Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 35
Sampai je di rumah, aku terus melangkah ke dapur. Sepanjang perjalanan ke rumah tadi perut ni asyik berbunyi je minta diisi. Kalau lambat diisi nanti, mulalah buat hal. Ku letak beg kertas yang diberi Faliq tadi bersama handbag diatas sofa, lalu ku meluru ke dapur. Aku terus buka peti sejuk, tengok-tengok  makanan apa yang boleh dimakan. Tinggal buah epal  hijau je dua biji. Aku menggaru kepala, apa nak makan ni. Aku ambil sekotak Marigold Peel Fresh, sudah tentulah perisa oren. Tinggal sekotak je lagi, ku tutup semula pintu peti sejuk. Dan aku mengambil pula sebungkus roti Gardenia Delicia Coklat. Ni semua buat stok kalau malas masak tapi pun yang last dah ni. Macam tahu-tahu je abang nak balik. Hehe..
Segelas jus oren kuteguk dan sebungkus roti habis kutelan. Bolehlah buat alas perut. Ku buang plastik roti ke dalam bakul sampah dan cuci gelas.

Ku kembali ke sofa, melabuhkan badan sekejab. Pula dah, rasa sangat letih. Rehat kejablah, ku ambil beg kertas dan ku keluarkan gulungan kertas putih itu. Ku perhatikan je lukisan potretku yang dihadiahkan oleh Faliq. Cantik, kemas lukisan potret pensel ni. Aku sendiri pun terpegun dengan lukisan ini. Nampak cun pula aku ni ek, hahaha.. Terperasan sendiri. Tapi bila masa pula Faliq ada gambar aku ni, tak kan dia minta abang kut. Ke dia curi-curi ambil gambar aku kut. Boleh kena saman ni, tidak minta izin. Hmm.. Kutenung setiap inci potret ni, lama-lama mataku menjadi semakin kecil. Dan.. Okeylah, nak lelap kejab..

" Dik.. oh Dik..!!" Aku terasa seperti gegaran gempa bumi, melayang-layang rasa badan. Satu suara memanggil aku. Sayu sekali. Habislah gunung berapi mana nak meletup ni. Takutnyaa..!! Mana abang?! Ku berlari-lari mencari abang. Makin lama makin kuat gegarannya.  Gempa bumi..!! Ku menjerit ketakutan lalu terus buka mata, abang di depan mata. Gelak sekuatnya memandang aku. Aku terblurr sekejab.

" Mana datang gempa bumi. Hahaha.. Tulah tidur lagi lepas asar, Selamat tak kiamat.. Hahahaa.." makin kuat abang gelak. Aku tersengeh malu. Dan join gelak.

" Ngantuk gilalah bang. Abang baru sampai ke?! Jam berapa dah ni.." aku menggosok-gosok mata. Badan jadi lesu tak bermaya.

" Iya baru sampai, jalan jem. Dekat jam 7.00petang dah pun.." kata abang lembut.

" Ha?? Jam 7.00?? Ya Allah..!! Adik belum solat, kenapa abang tak kejutkan adik dari tadi. Abang ni.. Aduhaiii..." kelam-kabut aku. Boleh pula terlelap. Lama juga aku terlelap. Apasal blurr sangat ni. Huhu..

" Laa.. abang pula yang kena, dah abang pun baru sampai ni. Lain kali jangan tidur lepas asar, kan dah gila..Hahaha.." abang gelak dan gelak.

" Ish.. Dahlah, adik nak mandi, nak solat.. " aku terus lari masuk bilik. Cepat-cepat kutanggalkan tudung, ambil tuala dan terus masuk bilik air.

Alhamdulilah.. selesai. Aku menyidai kain telekung dan tikar sejadah. Terus keluar ke ruang tamu. Sunyi je. Mana pula abang pergi. Oo..!! baru aku ingat, abang beli makanan kut. Tadi dia ajak aku keluar makan tapi aku malas nak keluar. Aku minta abang bungkus je. Tapi tak tahulah apa abang belikan untuk aku. Makan jelah nanti. Aku ke dapur, masak air. Biasalah, nak buat air nescafe. Malam ni tak tahulah dapat tidur jam berapa, petang tadi dah tidur sampai gila sekejab,hehe..

Aku ambil mug putih, ambil sudu kecil. Susu pekat manis ku tuang sedikit ke dalam mug, adalah dua sudu kecil, cukuplah tu, manis-manis tak sedap tapi serbuk nescafe aku bubuh satu setengah sudu kecil. Memang kaw-kaw gilalah. Itu yang sedap tu. Kemudian ku tuang air panas  setengah mug, kukacau hingga susu tu sebati dan tuang air tapis hingga penuh. Ini cara aku, orang lain tak taulah pula macamana buat air nescafe, kut-kut ada cara lain, iyalah lain orang lain caranya,hehe.. Harumannya fuhh!! Teliur sendiri. Ku hirup perlahan, tenang. Duk layan aroma terapi nescafe ni, terdengar bunyi kunci. Abang dah balik.

" Assalammualaikum.. " dari luar suara abang memberi salam.

" Waalaikumsalam.." jawabku perlahan, masih setia menghadap nescafe, aku tunggu je di dapur.


Abang muncul. Ditangannya ada dua bungkusan makanan.

" Patutlah.. dari luar lagi dah bau nescafe. Nah ni.." abang meletakkan dua bungkusan makanan di atas meja dan mengambil dua pinggan besar. Aku duduk je macam raja.

"Wahh..!!! Sedapnya sate.. " Senyum lebar aku. Lama dah tak makan sate. Macam faham-faham je abang ni. Bila bau nescafe bercampur bau sate, perhh!! Memang meletuplah. Lapar makin lapar.

" Habiskan ek.. Ni sate ayam 15 cucuk dan ni sate daging pun 15 cucuk. Makanlah sampai muntah.." perli abang. Dia tahu aku suka makan sate ayam. Tapi daging kurang sikitlah. Daging tu abang yang suka tapi aku juga yang bedal kang. Banyak tu 30 cucuk tapi bila makan sambil berbual sekejab je ni. Jom layan sate!!

Perut pun dah kenyang, hati pun senang. Siap kemas dapur, aku pun terus ke ruang tamu. Abang fokus tengok channel sport. Aku ambil remote astro di atas meja dan tukar channel 611 ceria. Tengok karton lagi best, layan Larva.

" Apasal tukar? " aku sengeh je.

" Kejablah.. Orang nak tengok Larva ni, sabar ye.." aku pegang remote, tak bagi abang ambil. Saja nak menyakat abang. Berkerut dahi dia. Mana taknya, tengah fokus tengok sport aku pergi tukar channel. Hehe..

" Cerita budak-budak ditengok, adik tu dah tua tau.."

" Umur tua tak apa, tengok muka sweet seventeen tau.."

" Perasan.. " Aku gelak. Nak tak nak, abang pun terpaksalah layan juga.

" Beg apa ni?!" Abang mengambil beg kertas pemberian Faliq petang tadi. Lupa pula aku nak simpan, abang mengeluarkan kain dan potret lukisan ku.

" Amboii.. cantiknya. Ni mesti Faliq bagi kan.." teka abang. Aku mengangguk.

" Siap lukisan lagi, dasyat betul sahabat aku ni, tapi dia memang hebat melukis pun.." Sambung abang lagi dan gelak kecil. Aku membiarkan je abang cakap sendiri, mataku fokus pada Larva. Sesekali ku gelak. Kelakar cerita ni.

" Dik.. abang nak tanya something ni? Oh dik..!!" Aku masih fokus dengan Larva.

"Adoiii.. Sakitlah.." abang baling aku dengan remote tv, bila aku tak layan dia. Sakit tangan aku kena remote. Huhu..

" Ni abang nak tanya ni, dengarlah dulu.."

" Iya.. iya.. Adik dengarlah ni. Tanya jelah.."

" Adik tak ada perasaan cinta ke dekat Faliq?!" Tersentak aku dengan soalan abang. Dah kenapa abang tanya soalan tu. Aku gelak kuat, tiba-tiba rasa lawak pula dengan soalan tu.

" Gelak pula.. Abang tanya ni tau.. Serius okey?!"

" Hahaha.. Okey.. okey.. Serius.." aku sambung gelak lagi. Abang pandang aku dengan muka bengang.

" Yang abang tanya tiba-tiba ni dah kenapa?" aku tanya balik dekat abang.

" Iyalah.. Dia tu dah jatuh hati dekat adik tau tak. Tengok adik macam tak ada benda je.. Tu yang abang tanya, jangan bagi harapan dekat orang dik, kasihan.."

" Bagi harapan apanya abang. Adik tak cakap apa-apa pun. Awal-awal lagi adik dah info dia, teman mesra je, tak lebih dari itu. Dia kata, okey. So, okeylah.." terang aku. Dah memang betul kut. Kalau dia yang mengharap aku sangat, tu bukan salah aku.

" Memang betul tapi teman mesra bagi dia lain kut.. "

" Itu adik tak tahu, yang penting adik dah terus-terang dekat dia.." sambungku lagi.

" Adik masih tunggu Zahwan kan? Masih mengharap dekat dia kan? " lagi sekali aku tersentak. Aku memandang wajah abang. Senyum.

" Tak..." jawabku ringkas.

" Jangan tipu. Adik masih tak dapat lupakan dia kan.." abang meneka. Tepat sebenarnya tekaan abang tu, tapi aku menafikan.

" Adik tengah usaha untuk lupakan dia. Adik perlukan masa, bukan senang nak lupakan tiba-tiba dan kemudian terima orang lain pula. Ish!! Mengarutlah.."

" Kenapa tak?! Lupakan orang yang tak hargai dan terima orang yang sangat menghargai. Kenapa perlu menunggu cahaya kesakitan sedangkan cahaya kebahagiaan ada didepan mata?" Aku terdiam.

" Jangan sia-siakan hidup dengan harapan yang tinggal harapan. Move on. Cari kehidupan baru.." aku pandang abang, aku senyum. Serius betul abang ni. Aku gelak kecil lagi.

" Ish!! Budak ni. Orang bagi nasihat gelak pula dia.." Abang menggeleng kepala padaku. Aku pun tak tahu kenapa aku gelak, tak ada rasa apa-apa pun. Aku rasa macam tak penting kut, malas dah nak fikir.

" Faliq ada cakap juga, dia kata sanggup tunggu adik. Sampai hati adik terbuka untuknya.. " kataku jujur.

" Iya.. Tapi sampai bila adik nak buat dia tertunggu-tunggu. Dan sampai bila pula adik nak tunggu Zahwan. Ha..!! Baguslah tu.. Faliq tunggu Adik, yang Adik pula tunggu Zahwan. Sama-sama menunggu, last- last, sampai ke tua kerepotlah korang tak kahwin.. hmm.. " aku gelak lagi dan lagi.

" Iya kan.. tapi okey juga tu bang. Baru adil namanya.. Hahahaa.." Abang ketuk dahi. Pening dia layan aku.

Betul lah apa yang abang cakap tu semua. Memang aku tak nafikan tapi ini semua mengenai hati dan perasaan, mana boleh buat keputusan suka-suka. Lupakan tiba-tiba lepas tu terima tiba-tiba. Andailah kata, kalau Faliq pun buat benda yang sama dekat aku, macam Zahwan buat aku sekarang ni. Macamana pula??  Tak naya namanya. Lelaki memanglah, ayat power konon, belum dapat segala sanggup dah dapat tak hargai. Hilang tiba-tiba. Yang terseksa siapa, perempuan juga. Lelaki pandai menabur janji,  perempuan macam aku ni berpegang pada janji, tapi janji tinggal janji, yang merana siapa, perempuan juga.  Perempuan nak terima lelaki dalam hidup memang payah tapi bila dah terima, sayang hingga ke mati. Pengalaman buat aku lebih berhati-hati. Bukan kerana ego, tapi kerana pengalaman.

Maafkan aku Zahwan.. Memang aku bodoh kerana percaya janji-janjimu, kerana menunggu dan menanti cintamu tapi andai satu hari nanti, ditakdirkan kau muncul dalam hidupku ketika hatiku telah mati keranamu. Menangis airmata darah sekalipun. Aku tak kan terima. Tak akan!!

Maafkan aku Faliq.. Pengalaman mengajar aku untuk lebih berhati-hati. Hati dan perasaan aku bukan untuk dipermainkan oleh lelaki. Kutahu niatmu, kutahu hatimu kuat untukku. Andai kau jujur, ikhlas dan mampu untuk setia.  Pasti Allah akan buka hatiku untukmu. Selama mana, aku sendiri pun tak tahu.  Aku tak nak bagi harapan, kerana aku takut kau akan kecewa dan aku tak nak janji-janjimu kerana janji, aku terseksa. 

Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs