Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,079,178
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
-Sedutan Bab 57- Almari+Cinta

Aku menyelak helaian demi helaian kertas kerja di hadapanku walaupun sebenarnya aku tidak boleh fokus langsung meneliti apa yang terkandung di dalam kertas kerja tersebut. Itu semua gara-gara hanya wajah Izzaz sahaja yang bermain-main di dalam fikiranku sejak tadi. Hatiku berasa tidak tenang apabila mindaku terus-terusan memikirkan kejadian di mana Izzaz telah melihat aku berbual-bual dengan Firqin. Baru dua hari yang lalu Izzaz ada menegurku agar tidak menyebut nama sepupunya itu lagi di hadapannya, hari ini aku melanggar tegurannya itu dengan berjumpa dan bersarapan bersama Firqin lagi. Aduh...nampaknya bertambah merajuklah Izzaz Rayqal dan bertambah sukarlah untuk aku memujuknya.

Aku mula mengemas dan membawa bersama kertas-kertas kerja di atas meja sebelum aku mencapai beg tanganku. Aku berjalan menuju ke bilik Aaron. Aku minta kebenaran dari Aaron untuk pulang awal hari ini dengan alasan aku masih rasa tidak sihat kerana baru pulang dari perjalanan jauh padahal sebenarnya aku mahu pulang ke rumah segera untuk berjumpa dengan Izzaz. Aku berjanji pada Aaron yang aku akan membuat reviews pada dokumen yang aku bawa bersama itu.

Aku memandu pulang ke rumah mertuaku dan lebih kurang setengah jam kemudian aku tiba di hadapan rumah itu. Aku lihat kereta Izzaz ada di dalam garaj. Itu bermakna Izzaz ada di dalam rumah.

Perlahan-lahan aku memanjat anak tangga untuk naik ke tingkat atas apabila aku lihat Izzaz tiada di ruang tamu atau pun di dapur. Aku menarik nafas sebelum aku memegang tombol pintu bilik tidur kami kerana aku yakin Izzaz berada di dalam bilik itu. Aku membuka pintu dan mataku terus menuju ke arah katil. Tiada Izzaz di sana. Aku terus berjalan ke ruang bacaan, tiada Izzaz juga di sana.

“Mungkin dia keluar dengan kawan agaknya. Tapi tengah hari macam ni Putera Panda tu ke mana pulak ya? Mungkin ke ofis kot.” Aku berkata sendiri sambil aku meletakkan beg tanganku di atas sofa.

Aku membuka selendang dan anak tudung yang aku pakai sebelum melepaskan ikatan rambutku kerana aku mula rasa rimas kerana sudah berpeluh-peluh sementelah penghawa dingin keretaku kurang berfungsi sejak akhir-akhir ini. Aku mencapai tuala yang tergantung di ampaian kecil yang terletak di sisi meja solek sebelum aku melangkah ke arah almari yang terletak di sebelah katil untuk mengambil baju ganti untuk dibawa bersama ke bilik air.

“Allahuakbar!” Aku terkejut ketika aku membuka pintu almari baju itu.

Aku yang begitu terperanjat terus terduduk di lantai. Aku memegang dadaku sebelum aku memandang ke arah Izzaz yang sedang duduk di dalam almari baju itu!

“Iz awak buat apa dalam almari ni? Terkejut betul saya tau tak. Ingatkan perompak mana lah tadi yang ceroboh masuk.” Aku mengomel sambil mengurut-urut dadaku.

“Jangan kacau aku A.Y.A.M, Ayam.” Izzaz menjelingku sebelum dia menutup semula pintu almari itu.

Aku tersenyum apabila aku teringat yang aku pernah duduk di dalam almari selepas majlis pernikahan kami tidak lama dulu dan juga telah membuatkan Izzaz terkejut seperti yang aku alami sebentar tadi.

“Assalamualaikum. Maya di sini, bukan ayam.” Aku mengetuk-ngetuk pintu almari itu.

“Tak ada orang kat dalam.” Balas Izzaz dalam nada merajuk. Aku tergelak kecil melihat gelagatnya kali ini. Selepas ini bukan aku sahaja yang akan duduk di dalam almari bila merajuk kerana mungkin aku akan berebut dengan Izzaz yang kini sudah mengikut jejak langkahku.

“Tak jawab dosa. Buka lah pintu ni Iz.” Ujarku lagi.

“Tak nak.” Balasnya pendek.

“Tak apa lah kalau awak dah tak nak tengok muka saya lagi. Saya sedar yang saya ni tak secantik mana pun.” Aku membuat suara merajuk. Terus terbuka pintu almari itu dari dalam.

Aku menahan gelak tatlaka aku melihat ekspresi wajah Izzaz yang masam mencuka itu. Cara merajuknya itu tidak padan langsung dengan umurnya yang hampir menjangkau ke usia 30 tahun hujung tahun ini. Kini aku faham kenapa kelmarin Umi katakan yang Umi pun tak sanggup untuk memujuk Izzaz jika dia sudah merajuk, rupa-rupanya ini lah yang Umi maksudkan iaitu perangai kebudak-budakan Izzaz.

“Iz kat dalam almari tu kan panas. Awak dah berpeluh-peluh dah tu. Apa kata awak keluar dari sana dan kita turun bawah. Saya buatkan air untuk awak ya.” Aku cuba memujuknya.

“Awal pulak kau balik? Borak lah lama-lama lagi dengan sepupu aku tu.” Izzaz menjelingku.

“Oh awak ada kat sana ke tadi? Kenapa awak tak call saya atau masuk saja ke dalam kafe tu, saya mesti akan pergi dekat dengan awak masa tu jugak. Susah-susah aje awak datang nak jumpa saya.” Aku memujuk dengan pendekatan memujinya.

Izzaz memandangku tajam. “Buat apa kau jumpa dia lagi?” Soalnya.

“Saya jumpa Kin sebab awak.” Ujarku pendek.

“Sebab aku?” Soal Izzaz tapi dia nampak terkejut.

Aku mengangguk. “Iya sebab awak saja lah yang buatkan saya jumpa Kin tu. Saya dah jelaskan pada Firqin yang saya sekarang ni dah jadi isteri awak dan tak elok dia datang cari saya lagi. Firqin pun macam tu jugak, tujuan dia jumpa saya sebab dia nak dengar beberapa penjelasan dari saya. Iz saya nak beritahu awak ni, Kin dah boleh menerima kenyataan yang awak dah jadi suami saya tau. Saya pilih awak, bukan dia atau orang lain. Malah sepupu awak tu merestui hubungan kita lagi.” Ceritaku.

Wajah Izzaz nampak berubah dan tidak setegang tadi lagi. “Kin cakap macam tu?”

“Iya. Dia jugak cakap kat saya yang awak ada jumpa dia beberapa hari sebelum kita nikah kan? Berani jugak kan awak jumpa dia?”

“Kau ingat aku ni penakut ke? Aku terus jumpa Kin sebab aku betul-betul sayang kau tau. Mula-mula tu sepupu aku tu tak nak mengalah jugak. Tak, tak...Maya, aku rasa sampai sekarang pun dia masih tak mengalah lagi sebenarnya. Sebab tu aku tak suka kau jumpa dia lagi. Ish...kau ni suka buat aku susah hati tau. Dah lah aku ni selalu kerja jauh, tinggal kau sorang-sorang kat sini dengan ramai peminatnya.” Wajah Izzaz jelas kelihatan resah.

Aku memandang tepat ke dalam anak matanya. “Awak tak percayakan saya ke Iz?” Soalku ingin tahu mengapa Izzaz selalu mencurigai kejujuran dan kesetiaanku.

Aku sedar walaupun hubungan kami masih baru dan aku masih cuba belajar untuk menyayangi dirinya, itu tidak membuatkan aku untuk meletakkan kesetiaan dan kejujuran sebagai seorang isteri di merata-rata tempat. Kerana aku tahu aku ini isterinya dan aku sedar yang aku wajib menjaga maruahnya sebagai suami aku.

“Aku percayakan kau Maya. Aku cuma tak percayakan diri aku sendiri aje. Sebab aku sedar dan aku tahu yang aku ni cepat membuat andaian, kuat cemburu dan senang merajuk. Sebab tu aku rasa resah bila kau jauh dari aku.” Izzaz berterus terang tentang apa yang dirasakan ketika itu.

Aku melepaskan keluhan sebelum tangan kanannya aku raih. “Iz...awak janganlah cepat berprasangka buruk pada saya. Saya tahu siapa saya dan status yang saya pegang sekarang ni. Saya janji yang saya akan pandai jaga diri sendiri. Kan saya dah janji dengan awak yang saya akan call awak tiga kali sehari? Tak ingat ke? Jadi awak jangan risau pasal saya bila awak kerja jauh nanti ya.” Aku meningatkannya tentang syarat-syarat yang pernah dikemukakan Izzaz tidak lama dulu.

“Oh syarat-syarat tu! Aku hampir terlupa. Bagus kau ingatkan. Aku tunggu aje bila kau nak tunaikan ketiga-tiga permintaan aku tu.” Izzaz nampak sedikit teruja kerana aku ingat akan syarat-syarat yang pernah dimintanya beberapa hari sebelum aku bersetuju untuk menjadi isterinya tidak lama dulu.

“Saya call awak tadi, awak tak angkat pun? Jangan salahkan saya ya.” Aku menjawab.

Izzaz tiba-tiba mencuit hidungku. “Orang tengah merajuk masa tu, mana nak jawab call kau.”

Aku menjelingnya sambil memegang hujung hidungku yang terasa perit.

“Kau menjeling aku ya, kau ingat tak pesan aku yang kau dilarang menjeling, melawan dan menjawab. Aku cium pipi kau karang. Berani lah kau jeling aku lagi. Sekali lagi kau jeling aku, aku terus cium kau.” Aku tidak pasti kata-katanya itu merupakan satu ugutan ataupun Izzaz sengaja untuk mengambil kesempatan ke atasku.

“Awak jangan nak miang ya. Saya cubit awak karang.” Aku segera mengingatkanya.

Izzaz mula ketawa. Aku rasa sedikit lega melihat perubahan mood nya itu. “Jadi pilih sekarang, kau nak kena cium ke atau kau nak tunaikan permintaan aku yang tiga tu. Pertama tak boleh menangis depan aku, kedua anggap aku kawan dan yang ketiga kau kena call aku tiga kali sehari. Sekarang aku nak kau tunaikan permintaan yang kedua aje iaitu kau kena pujuk aku sebagai seorang kawan.” Pinta Izzaz yang aku buat aku terasa janggal.

“Saya nak pujuk macam mana? Tak payah lah Iz.” Balasku pula.

“Macam kau pujuk kawan kau lah. Cepat, cepat.” Izzaz sudah bersedia dengan duduk bersila betul-betul berhadapan denganku.

“Saya tak reti lah. Kekok pandang muka awak. Awak nak saya pujuk macam mana?” Balasku.

“Kalau ikut aku, sekarang jugak aku nak kau ganti kiss hari tu.” Izzaz tersenyum nakal.

“Hah?”

“Kau nak aku maafkan kau tak?” Soal Izzaz yang lebih kepada tidak memberiku pilihan.

“Nak.” Jawabku pendek.

“Bagus. Jadi cepat kiss aku.” Izzaz semakin mengada-ngada apabila dia menyuakan pipinya mendekatiku. Nak saja aku picit-picit pipinya itu, baru rasa puas hati.

“Umi bila balik?” Ujarku tiba-tiba yang membuatkan Izzaz segera berpaling ke arah pintu. Aku ketawa melihat reaksi Izzaz yang bagiku nampak kelakar itu.

