Penatnya hari ni. Bukan penat buat kerja tapi penat temankan Cik Erisya shopping. Aduhaii.. Nak tercabut kaki aku ikut dia shopping. Mula-mula pergi butik pengantin, test baju pengantin, lepas tu pergi ke mall pula. Shopping sakan dia. Senang betul hati dia. Macam-macam yang dia beli, harga tak kisah pun berapa, yang penting dia suka dia ambil dan dia bayar. Aku tengok harga sehelai baju pun rasa mahu terberak. Dia relax je. Kalau dia tanya aku, cantik tak baju? Dan aku cakap cantik, terus je dirembatnya. Tak tengok harga pun. Kalau akulah nak beli baju ke apa-apa ke, yang pertama aku tengok adalah harga. Kalau dah lebih dari rm100 keatas, memang tak pandanglah. Tapi tengok baju jugalah. Kalau setakat tshirt atau blouse harga rm100 bagi aku dah mahal sangatlah tu. Aku beli blouse pun harga bawah rm50 je. Janji tutup aurat. Itu yang penting.
Leganya dapat duduk bersandar dekat kerusi. Aku menghilangkan lelah kepenatan. Taubat taknak lagi dah keluar dengan Cik Erisya. Nak menangis pun ada.
" Uitt makcik.. Mana kau pergi, lambat masuk.." Aduhaii si Naim ni tak boleh tengok aku nak relax kejab. Terjah je masuk.
" Kan aku temankan anak boss tu shopping.." jawabku malas.
"Ha!!! Shopping?? Hahahaa.. Dah kenapa dia ajak kau pula? Patutlah nampak letih semacam je.." Naim gelakkan aku.
" Tahu tak apa. Memang letih seletih-letihnya. Mana aku tahu, dia call aku malam tadi, ajak keluar ,aku tanya dia tapi tak cakap pula. Ingat urusan kerja, tapi shopping.." aku mengadu, Naim terusan gelak. Geram pula aku dengan Naim ni.
" Biasalah.. Dia kan nak kahwin tak lama lagi. Mestilah banyak benda nak beli, nak prepair majlis kan.." Hmm.. aku mengangguk jelah.
" Haiii Cik Aliaa.. Muram je muka, senyumlah sikit. Ni air nescafe panas untuk Cik Aliaa yang sweet ni.." muncul pula Mira dengan membawa secawan air.
" Amboiii ayat dia.. Ni nak bodek apa ni dekat Cik Aliaa ni ?" Naim saja mengusik Mira.
" Terima kasih Mira.." aku hanya senyum.
" Mana ada nak bodek, saya kan memang suka buatkan air untuk Cik Aliaa.. kan Cik Aliaa kan.." jawab Mira jujur dengan senyumannya.
" Tapi tak buatkan air untuk saya pun.."
" Encik Naim tak minta siapa suruh? Saya buat atas permintaan je, tak minta tak buatlah.."
" Cik Aliaa tak minta awak buatkan je.."
" Cik Aliaa ni special kes.."
" Oooo macam tu ye.. Okeylah.." Nada merajuk lah konon si Naim ni. Kami gelak bersama. Aku menghirup nescafe panas. Perhh!! Sedapnya.. Memang hebat Mira ni buat air.
" Kau minum nescafe tak sakit kepala ke beb. Dari dulu kut kau suka betul nescafe kan.." tegur Naim.
" Selama aku minum ni okey je. Sedap kut. Lagi-lagi yang Mira buat ni.. Memang sedap gila.." jelasku.
" Jangan kuat sangat minum nescafe tu, kafien tinggi tu beb.. " nasihat Naim.
" Memanglah tapi dah suka kut. Nak buat macamana kan.." jawabku. Degil kan.
" Suka kau lah Aliaa. Jangan cakap aku tak info pula sudahlah ye.. Okeylah, aku out dulu.. byee!!!" Aku senyum je.
Aku memulakan kerja. Hari ni tak banyak kerja sangat sebab semalam dah banyak yang siap. Tinggal semak-semak je. Esok ada meeting, meeting untuk cawangan baru di Terengganu. Mungkin Cik Erisya yang akan uruskan cawangan sana. Terpaksalah Cik Erisya terpindah ke sana. Jangan dia ambil aku sekali sudah. Taknak aku pindah sana. Lebih selesa dekat sini. Tempat sendiri.
Aku memasang lagu, jari ligat menaip sambil kepala layan lagu. Mulut pula kumat kamit ikut menyanyi. Bila dahaga, nescafe pula ku hirup. Senang tak hati aku. Hehehe..
Layan punya layan. Tak perasan dah waktu balik. Eh!! Kenapa rasa cepat sangat masa ni berjalan. Aku rasa baru je buat kerja. Ooo!! Mana taknya. Balik dari keluar dengan Cik Erisya tadi pun dah jam 3.00petang kut. Aku tak tahu kenapa hari ni aku macam pelik je ek. Ada je tak kena. Ting tong jadinya. Huhu..
" Jom balik." Naim tercegat dekat muka pintu. Tunggu aku. Aku cepat-cepat matikan semua suis. Ambil handbag dan masukkan handphone dalam handbag. Lalu ku mengekori Naim. Macam biasa, kami berbual mesra. Masuk dalam lif, kami mendiamkan diri, keluar dari lif kami sambung berbual.
Kami menuruni anak tangga.
" Amboii... Hensemnya mamat tu..." Naim bersuara tiba-tiba. Aku menoleh padanya, berkerut.
" Kau ni dah kenapa?" Lalu, Naim memuncungkan mulutnya menunjuk ke depan. Aku pun memandang. Hmm..Faliq rupanya.
" Dia tunggu kau tu kan.." Aku mengangguk perlahan dan kami berjalan perlahan ke arahnya. Kereta betul-betul dia parking depan lobi , berdiri di kereta dengan Rayban hitamnya. Semua orang yang lalu depan dia, dia tegur. Tak kira siapa pun . Terlebih peramah mamat ni. Nampak je aku terus dia jalan laju ke arahku.
" Untuk awak..!" Dia memberiku setangkai bunga mawar dan aku pun ambillah. Buat drama pula si Faliq ni, dahlah orang ramai. Masing-masing baru keluar office. Masing-masing pandang. Malu oiii...
" Alahaii.. sweet- sweet gitu.!! Okeylah Cik Aliaa Sofea, nampaknya Putera Kayangan Cik Aliaa dah sampai jadi patik minta diri dulu lah yee.." kata Naim lagak berlakon pula dah. Faliq senyum.
" Kau tak payah mengada ek.." aku menjeling pada Naim. Naim gelakkan aku. Dan terus berlalu.
" Jom.." kami berjalan beriringan ke kereta.
" Kenapa buat macam ni? Semua orang pandang, malu tau tak.." kataku geram.
" Buat apa nak malu. Biarlah orang tengok. Bukan saya buat benda tak senonoh pun kan.." jawabnya selamba.
" Memanglah tapi masalahnya. Cerita kita ni dah hot spicy tau. Semua duk cerita pasal kita tahu tak. Pergi cafe gosip kita, dalam lif gosip kita, dalam toilet pun orang gosip pasal kita tau tak Encik Faliq oii.." aku membebel pada dia. Memang tak selesa langsung.
" Baguslah tu.." kami terus masuk dalam kereta.
" Bagus?? Apa yang bagusnya.." keluh ku.
" Iyalah.. Dah sah-sah mereka cerita. Faliq dan Aliaa tu bercouplelah, Faliq dan Aliaa tu romantiklah, itulah inilah kan. Apa yang mereka cakapkan tu kan doa. Jadi, mereka doakan untuk kita lah tu. Semoga makbul lah doa mereka untuk kita. Semoga jodoh kita.. Aaminn.. kan Aliaa kan.." Faliq tersengeh padaku. Eeeee.. Memang-memang lah dia ni kan. Ada je idea dia. Aku punyalah geram. Nak marah ke nak sakit hati ni..Hmm..
" Tak kuasalah.. Jangan nak perasan ye.." Faliq gelak dan gelak. Terus memandu laju. Aku mendiamkan diri. Malas nak cakap lagi. Sunyi. Yang kedengaran lagu di radio.
" Suka tak bunga tu.." Faliq bersuara memecah kesunyian seketika.
" Hmm.." aku mengangguk perlahan. Mata terus pandang ke depan.
" Bunga mawar tu , mama yang tanam tau.." Aku agak terkejut. Aku menoleh pandang mukanya. Iyeke??
" Bunga mawar ni mama awak tanam??!" Tanyaku ingin kepastian.
" Iye.. Mama pun macam awak, suka bunga mawar. Dekat rumah ada taman kecil, banyak bunga mawar. Wangi je.." jelas Faliq. Serta-merta aku senyum.
" Jadi bunga ni awak petik dari taman mama awak?? tekaku.
"Iya.. kalau setangkai-setangkai ni saya petik lah, minta kat mama tau, bukan pakai petik je. Tapi kalau yang sejambak tu saya beli lah.. " terang Faliq, jujur.
" Mama awak tak marah ke?! Kalau setiap hari awak petik, mahu tinggal batang jelah pokok tu..Awak jangan cari pasal, kang tak pasal-pasal saya kena marah sebab awak petik bunga.." kataku. Aku punyalah serius dia boleh gelak berdekah-dekah. Tak lawak kut. Dia ni semua yang aku cakap, mesti gelak. Lawak ke..?! Aku marah pun gelak, aku serius pun gelak, apa je yang tak gelak, aku pun tak tahulah. Sakit kut dia ni. Sakit gelak kali. Huhu..
" Tak ada maknanya mama nak marah. Aliaa.. awak tahu tak. Mama dah tahu semua pasal awak pun, kadang saya nak pergi kerja, mama dah siapkan setangkai bunga untuk awak tau. "
Aku tercengang. Betul ke apa dia cakap ni. Tak kan mama dia sesporting tu kut.
" Iyalah tu.."
" Tak percaya?! Jom, saya bawa awak jumpa mama sekarang. Nak?!"
" Eh..Eh...!! Jangan-jangan. Okey.. okey..!! Saya percaya.. " Fuh!! Masak oii kalau betul dia nak bawa aku jumpa mama dia. Ish!! Taknak aku. Jangan cari nahas. Tidakkk!!!
" Hahahaa.. Tahu takut.. Mengelabah muka..Hahahaa" Ceh!! Hampeh punya Faliq. Sengaja kenakan aku. Gila tak cuak.
" Bukan takutlah. Tapi nak bawa saya jumpa mama awak buat apa, saya ni bukan awek awak pun, jauh sekali bakal isteri. Tak perlu kut.. "
"Sekarang memang bukan tapi satu hari nanti.. Insha Allah.." jawabnya tenang.
" Janganlah terlalu mengharap, nanti awak sendiri yang kecewa.. Jangan salahkan saya pula, saya dah info awal-awal.." kataku.
Kereta diberhentikan betul-betul depan rumahku. Dia menoleh padaku. Dan senyum. Mata merenung tepat wajahku. Takut pula dengan renungan dia ni. Aku mengalihkan pandangan ke hadapan.
" Takkan tak ada peluang untuk saya ?!" tanya nya lembut.
" Saya tak berani nak cakap apa-apa. Saya takut salah cakap. So, No komen Faliq.. Saya minta maaf.." mukanya nampak berubah sikit. Aku senyum padanya.
" Apapun, saya tetap akan tunggu awak. Saya yakin dan tahu , satu hari nanti, pintu hati awak tu akan terbuka untuk saya juga. Cepat atau lambat tu Allahualam. Tapi saya yakin sepenuh hati saya.. " Alamak!! Tiba-tiba macam mata masuk habuk pula. Terharu !!
" Jangan terlalu mengharap saya. Itu je yang saya mampu cakap.. " aku ulang semula.
"Saya nak tanya sikit. Saya setiap hari, setiap malam whatsapp awak. Masa saya outstation tu saya tak whatsapp kan. Hmm.. awak tak rasa something ke..?!" tanyanya perlahan-lahan.
" Rasa something?? Rasa apa?? Tak faham.." Hahahaa.. aku rasa aku tahu apa dia nak cakapkan. Sengaja aku pancing.
" Iyalah.. rasa something.. Hmm.. Tak tunggu whatsapp dari saya ke?! tak rindu saya ke?!" Dah agak dah . Betul tekaan aku. Hehe..
" Ooo rasa tu ek.. Hmm.. ada juga lah rasa.. Tapi rasa aman sebab tak dapat whatsapp dari awak.. " Aku senyum sinis. Muka dia berubah jadi pelik.
" Okey.. Terima kasih banyak-banyak hantar saya ni. Bye...!!" Aku mengenyitkan mata padanya. Mengejeklah konon.
" Sekarang ni memang rasa aman, tengok nanti mesti rindu serindu-rindunya..." balas Faliq.
" Elehh.. Tak pun.. " Aku terus membuka kunci mangga di pintu pagar. Dan mengunci semula setelah masuk ke dalam.
" Terima kasih ek.. Hati-hati memandu.. " ucapku.
" Kasihmu diterima.. Kalau ada apa-apa cepat-cepat call saya ya.. Dahlah pergi masuk.." pesannya.
Aku jalan perlahan dan membuka pintu rumah pula. Faliq terus memandu setelah yakin aku dah selamat masuk dalam rumah. Betul-betul dia jaga aku. Aku duduk sebentar di sofa. Merehatkan badan. Senyum . Faliq.. Faliq.. Kau buat aku happy sebenarnya. Terima kasih Faliq..