Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 11
Selesai menunaikan solat maghrib, aku melangkah malas menuju ke ruang tamu. Sunyi sepi. Abang dah keluar ke masjid, mahu berjemaah katanya tadi sewaktu makan malam. Aku duduk di sofa, memandang kosong sekeliling. Apasal bosan sangat ni. Aduhaii.. jiwaku tidak tenteram. Apa yang tak kena ni. Aku menepuk dahi. Boleh jadi gila macam ni .

Aku mengambil keputusan untuk duduk diluar rumah, mengambil angin malam kononnya. Aku duduk di bangku besi yang cantik terukir. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa wajahku. Terasa nyaman sekali. Nikmatnya dunia. Subhanallah..

Huh! Aku mengeluh kecil. Tiba-tiba bayangan Zahwan bermain di kelopak mataku. Pula dah! Tersenyum memandangku hingga menampakkan gigi taringnya. Senyuman itulah yang buat hatiku terpikat padanya. Iya.. itulah wajah yang mengganggu hatiku, yang mengganggu fikiranku sejak petang tadi. Kenapa kau muncul lagi Zahwan? Kenapa hanya bayanganmu saja yang muncul? Mana engkau pergi? Kenapa kau hilang tanpa berita? Mengapa kau memberi harapan terlalu tinggi padaku? Mengapa kau menabur janji yang kau tak mampu tunaikan? Kenapa dan mengapa Zahwan. Kenapa kau seksa aku begini? Menanti jawapan yang tak pasti? Kenapa.. kenapa??
Oh sungguh pedih!!

Aku memejamkan mata, menarik nafas sedalam-dalamnya, mencari kekuatan diri yang hilang ditelan bayangan Zahwan. Ku membuka mata perlahan-lahan. Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan.

Handphone yang terletak di atas meja itu ku renung. Aku senyum dan senyum lagi. Kenangan itu menerjah lagi didalam fikiranku. Kenangan indah yang mampu buatku tersenyum sendiri, tersenyum bahagia. Senyum hingga ke telinga. Tengok betapa bahagianya aku ketika itu.

Alkisahnya.. Di Wisma Merdeka, salah satu shopping complex di Kota Kinabalu, Sabah. Bermulalah perkenalan aku dan Zahwan. Perkenalan yang tak dirancang dan sangat singkat tapi sampai sekarang tetap dihatiku.

Mula dengan senyum-senyum, pandang- pandang dan jeling-jeling dari jauh saja. Aku dan Naim sebagai promoter jualan buku dan booth kami berhadapan dengan sebuah kedai alatan sukan. Di kedai itulah Zahwan bekerja.
Sambilan. Senyuman gigi taringnya buat aku tertarik. Bila dia senyum memang boleh cair,  akulah tu. Dan, setiap kali melihat senyumannya semakin bersemangat aku bekerja.

Naim lah posmen kami. Dari mula dengan minta nombor telefon, jumpa dan berpisah. Naim memang tahu segalanya. Tak ada rahsia antara kami. Terima kasih Naim. Kau memang kawan yang sporting. Selama sebulan kami di Sabah. Aku pun semakin gembira, gembira sebab Zahwan. Setiap malam kami berSMS, bergayut malam-malam. Aku pun selesa berkawan dengannya, dia banyak bagi nasihat, banyak kata motivasi untuk aku. Setiap malamku penuh kebahagiaan. Pagiku disinari keceriaan kerananya.

" Assalammualaikum.. Mulakan harimu dengan Senyuman. Selamat bekerja.." sms disetiap pagiku.

Kami makin rapat tapi hanya melalui telefon saja. Nak jumpa payah, masing-masing kerja. Lagi pula, kalau dah balik kerja memang tak adanya aku nak keluar lagi. Penat dan letih.

" Nak balik KL dah kan?! " tanyanya.

" Iya.." jawabku ringkas.

" Datang sini lagi tak?!"

" Insha Allah.. pasti akan datang. Sebab saya suka Sabah ni, suka orang-orangnya yang sporting sangat.."

" Suka sebab saya ya.." usiknya.

" Hahaha. No komen. Saya kan suka laut, cantik sangat laut sini, hati dah terpikat dekat laut.." jelasku. Tau tak, sepanjang perbualan memang senyum ke telinga je tau. Bahagianya.

" Iya ka?! Nanti kalau ada rezeki saya ke KL ya. Kita jumpa okey.."

" Insha Allah.."

Hari last aku di Kota Kinabalu, hari tu kami tak kerja. Nak shopping lah katakan. Jam 11.00pagi kami pergi ke Restoran Sempelang di Plaza Wawasan, breakfast dan lunch sekali. Aku suka makan dekat restoran tu. Sebab apa tau, ayam masak madu memang sedap sangat. Boleh terliur aku dibuatnya. Itulah restoran paling glamor kut waktu tu. Mana-mana kami pergi pasti ada restoran itu. Mungkinlah.

Setelah perut kenyang aku dan Naim berjalan-jalan di sekitar bandar itu. Shopping apa-apa yang patut untuk bawa balik ke KL. Beli buah tangan katanya. Sakan si Naim shopping. Dasyat!!


Kami menuju ke Pasar Pilipine. Aku cuma membeli dua set keronsang mutiara untuk Mak Long dan Kak Intan. Banyak sangat cenderamata, sampai aku tak tahu nak beli apa. Tapi keronsang mutiara ni aku rasa siapa-siapa pun kalau ke Sabah confirm beli. Wajib beli. Betul tak?!

Untuk abang aku tak beli apa-apa pun, nak jumpa abang pun payah. Busy manjang. Untuk aku sendiri, aku hanya beli sling bag dan beg fail yang diperbuat daripada daun mengkuang dan buluh. Cantik dan unik sangat. Aku ni peminat barang anyaman. Itu jelah yang menarik perhatianku. Beg-beg tu masih ada lagi sampai sekarang. Punyalah aku sayang.

