Bila ia menyerang, semua benda aku tak boleh buat. Pedih, perit, segala rasa ada. Cepat-cepat aku mencari ubat di dalam laci. Alamak!! Tinggal sebiji je!! Matilah macam ni. Macam mana aku boleh tak perasan ni. Rasa pedih, perit dah semakin parah. Apa perlu aku buat ni. Seksanya..!! Inilah akibat degil, tak dengar cakap. Fikir sedap tekak je , dah sakit macam ni baru kelam-kabut. Baru padan dengan muka aku!!. Tak apa, sabar.. Sakit itukan penghapus dosa.
Aku duduk membongkokkan badan, menahan rasa sakit yang semakin mencucuk-cucuk di perut. Sempat lagi ku lihat muka sendiri dekat cermin, memang mayat dah. Pucat lesi menahan sakit. Apa aku nak buat ni. Eh! Telan jelah ubat sebiji ni, harap-harap okeylah sikit.
Pantasku mencapai gelas di dalam laci dan menuang air mineral. Ku telan sebiji ubat yang ada. Ku kembali membongkokkan badan. Mencari keselesaan. Ini kalau abang tahu, memang masaklah aku kena marah. Makan lagi cili banyak-banyak, makanlah pedas lagi, itulah inilah, berleter mengalahkan mak nenek.
Aku pun tak pastilah apa masalah perut aku ni, bukan gastrik tu disebabkan asid dalam perut akibat tak makan ke?! Sejak-sejak ni makan pedas je sakit, ish!! Tak fahamlah. Mungkin faktor usia juga kut. Hmm.. entahlah kan.. Aku ni kalau bab nak check up kat klinik atau hospital memang payah. Kalau ke klinik pun apa doktor cakap aku iyakan aje. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tak ambil kisah pun. Janji aku dapat ubat, time sakit makan ubat dan sembuh. Itulah aku. Tak ambil port pasal kesihatan. Iyalah, dari study lagi kut gastrik, dah lali dah. Kadang sakit tak makan ubat pun, baring dan tidur, bila bangun tidur, dah sembuh. Kan senang..
Tak bole jadi ni, sebelum badan aku mula menggigil, sebelum kepala aku berpinar, lebih baik aku pergi klinik , dapat ubat balik rumah, makan ubat dan tidur. Insha Allah, sihat lah nanti. Confident.
Aku menyandarkan badan perlahan-lahan di kerusi. Relax.. relax.. dan relax.. Kuatkan semangat, aku cuba lawan selagi mampu. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan. Ulang dua tiga kali. Okey Aliaa.. Kau kuat..! Aku berkata sendiri.
Aku memanggil Naim masuk ke bilik. Sekejab je dah muncul muka dia di muka pintu.
" Iya beb.. Ada apa panggil aku?! " terus dia duduk di hadapanku.
" Nanti minta tolong info Kak Intan ya, aku nak baliklah, tak sihat. Kau tolong kemaskan bilik aku ni, aku tak larat sangat ni." kataku perlahan.
" La haiii.. okey.. No problem. Abang kau ambil ke ni?" tanya Naim.
" Taklah. Balik sendirilah.." aku mencapai handbag.
" Ish !! Kau ni, boleh ke? Tak pun, aku hantar lah jom.." pinta Naim. Risau.
" Tak payah, aku okey. Sebab tu aku nak balik sekarang. Tolong aku ek kemas.."
" Hmm.. iyalah, hati-hati tau. Kalau ada apa-apa tolong info aku ye. Jom, aku hantar kat kereta.."
" Tak apalah, tak payah. Aku masih okey lagi ni.. Kau buat kerja kau je.." aku terus berdiri dan meninggalkan Naim di dalam bilik. Naim hanya memerhatikan aku.
Perlahan-lahan aku berjalan. Dalam hati berdoa tak putus minta Allah lindungi aku. Bila perut terasa pedih sangat mencucuk, aku memberhentikan langkah dan menahan sakit kemudianku sambung jalan lagi. Sampai juga ke kereta. Fuhh.. lega..!!!
Masuk je ke dalam kereta. Aku membongkokkan badan, adalah dalam 10 minit . Bila rasa lega sikit, aku terus menghidupkan enjin kereta dan memulakan pemanduan. Aku tak fikir apa dah lagi, yang aku fikir. Cepatlah sampai ke klinik. Huhu..!!
Aku memberhentikan kereta betul-betul dihadapan Klinik Nathan. Aku tak pernah ke klinik ni sebelum ni. Mana aku nampak ada klinik aku serbu jelah. Yang penting aku nak ubat, itu je. Urusan pendaftaran dan pemeriksaan semua berjalan lancar. Tak ada pesakit lain kecuali aku seorang. Lega hati! Lepas 15minit, selesai semua. Sekejab je kan. Periksa lebih kurang je. Hmm.. tak apalah. Aku minta injection je, cepat sikit hilang sakit. Kena jarum juga akhirnya. Itu pun masa nak cucuk, aku tutup mata. Besar kut jarum tu. Kasihan kulit aku dicucuk. Habis berlubang. Hahahaa..!!!
Aku diberi ubat yang biasa aku makan iaitu ubat demam, ubat tahan sakit dan ubat gastrik. Dah tahu pun. Tak apalah, janji ada ubat. Doktor cakap, kalau masih sakit terus pergi hospital. Katanya lagi, gastrik aku ni boleh dikatakan teruk jugalah boleh bawa maut. Perhh!! Biar betul doktor ni, buat aku jadi gerun pula. Insaf terus. Aku taknak mati, belum kahwin. Huwaaa!!! Rasanya, cuma check tekanan darah je kut. Takkan terus boleh tahu teruk ke tak penyakit pesakit. Hebat doktor ni. Tapi iyalah kan, bidang dia. Dia lebih tahu kut. Jadi, okey.. okey kan jelah. Jangan kecam aku.
Aku memandu seperti biasa, sakit pun dah kurang sikit. Tapi sesekali pedihnya datang, memang tak bernafas rasa. Baru kena gastrik dah rasa sakit teramat macam ni. Macamana lah mereka yang kena penyakit kanser, atau penyakit yang bahaya. Tabahnya mereka kan. Kagum dengan kekuatan para pesakit. Insha Allah, semoga Allah beri kesembuhan kepada kalian semua. Sedih!!
" Eh! Kereta abang tak ada? Keluar kut..."
Aku terus matikan enjin, keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah. Aku singgah di dapur sekejab, telan ubat dan terus masuk ke bilik. Tudung ku tanggalkan, handbag ku letak je atas almari makeup, tanpa buang masa aku terus terjun ke katil. Alhamdulilah, sampai juga aku di rumah. Rasa macam berlaku sekelip mata je. Aku pejamkan mata rapat, perut masih terasa pedih dan mencucuk-cucuk. Bila aku fikirkan semula, iya ke aku gastrik. Biasa kalau gastrik akan rasa nak muntah, sakit ulu hati tapi ni lain pula. Ni dah dua tiga kali jugalah rasa sakit macam ni. Pernah sekali, aku tak ingat bila. Sakit macam ni sampai aku pengsan , akibat menahan sakit terlalu. Sedar-sedar je aku dah terbaring dekat lantai dapur. Berapa lama aku pengsan pun aku tak sedar. Iyalah kan.. aku duduk sorang, tak ada siapa nak tolong. Jadinya, sakit sorang, pengsan sorang dan sedar pun sorang-sorang jugalah. Nasiblah badan.. Kalau ibu dan ayah masih ada kan best, boleh jaga aku, temankan aku,huhu..
Oh ibu.. oh ayah.. adik rindu!!!