Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 32
Rumah sederhana besar itu agak meriah. Hilai tawa dua orang kanak-kanak memecah kesunyian. Berlari berkejaran keluar masuk rumah. Sesekali diselangi rengekan si adik apabila diusik oleh si kakak yang selalu menyakat. Kekecohan kanak-kanak itu amat menghiburkan seisi keluarga. Tanpa mereka sunyilah keadaan rumah. Ika dan Adam, masing-masing berusia 6 tahun dan 4 tahun. Anak kepada Amiza. Penyeri hidup mereka. 

" Pak Lang.. tengok kakak ni. Dia nak ambil pistol adik... " terus saja Adam meluru ke arah Faliq. Mengadu dengan memek muka comelnya.

" Adik tembaklah kakak.. Macamni.. " Faliq  pun ikut join anak-anak saudaranya main. Apalagi, makin kecohlah rumah. Kemudian, Faliq meninggalkan mereka berdua di halaman rumah. Membiarkan mereka bebas bermain.

Amiza dan Puan Asmah sedang rancak berbual di ruang tamu. Entah apalah yang dibualkannya. Faliq menghampiri dan duduk di sebelah Amiza sambil menyanyi kecil.

" Alang dah bagi kain dekat Aliaa?!" tanya Puan Asmah.

" Ya Allah..!! Lupalah ma. Aduhaii.. macamana boleh lupa ni.."  Faliq menepuk dahinya sendiri.

" Hmm.. dah agak dah.. "

" Excited sangat nak jumpa sampai segala lupa kan.. " perli Amiza.

" Bagi along jelah kain tu Alang, cantik warnanya.." sambung Amiza.

" Ehh! Mana boleh. Warna tu Alang pilih special untuk orang yang special tau.."

" Iyalah.. special pun tak juga bawa jumpa mama.." Puan Asmah hanya tersenyum.

" Insha Allah.. satu hari nanti, Alang bawa juga. Relax.. relax dulu.. Oh ya!! Nak tunjuk something kat mama dan Along.. Tunggu jab ek.." Faliq terus berlari mendaki anak-anak tangga ke biliknya. Tidak lama kemudian, dia turun semula dengan membawa sekeping kertas berwarna putih. Lalu, diberikan kepada Puan Asmah.

" Cantiknya.. Alang yang lukis?! " terpegun Puan Asmah melihat lukisan potret wajah Aliaa. Faliq memang berbakat dalam bidang lukisan.

" Biasalah ma.. Tangan seni ni.. hahahaa.." Tak sah kalau tak perasan. Kemudian, potret itu dihulurkan pula pada Amiza.

" Hmm.. Boleh tahan juga.." Amiza mengangguk-anggukkan kepalanya.

" Apa yang bole tahan Long? Potret tu ke atau orang dalam potret tu.." tanya Faliq. Tersengeh.

"Dua-dua.. " jujur Amiza. Faliq senyum bangga. Seronok hatinya. Kakak dan mamanya memang sporting.

" Eh.. Angah tahu ke Alang dengan Aliaa?! Dia tak bising ke?!" tanya Amiza.

" Hmm.. setiap kali balik sini je, mesti cari pasal dengan Alang. Tak tahulah dia, sampai bila entah nak simpan dendam. Keras hati sangat.." Faliq mengadu. Geram dengan kakaknya yang seorang itu.

" Banyak-banyak bersabar jelah. Tapi risau juga Along. Iyalah, Angah tu kalau dia cakap hitam, hitamlah. Kalau dia cakap putih, putih lah.. Mana dia nak dengar nasihat kita pun.." sambung Amiza lagi.

" Alaa tak apa, yang nak kahwin dengan Aliaa bukan Angah. Alang kan.. Yang penting, restu mama dan papa dan juga restu abang Aliaa tu. Angah tu, biarkan jelah. Cuma, kita doakan sama-sama semoga dia berubah dan lembut hatinya.. " nasihat Puan Asmah. Tak nak Faliq susah hati.

" Ya betul tu. Along sangat setuju.."

" Thanks mama, thanks Along. " Senyum sampai ke telinga.

" Esok flight Along jam berapa?!"

" Tak silap 9.20pagi kut, tak ingatlah. Nanti Along confirmkan dengan Abang Long. Alang boleh hantar kami ke ?!"

" Boleh je Long.. Lagipun esok tak busy, balik dari airport terus masuk office lah.." jelas Faliq. Esok Amiza sekeluarga mahu ke Medan, Indonesia. Mahu bawa anak-anak bercuti sempena cuti sekolah. Kasihan anak-anaknya, sudah lama tidak bercuti disebabkan kesibukkan ibubapanya bekerja. Sesekali bawa anak-anak bergembira.

Suara jerit pekik kanak-kanak kedengaran dari luar. Riang gembira bermain bersama. Mereka bertiga terus berbual. Ditambah gelak tawa. Usik-mengusik, mesra sekali.

Sebuah kereta mewah berwarna hitam masuk ke perkarangan rumah. Terjerit-jerit Adam dan Ika menanti seseorang keluar dari kereta. Dengan membetul-betulkan rambut karatnya dia melangkah keluar. Adam dan Ika terus memeluknya. Dia memberi Adam dan Ika setiap seorang hadiah. Kemas berbungkus .Melompat keriangan Adam dan Ika.