Dari satu gerai ke gerai lain, keluar dan masuk. Aduhaiii Naim. Apalah yang dicarinya tak jumpa-jumpa. Naik pening aku dengan mamat ni. Segala barang dia nak beli. Teruja sangat katanya. Kalau boleh nak beli dengan pasar ni sekali nak bawa balik KL. Punyalah sadis mamat ni. Hahahaha.

Hampir dua jam jugalah kat pasar tu. Selamatlah kau dapat kawan macam aku ni Naim, kalau kawan lain. Memang tak sanggup layan karenah kau. Bisikku sendiri.
Bila dah puas dia shopping, kami jalan pula ke Pasar Ikan Masin. Bersebelahan je. Punyalah banyak ikan masin pelbagai jenis, sotong,undang macam-macamlah. Lagi sekali Naim teruja. Aikk!! Dengan ikan masin pun boleh teruja. Adehhh!! Ikan masin pun dia borong, suka engkaulah Naim.

Dah penat Naim shopping ikan masin, kami singgah pula ke gerai air kelapa. Pekena air kelapa muda, perhhh!! Lega tekak, sedapnya air kelapa ni. Susah nak cari air kelapa sesedap ni di KL. Kalau ada pun harga tercekik. Kami betul- betul menikmatinya.

Kemudian, Naim ajak pula ke Todak Waterfront, aku on je. Syok juga lepak situ, boleh tenangkan fikiran dengan menghadap laut. Kami duduk di bangku besi, sangat-sangat seronok. Terlalu seronok, tengok laut yang biru, bot-bot lalu lalang, sampan kecil. Memang layan sangat. Dengan angin laut walaupun agak bahang tapi itu semua tak penting. Yang penting, aku sangat gembira melihat laut. Sungguh cantik sungguh indah ciptaan Allah. Hatiku di lautan Sabah.

Aku menghampiri ke tepian pagar kayu. Berdiri menghadap laut. Senyuman tak putus dari bibirku. Naim masih duduk di bangku sambil mata memerhatikan aku. Aku biarkan dia sendiri dan melayan perasaanku. Oh laut!! Hatiku pasti tertinggal disini. Jatuh hati pada laut. Cantik sungguh cantik.

 Pulau-pulau nun di seberang sana, indah. Kapal-kapal besar berlabuh di pelabuhan sana. Anak-anak kapal lautan dalam silih berganti lalu lalang. Tertarik pada sebuah bot yang dipandu oleh kanak-kanak kecil, lebih kurang 9tahun, dengan membawa penumpang. Fuh!! Beraninya budak ni. Laju pula tu dia bawa bot, gerun pula aku tengok. Inilah kehidupan mereka, mencari rezeki di tengah lautan. Kagum, sangat kagum.

Sedang asyik layan perasaan. Aku dikejutkan dengan satu suara menegurku, betul-betul berada disebelahku. Aku menoleh. Seorang lelaki berbadan kurus, berkulit putih melepak, tinggi dan yang paling menarik, senyumannya. Zahwan disebelahku. Tak sangka dan tak terfikir dia berada denganku saat ini. Terkejut jugalah. Tapi biasalah aku, buat selamba je. Tapi dalam hati melompat-lompat. Hahaha..

Aku sempat menoleh ke arah Naim, tersengeh-sengeh Naim. Ini semua mesti plan dia, bijak-bijak.

" Dari tadi saya perhatikan awak, senyum je. Senyuman tu sweet, tu yang buat saya tak lena tidur.." Zahwan memulakan perbualan.

" Senyum tu kan sedekah.." jawabku.

" Iya.. Esok flight jam berapa?"

" Jam 9.00 pagi.."

" Apapun, jaga diri baik-baik. Jaga kesihatan. Solat jangan tinggal ya..." pesannya.

" Terima kasih Wan.."

" Selama kenal awak, saya happy, saya rasa bahagia. Lagi-lagi bila tengok senyuman sweet awak..."
 
" Terima kasih banyak-banyak. Saya pun happy, lepas ni tak adalah orang nak kejutkan saya bangun solat kan.."

" Hahaha. Insha Allah, saya akan ingatkan kalau tak lupa.."

" Perkenalan kita ni kira singkat jugalah kan. Harap-harap akan terus berkekalan. Insha Allah, bila saya turun KL nanti, saya akan cari awak. Apapun terjadi, saya akan cari awak."

" Jangan berjanji Zahwan takut nanti janji tinggal janji.."


" Saya akan buat apa yang saya cakap, Aliaa.. Percayalah.." katanya penuh keyakinan.

" Saya ni jenis berpegang pada janji. Saya takut awak akan mungkiri.."

" Aliaa.. Saya akan buat apa yang saya cakap. Saya akan cari awak, saya call awak nanti.." sambungnya lagi.

" Okey.. saya tunggu..." balasku.

Luahan dari hati ke hati. Janji demi janji dituturkan. Memberi semangat padaku untuk terus menantinya. Aku sendiri  pun dengan mudah dan terlalu yakin. Tak tahu kenapa aku mudah sangat percaya padanya. Kerana sudah jatuh hati pada anak borneo ini.

Aku memandang jauh ke lautan dalam. Bersaksikan lautan yang cantik membiru. Pulau-pulau yang indah, seindah hatiku kini. Ya..!! Hatiku, ku tinggalkan di dalam peti cinta, lalu ku campak ke dasar lautan. Biar takkan ku buka lagi, kerana hati ini ku kunci hanya untukmu Zahwan. Terima kasih kerana membahagiakan aku. 

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs