Bab
5
“Sorry
I lambat,” jelas Ellyssa apabila dia duduk berhadapan dengan Fakhrul yang sudah
siap menantinya. Lelaki itu kelihatan tampan dengan kemeja lengan panjang berwarna
putih susu, berslack hitam dan bertali leher corak abstrak berwarna kuning dan
hitam. Rambutnya memang sentiasa dipotong pendek dan disikat kemas, menambahkan
keanggunan penampilannya.
“Biasalah you tu,” perli Fakhrul
dengan senyuman panjang. Wajah gadis yang masih berdiri di hadapannya direnung
penuh rasa rindu yang membuak. Ellyssa semakin jelita. Tidak ada mana-mana
lelaki yang tidak akan menoleh apabila gadis ini melewati pandangan mereka.
Apabila Ellyssa mula membalas pandangannya, cepat-cepat Fakhrul meredupkan
pandangan matanya.
“Tolong sikit ya. I punctual tau. Cuma hari ni jem teruk
sebab ada accident tadi. Driver teksi
tu pun jujur dan amanah betul. Langsung la tak tahu nak cilok-cilok sikit.
Panas hati I. By the way, you apa
khabar? Ke mana menghilangnya selama ni?”
Tanpa sempat Fakrul mengenakannya kembali Ellyssa terus melemparkan
soalan cepu emas.
“Amboiii…..macam wartawan dunia
hiburan la kau ni Ell,” jawab Fakhrul kemudian ketawa mengekeh. “I tahu lah you
rindukan I tapi sabar-sabar la nak terkam pun.” Fakhrul sengaja mengusik lagi
gadis di depannya. Bulat mata Ellyssa memandangnya. Kemudian bibir nipis itu
lebar mengukir senyuman manis.
Memang sudah lama, hampir tiga tahun
mereka tidak bertemu atau bertanya khabar. Bukan salah Ellyssa. Salah adalah di
pihaknya sendiri yang membawa diri untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada
perancangan yang telah lama diatur.
“Kenapa you tak drive jer?” tanya Fakhrul. Ada kejutan di wajah Ellyssa tatkala
soalan itu dilontarkan. Kedengaran pula keluhan kecil dari bibir nipis itu.
“Tak perlu I jawab kan, sebab
jawapannya sudah sedia you maklum,” jawab Ellyssa perlahan. Fakhrul tersentap.
Memang tidak sepatutnya dia bertanyakan soalan itu. Rasa mahu ditampar sahaja
mulutnya kerana tidak mahu menunggu otaknya untuk memproses soalan yang
sepatutnya ditanyakan.
Tiba-tiba suasana menjadi sunyi
antara mereka. Kedua mereka saling berpandangan. Ellyssa memberikan senyuman
pendek, merenung sebentar ke bawah kemudian menarik nafas panjang seketika.
“I minta maaf Ell. I ingat ada
perubahan yang berlaku di sepanjang tempoh tiga tahun ni,” ujar Fakhrul dengan
wajah yang sedih.
Ellyssa menarik nafas panjang
kemudian mengukir senyuman di bibir. Dia tidak mahu terus mengingati kisah yang
lepas kerana yang berlaku telahpun berlaku. Orang yang disayanginya tetap tidak
akan dapat berdiri di hadapannya semula.
“I rindukan you Fakhrul. Selama ni I
tertanya-tanya kenapa you menghilang secara tiba-tiba. Dah lah masa tu I memang
perlukan you sangat-sangat. You kan tahu apa yang telah I alami dulu,” tanya
Ellyssa sekadar ingin mengubah topik perbualan mereka sebelum ini. Tetapi sedu
hatinya tidak dapat disembunyikan kerana suara Ellyssa jelas terdengar
getarannya. Anak matanya menari-nari meneroka wajah lelaki di hadapannya itu.
Fakhrul juga sepertinya. Wajahnya
lemah. Ada kesakitan yang masih berbisa dalam pandangan matanya.
“Maafkan I Ell. I tahu I tak
sepatutnya buat macam tu. Tapi I rasa you tahu kan kenapa I pergi,” jawab
Fakhrul perlahan. Ayatnya keluar satu persatu. Seolah-olah dia sudah
mengarangnya sebelum diluahkan kepada Ellyssa. Walaupun dia cuba berlagak
tenang, tetapi siapa tahu, perasaannya kini berombak kuat…hati lelakinya tidak
begitu kuat untuk berhadapan dengan Ellyssa.
Ellyssa hanya mengangguk. “I tahu tapi I tak faham kenapa you masih
pergi walaupun I dah cuba buatkan you faham,” jawab Ellyssa.
“I terima semua penjelasan you. I
cuba memahami tetapi perasaan I sangat terluka. I pergi kerana I sayangkan
persahabatan kita. I nak you bahagia. Oleh itu I kena pergi,” jelas Fakhrul
lagi.
Ellyssa menarik nafas dalam. “So…you
dah okey sekarang?”
“Alhamdulillah…..I dah terima
hikmahNya atas apa yang berlaku dulu,” jawab Fakhrul. Kali ini senyuman yang
terukir di bibirnya semakin lebar.
Senyuman itu cepat sahaja berjangkit
ke bibir Ellyssa. Senyuman turut terukir di bibirnya. Sampul surat berwarna
merah jambu yang terletak di atas meja berdekatan Fakhrul dikerlingnya.
“You datang ni nak jemput I makan
nasi minyak ke,” teka Ellyssa. Fakhrul mengangguk dengan renungan yang panjang.
Kali ini pandangan matanya pula liar meneroka riak wajah Ellyssa. Tetapi wajah
gadis jelita itu tetap tenang.
“Ni kad undangan majlis perkahwinan
I. I harap you sudi datang,” jelas Fakhrul. Kad bertukar tangan. Perlahan-lahan
Ellyssa mengeluarkan kad berwarna light
pink dari dalam sampul. Dibacanya satu persatu ayat yang dicetak.
‘Tahniah. She is very lucky to have you,”ujar Ellyssa dengan mata yang
berkaca. Tetapi bukan kerana dia sedih dengan berita yang disampaikan oleh
Fakhrul tetapi lebih kepada gembira kerana Fakhrul telah menemui
kebahagiaannya.
“Terima kasih,” jawab Fakhrul. “I
pun harap suatu hari you juga akan dapat mencari pengganti Remy. Pasti yang
akan datang itu adalah lelaki yang sangat bertuah kerana berjaya memiliki you,”
sambung Fakhrul lagi.
Ellyssa hanya senyum mendengar
kata-kata Fakhrul. Baginya terlalu awal untuk dia membuka pintu hatinya
terhadap lelaki lain. Dia terlalu mencintai Remy…terlalu mencintai sehinggakan
dia tidak mampu lagi memandang lelaki lain dengan perasaan sayang.
“Rasanya tidak akan ada mana-mana
lelaki yang akan dapat menggantikan dia, Fakhrul,” perlahan-lahan Ellyssa
bersuara. Dia merenung wajah lelaki itu dengan pandangan sayu. Rasanya inilah
perbualan dia yang pertama mengenai Remy, sejak lelaki itu meninggalkannya.
Bukan dia sengaja hendak menepis
semua kenangan bersama lelaki itu, tetapi mengingatinya seakan-akan menorah
kembali luka yang masih basah berdarah. Mengenangkan semula saat-saat manis
mereka bersama akan hanya membuatkan dirinya kecewa dan merana. Oleh itu dia
mengambil keputusan untuk membalut semua kenangan itu dan menguncinya kemas dan
tidak mahu membukanya lagi.
“Ell, jangan cakap macam tu. Soal
jodoh semua di tangan ALLAH. Kita sebagai makhlukNya boleh merancang sahaja.
Tetapi segala keputusan terletak di tangaNya, Ell. Setiap apa yang berlaku ada
hikmahNya. Cuma cepat atau lambat, bukan di dalam kawalan kita. Awak kena sabar
Ell…, dan terus berdoa.” Fakhrul menasihati Ellyssa seperti yang biasa
dilakukannya pada waktu dulu. Gadis ini akan mendengar dan jarang sekali
membidas segala kata-katanya. Tetapi apa-apapun….keputusan di tangan Ellyssa.
Dia adalah CEO untuk dirinya. Yang akan membuat keputusan mengenai arah tuju
hidupnya sendiri.
“Thanks
Fakhrul. I rindukan saat-saat kita bersama dulu. Hari ini I terasa happy sebab dapat jumpa you semula,”
ujar Ellyssa sebelum mereka menamatkan pertemuan mereka untuk hari itu.
“Kali ini please keep in touch. Jangan hilangkan diri ya.” Ellyssa mengusik
dan Fakhrul tersenyum panjang. Dia menggeleng kepala dan berkata “I will not loose you again. Trust me.”