Terus sahaja mereka duduk di kerusi dan membuka hadiah tersebut. Bersorak seronok Adam mendapat sebuah kereta permainan dan Ika mendapat anak patung. Berlari-lari mereka bersorak. Asnida gelak memerhati gelagat mereka. Kemudian, meninggalkan mereka dan masuk ke dalam rumah. Dari pintu sudah dengar rancak perbualan mereka. Dia degan selamba menghampiri, tanpa memberi salam. Muka mencuka, mesti adahal lah tu, bisik hati Faliq.

" Angah dari mana? Dah tutup butik ke?!" Tanya Amiza.

" Dari butik lah ni. Malas nak balik.." jawabnya malas. Segalanya malas kalau Asnida ni. Tapi bab berlawa, berfesyen serahlah dekat dia. Memang nombor satu. Faliq membiarkan sahaja. Mata terus tertumpu pada tv plasma yang besar itu.

" Kalau macam tu, boleh makan bersama malam ni.. " cadang Puan Asmah. Asnida hanya mengangguk acuh tak acuh je.

" Apa tu..! Tengok kejab.." Asnida nampak potret di atas meja kopi itu. Terus diambilnya. Amiza dan Puan Asmah berpandangan sesama mereka. Habislah..

" Hmm.. Bosanlah. Balik sini, Aliaa.. Aliaa.. Aliaa.. Apa?! Semua orang dalam rumah ni dah kena jampi dengan budak ni ke ha..!! " tiba-tiba je angin satu badan Asnida. Suara agak keras.

"Angah..!! Jaga sikit mulut tu ya. Jangan nak biadab sangat.." Faliq bersuara lembut je. Masih mampu bersabar. Jangan sampai meletup sudah.

" Alang dah tak ada perempuan lain lagi ke nak cari. Punyalah banyak perempuan kat luar sana tu. Pilih jelah. Perempuan ni juga yang dikejar.." marah betul Asnida dengan Aliaa. Tak boleh dengar nama Aliaa, automatik angin tsunaminya datang. Faliq hanya membisu. Malas nak bergaduh.

" Sudahlah Angah.. " pujuk Puan Asmah. Nafas Asnida turun naik. Tak puas hati lagi dia. Rasa mahu je dikoyak-koyakkan potret itu.

" Ma.. sampai mati pun, Angah benci budak ni tau. Angah benci Adil.." katanya lagi.

" Sampai bila nak berdendam macam ni. Ingat Allah, Angah. Cerita lama.." sambung lagi Puan Asmah .

"Disebabkan budak ni lah. Adil tolak Angah. Disebabkan budak ni jugalah Angah kahwin dengan Lokman..."

"Apa yang Aliaa dah buat dekat Angah??  Dia sendiri pun tak kenal Angah. Jangan salahkan orang lain disebabkan kesalahan diri sendiri. Aliaa tak tahu apa-apa pun. Adil tak salah apa-apa. Kalau Alang ditempat Adil, Alang pun akan buat keputusan yang sama juga. Malah lebih teruk dari tu.." jelas Faliq. Kesabarannya mula hilang tapi masih dapat dikawal.

" Tak salah Alang cakap?! Dia tinggalkan Angah macam tu je, dengan apa yang dia dah buat dekat Angah.. Tak salah?!"

"Hmm.. Angah, lebih baik Angah pergi mandi, ambil wuduk. Sekejab lagi nak masuk Maghrib dah. Sujud pada Allah, minta ampun dan minta dibuangkan segala sifat dendam syaitan dalam diri tu. Lepas tu minta ampun dekat mama dan papa.. okey?! Ma.. Alang naik dulu " Faliq bangun dari sofa, mengambil potret Aliaa dan berlalu meninggalkan mereka. Amiza dan Puan Asmah senyum, Asnida menjeling tajam pada Faliq . Terdiam seribu bahasa. Faliq malas nak duduk lama-lama dengan Asnida. Tak habis-habis. Dari macam-macam Asnida cakap, lebih baik dia masuk dalam bilik je.

Potret itu dimasukkan dalam frame gambar. Di gantung rapi didinding atas meja tulisnya. Senyum bahagia. Seolah-olah potret itu senyum padanya, lenalah tidurnya malam ni. Tak dapat menatap wajah Aliaa pun tak apalah, lukisan potret ini pun dah cukup baik. Dari hasil tangannya sendiri. Ada lagi sekeping potret, sengaja dia buat lebih sebab nak hadiahkan sekeping pada empunya badan. Mesti Aliaa suka, bisik hatinya. Apapun, dia akan buat Aliaa sentiasa senyum. Buat Aliaa happy walaupun selalu suka menyakat Aliaa. Dari menyakat itulah dia yakin, Aliaa akan terhibur.

Aliaa..! aku akan tunggu kau juga. Selama mana pun aku sanggup, kerana aku yakin. Setiap doa hambanya Allah akan makbulkan jua suatu hari nanti. Aku tak kan pernah putus asa. Kerana engkaulah hidup aku makin ceria. Kerana engkaulah segalanya..


Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs