wang tersebut.
Firqin kemudian
beralih ke tempat duduk di belakang. Dia senyum memandangku.
“Saya harap setiap kali awak naik teksi, awak
akan ingat pada saya. Saya harap awak masih tak lupa kaitan antara kita dan
teksi. Sebagai ‘suami’ saya perlu bayarkan tambang teksi untuk awak.” Dia
mengingatkan aku kembali pada kejadian di hadapan hotel pada malam aku meminta
tambang teksi darinya di Auckland.
Aku mengangguk-angguk
turut tersenyum. “Awak tak perlu susah-susah bayar untuk saya. Saya ganti balik
nanti ya.”
“No. It’s okay. Goodnight. Jumpa lagi
Maya.”Katanya.
“Goodnight too.” Balasku.
Namun entah mengapa aku rasakan dari pandangan
matanya itu seakan-akan dia enggan melepaskan aku pergi. Teksi mula bergerak
pergi. Aku menoleh ke belakang. Jelas aku lihat dia melambai-lambaikan
tangannya.
“Dia sayang sangat
pada adik nampaknya. Pak cik nampak dari cara dia pandang adik, nampak ikhlas.
Untung adik dapat orang macam tu.” Pemandu teksi itu memberi pendapatnya.
Aku sekadar tersenyum.
Aku kembali menoleh ke belakang. Aku lihat dia masih lagi di situ. Tidak
berganjak sedikit pun.
‘Haruskah aku beri
peluang padanya?’ Hatiku berkata-kata.