Aku rasa macam nak pergi jauh dari semua. Dari semua yang aku kenal, dari semua kesakitan. Aku rasa down sangat. Aku tak kuat, aku lemah. Mana aku nak cari kekuatan itu. Macamana aku nak kembalikan semangatku. Kenapa aku mudah sangat tewas dengan perasaan sendiri. Kecewa demi kecewa aku hadapi. Aku perlukan seseorang untuk beri semangat padaku. Aku perlukan seseorang yang boleh buat aku lupa segala kekecewaan hati.
Tapi siapa? Faliq? Mana Faliq? Mana Faliq tika aku perlukan dia? Abang.. abang dekat mana? Aku perlukan abang. Aku perlukan teman. Mana mereka pergi disaat aku perlukan mereka. Aku call abang sejak kelmarin lagi tapi tak dapat. Aku nak cerita dekat abang pasal Zahwan, aku nak cerita pasal ugutan tu. Ugutan demi ugutan aku terima.
Faliq.. aku call Faliq, pun tak dapat. Aku whatsapp dia tak balas pun. Kalau tak, dialah yang rajin whatsapp aku. Tapi kenapa sekarang tak. Aku nak Faliq temankan aku, ceriakan hidup aku, aku tahu Faliq je boleh buat aku happy. Tapi mana Faliq. Mana abang. Mana mereka..
Aku langsung tak boleh buat kerja, fikiran aku kusut, fikiran aku bercelaru, aku tak tahu apa yang aku fikir. Aku stressss!!! Dah dua tiga hari macam ni, bila nak okey ni. Bila nak terubat hati aku ni. Macamana aku nak rawat hatiku sendiri. Ya Allah.. bantulah hati ini!
Aku duduk termenung. Mujur tak ada kerja yang penting. Kalau tak memang semua tak kena. Aku pandang kosong semua. Macam tiada apa-apa pun. Aku rasa terasing sangat. Aku rasa hidup kosong. Yang aku rasa, perasaan kecewa teramat. Iya memang aku kecewa kerana Zahwan. Itu dah nyata. Dalam masa yang sama, yang buat aku bertambah stress adalah ugutan tu. Aku happy dengan Faliq, dia buat hidup aku ceria tapi aku dipaksa untuk menjauhi dia. Aku dipaksa untuk tidak meneruskan hubungan kami walaupun sekadar kawan. Kenapa kejam sangat. Beberapa hari Faliq tidak hubungi aku, disebabkan ugutan ini juga ke?!. Okey kalau betul pun, aku terima semua. Mungkin hubungan teman mesra kami tak panjang. Aku redha. Tapi abang.. kenapa tak dapat call abang. Kenapa? Sejak abang balik tempoh hari hanya sekali je abang hubungi aku, selepas itu hingga kini langsung tak. Atau abang dah pergi Sudan? Tapi abang cakap, sebelum pergi abang nak balik sini jumpa aku dulu. Ish!! Tak fahamlah.
Aku mengeluh kecil. Melepaskan lelah didada tapi tak mampu hilangkan segala kesakitan. Arhhh!!! Jerit ku didalam hati. Kalau boleh nak je aku naik KL Tower, nak menjerit sekuat-kuatnya biar satu Malaysia dengar, biar bergegar Malaysia. Biar puashati ku. Tapi apakan daya. Aku hanya mampu menjerit dalam hati je. Huwaaaa!!!
" Aliaa.. " muncul Naim di depan pintu bilikku. Aku senyum tawar. Dia duduk dengan mata tak berkelip pandang aku.
"Kau ni kenapa? Ada problem ke.."
Aku menggelengkan kepala. Cuba untuk senyum.
" Kau gaduh dengan Faliq? " Aku geleng lagi.
" Beb.. cakaplah. Aku tengok kau dua tiga hari ni kusut sangat, sorang-sorang, makan tak minum tak. Buat itu tak kena, ini tak kena. Apa kes ni.. Ceritalah.." Naim masih lagi mendesak supaya aku cerita. Aku pandang muka dia. Aku mengeluarkan handphone, kubuka whatsapp dari Zahwan malam itu. Ku beri pada Naim. Naim ambil dan baca. Berkerut-kerut dahinya baca. Setelah baca, dia beri semula handphone padaku. Dia pandang aku.
" Betul tak apa aku cakap. Sebab tu aku bising dekat kau. Aku taknak kau kecewa lagi kerana Zahwan. Hmm.. Sabarlah, kuatkan semangat kau. Aku tahu kau kuat.. Aku taknak tengok kau macam ni Aliaa. Aku nak Aliaa yang sebelum ni. Yang happy, yang ceria, yang degil, yang garang.." Naim pujuk aku. Aku menekup muka dengan tangan.
" Ini risiko yang aku kena tanggung . Tapi bukan sebab Zahwan ni je, ada sebab lain juga.. Yang buat aku takut.." jelasku walaupun masih samar.
" Sebab lain? Sebab apa?" tanya Naim.
" Maaf.. Aku tak boleh cakap.."
" Kenapa Aliaa.. Macam serius je ni. Risau aku beb.."
" Aku tak boleh bagitahu, Maaf.." aku ulang lagi.
"Tak apalah. Kalau kau dah bersedia nak cakap, call je aku okey.. " kata Naim lembut.
Aku senyum dan mengangguk. Naim keluar untuk menyiapkan kerjanya..
Aku kembali termenung, termenung dan termenung. Main-main pen. Conteng-conteng kertas. Apa aku nak buat ni. Hmm.. Apa kata aku bercuti, dah lama kut tak bercuti. Release tension. Aku nak cari diri aku yang dah hilang entah kemana. Betul juga kan. Yess!! Aku kembali senyum. Kebetulan hari ni Dato' Hamid ada masuk office. Tanpa berlengah dan tanpa fikir panjang, aku terus menuju ke bilik Dato' .
Pintu ku ketuk. Apabila terdengar suara Dato' menyuruh masuk, aku terus pulas tombol pintu. Aku senyum dan terus menuju ke meja. Dato' tengah busy.
" Iya Aliaa.. Duduklah.." Aku dengan tersengeh-sengeh pun teruslah duduk.
" Ni mesti ada hal kan. Kalau tak ada hal, tak adanya jumpa saya direct ni kan.." Hahaha.. tahu pula Dato' ni.
"Hehe.. Dato' ni macam tahu je kan.."
" Bukan sebulan dua saya kenal awak, Aliaa.. Jadi, apa hajat awak jumpa saya ni?!" Dato' senyum.
" Tak lah besar mana hajat saya ni Dato' cuma nak minta cuti je.." kataku menyusun ayat.
" Cuti?! "
" Iya.. Tapi nak mohon cuti lama sikit, dalam dua tiga minggu.."
" Lamanya.. Nak kahwin?!" Hahaha.. aku gelak.
" Taklah.. Nak pergi bercuti, dah lama saya tak bercuti. Sesekali nak juga release tension.. "
" Macam kecewa je tu.." Aik!! Dato' ni perli aku pula.
" Mana ada kecewa, nak kecewa dengan siapalah.."
" Manalah tahu kan.. So, bila nak start cuti?! "
" Esok..!!"
" Cepatnya.. Hmm, okeylah. Saya luluskan.."
" Terima kasih Dato'. Tapi nak minta tolong sikit boleh?!"
" Nak minta tolong apa?!"
" Kalau boleh jangan beritahu siapa-siapa ya saya cuti ni, boleh kan!!" Pintaku lagi. Dato' senyum.
" Aik!! Macam tu pula. Hmm.. macam-macam lah awak ni. Iyalah, Aliaa."
" Terima kasih banyak-banyak.."
" Apapun nak bercuti tu, jaga diri baik-baik.."
" Baik Boss..!!" Aku sengeh. Dato' ni memang sporting tau. Dia dah faham sangat perangai aku ni. Mana taknya sejak aku habis belajar sampai sekarang aku setia kerja di syarikat dia ni. Macam-macam hal juga aku buat. Hehe.. Betapa setianya aku dengan kerja ni. Dia pun sudah anggap aku seperti anaknya sendiri. Mungkin sebab aku rapat jugalah dengan anak kesayangannya Cik Erisya. Cuma aku jelah segan. Pemalu lah konon.
Aku kembali masuk ke bilik dengan senyum lebar. Aku duduk dan mengambil handphone didalam laci. Aku cuba hubungi abang, masih tak dapat. Dan cuba hubungi Faliq pula pun sama, tak dapat juga. Okey tak apalah. Aku pun perlukan masa untuk bersendiri. Jadi, aku buat keputusan untuk matikan handphone. Aku taknak diganggu oleh sesiapa pun. Aku masukan handphone dalam handbag. Okey.. sekarang aku nak check tiket flight. Tiada sesiapa pun tahu ke mana aku nak pergi. Walaupun Naim. Biarlah aku bawa diri yang kecewa ini. Biarlah aku bersendiri dari semua. Biarlah.. Aku taknak fikir apa-apa pun. Taknak fikir abang, taknak fikir Faliq, taknak fikir Zahwan dan taknak fikir pasal ugutan tu. Aku nak cari ketenangan. Aku nak cari diri aku sendiri.
Aku senyum..