“Kau tipu aku ya? Mana ada Umi masuk. Kau jangan buat macam hari tu suruh Umi cium aku pulak. Aku tak kisah Umi buat macam tu sebab aku sayang Umi aku. Tapi tak adil lah sebab kau tipu aku.” Izzaz nampak tidak berpuas hati.

Aku memandang wajah suamiku itu lama. Aku kembali teringat bagaimana aku boleh meluahkan perasaanku pada Firqin tentang perasaanku terhadap Izzaz tadi. Ternyata sebenarnya karakter Izzaz yang selalu ceria dan penuh dengan gurauan sebeginilah yang membuatkan aku semakin tertarik untuk lebih mengenali siapa dirinya. Aku tidak boleh menipu diriku sendiri yang aku telah jatuh cinta pada Izzaz walaupun lelaki yang aku cintai di hadapanku ini sanggup berbalah untuk mendapat sebuah ciuman!

“Okay, saya kiss awak campur dengan yang tertunggak hari tu.” Kataku akhirnya.

Izzaz nampak teruja mendengar kata-kataku itu. “Betul ni?”

Aku mengangguk. “Tapi sebelum tu saya nak pujuk awak dengan berkongsi satu rahsia.”

“Rahsia? Kenapa kau dah jatuh sayang pada aku kan? Kan?” Izzaz meneka namun memang tepat terkena pada sasarannya.

“Mana ada. Perasan.” Sangkalku.

Izzaz mencebik. “Eleh...kau jual mahal ya dengan aku. Padahal dalam hati tu dup dap dup dap ingat kat aku. Kau tahan aje kan bila pandang muka aku yang hensem ni.” Izzaz mula memuji diri sendiri.

“Bahagian mana yang awak hensem Iz? Saya tak nampak pun.” Usikku sambil aku membelek-belek lengannya.

Izzaz tahan ketawa dan hanya berpura-pura marah. “Suka kau ya, kutuk suami sendiri. Kau belek lengan aku buat apa, mana ada muka aku yang hensem kat lengan ni.”

“Hahahaha sorry sorry.”Ucapku tidak dapat menahan ketawa. Izzaz juga begitu.

“Apa kau nak beritahu aku tadi?” Soalnya bila ketawanya mula reda.

“Rahsia besar. Rahsia yang bila saya beritahu awak akan buatkan awak terus tersenyum lebar punya.” Jawabku masih berteka-teki dengannya.

“Cepatlah cakap, jangan buat aku berpeluh-peluh boleh tak.” Izzaz mengesat peluh di dahinya lalu dia menyapu peluh itu di wajahku.

“Iz...pengotor lah awak ni.” Aku menarik muncung sambil aku mengelap wajahku dengan tuala di tanganku.

“Barulah bau asam...hahahaha.” Suka benar nampaknya Izzaz kerana dapat menyakatku.

“Malas lah nak kongsi rahsia dengan awak.” Aku buat muka tidak berminat sengaja mahu mengusiknya pula.

“Alolo alolo...kau nak aku tambah asam lagi ke. Mari sini.” Izzaz menarik lenganku mendekatinya.

“Tak nak, tak nak.” Aku mengaku kalah.

Izzaz nampak bersedia untuk mendengar rahsia yang aku mahu kongsikan dengannya apabila dia mula keluar dari dalam almari dan duduk bersebelahan denganku di atas lantai.

"Ceritalah lekas." Izzaz bersandar di pintu almari.

“Awak ingat tak yang saya pernah kata saya letakkan syarat-syarat saya sendiri sebelum saya bersetuju terima awak dulu?” Ujarku yang membuatkan senyuman Izzaz hilang.

“Kenapa kau tiba-tiba bangkitkan hal tu pulak?” Soal Izzaz serius.

“Sebenarnya saya tak maksudkan untuk cakap semua tu. Saya tak ada niat nak buat awak sedih dengan meletakkan syarat sebelum saya terima awak jadi suami saya. Saya cakap benda-benda tu semua dalam keadaan marah Iz. Saya minta maaf.” Aku membuat pengakuan di hadapan Izzaz.

“Habis apa rahsia yang kau nak beritahu aku?” Soal Izzaz lagi.

“Saya terima awak tak bersyarat Iz. Niat saya ikhlas sejak dari awal saya terima awak dalam hidup saya. Saya tak akan letakkan sebuah perkahwinan dengan syarat yang bukan-bukan, perjanjian atau peraturan sekalipun. Saya ikhlas untuk cuba membina hidup dengan awak. Malahan tempoh perkahwinan setahun tu juga sebenarnya err...saya tak pernah maksudkan pun. Saya terima awak dengan hati yang ikhlas kerana saya boleh rasakan yang awak boleh jaga saya dengan baik dan saya tak akan dibuli lagi dengan adanya awak di hadapan saya untuk melindungi saya.” Ucapku ikhlas dari hati.

Izzaz memandangku lama. Senyuman mula terbit di bibirnya. Aku terkesan matanya nampak bening menahan sebak ketika dia mendengar pengakuan dariku itu. Izzaz mengangguk-angguk perlahan sebelum tanganku diraihnya.

“Come here my bond girl.”Izzaz meraih aku di dalam pelukannya.

Dia menepuk-nepuk belakang badanku perlahan. “Terima kasih Maya sudi terima aku yang tak sempurna ni. Syukur ALLAH dengar doa aku selama ni. Aku janji yang aku akan jaga kau selagi aku masih bernafas atas dunia ni. Tak akan ada orang yang boleh sakiti kau lagi. Terima kasih Maya kerana sudi hidup dengan aku. I love you.” Izzaz membisikkan kata-kata itu di telingaku.

Aku mengangguk-angguk perlahan. “Terima kasih juga pada awak yang sudi terima saya dalam hidup awak. Saya hanyalah seorang perempuan biasa yang hidup selalu menumpang kasih sayang orang lain. Tapi dengan awak saya rasa betul-betul disayangi Iz. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi sayang saya dan selalu buat saya tersenyum dan ketawa.” Bisikku pula.

“Tahu pun kau yang kau ada suami paling gentlemen atas muka bumi ni hahaha.” Izzaz ketawa seperti selalu.

Aku menepuk bahunya sambil turut ketawa mendengar dia memuji diri sendiri. “You know what Iz, I think...” Aku memandang wajahnya selepas meleraikan pelukan.

“What? You think I am hot right?” Izzaz ketawa sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya.

Aku menggeleng. “It's true you're cute. But the real thing is...I think I love you Iz!”Aku membuat pengakuan.

Izzaz senyum dan sempat memegang kedua-dua belah pipiku sebelum dia berdiri dan mula bersorak. “Aku tahu kau sayang aku! Sejak dari awal lagi. Sebabnya aku boleh baca mata kau. Aku dah agak dah! Wohoho! Binggo! “ Izzaz bersorak yang lagaknya seperti dia sedang menonton perlawanan bola sepak di mana pasukan kegemarannya menjaringkan gol.

Izzaz kembali mendekatiku lalu spontan tanpa aku sangka, dia menghadiahkan sebuah ciuman di pipiku. “I love you Maya.” Ucapnya. Aku tersenyum bahagia.

Izzaz bagaikan sedang menanti kata-kata yang sama keluar dari mulutku.“I love...err I love Umi more!” Ucapku lalu aku terus berlari ke arah bilik air.

“Mana adil, kau belum cakap lagi.” Izzaz merungut. Aku menahan ketawa di sebalik pintu bilik air. Apabila aku rasa Izzaz sudah tidak merungut lagi, perlahan-lahan aku membuka daun pintu. Aku nampak Izzaz sedang tersenyum sendirian sambil dia memeluk bantal di atas katil.

“Izzaz Rayqal, I love you too.” Ucapku sebelum aku menutup semula pintu bilik air.

I know, I know! I love you more...more and more Maya Ariana!”Izzaz ketawa gembira sebelum dia berteriak mengucapkan kata-kata yang sama.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.