Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,081,749
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
-Sedutan Bab 45 - Musuhku, Encik Pilot

          “Aku tak akan benarkan kau rampas milik aku lagi buat kali kedua!” IZZAZ


Aku tidak jadi melangkah keluar apabila Azura tiba-tiba muncul di muka pintu pejabat Izzaz. Aku memandang geram wajah Azura yang nampak serba salah ketika itu. Sebelum aku sempat bercakap apa-apa kepada Azura, Izzaz terlebih dahulu mendapatkannya.

“Apa yang you beritahu pada Maya? Kenapa you cakap I rancang kemalangan tu pulak?” Izzaz meninggikan suaranya pada Azura.

Azura menelan liur. Wajahnya nampak pucat. “I minta maaf cakap macam tu Iz. I buat macam tu sebab I sayang pada you. I dah lama cintakan you Iz.” Azura membuat pengakuan yang membuatkan aku memandang mereka berdua silih berganti.

Izzaz mendengus. “I tak cintakan you. You nak I cakap macam mana lagi baru you faham? I hanya anggap you macam adik saja, tak lebih dari tu!”

“Tapi kenapa you boleh pilih Maya untuk jadi isteri you sedangkan sejak dari awal niat you hanya nak balas dendam kat Abang Kin kan? You betul-betul dah sayangkan Maya bukan sebab tu you sanggup lepaskan dendam you untuk dapatkan dia dan jadkan dia milik you. You tak boleh buat macam tu Iz, you kena pilih I jugak walau macam mana pun sebab hanya I saja yang cintakan you sepenuh hati, bukan perempuan ni.” Azura merayu pada Izzaz yang membuatkan aku menggeleng kepala dengan drama sebabak itu.

“Shut up Azura!” Marah Izzaz.

Tanpa menunggu lebih lama lagi, aku terus keluar dari sana. Aku tidak mengendahkan Izzaz yang memanggil-manggil namaku. Aku mempercepatkan langkah untuk ke lif dan sebaik saja perut lif terbuka, aku terus masuk. Aku tersentak apabila seseorang menahan pintu lif tersebut dari tertutup. Firqin masuk ke dalam lif dan berdiri di sebelahku.

Aku hanya berdiam sepanjang kami berdua menuruni lif bersama. Namun sebelum keluar aku sempat menuturkan sesuatu yang mungkin akan mengecewakan lelaki itu,

“Saya tak boleh percayakan sesiapa lagi. Saya benar-benar kecewa." Kataku lalu aku terus keluar dari perut lif.

Aku terkejut apabila Izzaz tiba-tiba muncul di hadapanku. Dia nampak termengah-mengah kerana turun ke lobi menggunakan tangga.

“Maya tolong dengar penjelasan aku dulu.” Ujarnya.

Aku menjelingnya sebelum terus berjalan untuk ke keretaku.

“Berhenti Maya. Aku takkan akan lepaskan kau walau apa jadi sekalipun!” Izzaz memegang tanganku, namun aku pantas menepis.

“Kau tak ada hak langsung nak halang aku Iz. Kalau pasal duit lima puluh ribu tu aku akan ganti balik. Lepas tu antara kita dah tak ada apa-apa lagi dah!” Balasku geram.

Izzaz tunduk. Dia kelihatan resah dan tidak tentu arah. “Maya kau nak aku buat apa lagi agar kau dapat maafkan aku dan terima aku semula?”

“Tak ada apa-apa. Jangan ganggu aku lagi, itu saja.” Balasku dan aku terus berpusing untuk beredar.

Aku terkejut apabila Izzaz memegang tanganku dan menarikku untuk mengikutinya. Firqin yang hanya menjadi pemerhati sejak tadi terus mendekatiku dan menarik tangan Izzaz dari terus memegang lenganku.

Izzaz menolak baru Firqin. “Sekarang puas hati kau bila dapat rampas Maya dari aku?” Tengking Izzaz.

Firqin merengus geram. Tajam matanya memandang sepupunya. “Sejak bila aku rampas Maya? Kau yang cuba rampas dia dari aku dengan rancangan kau tu. Maya milik aku dan kami pernah bercinta sejak dulu sampai sekarang ni. Aku akan pastikan dia akan terus kekal jadi milik aku dan kau tak akan ada peluang langsung Iz!”

Aku terkejut apabila Izzaz melayangkan sebiji penumbuk ke wajah Firqin yang membuatkan Firqin tersungkur ke lantai. Firqin bangun dan tidak menunggu lama apabila membalas dengan menumbuk wajah Izzaz pula. Mereka mula bergumpal dan memukul sesama sendiri.

“Kin, Iz! Berhenti.” Halangku.

Aku cuba menarik Firqin dari Izzaz namun aku pula yang tersungkur ke belakang. Nampaknya kali ini pergaduhan mereka benar-benar serius dan aku mula takut kalau-kalau perkara buruk bakal berlaku. Pergaduhan mereka itu mula menarik orang ramai yang lalu lalang menjadi penonton.

“Aku tak akan benarkan kau rampas milik aku lagi buat kali kedua!” Kata Izzaz.

“Aku juga tak akan benarkan aku terus sakiti Maya. Kau kena berhadapan dengan aku dulu sebelum nak dekat dengan Maya!” Balas Firqin.

Aku bangun dan mendekati dua bersaudara itu dari terus bertumbuk. “Saya bukan milik sesiapa. Bukan awak Kin atau awak Iz! Tolonglah berhenti bergaduh. Jangan macam budak-budak boleh!” Tengkingku yang sudah hilang sabar.

Aku cuba menarik lengan Izzaz dari terus memukul Firqin tapi aku pula yang terdorong ke belakang apabila Izzaz menolak tubuhku. Aku memegang pinggangku yang terasa sakit kerana terhentak ke sebuah kerusi yang kebetulan berada di belakangku.

“Maya!” Jerit Firqin seraya menolak tubuh Izzaz.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

                                       “Maya tak nak kahwin dengan Iz." MAYA

“Nasib baik abang kebetulan ada kat sana, kalau tak sampai ke petang lah agaknya mereka berdua tu akan bertumbuk. Maya gaduh dengan Iz ke? Macam teruk aje abang tengok.” Ujar Abang Bukhary.

Aku menggeleng sambil mengesat airmataku. “Maya okay.” Jawabku.

“Okay apa kalau dah menangis teruk macam ni? Lagi satu kenapa Iz tolak Maya tadi? Lelaki yang lagi satu tu abang macam pernah jumpa sebelum ni. Emm...dekat kafe depan tempat kerja Maya kan. Tapi bukan ke Maya dah lama tak jumpa dia? Tolong beri penjelasan pada abang apa yang dah jadi sebenarnya ni?” Tegas Abang Bukhary.

“Iz tak sengaja tertolak Maya tadi. Lelaki yang lagi satu tu namanya Firqin, dia sepupu Izzaz.” Jawabku.

“What?” Abang Bukhary nampak terkejut.

“Jadi mereka berdua tu sepupu? Yang diorang bertumbuk tadi tu kerana rebutkan Maya lah rupanya. Jadi Firqin tu marah ke bila tahu Maya nak kahwin dengan Iz?” Soal abangku serius.

Aku tidak tahu untuk memberi jawapan apa untuk soalan itu. Mungkin bagi Abang Bukhary, Firqin lah sebenarnya yang menganggu hubunganku dengan Izzaz kerana sangkaannya selama ini aku bercinta dan bakal berkahwin dengan Izzaz tanpa mengetahui kisah yang sebenarnya. Aku sebolehnya tidak mahu memperbesarkan hal ini dengan menceritakan kisah sebenarnya tentang Izzaz pada abangku kerana aku kenal benar dengan abangku. Dia pasti akan buat sesuatu pada Izzaz kelak bila mengetahui yang sebenarnya kawan baiknya itu telah mempermainkan aku dengan menjadikan aku bahan membalas dendam. Aku juga tidak mahu perkara ini bakal menjejaskan persahabatan mereka sejak sekian lama. Biarlah hanya aku yang bermasalah dengan Izzaz dan aku tidak mahu abangku terlibat sekali.

“Bukan. Bukan sebab Maya.” Aku mengesat airmata yang entah mengapa tidak mahu berhenti.

“Maya menangis ni kerana Izzaz atau pun sepupu dia?” Soal Abang Bukhary lagi.

Aku diam namun hatiku bulat memberi jawapan bahawa Izzaz lah yang terus membuatkan airmataku tidak mahu berhenti mengalir.

“Maya tak nak kahwin dengan Iz. Maya nak batalkan majlis pernikahan kami, abang.” Ujarku yang membuatkan Abang Bukhary terus memandangku.

“Maya! Jangan bergurau dengan abang boleh? Kalau Abah tahu ni teruk jadinya.”

---------------------------------------------------------------------------------------------------

“Maya Ariana! Cukup!” Tegas Abah.

“Tapi Bah...”

“Dah sekarang kamu pergi jumpa Iz. Pergi cuba baju nikah tu hari ni jugak. Kalau tidak jangan harap dapat jumpa Abah lagi. Kamu pun sama Bukhary, patutnya nasihatkan adik kamu ni dulu baru datang jumpa Abah, ini tidak. Sudah, sekarang kamu berdua keluar. Balik.” Marah Abah yang nampak benar-benar serius.

“Abah Bukh minta kita dengar dulu apa yang Maya nak cakap. Lepas tu baru Bukh akan jumpa Izzaz pulak.” Abang Bukhary membantuku.

“Kamu pun sama Bukhary! Nak sebelahkan adik kamu ni. Kalau macam ni lah perangai dia, sampai bila-bila pun tak akan kahwin. Kamu nak lelaki yang macam mana lagi Maya? Kamu sendiri yang bawa Iz dan kenalkan pada Abah sebagai calon suami kamu. Tiba-tiba hari ni kamu datang jumpa Abah kata tak jadi pulak. Kamu ingat perkahwinan ni perkara main-main ke Maya?” Tengking Abah yang terus membuatkan aku dan Abang Bukhary terdiam dan saling berpandangan.

“Keluar. Kamu berdua pergi balik sekarang!” Ujar Abah sambil bangun untuk ke meja kerjanya.

Abang Bukhary menarik lenganku untuk keluar meninggalkan pejabat Abah sebelum Abah mengamuk. Sebelum keluar dari pintu, aku sempat menoleh memandang Abah.

“Abah!” Jeritku lalu aku terus mendapatkan Abah yang sedang terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai.

Abang Bukhary terus memangku Abah dan mengambil sesuatu dari dalam laci. Sebuah botol kecil dibuka Abang Bukhary dan beberapa biji pil terus dimasukkan ke dalam mulut Abah. Aku yang sedang panik ketika itu tidak dapat mengenal pasti apa yang sedang berlaku sebenarnya.

“Abah...” Panggilku namun Abah masih kaku.

Abang Bukhary membuat satu panggilan. “Maya kita angkat Abah naik ke atas sofa. Sekejap lagi ambulan akan sampai.” Aku yang sedang menggigil-gigil ketakutan hanya ikut arahan abangku itu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

                 Apa yang perempuan ni ada sampai kau sayang sangat dekat dia?                                                       Kau cakap dengan aku Ngah?” KAK LONG ATHIRAH


“Kata doktor mahu tidak mahu, selepas ini Abah perlu menjalani pembedahan injap jantung segera. Kalau tidak keadaan Abah boleh bertambah teruk.” Ujar Abang Bukhary.

Aku menerkup mulutku. Terlalu terkejut dengan berita yang baru aku dengari. Aku bagaikan tidak percaya yang Abah sebenarnya sakit selama ini, kerana selama ini Abah nampak sihat di mataku. Macam mana aku nak tahu keadaan Abahku sihat atau tidak sedangkan sudah lama aku tidak pulang ke rumah melawat atau pun bertanya khabar orang tuaku. Kerana rasa ego, kerana pendirian yang aku pertahankan dan juga kerana perasaan bersalah yang aku pendam selama bertahun-tahun, akhirnya semua itu memakan diriku sendiri.

“Maya ni memang anak yang teruk kan? Anak tak guna yang selalu menyusahkan Abah. Tak pernah ambil tahu selama ni yang Abah sihat atau tak. Maya minta maaf, Abang. Maya sedar Maya buat salah banyak dengan Abah dan keluarga kita.” Tuturku menyesali sikap pentingkan diri dan ego yang aku pertahankan selama ini sampaikan aku alpa untuk menjaga kebajikan kedua orang tuaku walaupun mereka hanyalah keluarga angkatku.

“Maya jangan cakap macam ni. Maya tak salah.” Pujuk Abang Bukhary.

“Memang perempuan ni salah. Baguslah dah sedar diri tu tak guna dan selalu menyusahkan orang!” Sergahan Mama dari belakang itu membuatkan aku berpaling.

“Mama...” Aku mendekati Mama untuk memeluk tubuh itu namun pipiku pula yang menjadi mangsa tamparan Mama.

“Mama.” Sergah Abang Bukhary.

“Bukh jangan nak masuk campur atau menangkan perempuan ni kali ni. Memang dia ni layak kena penampar dengan Mama sebab selalu menyusahkan Abah, menyusahkan kita.” Mama menjelingku tajam.

“Mama...Maya minta ampun.” Ujarku cuba untuk mendekati Mama.

Kali ini Kak Long pula mendekatiku aku dan mula memukul aku dan menarik rambutku kasar. “Perempuan tak tau malu! Hidup hanya menyusahkan orang. Aku memang dah lama geram dengan kau tau tak!”

“Sakit Kak Long!” Aku merintih.

Abang Bukhary cuba menghalang. “Kak Long, jangan buat hal. Lepaskan Maya. Ini hospital jangan buat bising boleh tak Kak Long. Abah baru sedar kat dalam tu. Tolong Kak Long.”

“Ah! Kau memang dari dulu tak habis-habis bela perempuan tak guna ni. Kau tak sedar ke dia banyak gunakan kau aje. Apa yang perempuan ni ada sampai kau sayang sangat dekat dia? Kau cakap dengan aku Ngah?” Jerit Kak Long.

Aku tidak mahu melawan untuk melepaskan diri. Memang sejak dari kecil aku tidak akan melawan balik apabila Mama atau Kak Long memukulku. Bagiku Mama dan Kak Long akan berpuas hati dan akan menerima aku setelah mereka puas memukulku. Itu yang aku terapkan di dalam kepalaku sejak kecil tetapi ternyata andaianku itu silap kerana sehingga kini aku telah dewasa Mama dan Kak Long masih tidak dapat menerima aku sebagai sebahagian dari keluarga.

“Betul kata Long tu. Kali ni kamu masuk campur Mama tak akan maafkan kamu. Ingat tu Bukh. Perempuan ni sesekali kena ajar.” Kali ini Mama pula yang menarik rambutku dan memukul lenganku.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

        “Kalau you tak puas hati boleh pukul I, bukan Maya. Apa lagi pukullah!” IZZAZ

“Lantak orang nak cakap apa. Aku tanggung geram dan benci pada perempuan ni bertahun Ngah. Maya, apa kau ingat dengan muka kau yang cantik tu kau boleh gunakan untuk musnahkan hidup orang lain. Buat benda sesuka hati kau. Kau tunggu, biar aku cacatkan muka kau tu, tinggalkan parut baru kau tahu apa perasaan aku bila kau buat aku sampai bercerai-berai!” Kak Long mengeluarkan kunci kereta dari dalam poket seluarnya dan mahu menoreh wajahku bila-bila masa saja.

“Kak Long!” Jerit Abang Bukhary.

“Jangan Kak Long!” Aku cuba mengelak dengan melindungi wajahku menggunakan lenganku. Aku menahan sakit apabila terasa lenganku diguris.

“Lepaskan dia!” Suara seorang lelaki kedengaran dekat di telingaku dan ketika itu juga terlepas cengkaman Kak Long dari terus menarik rambutku.

Aku terkejut tatkala melihat Izzaz sedang merebut kunci dari tangan Kak Long dan meleraikan Kak Long dari terus memukulku.

“Kalau you tak puas hati boleh pukul I, bukan Maya. Apa lagi pukullah!” Cabar Izzaz sambil matanya tajam menikam wajah Kak Long.

Kak Long terkejut apabila Izzaz mencampakkan gugusan kunci ke arahnya. “Hei! Yang kau nak bela sangat perempuan ni kenapa?” Marah Kak Long.

“Sebab Maya bakal isteri I. Jadi I akan lindungi dia. Jangan harap lepas ni you tau Mama you boleh cederakan dia lagi. You kena menghadap muka I dulu sebelum dapat jentik Maya sekali pun, itu pun sebelum I patahkan tangan you dulu.” Ugut Izzaz yang membuatkan aku menjadi cemas.

Aku kenal benar dengan Izzaz. Dia kalau sudah marah macam-macam boleh berlaku. Aku harap kali ini dia tidak akan mengapa-apakan Kak Long dan Mama.

“Apa salah Maya sampai Aunty dan you benci sangat pada dia? Eh jenis emak dan kakak apa ya kamu berdua ni? I tak pernah tengok seumur hidup I ada orang macam ni lah.” Izzaz masih mahu mempertahankanku. Entah mengapa aku rasa terbela dan dilindungi apabila Izzaz muncul di sisiku.

“Sebab dia ni perempuan tak baik. Kerjanya menggoda dan menggatal dengan lelaki aje!” Kata-kata Kak Long kali ini melampau bagiku.

“Kak Long.Sampai hati Kak Long hina Maya macam ni. Apa salah Maya pada Kak Long?” Aku sebak.

“Sampai hati hina Maya...” Ejek Kak Long.

“Stop it!” Izzaz menuding jari tepat ke arah wajah Kak Long.

“Apa?” Tengking Kak Long.

“You jangan cakap sembarangan. I dah hilang sabar dengan you ni!” Tengking Izzaz.

“Sembarangan apa? Memang betul perempuan ni pernah rampas suami aku dan buat aku bercerai-berai. Bukti dah ada depan mata kami sekeluarga lah!”

“Kak Long!” Serentak aku dan Abang Bukhary menyebut nama Kak Long apabila Kak Long cuba mengungkit kisah silam hitam yang pernah terjadi kepadaku.

Aku terus lari meninggalkan mereka yang berada di sana. Kali ini aku benar-benar rasa terhina dan berjauh hati dengan Kak Long dan Mama. Aku sudah berputus asa untuk mengambil hati mereka berdua agar menerima dan mengakui aku sebagai seorang insan yang bernama anak dan adik di atas dunia ini.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.